Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

16 May 2017

Kemas Rumah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

kalau dulu masa bujang kemain lagi rumah teratur sedia. bilik pun elok je kemas. jarang la nak Nampak susun atur selerak kemain. sebab saya ni ada sejenis mild ocd. mild jela. tapi kalau bujang tu memang rasa macam heavy sangat ocd nya. bila dah kawen terpaksa belajar kurangkan penyakit ocd tu. kalau tidak hari hari stress. bukan kita je. nanti suami dengan anak anak pun stress sama. mula masing masing naik darah tinggi hhihihi.




sejak ada anak kecik ni jujurnya memang jarang sangat kemas rumah. jarang tu maksudnya dalam masa sehari tak la setiap masa nak kemas rumah sesaja. kemas rumah kemas mainan bebudak lepas diorang dah tido. iaitu malam hariiiiii. lepas je dorang tido cepat cepat kemas simpan mainan dorang. susun balik ke tempat asal. legaaaaa tengok rumah kemas takde mainan sepah sepah. kalau tidak tu semua tempat ada mainan dorang. siap atas tilam pun ada. tak ke sakit hati bila elok nak baring tapi terbaring atas lori sampah. atas lori simen. brrrrrrrr



konsep saya. main la korang. sepah la korang. ummi tak larat nak susun je sentiasa. habis kuat bila ummi tak larat nak kemas tak larat nak tengok mainan terlampau banyak. ummi masuk dalam beg. masuk dalam bakul. bungkus pakai plastic sampah letak dalam store. haaaa puas hati aku. hahahahaha. dah tiga bag mainan dorang dalam store tu duduknya. kerja ummi simpan. kerja anak bila masuk store sebijik sebijik mainan dia bawak keluar balik. kalau dia bawak sebakul karang ada pulak suara petir yang keluar hahahahaha.



rumah sewa kami hall kecik. jadi memang takde niat nak beli perabut like sofa atau meja makan. sebab nanti makan space takde ruang anak anak nak main basikal ke main kereta motor ke. kesian dekat dorang. nak bagi main dekat parking kereta. sape pulak nak tunggu tengok dorang main dekat luar nun. walaupun masih dalam kawasan berpagar tapi hati ummi tetap takmo lepaskan dorang main dekat luar. bahaya sekarang ni.

orang kata kalau rumah bersepah dengan mainan anak. anak punggah mainan. punggah baju tu maknanya otak anak tengah berkembang. ye memang berkembang pun. sekali dengan mak nya pun kembang sekali hahahaha. tapi yang heran kadang tuang je mainan dari dalam bakul tapi bukan semua mainan tu main punnnn. ada la dua tiga bijik je yang mainnya. yang selebihnya saja buat semak atas lantai. bila Tanya kenapa sepahkan mainan? kenapa tak ambik je yang akhi nak main tu? jawabnya. biarlah ummi. nanti senang akhi nak ambik bila nak main yang itu pulak. grrrrrrrrr

budak kecik ni sorang lagi lah. bukan mainan je dia punggah. baju kotor dalam bakul. baju dorang dalam almari. stokin ummi. stokin depa dalam bakul tu pun dia Tarik bawak keluar. lagi geram dengan budak kecik ni haaa. Nampak je kecik gitu. grrrrrr

jadi kesimpulannya bila tak nak diri sendiri stress sampai sakit kepala. bila nak bagi otak anak BERKEMBANG. biar je mainan dorang bersepah. nanti diorang dah tido kita kemas balik. bila ada tetamu nak datang kita sorok dulu mainan. takde la kena chop pemalas kemas rumah kuikuikui. anak gembira ibu bahagia gituuuuu. terpaling bahagia bila terpijak mainan dorang. nak pulak mainan macam lego, tangga lori bomba, tong lori sampah. paling best bila terpijak lepas tu krakkkkkk bunyi pecah. terus ummi humban masuk tong sampah. settle miahahahahahaha 

08 May 2017

Minyak Hitam Maxoil | Review

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




macam janggal pulak nak review pasal minyak hitam kereta. tapi tak janggal sangat kot kan? perempuan pun kena tau jugak kadang selok belok kereta ni. baru tak senang kena tipu ye tak? mihmihmih

nak share dengan korang pasal Minyak hitam keluaran Maxoil. ada yang biasa dengar? ke baru first time dengar? saya dengan suami pun baru je jadi pengguna maxoil sejak pertengahan tahun lepas. saja test power betul ke minyak hitam ni elok macam yang depa tulis dekat pamplet tu. kalau tengok pada harganya agak mahal la jugak. mahal tu sebab dekat alor setar sini kalau servis minyak hitam campur sekali oil treatment boleh la dapat harga RM60 sekali servis. harga sebotol minyak hitam maxoil pulak RM68 (kalau tak silap) tidak termasuk oil treatment, upah dan jugak postage nya.

ye postage sebab order online. mula tu ada jugak menyebai dengan suami. minyak hitam pun nak order online ke? minyak kot???? berat tu. berapa pulak postage. mesti mahai. tapi redho jela mak. yang membayo pun dia kan. buat buat diam jela. sampai masa tukar. tapi mujur upah tukar minyak hitam dekat sini cuma RM10 sahaja. kalau dekat Ipoh upah saja pun RM30 belum campur harga minyak yang kita beli lagi. pitam pitam

tapi memang betul bagus minyak hitam ni. nak cerita lebih tak reti. tapi sebagai pengguna kereta hari-hari berulang ke tempat kerja. dan kadang drive balik kampong bila suami dah flet memang boleh rasa perbezaan dia. rasa ringan sangat drive kereta, perjalanan tu rasa lancar dan lembut sangat. tambah kereta kami jenis auto. kalau naik bukit dekat hway kuala tu confirm rasa berat sebelum ni. bila nak tukar gear mesti bunyi voooommmm. macam kena kerahan tenaga. kalau nak potong kereta depan pun bunyi macam tu bila tukar gear nak bagi laju

tapi bila tukar ke maxoil rasa lancar dan ringan sangat. naik bukit ke potong kereta depan ke rasa laju je. rasa ringan sangat. ringan macam mana? ehhh kalau korang biasa drive kereta sendiri mesti korang tau ringan dan berat tu macam mana. dan takde dah bunyi vroom vroom kerahan tenaga macam sebelum ni. tau la kalau kereta auto ni macam mana dia nak pick up kan.

dan satu lagi yang bestnya. kalau meter tu dah lepas 5ribu perjalanan pun still rasa ringan lancar dan lembut lagi. berbeza dengan minyak hitam sebelum ni kalau dah lepas 5ribu kereta rasa berat sikit. rasa kasar je. mak mampu tukar minyak hitam untuk perjalanan lima ribu je nakkkkk. hahahahaha. masuk kali ni dah tiga kali tukar pakai minyak hitam Maxoil. mungkin lepas ni jadi pengguna setia pulak kot hahahaha. korang kalau nak beli boleh cuba WhatsApp no ni 60124376410 kalau nak jimat share beli dengan kawan2. bukan minyak hitamnya tapi share kos postage. boleh la jimat sikit. kami hari tu pun share postage dengan kawan husband. sekarang selagi boleh jimat kena belajar berjimat. kawan ofis heran aritu bila sampai parcel saya bagitau kata minyak hitam. ehhh sekarang pun minyak hitam orang beli online tauuuuu :p 


07 May 2017

Double F.U

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sejak sejak ummi rajin share cerita budak double F.U tu dekat fb ummi jadi jarang pulak nak cerita pasal dorang dekat blog. padahal dulu berderet cerita pasal anak je mihmihmih. yela sat lagi orang kata macam dia je ada anak. orang lain takde anak pulaks :p





Fateh Uwais sekarang tengah lalu makan. tengah berselera makan. kadang tu pukul 10.30 malam mintak nasi walaupun tadi pukul 7 malam dah makan nasi bagi habis "akhi lapaq Nasik la ummi" anak iols speaking utara sikit, speaking keyel sikit uolsssss :p kadang tu lepas makan nasi pun boleh mintak koko crunch. makan habis sekotak pek kecik tu adoyaiiii. tak bagi kesian. nak bagi takut karang dia tak boleh tido kekenyangan pulak. lagi haru ummi abi dia.

macam aritu makan dekat kedai. "kalau nasi akhi habis, abi mintak tambah nasi lagi ye abi" =..=' padahal tengah makan nasi kot. nasi yang duk ada tu pun tak habis lagi. Fateh Uwais kami memang jenis makan nasi. dia tak makan benda ringan macam spaghetti ke mee ke dia tak layan. kalau nasi, sup sup, telur rebus memang berselera makan bertambah tambah. tapi kitorang pulak yang jemu ulang tayang sup hari-hari. kalau sehari tak buat sup mesti soal banyak-banyak sampai tak larat nak jawab. brrrrrr. dan sekarang Fateh Uwais sangat suka menyanyi. kalau nak balik kampong dari Alor Setar sampai Penang kot dia boleh menyanyi. tak penat pulak tu!!!

adik dia Furqan Uqbah pun sama naik. pantang Nampak makanan. ailio dia dulu menitik, mulut tu cap cap cap macam dah masuk makanan. tapi badan serupa tu jugak sampai kena berulang klinik tiga bulan sebab berat badan tak cantik. dia ikut ummi kot. selim melim kofkofkof :p pandai gempar orang. kalau main dengan Akhi Uwais. dia yang kejar orang tu. Merangkak. tak letih pulak tu merangkak laju-laju. arghhhh arghhhh duk gempar orang =..=

tapi dedua kembar siam abi. abi balik je dedua laju je ke pintu sambut abi. bila abi Tanya ummi mana? pandai pandai je jawab ummi tido. padahal ummi tengah solat. pepandai je grrrrrrr    

02 May 2017

Dilat | Fateh Uwais

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



seronok cuti? malas nak masuk kerja? blur? hahahaha meh sep sikit. blur tatau nak mula macam mana sembang pasal anak teruna kian membesar sorang tu jela. sekarang dah makin banyak celoteh dia. suka bertanya. suka membebel. balik kampong semalam membebel dekat kakak sepupu suruh buat kerja sekolah

"kakak kenapa tak ikut ibu hantar abang?"

kakak nak buat kerja sekolah

"dah tu kenapa kakak tak masuk rumah buat kerja sekolah? jap lagi ibu dengan ayah balik tengok kakak tak buat lagi kerja sekolah. pergi masuk rumah buat sekarang. SEKARANG!!!!!"

=..="



hari tu tengah jalan jalan dengan dorang semua tiba-tiba

"ummi abi dilat!! akhi Nampak dilat"

haaaa? dilat? ape tu? jilat ke?

"bukan jilat. dilat alaaa dilat lah"

dilat tu ape bendanyaaaaaaaa

"hurmmm ala yang macam boboi boy tu"

ohhhhhh KILATTTTTT

tatau la dia ni. nak kata pelat K macam tak. sebut kakak ke kereta ke elok je sebutnya. tapi ada masanya bila bercakap tu bunyi pelat. tatau samada sebab dia nak cepat habiskan cakap, kalut atau ape bendanya. selalu nya kalau jadi kes macam ni memang dia kena related kan situasi dengan apa benda yang dia sebut tu. baru ummi abi dapat tangkap

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...