Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
10 ayat pertama surah Al Kahfi
baru je lepas hayati video fitnah dajjal. Allahuakbar bergenang mata nie. hati sangat takut bila memikirkan segala riwayat hadis sahih. lebih takut bila amalan yang tak seberapa dalam diri ;((( boleh search kat youtube cari video dakwah fitnah dajjal. saya tak boleh nak masukkan dalam entry nie. tengok ikut pesbuk je pun. antara point yang Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan sampaikan.
- fitnah yang paling ditakuti Nabi Muhammad SAW adalah fitnah dajjal. sampaikan Nabi SAW kata kalau dajjal keluar masa zaman baginda. baginda sendiri yang akan memerangi dajjal. kalau dajjal keluar masa baginda dah wafat bergantunglah hanya pada Allah SWT.
- dajjal = makhluk yang ditangguhkan ajal = makhluk yang dipanjangkan usia
- hadis riwayat imam tabrani mengatakan. sebelum mengaku sebagai tuhan rupa bentuk dajjal sama macam kita manusia biasa tapi selepas mengaku tuhan rupanya akan berubah. mata sebelah kiri buta yang semacam ada biji kismis dalam matanya. mata sebelah kanan pulak tersembul. tanda tue akan keluar lepas dia mengaku sebagai tuhan dan selepas menjadi ketua negara.
- ulamak yaman kata ada 8 orang mimpi dajjal dah keluar. wallahualam
- sebelum dajjal keluar dunia mengalami kemarau selama 3 tahun. tahun pertama hujan hanya turun selama 240 hari, tahun ke-2 120, dan tahun ke-3 langsung tiada hujan yang turun
- Nabi Muhammad SAW pesan pada orang lelaki supaya ikat isteri dan anak-anak dirumah masa dajjal keluar sebab takut terpengaruh dengan tawaran dajjal. dajjal bawak turun syurga takut terpengaruh dan berbondong-bondong masuk syurga dajjal
- riwayat sebut negeri pertama yang dajjal keluar di negeri Yam dan Iraq. dan akan ke tempat lain menaiki jet pejuang. melaikan Mekah dan Madinah yang terdapat malaikat menjaganya.
- negeri yang mengaku dia tuhan akan dapat segala macam keistimewaan manakala negeri yang bantah akan dihapuskan. negeri Tatti yang menolak dia sebagai tuhan jadi seperti padang jarak padang terkukur lepas dajjal pulang. Allahuakbar
- Nabi Muhammad SAW pesan belajar hidup seperti orang dulu kala, belajar hidup susah. kerana zaman itu nanti ujian seperti ini yang akan dihadapi
- dajjal akan monopoli semua makanan. orang islam yang lapar hanya akan bertahlil, bertasbih, bertahmid, beristighfar untuk sentiasa bersabar menahan rasa lapar yang maha dasyat. mana yang mampu bersabar, Alhamdulilah. mana yang tidak pasti mengikut dajjal.
- amalkan membaca surah Kahfi, insyaAllah Allah akan pelihara dari fitnah dajjal.
- hanya 40 hari dajjal keluar, selepas itu Nabi Isa AS akan keluar membunuh dajjal.
- penentang dajjal akan bersama Nabi Isa menentangnya, manakala yang bersama dajjal akan menentang Nabi Isa dan pengikutnya. peperangan akan terjadi sehinggalah kiamat. wallahualam.
10 ayat terakhir surah Al Kahfi

