Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label kiera sakura. Show all posts
Showing posts with label kiera sakura. Show all posts

13 February 2022

Untung ke hire Blogger sebagai influencer?

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Lately ramai yang hire influencers untuk review produk mereka. Kebanyakkannya akan hire instafamous. Tapi tahukah kalian bahawasanya sekiranya kalian hire seorang Blogger sangat menguntungkan...


Kenapa? kerana entry di blog akan terus dipamerkan tanpa di delete. Jarang lah nak jumpa blogger yang delete entry lepas publish ni. Biasanya memang lekat kat situ jela entry nya. Jadi walau dah lepas setahun entry tu masih boleh diakses bila prospek search.


Dannnn Sekiranya kalian pandai cari blogger yang pandai main SEO, Search Engine Optimization. Lagi untung, lagi mencanak views yang korang boleh dapat. 


Minggu lepas saja jela tengok view entry Kiera Sakura. Tak sangka banyak jugak view. Dalam kita duk rasa kita menaip ikut hati, rupanya banyak jugak views nya 


ramai yang cari apa yang boleh dan tak boleh dilakukan sekiranya masuk ke Escape Penang

 

Us Pizza dengan rare flavour. Contoh Pizza Telo Masin hihi

Pengalaman Bersalin di Hospital Raja Permaisuri Bainun atau dulunya dikenali sebagai Hospital Ipoh Perak. 8.66K views







Bengkel Ceramic Tiles Painting Workshop. 533 views. Best pameran ni sebab ada banyak lukisan yang pengajur kumpulkan dari mangsa buli. Jadi kita boleh tengok dalam lukisan tu apa yang mangsa rasa dan lalui.



Paling famous ni. Sampai ke emel, ke facebook dorang cari saya. Cara nak tukar barang dekat web zalora. Orang Brunei, Singapore pun pernah contact. 8.79K views



Pengalaman bagi Fateh Uwais guna Diapex diapers duluuuuu. Ramai jugak orang search dan baca. 9.89K views


Yang ni pun sama. Antara yang paling ramai cari. Pengalaman menggunakan Set bersalin NR. Sampai ke email dan facebook saya dorang cari. Pandai pulak tu cari cara nak komunikasi tu. Hihihi. Actually produk ni bukan paid review. Saya beli, Saya guna, Saya kongsi


Yang sentiasa berada di tangga pertama carian terbanyak. Cerpen. Dulu sebelum Kawen rajin la buat cerpen ni. Macam2. 132K views. Entah apa yang direpekkan pun tatau la hahahahaha


Bukan views yang jadi yang utama untuk saya. Tapi kepuasan menulis dan berkongsi apa yang kita rasa dengan pembaca. Kadang tak terfikir pun ada ke tak yang membaca. Cuma kongsi pendapat, mungkin ada yang melalui pengalaman sama dengan kita. Jadi apa yang kita tahu. Kita kongsi

Semoga bermanfaat pada semua.... dan memberi manfaat pada client yang mana percayakan sebagai medium promo produk mereka.

nak contact saya?? email sahaja di syakira.yaakub@gmail.com


15 December 2021

Hasil Berblog

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Sedar tak sedar 11 tahun dah berblog rupanya. Dari sebulan berpuluh entry sampai la sebulan satu entry pun bertuah hahahahaha. Sebelum ni memang buat blog sekadar suka suka tempat meluah perasaan. Beberapa tahun kebelakangan ni je nama blogger naik dan dipandang sebagai salah satu medium influence. Dari blogger menjadi retis pun ada. Salah seorangnya Hanis Zalikha. 


Alhamdulilah Kiera Sakura pun pernah dan sedang menjadi sebagai salah satu medium influence. Promote iklan, promote barang, promote tempat, promote makanan. Salah satunya Escape Penang dan Escape Water Theme Park. Alhamdulilah, big thanks juga dekat kawan kawan blogger yang sama sama ajak join team mereka.


Yang personal pun banyak. Tapi tula sebelum ni hasil berblog tu memang tak nampak seketul. Tapi hasil collaborate dengan PgMall, payment masuk dalam ewallet sana. Makanya, hasilnya pun kita nampak lah seketoi. Tidak tu hasil payment lebih kepada belanja makan family je kihkihkih




Kipas berdiri Pensonic dan Vacuum sebelah dia tu juga antara salah satu 'hasil berblog' yang nampak dimata dan seketoi gedebuk situ. Memang saja beli barang elektrik perkakas rumah. Nampak la jugak kan hasilnya tu



Alkisah wall fan ni haaa. Memang dah niat nak beli kipas dinding letak dekat dapur. Nak makan berpeluh peluh panas. Tiba tiba masuk job Pgmall. Alhamdulilah dapat beli wall fan hasil part time geli geli. Siapa nak bagi kan? 

Ada keberkesanan ke hire blogger sebagai influencers product sesuatu product? Gambar di atas analysis pembaca yang masuk ke Entry Escape Water Play. Dari hari post entry sampai ke tarikh hari ni. 3.66K mata melihat. Tak pernah takda hari yang pembaca tak masuk. Jadi korang rasa berbaloi ke tidak untuk hire seorang blogger?


22 November 2021

Balik kampung dah korang?

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Balik kampung dah korang? saya alhamdulilah selamat dah balik dua dua kampung. Ipoh dan Seberang Jaya. syukur masih diberi peluang nak peluk cium mak ayah di kampung, balik bawak cucu2 perantauan yang dorang rindu. Alhamdulilah 



Sebut cucu ada 7 bunyi ramai. Tapi bila ambik gambar.. laaaaa ada banyak ni je rupanya...


Balik kampung sempat jugak la celebrate birhtday mama. Dah jatuh hari kita balik kampung. takkan tak sambut kan? tahun lepas boleh wish dalam video call je. tahun ni boleh wish dan celebrate depan depan. takkan nak lepaskan peluang lagi ye tak hihihi. Semoga mama sihat selalu, dipermudahkan urusan dunia akhirat dan yang baik baik sentiasa mengiringi mama. 



Balik kampung selain nak jumpa mak ayah memang cakap dengan Nadh. balik kampung kita kena jogging. Kalau tidak badan memasing mesti naik. Mama dua2 mesti masak sedap sedap jamu kita makan. Tiap pagi wei pulun jogging laki bini. Keluar bilik senyap senyap taknak anak tau mak bapak dia jogging. Tapi esok esok tu bila depa tau kemain awai bangunnya. Tak dapat dating jogging dah kihkihkih



Dengarnya macam ramai nak loloskan diri balik kampung lagi sebelum PRK ni. takut kena kurung lagi. huuuu. Jadi korang balik kampung dah ke belum tu?

15 October 2017

Happy 8th Years Anniversary Ummi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



dalam tak sedar dah 8 tahun saya disini. di LPP dan di negeri jelapang padi. banyak suka duka. ujian dan dugaan. semua tu mematangkan dan mendewasakan diri sendiri. dari bujang yang tatau pape. sampai lah sekarang dah anak dua. alhamdulilah bila merantau banyak yang saya belajar. jauh perjalanan indah pengalaman orang kata. ye betul banyak sangat pengalaman. syukur saya yang terpilih melalui pengalaman tu yang akhirnya saya menjadi lebih kuat waktu sekarang

saya bekerja dengan manusia. jadi sedikit sebanyak saya dah tau nak berkomunikasi dengan orang lain. menjaga perasaan mereka dan kadang meneka situasi yang mereka lalui masa tu. dan dalam pada yang sama saya juga dah kenal siapa kawan, siapa sahabat, dan siapa jugak yang rajin menikan dari belakang. tapi sokay lah kan. kita kawan kawan je. dah tau kawan tu rajin hulur pisau takkan kita senang senang nak bagi belakang suruh tikam ye tak? mihmihmih

jadi selamanya ke nak duduk negeri jelapang padi ni? ermmm entah tatau lah lagi masa akan datang macam mananya. sebab ada satu perancangan yang besar sedang dirancangkan. moga saya kuat melalu fasa itu dan berjaya dengan cemerlang. selepas daripada itu dimana pun saya berada saya doa moga saya masih kekal menjadi Nur Syakira yang sama seperti sekarang ini dan tidak berubah sebaliknya. pray for me ;)

08 August 2017

Dua Bulan Tiga Minggu Dua Hari

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

bukan usia pregnant ye kawan2. tapi lepas dua bulan tiga minggu dua hari baruuu lah jenguk balik blog yang terabai ni haaaa. rekod paling buruk pernah pegang setakat ni rasanya. phewww. penyakit M paling lama lah pegang setakat ni hahahaha. harapnya lepas ni penyakit tu mampu pergi jauh jauh kekekeke

kadang tu bukan takde idea nak update. banyak je idea. gambar pun banyak je ambik. cerita anak2 pun toksah kata la. berjela kalau nak cerita. tapi pesen seorang ummi FatehFurqan ni bila tengah menaip tengah draft entry jangan la ada yang mai jenguk belakang ke tepi ke depan ke. terus mood dan feeling tu terbang. nak dapat balik feeling tu bukan mudah. tu yang selalu tergendala. akhirnya terabai

dan sekarang ni dekat ofis akan ada sesi pam untuk budak kecik Furqan Uqbah. dia dah setahun dua bulan tapi alhamdulilah rezeki susu badan untuk dia masih banyak masih meriah. dan dia masih bertahan susu badan sepenuhnya. jadinya bila waktu free yang ada dekat ofis di isi dengan sesi pam susu untuk dia. waktu nak draft enty atau blogwalking ke kawan2 pun kurang lah sikit

ye saya memang update entry dekat ofis je bila ada waktu terluang. dekat rumah tak sempat pun nak pegang laptop. hp pun pegang bila lagi beberapa minit nak tido ini kan pulak nak pegang laptop. busy jadi surirumah tangga. waktu yang ada dekat rumah sibuk ngadap anak2. nak pulak Fateh Uwais sekarang tengah gila baca buku. tengok je kita duduk mula usung buku. mintak ajarkan dia. yang kecik tu tak payah cakap la. kita baru nak on laptop dia dah duduk atas keyboard. hurmmmmm



jadi korang ingat lagi tak macam mana rupa tuan punya blog ni? kalau lupa bawak2 la tengok gambar atas ni. kot dah lupa :p

20 February 2017

Rezeki Awal Tahun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

letak gambar penguat semangat dulu mihmihmih

hujung tahun lepas memang saya dah pernah cakap yang tak letak apa apa azam pun tahun ni. cuma nak follow the flow. ikut je takdir yang Allah dah tetapkan selain berusaha sekadar termampu. kalau tahun lepas masuk je kerja lepas cuti bersalin 3 bulan banyak betul agenda nak kena buat. kot ada yang nak tau apa yang saya busy kan sangat masa bulan 8 tahun lepas boleh baca entry ni. Ogos yang busy sangat.  

Exam untuk kenaikan pangkat secara lantikan tu tak lepas lagi. ada lagi dua paper nak kena repeat tahun ni. takpe nanti kita apply lain dengan Jpa. tak lah macam kecewa sangat sebab tau exam tu bukan mudah nak lulus. kawan kawan pun ramai je yang repeat paper dah bertahun pun huuuu. cuma tula harapnya tahun ni boleh la lulus dedua paper exam tu. geram sebab rasa macam boleh jawab dah tapi tetap fail jugak grrrrrr

kekuatan terbesar masa ummi apply cuti belajar dulu. apply main main tapi dalam hati ada jugak terdetik semuanya untuk anak2 huuuuu

cumanya kali ni Allah bagi rezeki dalam bentuk yang saya sendiri tak sangka. bulan 8 tahun lepas ada jugak apply cuti belajar bergaji penuh yang ofis sediakan. masa apply tu tak letak harapan tinggi pun. cuma macam. ok tahun ni nak try apply lah. selama hari ni takde rasa nak apply pun. dapat ke tak ke tak kisah pun. saya memang teringin nak sambung study tapi bila fikir masalah ekonomi sekarang ni aduhhh kena tangguhkan dulu. kena beli rumah sendiri dulu. rumah koi lama koi melambung harganya adududududu



awal tahun 2017 dapat surat tawaran cuti belajar bergaji penuh dari LPP. memang tak sangka tapi bersyukur sangat sekurang2nya Allah bagi berita gembira untuk saya awal tahun ni hari tu. cumanya yang tak happy nya kursus yang saya mintak ditukarkan pada kursus Diploma Undang-undang. kursus yang LPP bagi. aduhhhh masa baca tang kursus tu terus terkedu diam tak tau nak happy ke nak nangis ke huuuu. Tanya pendapat boss besar negeri tempat saya bertugas. katanya HQ nak kuatkan bahagian pendaftar. jadinya sebab tu dorang hantar staff belajar bahagian undang2 tu sendiri.

cuma yang jadi masalahnya takde Universiti/IPTA tempatan yang menawarkan kursus diploma undang2 tu haaaa. dah check dengan macam2 u tapi yang ada cuma digree undang2. dan saya tak boleh lompat belajar degree. LPP hanya tanggung untuk belajar diploma sahaja. sebab Ummi FatehFurqan takde diploma dalam mana2 kursus lagi. jadinya tak boleh lah nak lompat degree.

boss besar suggest suruh buat surat mintak tukar kursus. dengan alasan dan sebab yang munasabah, moga2 hq bagi pelepasan tukar kursus. dan tak payah la iols nak belajar undang2 lagi dahhhh. terus blank kepala bila ternampak perkataan akta akta ni haaa hahahhaahaha. memang doa sangat boleh tukar kursus dan boleh belajar dekat u yang berdekatan dengan rumah. kalau boleh takmau duduk kampus. iols nak duduk rumah dengan suami dan anak2. berulang hari2 pun tak kisah. asalkan tak payah berjauhan. baru fikir dah sedih. macam mana nak duduk jauh. macam mana nak belajar kalau jauh. huwaaaaaa kawan kawan mohon doakan saya dapat tukar kursus dan belajar dekat dekat sini je ye. sobsssss

08 February 2017

Keracunan Makanan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

18-19 Januari lepas. dua hari tak bangun lepas keracunan yang agak teruk. balik je makan dekat luar. malam tu pukul 3 pagi dia dah start buat 'kerja'. muntah cery bery berselang seli. sampai takut nak makan minum sebab takut kena masuk bilik air lagi huwaaaaaaa. makan pun sekadar nak isi tenaga sikit. makan pun terbaring atas katil. sedih betoi rasa.

mujur la anak anak boleh hantar pengasuh. sampai ke maghrib tunggu abi dorang sampai. abi memang selalunya balik lambat. terpaksa rela la anak anak. ummi memang dah tak mampu. nak urus diri sendiri pun rasa tak mampu. pergi klinik pun bawak beg plastic dekat tangan takut muntah. muka entah la serupa apa pun tatau.

puncanya. lagi sikit mee nak habis Nampak lalat elok tertonggek dalam tu. dah jadi lalat goreng pun ya. terus luah makanan dalam pinggan tu jugak. sampai sekarang bila teringat mesti rasa nak muntah huuuu. time bayar bagitau owner. diorang cuma boleh mintak maaf jela. apa lagi nak buat. nak salahkan tukang masak 100% pun tak boleh sebab benda terbang macam tu mana nak Nampak sangat. tambah2 serangga jahat gitu suka masuk celah2 makanan yang terdedah.

Mee Tomoi namanya. benda ni la yang ada lalat tonggek goreng tu. tengok gambo ni lagi sekali terus rasa loya nak muntah balik huwaaaaaaa. serik serik

mungkin lepas ni sebelum nak makan pape dekat luar kena selak selak dulu makanannya. check dulu sebelum termakan. memang tobat rasa tak mo kena keracunan lagi dah. sampai cakap dengan suami kita takyah makan luar lagi lah lepas ni. tapi still makan jugak hahahahaa.

mana nak tahan godaan makanan kedai. nak pulak balik kerja tak payah bersilat dekat dapur dulu. tak payah bersihkan dapur bersihkan sinki. nikmat dunia la semua tu hahahahaha.

dan 31 Januari lepas kena lagi keracunan. kali ni tak diselangi muntah. bersyukur jugak la. memang dah takut sangat kalau kali ni pun terbaring lagi. nak pulak suami masa tu pun tak sihat. demam sesema. kali ni bukan pergi makan luar. tapi makan nasi mesyuarat dekat ofis. kawan kawan yang makan daging pun kena sekali keracunan. adoi doi doi.

dua hari jugak la tersandar duduk dekat rumah. seharian cery bery dekat ofis sampai naik demam. demam tula yang buat tersandar dekat rumah tanpa boleh buat apa apa. dan terpaksa 'abaikan' anak dua orang tu lagi. dengan waktu tu baby Furqan pun demam. merap lagi. hadoiiiii sungguh tobat rasa tak nak sakit dah. kesian ke anak anak. takde orang nak tengok dorang dekat rumah.




03 January 2017

2017 Saya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hai korang. selamat tahun baru. moga tahun ni lebih baik dari tahun tahun sebelum. lebih dipermudah urusan. lebih murah rezeki. lebih ibadat dan lebih segala galanya dari tahun tahun sebelum.


masuk tahun baru berjela la masing-masing tulis azam. iols? malas nak berazam. serius rasanya dah bertahun tahun takde azam. cuba follow the flow dan buat segala apa ikut apa yang terdetik terfikir saat dan ketika ituuuuu. karang kalau buat azam nak tulis entry update blog hari-hari tup tup besok lusa tulat minggu depan blog sunyi sepi krik krik krik


kalau azam nak jadi ummi yang baik sopan santun tanpa jerit jerit lagi. karang tetiba malam ni jadi UmmiZila jadi singa lagi. kalau buat azam nak kurangkan menguyah makanan tanpa henti dekat ofis tengok tengok besok laci ofis penuh dengan makanan lagi. kot nya buat azam nak berhenti shopping tiba tiba tengahari tangan penuh plastik bag


dah tu acena? hahahahaa. baiklah follow the flow je senang, sekurang kurangnya takde lah malu dengan diri sendiri nanti hewhewhew. banyak benda nak diceritakan. pasal jalan jalan. pasal anak anak. pasal suami yang masuk hospital. pasal itu ini. tapi tula sekarang ni selalu terjebak tengok Running Man dekat youtube sebab baru jumpa yang ada subtitle english. bila dah TERRRRRR tengok tu tetiba lupa dekat blog hahahahaha


 

29 September 2016

Dua Puluh Lapan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Love all of u too hero bertiga. Semalam 28 September cukup lah seorang Ummi FatehFurqan dua puluh lapan tahun. hurmmm dah 28 pun. rasa macam baruuu je lagi habis SPM hahahahaha :p kalau dulu bila masuk tahun baru berlagak je lagi cakap saya 21 tahun ni. tapi sekarang awal tahun orang tanya umur berapa? 27 tahun. nanti bulan sembilan baru masuk 28 hahahahaha. sindrom sungguh!!!!

Alhamdulilah dua puluh lapan tahun Allah pinjamkan nikmat nyawa dan segala nikmat yang dah Dia pinjamkan untuk saya didunia ni. syukur, terima kasih Ya Allah!!! Dua puluh lapan tahun ni rasanya banyak yang dah dapat. ada family sendiri, family mentua, suami, anak2, sahabat kawan, kereta. rumah je takde lagi. insyaAllah masanya mungkin hampir tiba untuk rumah tu. hari2 doa huuuuu. moga Allah makbulkan amin amin

Untuk mama papa dan keluarga. terima kasih dah lahirkan seorang Nur Syakira dan membesarkan saya dalam keluarga yang cukup kasih sayang dan bahagia. segala kekurangan dan kelebihan yang lebih menguatkan ikatan antara kita semua. rindu nak pergi holiday. tapi sekarang kena hold dulu. insyaAllah one day ye. untuk mama terima kasih atas segala pengorbanan mula dari saya mula membenih dalam rahim mama hinggalah dah besar panjang ada anak2 sekarang ni. dah jadi mak mak baru lebih paham dan tau erti kasih dan cinta seorang ibu pada anaknya. 

Untuk keluarga mentua. terima kasih menerima diri ini seadanya. moga segala kelebihan menutupi segala kekurangan yang ada dalam diri saya. moga segala ujian dan cabaran lebih mematangkan kita dan menguatkan ikatan kekeluargaan antara kita. 

Untuk sahabat, teman, rakan dan kawan. terima kasih juga menerima diri saya seadanya. terima kasih sudi berkawan bersahabat dengan seorang Syakira Yaakub yang ada kalanya peramah dan ada masanya pendiam. biasa lah kalau baru mula kenal memang diam sikit. dah kenal lama baru syok nak sembang pung pang pung pang ekekekeke

Untuk anak-anak ummi Fateh Uwais, Furqan Uqbah. ummi bersyukur sangat Allah kurniakan ummi dengan anak-anak lelaki ummi ni. walau setiap hari pening rasa nak pitam dengan karenah dua hero tapi setiap saat setiap waktu jugak ummi bahagia dengan awak berdua. anugerah terindah untuk ummi. takde lain yang ummi doa. moga ummi diberi kudrat untuk membesarkan anak2 ummi depan mata ummi sendiri. maaf ummi tak banyak masa dengan awak. ummi kena kerja tolong abi nak membesarkan awak. ummi nak awak hidup dan membesar dengan selesa dan gembira. tapi insyaAllah bila ummi ada masa ummi akan luangkan masa yang berkualiti dengan awak berdua. awak doa la abi kaya cepat2 boleh ummi berhenti kerja (ke?) duduk rumah jaga awak berdua. lepas tu boleh kita bergaduh dan call abi dekat tempat kerja semata-mata nak mengadu. hahahahahaha

Untuk awak yang teristimewa wahai suami. hurmmmm... terima kasih terima diri ini seadanya jugak. terima kasih untuk segalanya  yang hampir empat tahun kita memadu kasih ni. ecehhhh hahahaha. terima kasih jaga saya, masakkan untuk saya bila saya merap "syg tak larat" , tolong basuh baju, sidai baju, lipat baju-baju, basuh pinggan, siang ikan ayam sebelum masuk peti, mop lantai sebab awak tak suka vacum rumah, salin pampers anak, bangun buat susu Fateh Uwais malam2, tukang kejut bila saya tido mati tapi baby menangis nak susu kat tepi (hahahaha), alaaaaa kalau nak list nanti panjang pulak entry ni. tapi terima kasih lah untuk semuanya. walau ada kala saya rasa saya macam monster tertukar emosi tapi awak masih bersabar dengan karenah saya. saya sayang awak tau. sayang sangat. awak ingat saya selalu pesan kalau awak berani sayang2 orang lain yang tak patut tu siapppppp awak saya kerjakan hahahaha. tapi insyaAllah saya tau sayang awak pada saya je kan? (asah parang :p)

ni saya nak pecah rahsia ni. ada masanya baju-baju yang awak lipat tu saya pejam mata je susun masuk almari. tapi ada masanya jugak saya bukak balik lipatan baju tu sebab tak sama dengan cara saya lipat. biasa la awak kan tau saya ni spesies mama zila tu. OCD hahahaha. tapi OCD yang light2 jeeewwwwww gituuuuu :p jangan pulak lepas ni serik nak tolong lipat kain lagi!!! :p terima kasih lah sudi bersabar dengan manusia suka berubah emosi macam saya ni. dan terima kasih hadiahkan saya benda alah yang saya duk berzikir dekat awak hari2 tu dan terima kasih belikan saya kek fevret saya tu.

hurm alkisahnya kek tu saya yang suruh dia beli. sebab tau kalau tak kabo karang hati ternanti2 nak suami balik bawak kek. tapi karang kalau impian yang disimpan tapi tak dapat jadi sedih. dari sedih sorang tak ketahuan hala baik bagitau siap2. orang laki ni bukannya paham bahasa badan ke bahasa merajuk orang pompuan ke. tapi tulisan atas tu lahir dari hati sanubari dia yang dalam lah!! bukan rekaan sang isteri jugak :p dua bulan lepas dah remind nanti 28.9 sila beli kek SR sebab BRIM masuk. BRIM masuk time besday saya. jadi sila tolong beli saya nak jugak2 hahahahahaha. perangai sungguh!! mujur tok laki iye kan je layan kepala bini dia. hurmm karang orang claim kita bini banyak songeh pulak tapi nak bagitau jugak. saya ni rasanya jarang la mintak benda2 cenggini dengan somi. sebab kita sendiri kerja ada duit sendiri boleh beli. tapi sebab entahnya lepas2 je bersalin dulu kena pantang makan kek. bila tau BRIM masuk 28.9 terus tergedik2 mintak somi beli kan kek SR jugak2. kek SR je. kek lain takmo!!!! hahahahahahahaha :p

terima kasih pada semua yang wish. moga semua yang mendoakan dikembalikan kebaikan dan rahmat itu kepada kalian semula. amin amin. wish list tahun ni. nak beli rumah sendiri dan nak ada geng baby girl buat kawan flip hair dan flip shawl. ehh yang geng baby girl tu bukan tahun ni. mungkin tiga ke empat tahun lagi la kot hahahaha kbai :p

27 September 2016

Traffik Cerpen

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dah hampir enam tahun pun dalam dunia blogging ni. dulu masa awal2 jadi blogger cuma suka-suka. bosan bosan dekat ofis time takde kerja ada jugak la benda nak ditengok, bosan bosan time weekend dekat rumah sewa ada jugak la nak dihadap. sekarang tak sempat nak bosan dah dekat rumah. rasa macam setiap saat tu ada je benda yang nak dibuat kihkihkih :p

dulu mana lah reti lagi traffic blog, seo ke, atau review2 segala ni. sejak tahun lepas je baru nak cerdik sikit. baru nak naik angka dekat nuffnag tu. sebelum ni nuffnag ada la dalam RM0.05 je hahahaha. sedih beno tengoknya pun!!! tapi dulu best!! walau sekadar kawan alam maya katanya tapi rasa rapattttt sangat. istilah iri hati pun tak banyak sangat. sekarang? bukan tak best. best jugak tapi aura dia tu ke arah lain pulaknya. masing-masing ada pro dan kontranya. cuma jujurnya memang banyak lagi kawan alam maya dari realiti ni haaa. kadang seronok lagi kawan dengan alam maya. bak kata orang jauh bau bunga dekat bau taik. cenggituuuuuuuu

Traffic blog sejak pandai (sikit) tulis cerpen memang traffic nya cerpen jela manjang. entah apa yang bestnya Cerpen Dendam Cinta tu entah. traffic dia tak pernah turun dari awal dulu. sentiasa duduk list paling atas. lepas dah kawen barulah entry lain masuk list. kalau tidak dulu cerpen je dari atas sampai bawah. kalau dulu takde cerpen takde la trafiic kot gamaknya ahahahaha.

dah lamaaaaaa sangat tak tulis cerpen. dulu sebelum ada anak memang rajin tulis cerpen. hormon baru nak stabil kot gamaknya hahahaha. boleh dikatakan ada jela idea nak mencerpen. tapi sekarang nak mula mengarang tu terus krik krik krik krik hahahaha. nak kata sekarang kurang bunga-bunga tak jugak. tapinya entah diri sendiri pun tatau nak fikir :p

atau mungkin sekarang 'kawan' nak mencerpen tu pun dah tak mencerpen jugak kot. aura nak 'berlawan' tu kurang sikit. kalau sekarang bawak naik entry cerpen pun ada yang komen "buang tebiat" hahahahaha sedih mak noksssss baru nak bunga2 terus layu kihkihkih :p

sekarang lebih pada life style, parenting dan review jela. cerita pasal anak-anak yang nak membesar tu. kunci syurga kami. khalifah kami. cerita pasal diri sendiri. tak payah susah payah nak fikir ending cerpen dah. tapi jujurnya dulu masa duk mengarang pun air mata tap tap jatuh. punya lah menjiwai sangat hahahahahaha

04 September 2016

Ogos Yang Busy Sangat!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

tepek gambar budak berdua buat semangat kerja. Akhi tengah mengasuh adik baby tu. Alhamdulilah boleh la nak harap sikit2. tapi tak boleh jugak harap sangat. budak tengah akal ligat bukan boleh baca sangat hihihi

oh mai very bad prestasi bulan Ogos lepas. Ogos tersangat sangatlah busy!!! busy yang bukan dibuat-buat tau huuuu. awal bulan Ogos baruuu nak masuk kerja lepas cuti panjang. cuti bersalin 3 bulan. jadinya paham paham jela kalau orang baru mula masuk kerja balik ni. banyak kerja nak kena update. dan nak mencari mood kerja tu balik kihkihkih.

Ogos jugak bulan exam saya. 30 Ogos lepas ada exam. exam kait bidang kerja. walau cuti 3 bulan duduk dekat rumah tapi tak dapat langsung nak study walau buku tu ada je dekat rumah. sibuk uruskan anak anak. uruskan rumahtangga. bila dah masuk kerja baru la terkejar-kejar nak study. ada dua paper je nak kena ambik. tapi buku nak baca tu ada banyak huhuhu. dah la tu kalut pulak buku yang berkaitan takde tak cukup. nak mencari buku lagi. print pekeliling baru lagi. entah lah super duper busy rasanya hukhukhuk.

balik dari kerja memang takde masa langsung nak hadap blog ke ape ke walau internet dekat rumah lagi laju. balik rumah memang jadi surirumah tangga sepenuh masa je. tengok facebook tengok Instagram pun time tengah menyusukan anak. Nampak mata dia dah layu tertutup baru sempat capai telefon sekejap. salah satu untungnya bf anak kecik ni. ada la masa nak relaks sekejap. nak baring sekejap ke. badan je baring tapi otak ligat fikir nak kemas rumah macam mana. nak mula kan dari mana. lipat kain dulu ke basuh pinggan dulu ke. mak mak sangat hahahaha

dan Ogos jugak bulan busy prepare segala dokumen untuk cubaan beli rumah pertama sendiri. orang kata kalau nak beli rumah ni tak boleh pedo (tahan tahan) tak boleh sangat nak kira itu kira ini. buat geram je beli. kalau duk fikir tu fikir ni alamatnya memang tak terbeli la sampai bila pun. bukan fikir ape pun. fikir ekonomi keluarga yang kian meningkat sekarang ni. dengan ekonomi semasa lagi. tapi arghhhh malas fikir banyak. try je submit loan dulu. lepas tu baru fikir lain huhuhu. moga Allah permudahkan urusan kami. moga Allah murahkan rezeki kami. amin amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...