Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
dulu masa mengadungkan Fateh Uwais mama pesan, banyakkan makan buah delima sebab banyak khasiat dalam buah tue. antaranya mencantikkan kulit baby dan untuk otak baby. tapi kan. kalau saya makan buah delima, bijiknya saya buang. jadi dimana khasiatnya lagi? hahahahaha. stress tau tak bila kena makan delima. dah la dalam sebijik tue banyak bijik. kena tang yang manis sonok la jugak membilang bijik, kena yang kelat-kelat mau 1/4 je yang mampu telan. terus decide nak cari jus. dengan harapan moga ada la kat mana-mana jual jus delima.
sekali terbaca Jusiza review dia makan jus delima masa mengandungkan Umar Faiq. terus mesej mama, tanya mama kat kedai mama selalu pergi tue ada tak jual barang nie. mama kata ada. ok boleh jejoget dah. tak perlu lagi menghadap buah delima sebutir-sebutir hahahaha.
masa mengandung adalah dalam 3 botol saya ambik sampai la waktu dah bersalin. hasilnya. Alhamdulilah berkat izin Allah. kulit Fateh Uwais cantik bersih je. kat kepala pun takde kerak-kerak. bintik-bintik yang selalu saya nampak kat baby lepas bersalin pun takde pada dia. senang cakap memang putih lemun la budak sorang tue. ini bukan pasal puji anak tapi nie nak bagitau cerita sebenar.
otak dia alhamdulilah cepat paham apa yang saya sampaikan. tapi jangan la bergantung harap pada supplement. ini cuma usaha. Allah jugak kata nak dapatkan sesuatu tue pertama kita kena usaha, kedua banyakkan berdoa, ketiga tawakal. hanya berkat izin Dia sahaja semua usaha beroleh hasil yang terbaik. fungsi jus delima jugak sama seperti asid folic yang sangat diperlukan ibu mengandung terutama awal trimester.
selain itu banyak lagi fungsi Jus Delima bukan je untuk ibu mengandung tapi untuk sesiapa sahaja.
- merawat buasir
- mengawal kolestrol
- melawan penyakit jantung
- merangsang tenaga batin
- menguatkan sistem pertahanan badan
- mengurangkan risiko penyakit kencing manis

