Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Breast Feeding. Show all posts
Showing posts with label Breast Feeding. Show all posts

21 September 2016

Susu Tersumbat


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bertabah la kawan2. Ummi FatehFurqan is sedang throwback cerita2 bersalin yang lepas. Lepas dendam tak dapat nak ngadap blog time cuti. Ngadap anak2 jewwwww hewhewhew :3

budak susu badan empat bulan sepenuhnya. moga murah rezeki dapat fully bf dua tahun ye adik baby. amin amin 

Pengalaman bagi susu awal dekat Furqan Uqbah. Anak kedua. Dekat wad alhamdulilah takde isu susu takde, susu tak keluar, mahupun nipple tenggelam. Elokkkk je baby Furqan Uqbah tido lena. Bangun menyusu sembang2 tido balik. Balik je rumah dari wad mula dah adegan menyusu serupa tak kenyang.

Dah nekad anak kedua ni kalau boleh nak fully breastfeed. Takmo bagi susu formula macam Fateh Uwais dulu. Nak belajar dari pengalaman lepas. Masa Fateh Uwais dulu menyusu badan sampai umur 2 tahun. Jadinya secara logic untuk anak kedua pun mesti ada susu badan. MESTI huhuhu.

Hari ketiga pantang baby tak kencing tak berak. Dah terdetik dalam hati. Cik B tersumbat ke yang takde keluar susu ni. Tapi tetap nak positif sobssss. Nak kata takde susu tak mungkin. Sebab saya masih boleh rasa bila susu tu merengkak. Alaaaa kalau mommy yang menyusu mesti tau. Boleh rasa bila susu tu mula mengalir masuk memenuhi ruang Cik B.

Call bidan mengurut nak pergi rumah dia urut susu. Ikutkan dia datang mengurut bila hari ke-7 nanti. Tapi tak mampu lah nak tunggu sampai hari ke-7 baru nak urut susu. Dia kata boleh datang rumah dia. Lepas zohor terus ajak suami. Memang betoi kata dia Cik B tersumbat. Bengkak dah pun. Masa bidan urut aduhaiiiii sakitnyaaaaaaaaaaa. Tarik2 seluar suami nak tahan sakit. Badan ke kiri kanan tahan sakit.

Tapiiiiii lepas pada tu memang legaaaaaa. Susu pun alhamdulilah keluar laju dan meriahhhh sangat. Lebih meriah dari Fateh Uwais dulu, baby pun minum sampai tersedak2. Setiap hari dalam pantang kena pam walaupun sekali. Kalau tak pam mula susu bengkak dan demam. Iye. Ummi is demam masa dalam pantang. Demam bengkak susu. Lepas pada tu memang beringat bangun je tido terus cari Medela kesayangan dulu. Sementara anak2 tido.


Kalau masa Fateh Uwais dulu setiap kali pam dapat la dalam 2oz je macam tu masa awal2. Dengan anak kedua. Dapat penuh botol pam tu. Syukur sangat. Perasaan yang tak tergambar bila tengok botol pam tu penuh dengan susu. Peti ais sampai tak muat. Memang syukur sangat2.

Jadinya kawan2 yang mungkin ada pengalaman susu kurang macam saya. Salah satu cara atau usaha banyakkan susu badan. Pergilah mengurut dengan bidan. Urut susu. Kadang memang boleh jadi susu tersumbat. Bukan tak meriah susu. Usaha je selagi terdaya. Faham sangat perasaan momies yang tak meriah susu. Macam saya masa Fateh Uwais dulu. Macam2 milk booster ambik. Supplement itu ini. usaha terdaya untuk anak tersayang. 

09 May 2016

LUNAVIE | Breast Pad Nursing Cover

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Akhirnya yang dinanti dah sampaiiii. yeayyy sukaaaa sangat. nak nak pulak sekarang memang tengah tunggu masa kelahiran adik baby dalam perut ni haaa. macam entry lepas, LUNAVIE ni produk baru. tapi walau produk baru kualiti barang dorang superb tau. ape yang superb nya?


macam Nursing Cover ni. lembut, ringan dan selesa sangat. anak yang 'tersorok' dalam tu pun tak panas atau rimas tau. anak kat dalam tu yang paling penting. kalau dorang panas atau tak selesa dekat dalam jenuh la kita nak berlawan tarik dengan dorang pulak Nursing Cover tu. elok-elok tujuan asal nak 'sorok' dah jadi satu hal lain pulaknya nanti. apa yang lagi bestnya Nursing Cover ni?

  • Nurse or pump comfortably and discreetly
  • Gentle against baby's skin
  • Lightweight breathable material
  • Stylish enough for everyday look
  • Features neck loop for easy nursing

kadang tengah menyusu anak sebelah kiri, yang sebelah lagi pun mengalir sama susunya. mesti tak selesa kan? sila pakai breast pad ni haaa. memang membantu. takde baju korang basah dengan susu. yela susu badan ni kan ada macam 'bau' sikit. lekat breast pad selesai masalah :D wajib letak dua barang ni dalam beg hospital nanti. senang nak pakai dalam bila dalam wad.

  • Superb absorbent & leak proof - day or night
  • Stay comfortable, confident & dry all day
  • Ultra thin & discreet under clothing

haaaa nak dapat semua barang ni dengan harga promosi? sila lawat booth dorang dekat baby fair yang dekat Mid Valley tu nanti. 12-15 Mei ni haaaa. ada promosi hebat menanti korang. ataupun klik je memana laman sosial dorang ni. kot kalau nak tau apa lagi yang best untuk korang ;)


Instagram : lunavie_com
Facebook : Lunavie
Email : info@lunavie.com


05 May 2016

LUNAVIE | Produk Barangan Bayi Terbaru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Mesti belum pernah dengar lagi brand ni kan? ekceli Lunavie ni brand baru. produk barangan bayi yang paling terbaru. belum release lagi pun produk dia tau. tapi for sure lah untuk keselesaan bayi dan ibu kan ;)

Untuk perkenalan awal ni ada dua produk yang dorang release. Disposable Breast Pads dan jugak Nursing Cover. Breast pad ni memang membantu sangat sangat tau. nak pulak jenis yang meriah susu tu. kadang bila 'time' dia tengah isi susu tu sampai boleh lencun baju. memang segan kalau orang nampak. orang yang paham takpe orang yang tak paham nguuuuu. ada breast pad menyelamatkan korang dari 'basah lenjun' tu. baju pun tak berbau susu. yela susu badan ni kan orang kata ada bau dia. kadang tu bila dah basuh baju pun bau melekat lagi huuuu. lekat breast pad ni bila dah basah tanggal dan buang. senang keja :D





haaaaa ni la nursing cover nya. cantikkkkkkkkk sangat. saya paling suka yang kaler kelabu tu. tak sabar nak tunggu dua barang ni sampai :D ada nursing cover ni bagus tau. kadang bila pergi tempat awam anak menangis nak menyusu jenuh nak mencari tempat tersorok. walau pakai tudung labuh(sikit) tapi tetap malu segan bila orang keliling duk usya tengok macam kita tengah buat maksiat =..= kita pun tak hingin la nak menyusu anak tengah public. tapi bila dengar anak merengek menangis tak ingat ape dah. ingat nak isi perut anak je. 

ada nursing cover ni kira penyelamat la jugak. dalam kereta pun kadang kena pakai nursing cover tau. nak pulak kalau berhenti traffic light ada lori kat sebelah. karang buatnya ada yang mengintai jenuhhhhhh. 

so pada korang yang nak dapatkan barangan dari Lunavie ni sila lah ke booth dorang masa baby fair dekat Mid Valley nanti. tarikh 12-15 mei 2016. dengarnya ada promosi best untuk korang. mana yang berdekatan tu boleh terjah terus ye. 

haaaaa jangan lupa like Facebook Lunavie dekat sini dan instagram dorang dekat sini. comfirm nanti dorang akan update produk dan promosi dorang dekat sana. benda diskaun hoiiii sape yang tak suka. saya suka!!!!!! :p


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...