Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

12 March 2013

Kerja, takde kerja yang senang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

seingat saya belum pernah lagi saya cerita details pasal kerja saya dekat bumi kedah nie kan. tiga tahun beberapa bulan dah saya berkhidmat di salah satu jabatan di bawah kementerian pertanian dan industri asas tani, sebagai customer service di sini. duduk di kaunter sebagai frontliners yang selalu di sebut imej hadapan jabatan, berurusan dengan orang ramai dan yang paling MENGGEMBIRAKAN berurusan dengan rakan sekerja. 

sesape je yang tengok kerja saya memang orang akan kata "alahhhh setakat duduk, keja senang je, takde keja" saya malas nak lawan kata, cuma kalau nak tau senang atau tak duduk saja nie mai la saya bagi peluang jaga sini, tak lama pun cuma sehari di antara waktu hari isnin sampai khamis. sebab tue saya selalu kata, kerja apa pun semua memerlukan cabaran dan usaha walaupun hanya kerja tukang sapu. tetap ada payahnya. saya suka katakan. bekerja dengan mesin lagi senang dari kerja dengan orang. untung-untung kalau mesin buat hal boleh jugak sepak terajang mesin tue tapi kalau orang nak sepak terajang orang memang la mampu tapi kang jadi kes tatatertib pulak dah.

biasanya staff yang berkerja di bahagian kaunter nie dua orang. tapi untuk jabatan saya tidak, satu negeri sorang atas alasan tue la permohonan pertukaran saya tidak dipersetujui. tak kisah la kan. dah tertulis rezeki saya kat sini, saya redha dan bersyukur jela. tapi satu yang jadi isu lepas saya mengandung. kekerapan saya ke tandas. bos suruh bagitau mintak tolong sesape untuk ganti tempat saya sementara saya ke bilik air tue. hoiiiii dah orang mengandung pagi je berapa kali nak ke toilet? petang lepas waktu lunch tak kira lagi. pergi pun bukannya bertapa lama setakat 3 minit lepas tue duduk tempat balik. takde keja saya nak layan diorang tue. mampu pulak nak tahan buang air, nak muntah sementara tunggu orang lain ganti tempat nie?

ada lagi satu isu. isu cuti hari ahad. sedangkan cuti tue saya gunakan cuti rehat sendiri. kenapa saya kena cuti hari ahad? kat kedah hari ahad adalah permulaan hari untuk berkerja setiap minggu sedangkan hari ahad adalah hari cuti suami saya. dah la nak mintak tukar tak dapat. bila apply cuti rehat sendiri untuk bersama keluarga pun sibuk nak dijadikan isu? adoiiii tak paham. memang la bila saya cuti atau mc diorang kena carikan seseorang untuk ganti tempat saya, tapi apa yang saya paham salah sorang dari staff pentabiran kewangan seramai 12 orang tue boleh diarahkan untuk ganti tempat saya nie. isu mc nie satu hal jugak. dah tak sihat nak pegi kerja tak kan la nak gagahkan jugak datang ofis, buatnya pengsan dekat ofis jadi satu hal lain pulak nanti. itupun bila rasa diri mampu buat kerja dalam tak sihat tue tetap jugak datang ofis walau badan still rasa tak larat yang teramat sangat. 

masalah kat sini takde team work. saling nak menolak kawan sekerja jatuh ke dalam lubang dan lepas tue tunjuk yang diri sendiri terbagus dan pandai buat semua kerja. sungguh sangat bosan kerja dengan persekitaran macam nie. kalau bukan sebab kerja nie kerja untuk menjamin masa depan saya dan keluarga rasanya saya dah berhenti dan cari kerja lain yang boleh duduk dekat dengan suami dan lebih baik dari yang ada nie. kalau nak disebutkan buruknya staff yang lain boleh je saya nak laporkan kat pihak HQ sana tapi malas. biarlah Allah je yang takdirkan macam mana. saya cuma mampu berdoa moga Allah lindungi saya dari mereka yang suka menzalimi, kerana saya berkerja kerana Allah demi mencari sebahagian rezeki untuk kami semua. amin.

20 September 2012

Semalam Ofis Terbakar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ini cerita pasal semalam. sebab semalam dah update entry maka entry nie untuk rini la pulak, awak semua tak marah kan? hihihi :p semalam tengah saya nak letak sos kat beger mekdi saya tetiba ekon opis berenti. dah tue loceng kecemasan dok bunyi keting keting menandakan ada kebakaran. mula ingat pihak pengurusan banggunan tengah check menda penangkap asap tue(ape nama dia ntah tatau) tapi loceng dekat tangga kecemasan pun dok bunyi sakan.

maka cepat-cepat la kami semua nie kemas barang nak selamatkan diri. saya sempat simpan balik beger tadi, tutup lappy simpan dalam beg. Kak Ana osmate saya dah terjerit-jerit panggil suruh saya cepat sikit. "kira cepat lah! yang hang dok selamat mekdi tue buat pa, botol air tue pun bawak sekali buat pa tinggai ja" saya pun dalam dok hentak kaki sebab mulut dia bising tetap jugak usung plastik mekdi dengan botol tupperware pepel saya. tupperware tue pun along yang kasi ingat senang ke nak beli yang mahal-mahal. rungut dalam hati jela kang kalau keluar ikut mulut mau kena cili pulak hihihi :p

turun la dari tingkat tujuh nie haa sebab opis saya tingkat tujuh, turun pakai tangga kecemasan okeh!! kalau dah namanya tangga kecemasan bukan tujuh tingkat tapi sembilan sebab tingkat 6 dengan 1 ada dua lapis ke cam mana ntah. sakit urat kaki makcik nie turun tangga dengan bawak beg lappy nya mekdi lagi, turun hegeh-hegeh tak nak pegang besi tangga sebab kotor huuu sempat lagi tue =.='

sampai je kat bawah sekali tue dalam mengah-mengah pengurusan banggunan nie bagitau KEDA, kemajuan wilayah kedah kot namanya. depa goreng ikan masin kat tingkat 6 tue. asap goreng naik, pengesan asap tue dapat detect makanya sebab tue loceng kecemasan dok bunyi keting keting ......................... arghhhhhhh ape ke halnya cerdik sangat yang pi goreng ikan masin dalam opis!!!!!!! sangat tekanan tau dak, dengan kaki sakitnya, bahu sakitnya, Kak Ana kata dia nak pi tampaq orang yang goreng ikan masin pasal menyusahkan orang lain.

"pala hotak hang la" kata Kak Ana bila saya kata baru rini kira tau rupanya akak sayang kat kira. hahahaahahaha gelak saya dengan dia bila ingat cemas nya kami turun ikut tangga tue. dalam sibok turun mulut dedua pun sibok pot pet itu ini =.=' tapi seyes baru rini saya sedar rupanya masih ada yang sayang saya kat sini hihihihi :p

19 September 2012

Moga DipermudahkanNya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


betul jugak kan apa yang Solihin Zubir tue kata. sebab selalu je kita doa "semoga urusan saya dipermudahkanNya" tapi sebaliknya bukan semua tapi ada segelintir yang tak cuba permudahkan urusan orang lain. sebagai contoh yang paling dekat dengan saya baru je jadi dalam beberapa minggu nie.

semalam ramai calon baru lapor diri kat opis saya nie. minggu lepas diorang call tanya penempatan depa. jawapan EO (executive officer) lapor diri dulu baru tau penempatan kat mana. apa yang jadi isu nya kat sini. boleh dikatakan depa nie semua bukan asal dari kedah. ada yang dari pahang, kelantan, johor, terengganu dan lain-lain.

dan semalam kecoh bila parents risaukan mana anak-anak diorang nak tido. yela rumah sewa takde lagi tak kan nak tido bawah jambatan kot. nak cari rumah sewa awal takut pulak kalau kena anta ke kawasan mana-mananya dah jadi satu hal lain pulak. mama saya pun risau masa saya lapor diri kat sini dulu tapi nasib baiknya saya sebab penempatan saya memang kat Ibu Pejabat Kedah jadi rumah pun boleh la cari awal sebelum datang sini.

apa yang saya pelik pihak pentadbiran opis saya nie kenapa tak decide awal-awal mana nak letakkan diorang tue. kalau keputusan awal keluar boleh la diorang cari rumah sewa awal-awal sebelum datang sebab rata-rata takde sape yang ada sedara mara sepupu sepapat yang boleh mintak tumpang berteduh barang sekejap. takde la risau hati orang tua diorang tue. bukan ke memudahkan urusan orang lain tue.

mungkin sekarang nie awak tak berada kat tempat diorang yang tengah susah tue. tapi satu hari nanti bila awak pun ada kat situasi yang lebih kurang sama baru awak sedar salah yang awak pernah buat dulu tue. sekarang nie Allah bayar cash jer. awak mudahkan urusan orang lain hari nie insyaAllah DIA akan permudahkan urusan awak pulak di lain hari. 

09 August 2011

Environment vs Mood

Assalamualaikum semua…

Dalam banyak² , tesco lah tempat kerja yang paling kira rindu. Rindukan suasana kerja yang sangat menyeronokkan. Kerja pasaraya, banyak pengalaman yang kita boleh belaja..

SABAR melayan karenah customer , rakan sekerja, jugak orang atasan. Karenah customer la yg paling penat nk layan.. nak² pulak time musim barang² kawalan…

contoh minyak masak. Pernah kena maki, kene marah, macam² lagi lah.. tiap kali musim tue datang kitorang mesti dah lali dengar ayat nie..

“saya ada duit , saya boleh bayar”

COMMUNICATION SKILLS. Tak boleh nak cakap ikut sedap hati dan mulut jer.. kena selalu ingat yang “customer is always right” walaupun kadang² tue dah sah² cust. tue yang salah.

Kalau silap cakap alamat kena mengadap duty manager lah..
Pernah kawan kira kena minta maaf dan salam tangan customer depan kaunter customer service  sebab die tersalah cakap. Tapi kadang² salah pekerja tue jugak.. mulut lancang sgt berkata² sampai hilang budi bahasa.

Tapi kalau kita layan customer tue baik, confirm bila diorang soping, akan jadi regular customer kita. Mana tau untung boleh jadi calon menantu hahahaha(nie dah jauh menyimpang :p )

Banyak lagi lah sebenarnya..terpulang pada individu tue sendiri samada nak jadikan pengalaman tue sebagai pengajaran atau sebaliknya.

Tapi apa yang kira nak highlights kan.. kalau kita berada dalam environment dan team work yang bagus, happening semua yang pahit tue akan jadi manis. Yang susah akan jadi senang.. nak datang kerja pown rasa happy jer.

Walaupun kira dah lama berenti kerja tesco tapi bila datang soping kat situ still akan dilayan baik dan disapa kawan²  yang masih mengenali. Macam la peribahasa harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Kita buat baik, insyaAllah orang lain pun akan baik dengan kita.



Serius rindukan envoriment dan team work masa kat tesco dulu. Walaupun penat, gaji tak seberapa tapi sangat seronok.

17 April 2011

satu entry masuk semua cerita sekali

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

apsal aku rasa aku teramat la bz 2 minggu lepas dah mengalahkan ahli politik lak.. kalau tak update entry pasal kegiatan 2 minggu lepas rase tak best lak..
1..2.. mula

picnic kami blogger utagha di bukit wang, jitra

suka gambar nie,, masing2 hepy

tak celuih...hohohoho

date :: 1 april 2011
tempat :: bukit wang jitra, bowling (lupa dah name mall tue) hihihi

kursus pengurusan perhubungan pelanggan


dalam banyak2 potret teka mane satu syakira yaakub.. hehehe

date :: 3-7 april 2011
tempat :: intan wilayah utara (intura)

gathering blogger perak

 first time jumpa korang semua...terasa satu family.. terima kasih kat semua yang join...

 cik2 dan puan BPians
pakcik2 BPians.... hahahaha

date :: 10 april 2011
tempat :: taman rekreasi gunung lang

mohon maaf terlambat update entry...
walau siapa pun kita, walau apa jua latar belakang kita harap persahabatan yang terjalin akan kekal selamanya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...