Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Escape. Show all posts
Showing posts with label Escape. Show all posts

14 November 2017

Escape WaterPlay Penang | Family and Friends

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Entry terakhir di Escape WaterPlay Penang. ada beberapa aktiviti yang saya tak share dengan korang semua lagi. rasa rugi lah kan kalau tak share. biar korang pun rasa tak sabar nak masuk buat aktiviti dalam tu jugak muahahahaha :p






River Cruise kot namanya hahahahaha. lupa dah apa ke namanya pun ntah. tapi menyusur sungai dengan pelampung bentuk 8 ni haaa. ala aktiviti rileks rileks je ni. kitorang bantai naik pelampung ni empat orang hahahaha. alhamdulilah selamat sampai ke darat balik kerkerker. cumanya bila nak turun bila dah habis tu masing masing tatau cara. terusssss terjatuh tenggelam dalam air. mujur si kecik tu abi dia pegang dan Uwais dekat saya. kalau tak cuak jugak sebab ummi pun tak reti berenang hahahahaha. tapi Fateh Uwais seronok. dah habis satu round dia bodek abi pusing lagi sekali. dah habis round kedua dia bodek pulak round ketiga. bodek kali ke empat abi tak layan dah hahahahaha



Escape Club. tempat korang rehat rehat ni. ala macam cafe dalam air. ada kaunter jual minuman, ada meja bar separuh bulat bawah pokok tu dan ada kerusi dalam air keliling dia. nampak macam best tapi takde kawan nak ajak bergosip dalam air dekat situ. hihihi


Dan akhir sekali ada gelanggang bola pantai. ada team yang main hari tu tapi saya segan nak ambik gambar. abang abang tu tak pakai baju, berseluar pendek je. hurmmm takpe lah ambik gelanggang je pun boleh lah kan hahahaha. kalau datang buat company family day seronok ni. boleh main sama sama.



Terima kasih sekali lagi Team Escape WaterPlay dan Team Projek Blogger Utara Media yang sudi jemput kami sekeluarga ke review 29 Oktober lepas. alhamdulilah seronok sangat. moga ada rezeki, ada peluang dapat bekerjasama untuk event akan datang. terima kasih :)

Lagi Entry Lain Escape WaterPlay Penang 



08 November 2017

Escape WaterPlay Penang | Do's and Dont's

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Biasa kalau kita masuk theme park mana mana tempat pun memang dah wujud rules kalau nak main air kena pakai pakaian yang sesuai. demi keselamatan pengunjung tu sendiri dan demi memastikan kebersihatan kolam air tidak tercemar. banyak benda negatif yang boleh timbul kalau air dalam kolam tu tercemar terutamanya kesihatan anak anak kecik kita sendiri


Sama la jugak dengan Escape WaterPlay. tak dibenarkan pakai pakaian lain selain swimming suit dan yang mereka senaraikan macam gambar yang saya share kat atas tu. cuma kalau pakai jersey dengan legging dibenarkan. seluar track kain licin tu tak boleh ye kawan kawan. tudung pun kena jenis yang kain licin. kalau cotton tak dibenarkan.

cuma saya nak tambah pesanan. untuk anak kecik yang masih pakai pampers. beli kan pampers yang khas untuk renang. demi hygiene air tu sendiri. sebab kalau korang perasan mana mana anak yang pakai pampers biasa, besar bulat dan berat pampers diorang tu. air dah masuk dalam pampers. bahaya tau tak. bahaya untuk kebersihan air sebab air dah bercampur dengan air kencing yang dalam pampers tu. nak pulak anak anak lain tertelan air dalam kolam tu sendiri. itu yang ada kes anak anak kena jangkitan kuman lepas bermain dalam kolam air taman tema. lagi satu bahaya bila pampers dah berat dengan air. takut anak tu tenggelam dengan pampers beratnya tu sendiri. sangat bahaya. sekarang dah ada banyak jual pampers yang khas untuk swimming. ada yang pakai buang ada jugak yang boleh recycle. sila cari dan beli demi anak anak kita sendiri jugak.


Bagi muslimah jangan risau. ada disewakan pakaian renang khas untuk anda. dengan harga yang sangat murah dan berbaloi. cuma RM10 je sepasang. macam swimming suit yang saya pakai dekat atas tu. baju sekali tudung dan jugak seluar. ye cuma RM10 sahaja. boleh sewa dekat kedai dalam gambar atas ni. kedai ada dekat dengan kaunter Escape WaterPlay. korang tak dibenarkan turun bermain kalau tak pakai pakaian proper ye. cumanya swimming suit hanya disewakan pada pelanggan muslimah. untuk lelaki takde sewaan. tapi ada jugak jual dekat kedai cenderamata atas ni. bukan je swimming suit segala mak nenek yang korang perlukan ada dekat sini. pelampung, handphone cover, cermin mata, baju ehhhh semua lah


Yang ini pulak locker untuk korang simpan barang berharga korang. masuk pintu Escape WaterPlay dah boleh nampak locker ni. kena pakai token. token boleh dibeli di kaunter Escape WaterPlay. belakang locker ni bahagian bilik air lelaki dan perempuan. kalau nak mandi bersihkan diri kena ke sini. sebab bilik air yang bahagian dalam waterplay takde shower.



Yang ini toilet dalam waterplay. kalau kalau emergency tak perlu lah berlari laju sampai ke toilet depan sana nun. hihihihi. ada jugak first aid dekat tepi toilet ni



Juga banyak kerusi rehat disepanjang kolam air Escape WaterPlay. takde masalah kalau nak duduk rehat lepas penat main air. atau kalau bawak mak ayah yang dah berusia nak bagi diorang rehat tenang tenang fikiran. Escape masih mengekalkan eco sistem. banyak pokok yang rendang dan banyak jugak pokok yang besar besar untuk korang rehat dan berteduh


dah penat main air, panjat tangga. jangan risau. ada cafe disediakan dalam Escape Waterplay. cuma kena beli sesiap coupon dekat kaunter. minima RM20. makanan minuman semua ada dalam tu. meja makan pun banyak disediakan



  1. meja makan. konsep makan dalam bot. memang banyak dekat dalam ni. selesa kalau nak makan dengan anak anak. takde la kena turun kerusi kejar anak anak sementara nak makan
  2. surau. selesa cuma panas sikit walau ada aircond. yela bila cuaca luar panas bahang sedikit sebanyak meresap masuk dalam bilik surau
  3. khemah. ada beberapa buah khemah yang Escape Waterplay sedia untuk pengunjung. cuma agak terhad. sape cepat dia dapat. dalam khemah boleh la kalau korang nak baring baring sekejap sementara tunggu anak anak naik dari kolam air ye tak

06 November 2017

Escape WaterPlay Penang | Extreme Challenge

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

29 Oktober lepas berkesempatan ke review Escape WaterPlay dekat Teluk Bahang Pulau Pinang. terima kasih team Projek Blogger Utara Media yang sudi menjemput kami sekeluarga ke sana. dan semestinya sebesar terima kasih pada team Escape sendiri yang memberi peluang pada kami semua. seronok. sangat seronok. bukan kami je anak anak pun seronok sama sampai demam lah balik tu. nak bagitau punya seronok berendam hahahahaha

Actually Escape WaterPlay satu tarikan terbaru di Pulau Pinang. belum bukak untuk public lagi. masih ada ruang yang perlu mereka selesaikan sebelum bersedia untuk dibuka secara rasmi. ruang permainan air dalam tu semua dah complete cuma kena tunggu rasmi je. saya rasa dalam awal tahun depan insyaAllah dah boleh rasmi dan bukak dah tu. Escape WaterPlay betul betul berdepan dengan Escape Penang. ye syarikat yang sama. boss yang sama. team yang sama. keseronokan yang berbeza. 


Gambar google. gambar dari sudut atas. saya tak mampu la nak ambik gambar macam ni. takde kamera yang boleh terbang terbang :p gelongsor air yang panjang, berliku liku dan tinggi. letih hoi panjat sampai atas tu. panjat sambil kendong pelampung bentuk 8. bentuk 8 lah sebab naik dengan Blogger Kak Eyda. tak berani nak naik sensorang hahahahaha


Mula nak duduk bahagian depan, tapi bila sampai atas hati kecut. terus mintak Kak Eyda yang duduk depan. mujur lah pun. dalam gelongsor tu kemain Ummi Double F.U menjerit jerit. Kak Eyda jugak yang steady maintain rileks. adoiiiii buat malu je hahahahaha. kitorang ambik gelongsor bertutup penuh. tak berani nak naik yang takde bumbung riso tercampak ke bawah hahahahaha. suami naik yang takde penutup tu. naik sorang. cuak jugak katanya tambah bila sampai satu part pelampung dia berpusing. udah jadi reverse ke bawah. bukan ngadap ke bawah. lagi la seriau hahahahaha. haaa nampak pelampung 8 warna oren tu? kena ambik bawak naik sesiap ke atas kalau nak naik gelongsor ni.



Tube Racer @ Rainbow Slide. permainan pertama yang saya dan Kak Eyda cuba hari tu. yang baju hitam itu saya. dari jauh bersemangat je siap ambik tube macam takde perasaan je panjat naik tower. dah sampai atas adik guard bagi tau suruh baring. haaaaaa????? kena baring? sambil baring menerap turun bawah? terus rasa macam nak turun bawah balik hahahaha. tapi penat dah panjat tangga lagi pun kalau tak buat macam rugi je masuk kalau setakat nak celup celup kaki dalam air (konon) hahahaha. 

 

Tq Blogger Cik Pinz. Owner gambar. haaaa korang kena menerap atas ni la. atas rail silver tu. menerap tau bukan baring terlentang macam biasa nak main gelongsor dekat taman tu. memang rules kena menerap kalau tak bahaya sebab sampai satu satu bahagian badan akan melambung melambung. masa dorang nak pelepas turun tu macam macam ayat macam macam surah lah yang keluar. siap mengucap cukup hahaha. kalau yang gelongsor bahagian tepi lagi la seriau. takut terpelanting ke bawah terus. tapi korang tak payah la risau. dekat sini semua selamat. cuma hati kita jela yang jahat suka fikir bukan bukan hahahaha


Tinggi slide ni. serius sangat tinggi. nampak benda biru depan safety guard baju kuning tu. korang kena angkut bawak naik benda tu kalau slide turun. Alhamdulilah selamat turun. safety guard kata kalau lagi berat badan kita lagi laju turun dan lagi jauh korang akan mendarat. kalau kurang berat lambat sikit turunnya. nanti saya masukkan video dalam entry lain insyaAllah

kalau perasan ada lagi dua slide tepi Rainbow Slide ni. slide warna hijau yang berbentuk tube dan slide pink. yang itu lagi seriau kot sebab kena naik sorang diri. slide pink turun menggelongsor macam biasa. kalau Tube hijau tu kena masuk dalam ruang dia dan nanti korang akan dilepaskan turun macam dalam cerita ejen ali. terusssssss jatuh turun bawah. yang itu lagi takut kot hahahahaha. dua tu memang saya tak naik. belum kental sampai tahap tu lagi kohkohkoh



(credit : Penang Travel Tips)

Yang ini pun hati tak kental lagi nak naik. Banana Flip. masuk dalam kiub kat atas tu dan dorang pelepas korang turun. turun tu jatuh ke bawah dan terus menggelongsor. sama macam yang Tiub Hijau atas tu. tak panjang pun slide dia tapi sebab macam mengerikan bila time lepas dan time nak terlompat masuk pool. itu yang takpe lah. hati belum keras lagi kerkerker




Yang ini pulak tak ingat nama dia. terjun macam selalu penerjun negara buat dalam sukan antarabangsa. lompat turun dari atas landasan yang disediakan dan terjun masuk pool. berbeza ketinggian disetiap landasan. setiap pagi dan petang akan ada pertunjukan khas dari penerjun terlatih. jadi tunggu dan tengok dengan mata sendiri. ada jugak satu pertunjukan khas penerjun api. haaa yang itu special tau.

macam biasa takkan semua cerita nak letak satu entry kan. nanti saya update apa yang anak anak boleh buat dekat sana dan permainan baru di Escape Penang. insyaAllah :)

update : Takziah pada blogger PinkyMomma yang kehilangan suami tercinta pada kemalangan kebakaran di kilang simen tempoh hari. moga Allah beri kekuatan semangat yang maha hebat pada beliau sekeluarga dan tempatkan roh suami nya bersama para solehin amin amin 


Lagi Yang Menarik Di Escape WaterPlay Penang

18 February 2016

Escape Penang : A Big Thank You

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Entry yang terakhir journey bersama Team Projek Blogger Utara di Escape Penang mungkin. MUNGKIN… miahahahaha :p Terima kasih bebanyak kami ucapkan pada Escape Team untuk hari sabtu yang lepas. Memang layanan vvip yang kami terima. Terharu, bersyukur dan rendah diri sangat.





Elok je ahli group kami sampai terus Ms Winnie jemput kami masuk ke dalam untuk sesi taklimat dan penerangan serba ringkas mengenai Escape. Dihidangkan dengan sarapan pagi yang cukup untuk bekal perut kami sebelum mulakan aktiviti dan melasak secukupnya dekat Escape. Karipap tu sedapppp sangat.




Tengahari pulak rupanya ada jugak disediakan makan tengahari untuk kami. Ohh ye kalau korang datang dengan group boleh tanya dengan pihak dorang samada dorang boleh sediakan makanan sekali atau tidak. Tapi makanan yang pihak Escape sediakan memang superbbbb, sedap, dan kenyang perut sampai tak larat nak habiskan. Lauk-lauk tu sedapppp sangat. Sampai sekarang teringat lagi kesedapannya kihkihkih. Bukan nasi je. Buah dan kek pisang pun ada sekali. Tak payah nak beratur beli makanan dekat food court dah.






Staff Escape Team sendiri pun semua ramah-ramah. Takde la nak menyombong ke ape ke. Cumanya dekat sana banyak menggunakan bahasa inggeris dalam komunikasi. Tapi so far takde masalah pape. Persekitaran pun bersih tapi biasa lah dah kalau namanya suasana kampung. Najis ayam angsa tu biasa ada atas tanah. Hati-hati dari terpijak je hihihihi.




Tandas pun bersih sangat. Boleh mandi sekali dekat dalam tandas diorang. Nak kata berlecak macam tandas awam dekat pusat peranginan tu memang tak lah. Mungkin setiap masa pekerja dekat sana bersihkan agaknya demi keselesaan pengunjung. Surau pun ada disediakan dekat sana. Telekung sejadah pun ada sekali.




Base Camp Reception 





Kredit Semua Gambar : Blogger Sha, Blogger Zarul Farhana, Blogger Nina dan Team Projek Blogger Utara (maaf kalau nama tak sebut :p)

Dan sabtu lepas jugak Team Projek Blogger Utara yang lain bermalam dekat sana. Saya dan suami tak ikut serta, ahad tu kerja, kalau tidak boleh join sekali haihhh. Sebelum check out hari ahad tu diorang siap boleh repeat main lagi kooo. Ok terus jeles =..= untuk camping boleh jugak beli melalui online ticket di laman web diorang sendiri. Tak payah gaduh bawak khemah bagai. Cuma bawak peralatan yang diorang list kan je. Bilik air dan makanan untuk BBQ diorang sediakan sekali dekat sana.



Ohh ye kalau korang rasa nak ke sana jugak. Saya syorkan beli ticket secara online. Contoh macam transaksi atas saya select tarikh untuk bulan dua tahun depan bagi aktiviti camping dua hari semalam, termasuk untuk aktiviti lasak sekali. Dapat diskaun 50% dari harga asal untuk satu ticket dewasa.




Kalau masuk hanya untuk aktiviti lasak. Kalau bulan November tahun ni pun dapat 50% offer. Kalau bulan April nanti 25% offer. Memang jimat kan. Jadi rancang tarikh dan masa korang dengan lebih bijak. Ingat, lagi awal book lagi banyak offer boleh dapat.



Terima kasih sekali lagi Team Projek Blogger Utara atas jemputan sabtu lepas. Dan terima kasih tak terhingga Escape Penang sudi menerima kehadiran kami dan layanan vvip untuk kami semua. Semoga kita dapat teruskan lagi kerjasama untuk masa akan datang J

Next projek yang akan dibangunkan syarikat Sim Leisure @ Syarikat yang bertanggungjawab membangunkan Escape Adventure adalah waterpark dan hotel mereka sendiri. ok tak sabar tunggu hujung tahun. hujung tahun waterpark dijangka siap. boleh mula simpan singgit sehari dari sekarang ekekekeke.   



Entry Lain Mengenai Escape Penang :-




Operation Hours

Tuesday – Sunday
9am to 6pm

Ticket counter closes at 4.30pm

Escape Penang
828 Jalan Teluk Bahang
11050 Penang, Malaysia

T : +604 881 1106
F : +604 881 3106
W : escape.my



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...