Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Hati Lembu. Show all posts
Showing posts with label Hati Lembu. Show all posts

17 November 2015

Hati Goreng Berempah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


tengok dalam peti ais ada lagi hati lembu balance buat gulai rempah aritu. makanya ummi uwais pun jenuh fikir nak buat masak ape dengan balance hati yang sedikit itu. takde idea nak masak ape? rajin-rajin la masuk blog PCM, Dapur Tanpa Sempadan. taip je keyword "hati lembu" dekat kotak search tu nanti keluar la berderet resepi yang sedap lagi sedap dan sedap lagi dekat sana hihihihi. tapi macam biasa kita derhaka sikit-sikit ikut selera tekak kita :p

HATI GORENG REMPAH

Resepi Asal : Pakcik Mat Gebu @ PCM
By : Kiera Sakura

Bahan-Bahannya :

  • Hati Lembu
  • bawang holland, dipotong bulat
  • cili merah, dipotong serong
  • kacang buncis, dipotong kecik2
  • halia*
  • lengkuas*
  • bawang merah*
  • bawang putih*
  • lada hitam biji*
  • ketumbar biji*
  • kicap pekat*
  • kicap cair*
  • gula*
* dikisar halus bersama-sama

Cara-caranya :
  1. hati lembu hiris nipis, cuci bersih dan toskan. Gaul bersama semua bahan-bahan di atas kecuali bawang holland dan cili merah. perap dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. masukkan no.1 tadi dan kacau rata. masak hati sampai kecut. masukkan hirisan bawang, cili merah dan kacang buncis. terus memasak dengan api yang perlahan sehingga pekat.
  3. rasa dan jika perlu tambah kicap cair lagi. dan makan bersama nasi panas.
kuantiti bahan tu sila agak-agak ye. tak reti nak bagitau sukatan. hihihi. tapi memang sedapppppp. lepas ni boleh buat lagi. boleh tambah daging sikit ke ape ke kan. walau ada lada hitam sikit Fateh Uwais masih boleh makan kira ok la tu untuk seorang ummi uwais hihihi


Selamat mencuba!!!!



post signature
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...