Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Diary Ramadhan Ummi Uwais. Show all posts
Showing posts with label Diary Ramadhan Ummi Uwais. Show all posts

05 August 2015

Aktiviti Petang Puasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



dah habis puasa baru sibuk nak cerita petang puasa kannnnn.. hewhewhew. sejak suami dah pindah sini, aktiviti kami pun berubah lah bila bulan puasa. kalau tahun lepas saya selalu beli je lauk dah siap masak. masa tu anak pun takde pulun makan macam sekarang. makan pulak sorang. suami tak duduk sekali masa tu. jadi ber ala kadar saje la kita.



tahun ni alhamdulilah rezeki dapat duduk sekali, anak pulak dah makin besar dah pandai makan. bila nak beli tu mesti teringat anak dulu, pedas kesian dia tak boleh nak tumpang nanti. nak cari yang kurang pedas dekat area kedah ni susah lah kot huuu. jadi marilah kita masak memasak demi mengikat perut suami dan anak tercinta (padahal laki engko yang banyak masak kannnn) :p




dah selesai masak baru boleh keluar dengan senang hati. sementara nak tunggu maghrib masuk. takde la melengu menitik ailio tengok makanan dengan air depan mata hewhewhew. yang penting anak pun syok sama. hari2 bulan posa dapat ronda2 tengok ayam itik kambing burung. dannnn yang paling best kena angin bendang. kerana itu kami suka duduk negeri ni walau kami laki bini bukanlah asalnya dari kedah ;D


post signature

09 July 2015

Beli atau Masak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sembang mak mak cenggini la hahahaha :p dah setengah ramadhan pun. kalau kami ke bazar pun selalunya blurrr tengok makanan. bukan sebab banyak tatau nak beli yang mana, atau rambang mata, atau semua rasa nak ambik. tapi sebab rasa macam takde selera tengok semua makanan. yang selera tengok air yang berkaler kaler tu je. ngehngehngeh

masak jugak yang rasanya paling ideal. dapat pulak balik setengah jam awal bulan puasa ni. sempat la masak itu ini dekat rumah. tak banyak pun. biasa buat lauk sejenis, sayur sejenis, nasi. itu je dah cukup. dessert memang selalu ada dekat dalam peti. kek memang tak pernah kering dari dalam peti tu. kalau takde kek mesti suami bunyi "pelik pulak bila takde kek nak buat kudap2 mulut ni" kohkohkoh

bila anak dah pandai makan lagi tak sampai hati nak membeli dekat luar. Fateh Uwais tak suka makan pedas, dekat luar memang selalunya pedas lah. nak pulak duduk kedah. memang makanan kalau tak pedas kurang kick lah kan hihihihi. makanya memasak lah kita demi menjamin kesenangan hati dan perut setiap insan :p jimat pun jimat. bersih pun bersih. kalau beli dekat luar boleh makan time berbuka je kalau simpan bawak ke sahur mesti dah rosak makanannya. time berbuka banyak mana jela yang lalu makan pun. membazir je nanti huuuuu

tapi takde lah sepanjangan ramadhon ni masak je. ada jugak la ngelat beli dekat luar. ada hari bila malas tu memang malas lah jugak. takde kompromi lagi hahahahaha :p

yang syok nya tiap kali masak memang lupa nak ambik gambar. konon nak buat lah entry resepi masak tu. tapi hambarrrrrr hahahahahaha. dah kalut masak, kalut ngemas, sibuk nak meronda petang2 pulak. hewhewhew :p


post signature

07 July 2015

3 Perkara Yang Tak Suka Dibulan Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

hoitttt bulan ramadhan kan bulan yang mulia. takkan la ada jugak benda yang dibenci itu. ada, sebab tu la wujudnya entry ni huhuhu



Jammed

tiap tahun memang ini lah yang kena hadap. opis dekat tengah pekan. pusat alor setar katanyaaaa. bulan puasa habis kerja 4.30pm kena sharp terus thumbprint dan balik. kalau tidak mau 5.30 karang baru sampai rumah. ikutkan 20 minit macam tu je dah boleh sampai rumah tapi disebabkan jammed yang luar biasa dibulan ramadhon makan bertabah lah setiap hari. nak2 pulak dekat nak raya nanti lagiiiiii lah jammed yakmat. bazar ramadhan dekat bawah tu je mana tak jammed nya huuuuu. mujur setakat bazar kedai baju2 raya kalau bazar makanan tatau la nak cakap macam mana. ada yang pegi keja jalan kaki je gamaknya. 

Potong Que

rentetan dari perenggan diatas. dah la jammed kan. ada pulak manusia yang dia rasa diaaaaaaa je nak cepat. potong Q. hoiiii orang lain boleh je beratur, bersabar ikut giliran masing2. awat hang tak boleh pulak. hang je ke yang nak balik? hang je yang nak masak? hang saje yang nak berbuka? hang je yang nak kejar rumah ke???? haaaa marah dah la tu. dah la kena hadap jammed. jammed tu takpe lagi adat lah kan masing-masing semua pun nak balik cepat tapi sebab kena hadap pulak spesies manusia OKU cenggini. Otak Kurang Upaya. kadang tu jammed bukan pasal apa pun. pasal manusia yang suka memotong Que ni. kadang atas highway yang buat lagi berganda jammed pun manusia macam ni jugak. salah gunakan laluan kecemasan. 

Parking Ikut Dan

ini lagi satu menyirap. dah la jalan utama. boleh main ikut dan je parking keta dia atas jalan raya. orang yang nak berselisih ni kena bergilir pulak disebabkan kereta dia yang dah makan jalan tu. kot ye nak membeli pun cuba la beringat dekat orang lain sikit. tolong hidup jangan menyusahkan orang huhuhu

cukup lah tiga tu je kot. karang mau naik darah tinggi pulak seorang ummi uwais. fuhhhhhhhhhh. moga arini besok dan besok besok sampai bila-bila takde lagi jumpa spesies mengurangkan pahala puasa orang ni. kalau tak bersabar sangat mau makian berduyun-duyun yang keluar dari mulut huhuhu. astghafirullahalazimmmmmmm...




post signature

24 July 2014

Kenapa Mesti Tertidoooooo

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

pernah tak satu ketika bangun dari tido, terjaga lepas TERTIDO dan satu perkataan keluar

arghhhhh kenapa la aku boleh tertido tadi ni?????


iyeee itulah yang terjadi pada saya malam semalam.
sibudak kenit atas tu merap dua hari lepas. asal ummi bangun je dia nangis peluk-peluk kaki. kalau nak letakkan bawah pulak dia kepit pinggang ummi. kalau ummi tinggalkan je dia menjerit nangis macam kena pukul =.=

Ya Allah tingkatkanlah kesabaran, ketabahan dan kecekalan padaku dalam mendidik dan menjaga amanah Mu ini amin amin

yang sebenarnya Fateh Uwais tu mengantuk tapi sajaaaa lawan mata takmo tido. sudahnya ummi tutup lampu bilik dan kepit dia sambil susu. sudahnya dengan ummi sekali tertido sampai la pukul 4 terjaga jam bunyi kejut sahur.

dengan beg nak balik kampung tak kemas. baju basuh belum berlipat. pinggan makan berbuka belum berbasuh elok lagi dalam sinki. beg baju anak pun belum kemas. nasib la baju anak yang basuh satu mesin dan selamat sidai dalam keadaan curi-curi.

suami mana? suami tak tolong? bagi yang baruuu je jejak masuk sini. saya dan suami PJJ. perkahwinan jarak jauh. jarak memisahkan kami. sobssssss ;(((( kalau ada suami insyaAllah mesti dia tolong tapi itu kalau lah ada~~~~~

syukurlah terjaga awal jugak dan budak kecik kenot tu tak bangun sekali. sempat la selesaikan apa yang patut. beg je tinggal tak kemas lagi, takpe la balik kerja kejap lagi kemas cepat-cepat sebelum gerak balik. moga kami selamat tiba ke destinasi yang dituju. amin

oh ye pada semua. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. mohon maaf atas segala salah silap terkasar atau terguris sepanjang perkenalan kita semua. moga Aidilfitri tahun ni lebih baik dari yang lepas. dan semoga ujian ramadhan tahun ni dapat menjadikan kita insan yang lebih baik disisi Allah hendakNya amin amin

kalau beraya jangan pulak bersalam dengan yang bukan mahram. yela kadang kita ni nak jaga hati sedara mara tapi kita terlupa pulak nak jaga hubungan kita dengan Allah. ingatan untuk diri sendiri jugak ni. hati-hati dijalan raya semua ;) 

13 July 2014

Diary Ramadhan Ummi Uwais 130714

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ohoiiiii sekejapnya ramadhan. sungguh tak terasa hari silih berganti. 

Ramadhan Keempat

 cukup berkenana kalau nampak muka sendiri dalam henpon ummi abi

hari ni tak terlajak tido lagi macam semalam. kihkihkih. jam bunyi terus jaga. bangun pelan-pelan sementara anak bujang masih lena diulik mimpi. tengah membasuh dengar ada budak menangis. terus lari cepat-cepat jenguk bilik. eh tido? oh rupanya anak jiran belakang. legaaaaa dan macam biasa 5.30am dia dah jaga mencari ummi. nasib ummi dah selesai buat semuanya tinggal nak sambung peluk dia je.

adoinya arini dia ligat pulak buat kerja masa ummi berbuka. sorong buai lah. lipat tikar dia lah. main kasut ummi lah. nak tarik iron board lah. grrrrr. jenuh ligan. dah tu buat muka manis pulak tu tiap kali ummi cuba jegil jegilkan mata. macam mana lah ummi nak marah =.=

Ramadhan ke sepuluh

ambik kauuuu lajak terus sampai hari ke sepuluh kauuu hahahaha. yang sebenarnya kekangan line tenet menyentak-nyentak tangkai hati ummi untuk update entry diary ramadhan ni. ramadhan ke sepuluh Fateh Uwais tak berapa mau duduk sendiri. menangis lah menangis bila time ummi nak sahur dan berbuka. kalau tidak tu elok je boleh main sorang diri. 

kami syak sebab badan dia letih-letih lepas pulih dari demam tempoh hari. itu yang kerja merap je. letih emosi dan letih fizikal sebenarnya. tapi bila mengenangkan anak tu bukan reti pape. akal pun terbatas lagi. tarik nafas dalam- dalammmmmmmm istighfar banyak-banyak dan senyummmm. takpe la perut ummi masuk angin pun asalkan anak ummi tak menangis sedu sedan bersama air mata. 

Ramadhan Ke Empat Belas

bab sahur biasanya Fateh Uwais takde masalah, sebab? ummi dah tau waktu mana yang dia akan bangun. jadinya ummi prepare sahur siap-siap dan selesaikan sebelum waktu dia bangun. jadi takde lah stress tak boleh nak bersahur nanti kan.

hari semalam kami berbuka dekat rumah Tok Mak suami. makan kat bawah bukan atas meja macam selalu. kemain eksaited la budak tu. semua nak capai. cawan, jug air, amboiiiii banyak kerja awak ye anak. erm erm ummi abi kena pertimbangkan cari kerusi makan yang boleh letak bawah untuk awak jugak la nampak gayanya yayang, ermmmm

08 July 2014

Tips Berpuasa Ketika Hamil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

pandai pulak ko nak bagi tips dekat orang ye Syakira. hahahaha. sekadar berkongsi pengalaman. ramadhan tahun lepas usia kandungan dah masuk 8 bulan. cepat letih. longlai. badan terasa memberat semua tu ada.

dalam islam dibolehkan ponteng puasa bagi ibu mengandung yang risaukan diri dan anak dalam kandungan. tapi bagi saya. awal lagi saya dah niat dan tetapkan matlamat. bukan senang nak boleh puasa penuh bagi orang perempuan ni. Allah dah bagi peluang, jadinya saya nak cuba penuhkan puasa. nak-nak pulak lepas lahirkan baby nanti nak susukan dia lagi. takut tak larat nak ganti pose pulak. slow talk dengan Uwais(masa tu dalam perut lagi), bagitau yang ummi nakkkkkk sangat puasa penuh. jadi baby kena bagi kerjasama.

hari pertama memang mencabar lah. yela baru mula nk berpuasa balik. anak dalam perot duk menendang2 mintak makanan. biasanya sepanjang masa dia dapat makan. tapi hari tu takde pulak, mau tak mengamuk kawan. tapi ummi pujuk pujuk dan pujuk.

yang penting jangan skip sahur. sahur la ape pun yang boleh mengeyangkan. nasi, oat, roti tapi roti tak digalakkan sebab roti cepat larut dalam badan. kurma jangan lupa makan. makan la 7 bijik atau berapa yang larat. asalkan kurma tetap masuk dalam perut masa sahur. kurma tu benda asas yang sangat membantu. macam saya dulu masa sahur siap ambik jus kurma lagi. 

bagi yang berkerja, waktu lunch ambik sikit masa untuk tido rehatkan diri. berbadan dua ni lain. letihnya lain. jadi ambik masa untuk tido dalam surau atau kat mana yang awak rasa sesuai. rehat sekejap.

waktu berbuka pun kena ambik makanan yang ada zat dan serat. setakat mee, bihun, ketiow boleh kenyang waktu tu je. kalau nak makan jugak make sure lepas tu makan lagi makanan lain yang boleh cover tenaga yang dah hilang siang tadi, jadinya besok akan ada tenaga lain untuk ganti.

waktu saya pregnant dulu takde ambik supplement lain macam shaklee yang duk ada sekarang ni. cara itu aje la yang saya buat. dan alhamdulilah masih boleh puasa penuh. ingat! jangan jadikan berbadan dua sebagai alasan nak ponteng puasa. yang penting usaha dulu bagi ada tenaga untuk puasa siangnya. kalau dah betul mudarat baru lah ponteng. bukan senang tau kita kita ni boleh nak puasa penuh. dan jangan lupa doa banyak-banyak moga Allah permudahkan setiap urusan kita.  ;) 

amaran!!! kalau dah rasa badan memang tak mampu nak puasa jangan gigih pergi tahan jugak. berbuka aje la. nyawa yang lagi satu dalam rahim kita tu amanah untuk dijaga. ingat ok?!

03 July 2014

Diary Ramadhan Ummi Uwais #030714

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ape? ingat diary ramadhan Rafiq je ade? :p saja hadirkan diary ramadhan. bukan niat nak kumpul gambar makanan. cuma catatan saya sendiri yang masih diuji dengan PJJ suami isteri. kalau ramadhan dulu pun puasa sendiri jugak tapi bertemankan anak dalam perut. tapi tahun ni lain sikit, anak dah lahir dan cabaran dia lebih besar lagi ;)

Ramadhan Pertama ;

kedah cuti, makanya seronok la saya bergolek-golek dengan anak dan abi dekat rumah. sahur pertama kami ditemani anak. 4.45am dah bangun, mintak abi peluk anak. saya nak sediakan sahur. Fateh Uwais kalau terjaga dari tido, mesti nak sentuh kulit orang. asal dapat je sudah la dia akan tido balik sebab dia tau dia tak keseorangan.

tengah panaskan makanan dengar anak menangis. kuat. jadinya saya mengalah. naik atas bagi anak susu dan kejut abi. suruh take over dapur. alhamdulilah Uwais sambung tido balik lepas dapat apa yang dia nak.

waktu berbuka dia langsung takmau tido walaupun tahu dia dah mengantok dari awal lagi. dari biar dia main sorang dan takut teralit tak sedar main tangga. saya letakkan dia ditengah antara saya dengan suami. suami suap anak makan saya pegang. asalkan tak menagis dan kami masih boleh berbuka itu dah memadai ;) pandai pulak tu bila abi lambat jerit-jerit kat telinga abi suruh ingat dekat dia sama hahahahaha :p

Ramadhan Kedua ;

 jangan ponteng puasa tauuuuuu

suami dah hantar kami balik alor setar lepas berbuka semalamnya lagi. disebabkan suami nak balik naik bus awal arini, bus gerak pukul 5.45am makanya seawal 4 pagi lagi dah bangun. alhamdulilah anak masih lena tido saat kami berdua bersahur. elok pulak hujan. sejukkk aje. lena la budak tu.

haaa ini yang nebes. pestime nak berbuka dengan baby aktif sorang tu. petang sempat masak dulu. disebabkan dia suka kejar saya bila masuk dapur. saya hadang dengan kotak besar. mula tu dia dapat lepas tapi sesudah saya perkukuhkan pertahanan saya akhirnya dia mengalah. yesss ummi menang!! hahahaha :p menjerit-jerit dia panggil saya. sory la sayang. ummi tak nak awak terkena percikan minyak. jadi duduk situ dendiam.

sebelum berbuka siapkan anak sesiap. salin pampers, tukar baju tido. bagi susu. layan dia main dulu. masuk je maghrib dia pun datang panjat kaki sebab nampak saya menghadap makanan. nak letewwww. ummi bagi biskut, bukak upin ipin. dan dia senyap makan makanan dia sambil layan video. dah habis biskut mai panjat kaki lagi. hihihi. alhamdulilah anak ummi behave sangat. sempat la ummi berbuka sama waktu dengan orang lain. thanks Allah :)

Ramadhan Ketiga ;

 lena anak ummi tido, hujan sejuk.

oh sahur sendirian, sedih dan pilu? tak sempat!!! pasal terjaga lewat. 4.45am baru jaga. lewat la tu bagi saya yang ada anak. sebab biasanya 5 lebih dia akan jaga mintak susu. siapakan sahur sesiap, makan lelaju dan abi call. takut isteri dia tak terjaga sebab senyappp aje(tak mesej dia). biasanya saya akan mesej suami dulu menandakan saya dah bangun sahur. elok habis makan, habis membasuh anak pun menangis mintak susu. alhamdulilah.

berbuka hari ketiga ni dia gedik sikit sebab nampak housemate saya berbuka sekali. tak boleh pulak duduk diam macam semalam. kejap datang dekat saya, kejap lagi mintak housemate dukung. nasib la housemate pun memahami dan rajin layan dia walaupun setiap kali anak pergi ke dia saya ambik balik.

ok cukup la tiga hari dulu. karang buat lebih-lebih naik bosan pulak orang membacanya :p alhamdulilah Allah terus permudahkan urusan saya disini walau masih berpjj dengan suami. rezeki Allah tu luas. mungkin belum tiba rezeki kami nak tinggal sekali tapi Allah lorongkan rezeki dalam bentuk lain. syukur Allah hadirkan anak yang behave dan tak banyak karenah. Alhamdulilah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...