Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Dah lama nak buat entry ni tapi asyik tertangguh je. macam busy je tapi tak busy tara mana pun. pffftttttt. dapat voucher Zalora RM50. jadi la cukup untuk hunting sepasang kasut baru. beli kasut yang atas tu. berkenan tengok. memang target nak beli kasut baru sebab kasut yang sedia ada ni dah mula makan diri. lama dah pun sejak mengandungkan Fateh Uwais lagi haaaa. saya memang jenis macam ni. kalau kasut akan pakai yang satu tu je sampai la dah tak muat atau makan diri sendiri. ada pilihan kasut lain pun tetap kasut yang satu itu jadi keutamaan. sebab tu Fateh Uwais pun perangai gitu. kalau beli selipar tiga empat pasang. sepasang tu jugak yang dia ulang pakai sampai tak boleh pakai dah. yang balance lagi dua pasang buat penuh duduk dalam kereta brrrrrrr. sekarang dah tau perangai anak macam gitu memang sepasang tu je ummi beli, dah tak muat baru tukar beli baru. jimat.
alkisahnya kasut yang beli dekat Zalora ketat. salah tengok size. alaaaaa sedih dah. baru ingat cewi nak pakai pergi kerja hahahaha. proses delivery agak cepat la jugak. delivery masa beli pun cepat. masa return tukar pun cepat. alhamdulilah Allah permudahkan. masa dapat kotak kasut Nampak dah ada borang return. siap bertulis alamat ke tempat yang sepatutnya nak dihantar. bagus. tak payah susah susah cari dan tulis dah. cuma kena isi form nak tukar kasut size apa dan atas reason apa nak exchange & return tu.
dah selesai isi borang. masukkan balik kasut dan kotak dalam plastic delivery yang diorang hantar. seal elok elok. dan terus ke pejabat pos yang berdekatan. sebelum pos Tanya kerani dulu boleh tak nak pos barang return ke Zalora? nanti kerani tu akan proseskan untuk korang. yang penting ia nya percuma. tak perlu bayar kos postage tak kisah untuk return ke diorang ataupun diorang ganti kan yang baru untuk kita. kedua2nya tiada kos postage. tapi korang ke return balik dalam masa 30 hari tau. ohh ye masa dapat kasut tu awal awal sila gunting plastic elok elok. sebab plastic tu ada dua bahagian gam. satu lagi simpan untuk korang return balik in case tak muat atau barang rosak.
macam saya hari tu saya buat dua kaedah. isi borang manual dan jugak online. kalau takde kertas macam saya dekat atas tu pun takpe jangan risau. cuma perlu login semula di web zalora. klik my account dan cari menu "Exchange & Return" nanti dia akan keluar pop up macam dekat atas tu. cara pertukaran barang zalora. ikut step by step ye
select item yang korang nak tukar tu. pilih lah samada korang nak tukar barang atau nak return balik barang tu. kalau kasut korang nak tukar size. pilih la size yang baru. save and continue
isi alamat dan details yang dorang mintak. klik Submit returns
last sekali dia akan keluar arahan ini balik. boleh dah bungkus barang korang kemas kemas dan hantar ke pejabat pos semula. ingat ye korang ada masa tiga hari je untuk pulangkan semula ke pejabat pos yang berdekatan. tiga hari selepas submit online di web Zalora
mudah je. semudah ABC. dan yang penting. ye ianya PERCUMA dan diyakini selamat. saya dah pun dapat kasut ganti yang baru. tapi tula spesies tak boleh beli kasut atau baju online. size ok. muat pakai. tapi tetap tak selesa. rasa sakit dekat belakang kaki bila pakai kasut tu. jadinya pakai la semula kasut yang dari pregnant Fateh Uwais tu.
ini la kasut yang saya setia hampir empat tahun tu. nak kena ke Al Ikhsan jugak la ni cari kasut baru sobssss. alah membeli menang memakai kata orang. walau kasut tu dulu beli harga ratus ratus tapi empat tahun dah pakai. puas hati. sebelum kasut pink ni. ada satu lagi kasut spesies ini jugak. warna hijau putih. yang itu pun dah makan diri baru tukar ke warna merah jambu ni haaa. dah terbekenan dan rasa selesa sangat pakai flat puma ni haaa. tak licin dan sesuai pakai dengan semua jenis baju. skirt dan seluar pun sesuai digayakan. heran apa kalau baju warna hijau kasut pink pun. aku pakai jugak hahahaha








