Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Tempat Menarik Di Perak. Show all posts
Showing posts with label Tempat Menarik Di Perak. Show all posts

09 December 2015

Teluk Senangin Perak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


percutian singkat, percutian yang tetiba. mama kata mama teringin nak holiday anak beranak kami. teringin nak tido tepi pantai. dan benyah ajak kami semua ke Teluk Senangin. boleh dia mancing. maka percutian kali ni complete la keluarga kami, dengan adik beradik kami yang berlima ni. selalunya ada je yang nak tinggal tak nak ikut. bila boleh mancing mau la dorang mengikut. 

disebabkan saya punya cuti tahunan dah licin. takde stok. makanya mereka semua terpaksa beralah ambik cuti tahunan hari jumaat. mujur pun pergi jumaat sabtu. jumaat sabtu je yang chalet kosong kalau nak pergi sabtu chalet penuh dah pun. takdir memihak kepada kami, alhamdulilah hihihi.




cerita chalet nanti la next entry. nak cerita pasal pantai teluk senangin. kami sampai sana dalam 1.45 petang. angin pantai memang sejukkkkkkkk je haaa. duduk bawah pokok takde la rasa terik matahari tu. tapi bila anak teruna sorang tu tergedik-gedik nak main air pantai pukul 4 petang tu memang berpinar jugak bijik mata nak menahan tajam cahaya matahari tu. 



orang sibuk nak makan, dia sibuk nak pegi main pasir sampai panjat2 pagar chalet tu nak keluar jugak2 grrrrr anak sape ntah ni!!!!! sebab tak larat nak kepong dia memanjat makanya kemenangan berpihak pada dia dan abi terpaksa layan bagi makan sambil dorang berdua(yang kecik tu)main2 pasir pantai buat istana(konon). Abang Danial ok je walau muka ketat jugak tak bagi pergi main pasir time orang nak makan, Fateh Uwais herrrrr. kes duk taram dari sampai awal la tadi tu =..=


habis hati dapat main cedok pasir pantai. Projek Manager mestilah si Fateh Uwais tu =..=  dia yang sibuk ajak abang danial dia keluar pagar chalet grrrrr


kita tukar baju dia sebab takmo baju tu melekat pasir pantai. tapi dia ingat ummi dah bagi lampu hijau bagi main air pantai. melojok-lojok lari pegi pantai sampai nangis2 bila orang tak bagi pergi. dan kerana tak larat nak dengar budak umur 2 tahun 3 bulan yang nyaring suara tu menanges menjerit pukul 4 dah bagi diorang turun

Guard Pantai :p
maka berelip la anak beranak dalam laut teluk senangin tu. tapi yang bestnya chalet kami betoi2 depan laut. keluar chalet terus nampak laut ala2 macam pantai peribadi jadi tak perlu berebut dengan public nak mandi pantai. tak risau jugak lepas anak2 main. yela dekat sana memang port orang mancing kalau tempat public ni risau anak2 tersangkut mata pancing ke ape ke.


Obor-obor terdampar ditengah pasir pantai hihihi. ini pagi hari sabtu. terserempak dengan obor-obor yang terperangkap dekat atas pasir. mesti malam nanti ombak naik sampai atas dan dia tersangkut dekat situ. kata suami malam hari jumaat tu masa dorang nak tarik pukat ketam mujur nampak obor-obor dekat tepi gigi laut tu kalau tidak masak la makkkkk. makanya korang pun kalau ke sini sila berhati-hati dengan haiwan cantik tapi berbisa ini ye. 

dan perasan tak kulit cengkerang yang banyak atas pasir tu? lagi satu kekurangan pantai teluk senangin terlalu banyak serpihan cengkerang siput, dan segala adik beradik dia dekat situ. memang rasa tajam-tajam kaki sebelum dapat pijak dalam air laut. dan kalau nak mandi laut sila la mandi puas-puas waktu pagi sekitar jam 8-11 pagi. waktu tu air jernih dan tak gatal. bila naik tengahari dan petang air mula keruh dan kulit jadi gatal-gatal sikit. kalau pakai baju kaler putih nampak seakan ada tompokan kecik-kecik warna coklat yang tak dapat dipastikan apakah itu. 


selain dari tu pantai teluk senangin memang best. angin pun best. yang tak best lagi satu uncle aiskrim selalu sangat duk berlegar-legar naik motor lalu depan chalet lalu tepi gigi air. mujur la jugak bebudak ni bila dah jumpa air laut tak tergoda sangat dengan aiskrim mihmihmih :p Teluk Senangin memang port yang sesuai untuk memancing sebab tak ramai orang yang tau kawasan tu. masa awal-awal dulu lagi la memang tenangggg je mandi tanpa perlu berebut dengan orang macam dekat Teluk Batik sana. minggu kami pergi dapat la ketam dalam 3 ekor tak silap, ikan apa ntah suami kata aritu sekor. jadi la habuan geli-geli :p yang banyak melekat umang-umang kihkihkih 


yang pasti paling membahagiakan dapat spend time dengan family tersayang. gembirakan hati mama papa yang nak bercuti dengan anak menantu cucu. tengok anak-anak terbahagia. maka kami cukup bahagia dan gembira. walau hanya dua hari semalam disana dan bermalam-malam letih tido awai dekat rumah sewa sendiri. kahkahkah ;)


tak tergoda ke tengok Fateh Uwais cedok pasir laut ni? :p




post signature
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...