Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Pesan Ustazah. Show all posts
Showing posts with label Pesan Ustazah. Show all posts

02 January 2013

Bagi Bunga Sakura

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


papa selalu marah bila saya mogok tak nak balik kampung sebab meluat dengan perangai kazen kazen dan sedara mara kat sana. sebab ape meluat? tak payah la cerita kot nanti terbukak aib orang tak pasal pulak aib saya dibukakan satu hari nanti. tapi untuk ingatan sesama muslim kat luar sana tak salah kalau saya katakan. belajar hormat orang yang lebih tua, lebih lebih lagi bapak sedara awak. 

papa selalu kata. jangan la ikut perangai deme(mereka) yang tak elok tue. yang tak elok tue jangan diikut, buat pedoman. yang nampak baik tue baru lah ikut. papa tak suka anak-anak papa buat perangai macam tue. 

ok lepas je kena tegur tue terus tarik moncong drive dediam kat depan tue. majok letewwwww kihkihkih :p tapi memang betol apa yang papa kata tue. dan Pakcik Imam sendiri selalu nasihatkan. kalau awak balas apa yang tak elok tue sama lah awak macam dia. kalau masa dia berperangai macam tue awak panggil dia takde otak. habis tue kalau awak buat menda yang sama nak panggil apa pulak kat awak?

ok sentap lagi sekali sebab tau salah sendiri =.=' biasalah kita manusia nie bila orang sakitkan hati kita, lagi kita nak sakitkan hati dia. dengan impian moga dia rasa sakit yang kita rasa. tapi percayalah sampai bila-bila pun masalah tak akan selesai. lagi teruk adalah. memang susah kan nak buat baik dengan orang yang teruk tue. sedangkan nak pandang muka dia pun kita rasa baik tengok je monyet bergayut-gayut kat pokok dari tengok dia. astghafirullahalazim sebab tue kena selalu bersihkan hati dari terkena sihir iblis. 

bila orang bagi bunga taik ayam, awak bagi bunga sakura yang cantik menawan. lama-lama insyaAllah dia sedar dan malu sendiri dengan tindakan dia yang kurang cerdik tue. tapi kalau pesen yang jenis takde perasaan bersalah tue. kurangkan(bukan terus kata jangan) lah kadar beramah mesra dengan mereka. sekurangnya hati kita tak sakit dan tak terus mengeji dalam diam. doakan moga mereka diberi hidayah untuk sedar salah yang mereka dah pernah buat.

memang susah nak buat baik dengan mereka yang menyakitkan hati tapi tak mustahil kalau berusaha. pesanan untuk saya jugak sendiri yang selalu lupa dan awak semua yang saya sayang ;)

#Perasaan hambar sangattttt nak update entry skang nie huuuu. 

11 December 2012

Pesan Ustazah : Senyum

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


semua manusia pun punya perasaan sakit bila dilukai. marah, sedih, kecewa, sakit hati, jeles semua tue hadir sebab hati terluka. tapi ada jugak spesies yang kalau dia sakit hati dia berdendam nak sakitkan hati orang lain jugak. hurmmm kalau macam tue bila nak selesainya masalah tue?

rasanya hari tue Kak Adish Shida pernah sebut yang ustaz dia pun kata kalau marah senyum. bukan saya nak kata saya nie stok baik-baik, tak saya pun banyak kurangnya. tapi saya dah selalu cuba cara nie. bila rasa hati sangat marah dengan seseorang, sangat marah dengan perangai dia yang menyakitkan hati, saya cuba tenangkan hati sendiri, tarik nafas dalam-dalam, mengucap dua kalimah syahadah dan seterusnya senyum. Alhamdulilah hati tak rasa berat lagi, jari pun tak mengeluarkan kata yang berbau emosi di pesbuk, twitter mahupun belog. Alhamdulilah kan terbukti Allah tue suwit ajar kita supaya jadi suwit jugak. 

kalau marah dan mengeluarkan perkataan yang bukan-bukan. percayalah tiada perasaan lain kecuali rasa marah yang lebih membuak dalam diri. sebab apa? syaitan kan dah berjanji yang dia takkan tinggalkan kita untuk membantu kita menjejak kaki bersama dia ke neraka. jadi nak ikut syaitan ke?

menangislah kalau rasa hati terlalu marah dan sedih. sebab Allah ciptakan air mata untuk hambaNya mengeluarkan kesakitan dan kesedihan dalam hati dan diri. menangislah sepuasnya dan percayalah selepas itu insyaAllah awak akan terlupa mengenai kesakitan yang pernah hadir dalam diri awak. 

senyum bukan sahaja untuk membahagiakan mereka yang lain tapi jugak membahagiakan diri awak sendiri. insyaAllah

28 November 2012

Pesan Ustaz : Enjoy Your Life

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


ada dengar pesan ustaz hari tue, katanya senyum dan Enjoy Your Life. saya sharekan contoh yang dia bagi.

harga gula dah naik, for sure semua pun mengeluh tapi kata si penghidap kencing manis "haaa mujur la aku dah tak boleh minum manis tak payah susah hati gula dah naik" sambil tersenyum dan berlalu pergi.

contoh lagi satu zaman sekarang nie sangat takut kan dengan kes budak bawah umur yang buat maksiat macam makan gula-gula jer. parents yang ada anak tentu-tentu takut kalau anak dia terpalit sama gejala macam tue tapi bagi pasangan yang belum ada anak apa katanya "mujur la Allah tak bagi rezeki lagi takde la aku tak tido malam fikir kemana anak melepak"

itu contoh jela nak memperjelaskan apa yang uztaz cuba sampaikan. kalau hari nie awak dilanda musibah atau ujian jangan susah hati. cuba senyum dan bergembira dengan musibah itu sebab boleh jadi sesuatu yang awak benci itu adalah satu kebahagiaan dari Maha Pencipta untuk awak. sebab awak tatau apa rahsia disebalik rencana Yang Maha Esa tapi cuma satu yang awak perlu ingat, setiap apa yang Dia tentukan tak kan merugikan setiap hambaNya sebab Dia takkan menzalimi cuma diri kita yang selalu menzalimi diri sendiri. 

macam contoh atas diri saya sendiri. dulu pernah disakiti oleh bekas tunang yang pertama. Allah bagi saya rasa kekecewaan tue supaya saya tak mengecewakan insan lain dan Allah bagi saya kesakitan itu untuk digantikan dengan kebahagiaan yang berganda masa kini. dan Alhamdulilah saya bahagia dengan suami dan keluarga mentua. sangat bahagia. syukur Alhamdulilah.

Allah uji dengan satu kesulitan tapi Dia gantikan dengan dua kebahagiaan. wallahualam :) 

23 October 2012

Pesan Ustazah : Mencari Ketenangan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Ustazah saya punya suami dan anak-anak tapi saya selalu rasa tak tenang kenapa ustazah?

"puan ada suami? ada anak-anak? kewangan stabil? tempat tinggal ada? jika ada semua cuba puan ikut apa yang saya sarankan" kata Ustazah

Pesan Ustazah : pejamkan mata, cuba bayangkan ketika mata dibuka tiada suami disisi, anak-anak hilang, kewangan bergoncang, merempat ditepi jalan. seharusnya kita perlu mensyukuri segala kurniaan Allah. boleh jadi hati tak tenang kerana kita lupa erti bersyukur. kita tak tenang kerana Allah tak beri apa yang kita mohon. tapi kita selalu lupa yang Allah selalu bagi apa yang kita perlu. 

Pesan Ustazah : bila hati tak tenang. bila hati gelisah. cuba bayangkan orang lain yang jauh lebih susah dari kita. 

hari ini kita tak tenang kerana kerja yang kita dapat tak seperti apa yang hati kita mahu. tapi kita lupa yang kat luar sana ada yang kerja menjual paku pakis yang dikutip tepi sungai. kita lupa yang kat luar sana ada yang sedang gelisah tak berkerja sedangkan ibunya sakit di rumah.

hari ni kita bersedih hati jodoh lambat datang ke kita. adik beradik yang lain sudah punya keluarga sendiri. tapi kita lupa ada yang diluar sana langsung tidak kenal siapa ibu dan bapa,hidup bersendiri, belum berkahwin. sedangkan kita masih punya ibu bapa yang sentiasa kuat berada disisi kita.

hari ni kita bersedih bilamana Allah ambil kembali zuriat yang dipinjamkan dalam rahim kita. tapi kita lupa yang ada insan lain berkahwin 30 tahun tapi langsung tak pernah merasa zuriat berkembang didalam rahim.

hari ni kita mengeluh berjemaah dalam masjid atau surau yang tiada aircond tapi kita lupa dinegara berperang sana bagaimana susahnya umat islam mahu bersujud mengadap Ilahi. bagaimana susahnya mereka mahu mendengar suara azan berkumandang. 

hari ni kita merungut mata rabun kena pakai spek saya la tue tapi kita lupa yang kat luar tue ada insan yang buta sejak lahir tak boleh melihat indahnya segala ciptaan Ilahi.

bersedih itu lumrah perasaan. kerana itu Allah ciptakan air mata untuk kita melepaskan kesedihan yang bertandang dihati. tetapi sayang, jangan lupa yang Allah juga menguji adakah umat yang Dia sayang itu bersyukur dengan segala kurniaan lain yang diberi. ujian tandanya Dia dekat dengan kita.

belajar mensyukuri kerana dari situ hadirnya ketenangan, insyaAllah :)

#maaf tak bermaksuh nak tuju ke sesape entry nie cuma perkongsian dari saya untuk semua. maaf kiranya ada yang terasa. maaf sekali lagi

#Pesan ustazah yang saya kongsi dari mana-mana majlis ilmu yang saya dapat. kerana pesan ustazah, harta yang banyak bila digunakan akan habis, ilmu yang sedikit digunakan akan bertambah, insyaAllah

#kerana saya bukan yang terbaik kerana itu saya berusaha menjadi yang lebih baik. moga saya sentiasa istiqamah Amin

#Pesan ustazah untuk saya sendiri dan awak semua, wallahualam

21 October 2012

Pesan Ustazah : Kawalan Minda dan Doa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Pesan Ustazah jika mahukan kejayaan anak-anak dalam pelajaran atau apa-apa juga, jangan gunakan perkataan 'kalau dia tak berjaya bagaimana kehidupannya kelak' sebaliknya tukar kepada 'anak saya mampu berjaya dengan usaha dan doa berterusan dari dia dan jugak kami ibu bapanya'.

Pesan Ustazah lagi pada student yang masih study dan pada semua. jangan gunakan perkataan kalau. sebaliknya positifkan minda yang awak mampu berjaya dalam apa-apa jugak bidang yang awak ceburi.

dan Pesan Ustazah lagi tetapkan niat melakukan sesuatu kerana Allah semata. berkahwin kerana mencari redha Allah bukan kerana lari dari cengkaman keluarga yang mengongkong contohnya. memasak hidangan keluarga kerana Allah semata bukan kerana terpaksa masak kerana suami sudah keluar mencari nafkah contohnya. tapi lakukan segalanya kerana Allah semata, insyaAllah kejayaan dan ketenangan bakal mengikuti tiap langkah yang awak lalui. 

Positifkan minda kerana sebenarnya itu kawalan utama untuk kita berjaya. jika selalu menyatakan 'saya takut melangkah kerana saya takut jatuh dipertengahan jalan' sampai bila-bila pun awak tetap berada di tempat yang sama. dan ingat tiap perkataan yang keluar dari mulut kita adalah doa. jangan mendoakan kegagalan sebaliknya selalu lah mendoakan kejayaan. Dan paksikan Allah semata-mata dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan. walaupun hanya menanam sebatang pokok cili ditepi dapur.

Pesanan Ustazah untuk saya dan awak semua :)

saya menambah. dalam berblog pun kena tetapkan niat kerana Allah. dengan harapan blog menjadi salah satu saham akhirat kita. bukan hanya mengira berapa followers yang datang. ingat saham tue ;)  

10 October 2012

Pesan Ustazah : Buatmu Ummi

Assalamualaikum Salam Sejahtera


pesan ustazah pada siapa tue? pada Ibunda saya dan awak semua. Allahuakbar besarnya pengorbanan seorang mama/ibu/ummi/mummy dsb sanggup menelan peritnya perasaan sendiri demi anak yang tersayang.

kata pepatah ibu yang seorang bisa menjaga 10 orang anak dengan baiknya. tapi anak yang 10 orang mampukah menjaga seorang ibu? ya mampu!! saya yakin diri saya dan awak semua anak soleh solehah yang mampu menjaga perasaan dan diri Ayahanda dan bonda tersayang.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...