Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Banyakkan Susu Ibu. Show all posts
Showing posts with label Banyakkan Susu Ibu. Show all posts

23 November 2016

Makanan Tambahan Untuk Banyakkan Susu Badan



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Makanan tambahan untuk banyakkan susu badan - berdasarkan pengalaman seciput Ummi FatehFurqan


1. Sayur hijau. Kucai, sawi yang ni dalam pantang boleh mula makan dah. 

 

2. Air masak atau air akar. Ada yang dalam pantang tak boleh minum air masak banyak .takpe boleh ganti dengan air akar. Macam saya. Air akar herbanika Nona Roguy. Sebab iols pemalas. Kalau NR punya rendam je uncang dah boleh minum.




3. Susu farm fresh. Kurma, plain. Iols sejenis manusia yang tak suka makan kurma. Jadinya bila ada dalam susu takde la drama sangat nak habiskan kurma tu hahaha




4. Congo bars. Ini bukan promote bisnes tau. Kalau uols jenis pandai baking pun boleh buat sendiri apa jenis kek sekalipun. Macam iols buat congo bars dalam tu letak coklat coins, badam, dan segala mak nenek kekacang yang suka. Sedap pun sedap hahahaha




5. ESP & Alfalfa by Shaklee. Bukan jugak promote bisnes. (Pssttt iols pun ahli shaklee tau tapi beli untuk diri sendiri jewww :p yang ini masa saya amalkan susu jadi pekat baby cepat kenyang. Tapiiii ada tapinya. Yang saya perasan la orang lain saya tatau. Dulu masa Uwais amalkan esp. Dia kan based soya. Kulit uwais masa lahir tak sensitif tapi bila lama2 sikit jadi sensitif pulak. Kena gigit nyamuk sikit pun boleh jadi melarat2. Pada pandangan saya. Mungkin la tak cakap pun betul 100%. Punca dia sebab saya minum esp dan menyusukan uwais dulu. Mungkin.


Untuk pengetahuan awak semua. Minum soya waktu mengandung tak elok ye. memang kulit baby jadi putih gebu tapi kulit mereka akan jadi sangat sensitif. Bila soal siasat ibu2 memang amalkan soya masa mengandung dulu. Tapi ini pun wallahualam. Cuma berdasarkan apa yang pernah saya tengok dan dengar jela. Nak bagi kulit baby elok sihat bersih amalkn jus delima dan air kelapa atau pun vco (virgin coconut oit). 




6. Coklat bar by The Milk Story. Rasanya coklat memang milk booster Ummi FatehFurqan. hahaha. Tapi coklat ni setakat makan seketoi tak jadi apa la. Habis kuat pun sekotak. Ekekeke




7. Almond london. Semua benda sedap hahaha. Almond london dalam dia ada badam atas pulak tabur lagi badam. Iye badam memang milk booster ramai momies. Tapi ummi is tak reti nak telan cenggitu je. kalau dah jadi biskut atau coklat mampu lah nak telan. nak kena pergi langkawi ni borong coklat almond bebanyak buat stok ekekekeke :p




8. Umma Lacto. Yang ini pun milk booster tapi saya kena amalkan banyak kotak baru nampak hasil yang banyak. Kalau setakat sekotak dua tu nampak la sikit. Tapi dia memang cepat progress. 


Rasanya itu je setakat yang pernah amalkan. Selain urut susu tu. Korang jangan kecam sis kalau apa yang sis senaraikan ni bercanggah dengan korang. Sebab kita ni darah lain2. Sistem badan lain2. Mungkin milk booster kita pun tak sama. Sebab tu kena try and error dan share bersama. Mana tau ada yang kita pernah amalkan tapi kawan2 belum terfikir nak ambik ;)

02 September 2014

Milk Booster Ummi Uwais : Umma Lacto

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sejak Fateh Uwais nak menginjak ke usia setahun. hati makin gusar. mesti teringat pada stok susu badan. Alhamdulilah Allah masih berikan saya peluang, ruang dan rezeki untuk menyusukan anak walaupun bukan secara eksklusif. niat dan berdoa sangat moga Allah terus murahkan rezeki anak kami menyusu badan sampailah dia umur dua tahun nanti. insyaAllah harapnya ummi masih kekal berseronok pam susu walau dia sampai umur 2 tahun nanti. moga ummi istiqamah ;)


sebelum ni pun memang saya ada amalkan beberapa supplement menambahkan susu badan selain makan makanan berkhasiat, banyakkan air kosong, bertenang, dan mengamalkan konsep demand & supply. hari ni diberi peluang menggunakan produk Umma Lacto, jadinya kita beri peluang pada hanya Umma Lacto untuk bertindak balas dengan badan. saya sengaja berhenti sekejap supp lain,supp sahaja tapi yang lelain seperti air kosong serta konsep demand & supply itu tetap perlu diteruskan ye. sebenarnya kalau nak terus makan supp lain pun boleh cuma perlu jarakkan masa pengambilan Umma Lacto dan supp lain dalam masa 1-2 jam. oh ye Umma Lacto adalah produk dibawah nama Legacy Secret. satu company dengan Harum Malam jugak.


lagi kebaikan dan manfaat Umma Lacto?

       Membantu pengeluaran susu ibu dan memperbanyakkan susu ibu

       Memberi ibu rasa kenyang berpanjangan

       Membekalkan tenaga untuk ibu sepanjang hari

       Membantu membekalkan zat besi dan mineral secukupnya kepada ibu dan bayi

       Membantu mengelakkan sembelit

       Membantu kesihatan perut dan kolon

       Sebagai prebiotik ibu dan anak

       Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.

       Membantu mengurangkan risiko jaundis kepada bayi

       Membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan

       Membantu membekalkan kalsium dan menguatkan tulang ibu selepas bersalin

       Membantu mencantikkan kulit ibu selepas bersalin

       Membantu membuang angin dalam badan dan mengelakkan kembung perut

Rujukkan : www.facebook.com/UmmaLactoByLegacySecret

cara penggunaan/pemakanan?

  • minum 1 sachet pagi dan/atau 1 sachet malam. Bancuh dengan air suam atau biasa dalam 150-250ml *ikut kesesuaian rasa setiap individu
  • tidak digalakkan membancuh menggunakan air panas kerana dikhuatiri zat-zat aktif akan mati dan hilang. 
  • minum air masak @ kosong secukupnya.
  • tiada pantang larang pengambilan. Jika diambil bersama suplemen lain, jarakkan pengambilan antara 1-2 jam antara kedua suplemen.
tips untuk para ibu menyusukan anak

  • susukan bayi anda @ pam susu mengikut masa selang masa yang teratur @ tetap. pam waktu pagi, tengahari, petang atau malam.
  • makan makanan yang berkhasiat.
  • kurangkan minuman berkafein.
alhamdulilah sepanjang saya mengamalkan Umma Lacto TANPA SUPPLEMENT lain, memang terasa pengisian susu badan lebih cepat (bagi ibu yang menyusukan anak, pasti faham maksud saya), sesi mengepam jadi lebih pantas dari sebelum ni. boleh dikatakan sepanjang masa walau lepas baby menyusu tetap terasa penuh. alhamdulilah syukur sangat. dan sejak minum Umma Lacto jarang dah saya keluar makan tengahari. breakfast pagi tu nasi lemak sebungkus. tengahari perut masih rasa kenyang. cuma lapik dengan buah untuk terus kekalkan khasiat susu. wahhhh boleh diet macam ni. ngehngehngeh :p

tapinya sekarang banyak produk tiruan yang dijual dipasaran. biasalah manusia ni ada yang tak kenal halal haram bila mata dah dikaburi dengan duit. caranya nak kenal pasti produk Legacy Secret ni tiruan ataupun tidak.

Antara cara mengenal pasti ciri-ciri keselamatan produk Legacy Secret
 

1. Pengesahan Melalui Visual
Lihat perkataan “LS”dari sudut serong 15 darjah



2. Pengesahan Melalui Sentuhan
Cetakan timbul yang dapat dirasa menggunakan jari



3. Pengesahan Melalui QR Wechat
Imbas kod produk dan info akan diberikan




PERINGATAN !!!
      1 QR kod hanya boleh di imbas 5 kali sahaja .
      Sekiranya melebihi had, anda akan diberikan no telefon syarikat tersebut untuk pengesahan produk.
      Pastikan beli barangan original kerana takut akan kesan sampingan.
Wechat ID : harummalam

Video Rujukkan : http://www.youtube.com/watch?v=STxfeckDrL8&feature=youtu.be


Sumber Rujukan


      www.harummalam.com
      www.legacysecret.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...