Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
20 Januari 2016
rupanya ramai jugak yang mencari entry Sakit Di Miss V Semasa Hamil tu. entry tu saya tulis bertarikh 23 July 2013. lamaaaaa dah tapi entry tula antara entry yang paling popular dalam carta carian sampai sekarang. ramai jugak yang mengalami masalah yang sama macam saya masa mengandungkan Fateh Uwais dulu. alhamdulilah dalam teragak2 nak taip entry tu tapi rupanya entry tu pun ada membantu kawan-kawan yang diuji sama dengan saya.
dan sekarang saya sedang hamilkan anak kedua, memang betol kata dokte Mahsuri dulu. "bila mengandung kali kedua nanti, awak akan rasa sakit tu lagi cepat dari sekarang, dan mungkin lagi teruk" dan sekarang memang lagi teruk rasanya dari yang sebelum ni. mula ingat nak biarkan je. follow the flow lah konon kan. redha dah la tu kihkihkih
tapi sebab tatahan sangat2 dah. cakap ke suami nak ke klinik kesihatan lah, nak check tanya dokte kot2 lah lain pulak ke kali ni. sebab sakit nyut nyut nya lain maciam >,<. dan kali ni saya memilih klinik kesihatan je bukan lagi private. kadang klinik kesihatan ni lagi details dia check.
check urine dan kata dokte ada jangkitan kuman dalam urine. dapat la mc sehari dan tiga keping antibiotik Cephalexin sebelum jumpa dengan dokte lagi 1 februari nanti untuk tau nama jangkitan kuman yang sebenar sebelum ditukar ke ubat yang special untuk bunuh kuman itu. alhamdulilah lepas beberapa hari makan antibiotik takde lagi sakit nyut-nyut tu setakat sakit biasa macam masa hamilkan Fateh Uwais dulu tu je. sakit dekat tulang peha. yang itu sebab baby dah makin besar, ummi dia kecik jadi tulang peha tu kena kerja lebih keras untuk tampung berat baby tu.
nasihat saya, kalau jadi sakit dekat Miss V masa mengandung ni jangan segan silu bagitau dokte terus. kalau boleh dedua sekali pergi refer. dokte klinik kesihatan yang selalu check up dengan dokte private. sebab masa mengandung ni hormon seseorang tu berubah, kuman memang senang nak berjangkit. atau kadang alahan pada apa-apa makanan atau produk. dan yang penting sila jaga kebersihan dan kesihatan miss V semasa hamil atau pun lepas dah deliver nanti. kena bersih dan kering selalu :)
klik sini untuk entry Sakit Di Miss V Semasa Hamil ketika saya pregnant anak pertama dulu.
klik sini untuk entry Sakit Di Miss V Semasa Hamil ketika saya pregnant anak pertama dulu.


