Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Poem. Show all posts
Showing posts with label Poem. Show all posts

08 August 2012

Saya Yang Bersalah

Assalamualaikum dan salam sejahtera



saya hanya manusia biasa
yang tak lari dari buat salah sepanjang masa
ada ketika saya nampak salah saya dimana
ada masa saya tak sedar oh itu salah saya rupanya
syukur saya tak lokek nak mintak maaf pada mereka
kerana saya takut nanti roh saya tergantung di atas sana
kepada kalian yang saya melukakakan tak kira siapa
dengan hina dan rendah diri mohon ampunkan saya

saya mengaku yang salah sering saya ulang
walau dah mintak maaf berdulang dulang
salah yang sama bukan tak cuba saya dibuang
cuma ada ketika saya tumpas dalam berjuang
kecewa dengan diri sendiri jugak selalu menumpang

mohon bantu sedarkan ketika saya terlena
mohon bantu tamparkan ketika saya alpa
mohon bantu goncangkan ketika saya leka
tapi mohon jangan tinggalkan ketika saya kecewa
kerana saya hanya manusia biasa yang selalu mudah lupa
dan ini hanya coretan biasa dari insan bernama Nur Syakira yang hina
terima kasih kerana sudi singgah dan menyapa
mohon ampunkan andai ada khilaf di mata

22 May 2012

Poem : Mengayat vs Mereject

Assalamualaikum dan salam sejahtera


nak bukak Hrmis buat kerja tak boleh. kira nak hang je. erm closed window kita bukak Fb! bukak belog! hoyehh sape suruh tak bagi buat kan kihkihkih :p

dari semalam lagi berpantun dengan Iffah. sampai komen dengan orang lain pun saya tibai pantun jugak =.=' demi nak meneutralkan lidah dan otak saya buat poem lah pulak.. hihihi

selalu je saya dengar/baca poem mengayat, rini saya cuba nak buat poem mengayat dan mereject (sukati je nak mixed kan bahasa). mana tau ada sesape yang nak tolak cinta yang datang. nak tolang terang takut dia tersentap. tolak dalam bunga-bunga mana tau dia boleh terima. 

kau umpama matahari yang menerangi ku dikala siang
malamnya pula kau umpama bulan yang terang bercahaya menerangi malam
hadirmu seperti bayu yang lembut menampar pipi membuat aku terbuai dek dinginnya dirimu
kadang kau seperti rintik hujan yang turun membasahi diri saat bahang mula menyelimuti

Jika saya umpama matahari takut nanti awak lesu dalam kepanasan
jika saya seperti bulan khuatiri nanti awak tersesat dalam kepekatan malam
Jika saya umpama bayu takut nanti awak ditelan ributnya taufan
Jika saya seperti rintiknya hujan khuatiri nanti awak lemas ditelan banjir yang mendatang..

p/s : rini bukan 28/9 tapi rasa macam besday saya pulak bila ada yg mendoakan untuk saya sekali.. hihihi.. terima kasih ye awak semua ;) 

28 March 2012

Kau yang aku tinggalkan


 Assalamualaikum dan salam sejahtera

 
Adakalanya kejujuran perlu diselongkar walau hati terasa sakit
Adakalanya kebenaran perlu dihadapkan walau jiwa merasa pedih
Adakalanya diri perlu ditampar agar tidak mudah merasa lupa
Adakalanya diri perlu jatuh ditolak baru merasa payahnya hendak berdiri

Aku hanya mampu melihat
Aku hanya mampu menyokong
Aku hanya mampu memberi
Dan aku hanya mampu menerima takdir yang ditulis untukku

Aku tidak pernah belajar menjadi seperti dia yang kamu kasih dulu
Aku tidak pernah merasa mahu menjadi seperti dia yang kamu cintai dulu
Kerana aku hanya mampu berdiri seperti mananya aku
Menyayangi dan mencintai kamu mengikut kata hati ku selagi tidak dimurkaNya
Dan aku tidak teragak-agak menyerahkan kamu kembali pada dia kiranya itu pintamu
Bukan bererti aku tidak menghargai kamu tapi kerana aku menyayangi kamu
Melepaskan kamu kerana aku hanya mahu melihat kesayangan ku berbahagia
Dan Kerana aku tahu banyak yang perlu dikorbankan demi melihat senyuman yang tersayang
Mencintai bukan bererti memiliki

p/s : dah lama tak berpoe tapi poem ke tue? errrr

26 January 2012

Spontaneous Thursday #3

Assalamualaikum semua

Hati berbisik sakit
bibir terus dipaksa senyum walau terasa sumbing manisnya 
Hati dipaut pilu
bibir pula dipaksa ketawa walau ngilu untuk didengar
biarlah bibir terus mengalunkan kata bahagia
walau hati terasa derita
pasti bahagia kan terbina andai masa diizinkanNya..

13 January 2012

Monolog Masa Depan

Dia kenangan kamu,
Bersama dia satu masa dahulu membuat hari kamu yg malap menjadi sinar, sedih menjadi riang, pilu menjadi bahagia.
Kerana dia kenangan kamu,
Sesekali kenangan itu muncul ditingkap hati pasti membuat kamu terbuai dengan keasyikan kemanisan kenangan itu.

Dan kamu.
Ada ketika membuai kenangan itu seperti tiadanya masa depan yang menanti kamu.
Namun, kamu mungkin terkadang lupa yang masa depan juga sering gelisah pabila kamu terlalu mengimbau akan kenangan itu. Maka masa depan cuba mencuit mahu menarik perhatian kamu agar kamu sedar yang kamu juga masih punya masa depan. Masa depan tidak menidakkan kehadiran kenangan namun masa depan juga perlukan kamu untuk terus setia disisi kamu tanpa perlu dibayangi oleh kenangan. Andai kenangan juga yang kamu pilih, maka lupakanlah masa depan, sungguh kejam andai kamu menggegam masa depan seandainya tidak mahu melepaskan kenangan.

Aku juga punya kenangan.
Punya episod suka duka suatu masa dulu.
Namun, itu hanya kenangan yang mengajar erti kematangan dalam hidup, yang mendidik aku agar lebih menghargai masa depan agar dia tidak terhukum oleh keindahan kenangan lalu. Aku tidak mungkin memaksa kamu melupakan kenangan kerana kenangan tidak pantas dilupakan, dari kenangan banyak mengajar mendewasakan kamu dan aku, namun satu pintaku jagalah masa depan anggaplah ia amanah dari Ilahi untuk kamu didik menjadi masa depan yang setia menuju jalan taqwa bersama kamu hingga ke syurga milikNya.

Tinggalkan kenangan dan pimpinlah masa depan melalui jalan berduri menuju ke taman syurga. Cintai Allah yang pertama, kedua RasulNya, ketiga ibu bapa, keempat keluarga, kelima masa depan kamu. Jangan dihukum oleh kenangan yang akan membuatkan masa depan terhukum……..

29 November 2011

Keindahan mmg sukar untuk digapai

La tahzan sayang,
Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya,
Walau sehalus debu yang bertaburan Allah tidak menjadikan ia sia-sia,
Pasti terselit seribu keindahan dan kebaikan disebalik kesakitan dan kesedihan itu.

La tahzan sayang,
Kamu mampu bangun menempuh segala ujian dan cabaran,
Kerana pemilik dirimu arif apa yang mampu dan tidak kamu hadapinya,
Tidak sesekali Dia biarkan kamu terkapai dalam kelemasan,
Pasti dibentangkan jalan yang luas dihadapanmu,
Berusahalah, kerana yang terbaik itu pasti sukar untuk digapai bukan?

La tahzan sayang,
Siramlah wajahmu dengan wudhuk yang sempurna,
Tundukkanlah wajah dan diri menghadap penciptamu,
Menangis dan mengadulah pada Dia yang selalu ingin mendengar rintihanmu,
Tenangkanlah hatimu dengan Al-Quran yang dititipkanNya,
basahkan lah lidahmu dengan zikrullah,
Bermunajatlah pada Tuhanmu kerana Dia tak pernah mengecawakan kamu.

La tahzan sayang,
Kamu tidak sendiri,
Kamu punya Dia, mereka yang menyayangi kamu, juga aku,
Bangunlah dari kesedihan dan kekusutan itu..



16 November 2011

Disini aku

Assalamualaikum


Disini,
Aku mendongak ke langit biru
Mentari begitu setia menyinar bumi
Aku, si helang, si tupai, si kekura, si semalu Terasa bahang hangatnya mentari,
Namun kehangatan itu membuat kami ketawa riang didakap olehnya.

Disini,
Aku mendongak lagi,
Mentari mengurungkan diri, awan hitam berarak mendung
Bumi dibasahi hujan,
Biarpun Aku, si helang, si tupai, si kekura, si semalu tidak bisa membiarkan diri dibasahi hujan,
Namun kesejukannya membuat kami damai biarpun ada kalanya butiran kacanya menampar lembut ke sisi…

Disini,
Aku terasa damainya disapa sang angin,
Diajarnya aku agar tidak terus hanyut didalam damainya,
Pergi lah angin meninggalkan aku agar aku kenal erti rindu,
agar aku menghargai akan hadirnya nanti.

Disini,
Aku mendongak merenung akan Indahnya bulan didinding langit, makin bertambah indah dengan hadirnya bintang,
Menjadi petunjuk buat mereka dilautan,
menjadi simbolik bagi mereka yang jauh merindu,
saban waktu berubah bentuk,
namun tidak sekali engkar dengan aturan Yang Maha Esa buat dirinya, biarpun ramai sekali yang memuji keindahannya kala penuh menyinar malam angkasa raya…

Disini,
aku merenung diri,
mampukah aku menjadi seindah bulan, sedamai angin, sesejuk hujan dan sesetia mentari dalam menjadi muslimah dibumi Tuhan ini, menjadi bidadari syurga milikNya nanti?

 credit ; afrospexs

05 October 2011

Seindah Sakura

Sungguh berat rasa ini
sungguh payah menahan rasa
namun aku perlu kuat
aku perlu tabah
demi tinggi nya nilai murni sebuah rasa itu

terkadang aku terjatuh
namun aku perlu kuat untuk berdiri semula
demi sucinya perjanjian aku dengan yang memiliki hati ini



sakura,
pinjamkan aku kekuatanmu
pinjamkan aku keteguhanmu
pinjamkan aku keharumanmu
pinjamkan aku kesetiaanmu dlm memekar kuntumanmu
agar aku bisa menjadi seindahmu
menjadi seperti kamu yang disayangi sekalian alam

04 October 2011

Langkah-langkah Kaki

Assalamualaikum


Benar aku harus lebih berwaspada
kerana ada teman kecil yang akan selalu mengikuti ku
maka aku harus beringat agar tidak melangkah sembarangan 
sungguh aku khuatir kiranya ia mengikut jalan yang salah
 segala tindak tanduk dan perbuatan
menjadi pemerhatian ia,kelak ia pasti mahu menjadi seperti mana aku
  kerana ia si anak yang terus mengikuti ku
dalam aku melangkah aku harus sentiasa beringat
samada hujan atau panas, ribut atau petir
masa depan hasil biasan siapa aku kini
semoga biasan masa depan ku akan menjadi biasan yang takut akan murka Allah, mencintai keredhaan Ilahi, menyayangi segala Yang Terpuji
Amin Ya Rabbal Alamin

24 September 2011

Wahai Hati



wahai hati...
aku tau apa yang kau inginkan
aku tau apa yang kau perlukan
aku tau setiap inci impian yang kau dambakan

tapi wahai hati...
tolonglah bersabar
tolonglah menjadi tabah
kerana kau berkorban bukan untuk kecelakaan
tapi untuk mengecap kebahagiaan

wahai hati..
jangan nodai perasaan ini
kerana perasaan ini anugerah Ilahi 
supaya aku dan dia sama-sama mengejar cinta dan redha Dia yang Maha Tinggi
 
wahai hati...
berdoalah bersamaku agar aku menjadi rusuknya
  agar aku dan dia sama-sama berjihad dijalan Allah
supaya aku dan dia tak lupa pada janji Maha Pencipta

21 September 2011

Surat Cinta


AMARAN :: entry nie entry geli menggeli, sape rase meluat nk baca blh tekan button X kat atas nun… =)



Awk,awk buat sye menangis..
Sbb sye rase dihargai
, awk x letakkn sy sbg yg kedua,tp seiring dgn langkah awk. Berada dihati awk.
Awk x meletakkn harapan pd sye tp awk ajak sy b'sama mengharap pd Ilahi.

Betol, awk x punya harta yg byk nk dilimpahkn buat sye,
juga x pnye kedudukan tuk dicanang keliling kampung,
 tak punya rupa seperti botak juvana yg skang sye dh admire dia.

Tp ape yg perlu awk tau. Sye terima awk seadanya awk. InsyaAllah dgn ilmu yg awk dan sye ade kita gunakan buat bekalan kebahagiaan kte didunia dn akhirat. Sye bkn hnye nk setia bersama awk didunia,tp sye ingin mnjadi bidadari awk disyurga kelak, insyaAllah.

Awk dan sye.. Ditemukn bukan hanya untuk memberi dan menerima sahaja tp untuk melengkapi sepertimana Hawa melengkapi hidup Adam. Seperti Khadijah yg mnjadi ketenangan Rasulullah. Seperti Fatimah yg mnjadi kekuatan Ali.. Kita x sehebat mereka,tp mereka la cntoh t'baik kita seperti kata awk sebelum nie.

Awk, awk buat sye menangis…
Kerana sye bersyukur sye punya awk,,,
Biarpun kita tatau pengakhiran episode cerita kita suka atau duka,,
tapi semoga kebaikan yang kita kecapi hari nie dapat kita bawak untuk akan datang..

**untung jadi blogger, surat cinta post dalam entry jer…jimat setem.. hahahahahaha :p

**ade tak yang nak trima surat cinta kira nie? 

09 July 2011

Pelangi

Assalamualaikum



Kenapa kamu tak pernah melihat aku pabila dihatiku hanya ada kamu? kenapa kamu baru mahu menghargai aku setelah aku melangkah meninggalkan kamu? Namun, aku ingin berterima kasih kepada kamu kerana kamu juga sebahagian dari pengalaman yang menjadi pembelajaran buat aku…

Aku bersyukur pada mu Ya Allah kerana kini Engkau menghadiahkan aku pelangi yang indah setelah Engkau turunkan hujan sewaktu aku bergembira dibawah mentari-Mu..
Syukur pada-Mu Yang Maha Esa..

Semoga Engkau terus memancarkan keindahan pelangi itu buatku hingga ke syurga-Mu yang indah kelak, insyaAllah… 

07 July 2011

Rasa Apakah Ini II

Hari ini aku melihat dirimu lagi
Kau memakai jubah putih, tahukah kamu itu warna kegemaran ku?
Melihat senyuman dan tawa mu membuat hatiku berasa tenang
Sungguh Mahal senyuman kamu,
Kerana senyuman mu hanya untuk teman-teman dan mahram kamu

Kau sering tertunduk pabila berselisih dengan bukan mahram mu
Kerana aku tahu kau amat menjaga pandangan kamu
Dalam kepayahan aku palingkan pandangan ku dari melihat kamu
Kerana aku tahu itu hanyalah hasutan syaitan yang tak jemu-jemu menghasut aku memandang yang bukan mahram bagiku.

Hanya pada Allah aku bermohon,
Moga istikharah ku membuah kan hasil,
Moga Yang Maha Esa mendengar seterusnya memberi petunjuk jalan apa yang harus aku pilih dan kemana destinasi aku yang berikutnya….



**tetiba terasa nak buat sambungan poem kat entry nie… :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...