Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

23 September 2018

Ceramic Tiles Painting Workshop | The Best Of You


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera





Semalam berkesempatan join program The Best Of You dekat Aman Central Alor Setar. Saya join Ceramic Tiles Painting Workshop yang pihak penganjur anjurkan sempena program The Best Of You semalam. Best!!ohh sebelum tu meh nak cerita sikit pasal event The Best Of You ni haaaaa. The Best Of You sebenarnya anjuran Julies. Ala biskut yang dah memang kita kenal kesedapannya tu.





Program ni sebenarnya bertujuan untuk kumpul cerita dan pengalaman dari orang ramai, orang awam. Cerita dari pengalaman mereka sendiri samada pengalaman yang seronok, menakutkan, sedih dan macam-macam lagi. Yang mana dari pengalaman diorang ni boleh dijadikan inspirasi dan semangat untuk mereka yang mungkin pernah mengalami ujian dan dugaan yang sama ataupun inspirasi dan semangat untuk kita sendiri. Selami dan hayati sendiri pengalaman yang pernah diorang lalui, sebab adakalanya kita tak duduk dalam situasi diorang kan. Banyak cerita dan hasil seni tangan yang dikongsikan sepanjang program ni berlangsung. Gambar yang saya kongsikan ini cuma sebahagian je tau, ada banyak lagi yang dipamerkan dekat sana dan korang kena pergi dan tengok sendiri.







Yang mana nak join nak tengok dan baca sendiri pengalaman dan cerita diri diorang boleh join lagi sampai hari ni. Ehh sebenarnya program The Best Of You ni mula dari 20hb September lagi haaa. Dan tarikh akhirnya hari ni lah. Sampai pukul 10 malam ni tau. Jadi pergi cepat cepat








Saya sempat join Ceramic Tiles Painting Workshop dengan adik adik kecik dan ada jugak la orang dewasa beberapa orang hihihi. Painting atas ceramic ikut contoh yang pihak guest dari Julies lukis dari awal lagi. Cuma pilih nak ikut yang mana satu dan lukis sendiri atas ceramic tiles yang pihak penganjur sediakan. Tak perlu bawak apa pun, marker pun pihak pengajur dan sediakan.




Ni la ceramic tiles yang saya lukis tu. Yang atas tu guest lukis dari awal. Jauh beza kan lukisan beliau dari saya hahahaha. Tapi boleh la. Dan rasanya setiap dari lukisan ni membawa ciri diri seseorang tu sendiri dan bina keyakinan diri sebab melukis depan orang walau jari kayu kohkohkoh




Ohh lupa lagi satu sepanjang korang di program The Best Of You ni korang boleh dapatkan poskad percuma dari diorang. Tulis la cerita dari diri korang sendiri. Atau siapa yang The Best Of You untuk diri korang. Spot where are mine dekat banyak poskad tu :p gambar tu printed dekat situ jugak. Pihak The Best Of You yang print kan. Dan lekat dekat poskad korang. Mana tahu cerita korang pulak yang jadi sumber inspirasi dekat orang lain kan.   






Kami seisi keluarga dah pun tengok dan rasai sendiri pengalaman tu. kalau korang nak tau tarikh dan masa untuk event The Best Of You akan datang keep update on their facebook and instagram at JuliesTheBestOfYou

Be the best for you and you will be the best of others people. not only in their mind but in their life, their heart and their mind. 

06 August 2018

Mee Tarik Warisan Asli | Aman Central

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

sebelum ni kalau ke Aman Central Alor Setar biasanya kami memang memilih restaurant Mee Tarik sebab anak anak suka makan mee, ada pilihan untuk mee yang tak pedas, ada jugak nasi dan kawasan yang senang nak kawal dorang berdua ni haaaa. pernah jugak la ajak suami ke sushi king, teringin nak makan tapi sakit hati sebab dorang ni perut melayu, langsung tak nak sentuh sushi tu. bagi makan set nasi dengan ayam pun diorang refuse. dah satu pasal balik nak kena cari nasi untuk dorang pulak. grrrr betoi

tapi last time datang makan dekat Mee Tarik Aman Central kecewa betul rasanya. dah la datang dengan family saya. kuah mee tak sedap, mee nya pun kurus dan tak kenyal. tak sama macam selalu datang. rasanya sebab chef nya dah bertukar. kita kan boleh tengok chef tarik mee dalam bilik kaca tu. jadi perasan lah chef nya bertukar orang. 

yang bawah ni semua hidangan yang biasa kami makan kalau datang ke sini. jadi bila datang dengan family pun kami order hidangan yang sama kecuali tambahan baru. daging cucuk ni haaa. tak ingat nama betul dia dalam menu.


sebelum ni memang teringin dah nak order makan tapi bila jeling meja sebelah tengok portion dia banyak takut tak terhabis makan dua orang dengan suami. jadinya bila dengan family hari tu order la nak try makan sebab dah lama teringin. first and last la kot order. tak dapat nak rasa kesedapan daging nya. yang dapat rasa cuma rasa pedas melampau yang tatau nak gambarkan macam mana. lepas makan daging ni makan pulak mee kuah nya lagi la rasa tak sedap mulut. kalau kurang sikit pedas mungkin ok kot. walaupun asian tapi bukan semua customer makan pedas melampau. 


Mee Tarik Lamb. tarikan utama dekat kesemua cawangan Mee Tarik Warisan Asli rasanya ni. yang boleh nak makan pun mee yang ini jela. rasa cukup dan sedap nak dimakan.


Chicken Mee Soup. yang biasanya kami order untuk anak bujang dua orang ni haaa. tak pedas dan diorang boleh makan. budak dua orang ni lagi la langsung tak makan pedas. kalau rasa pedas sikit terus refuse dan tak nak makan lagi dah. Mee Soup ni hari tu pun tak sesedap macam biasa. jenuh nak habiskan semua makan. kalau tak makan nanti membazir, bukannya murah hukhukhuk


dan yang terakhir Fried Mee Tarik with Fungus tak silap. kalau tak silap lah. Mee Tarik goreng bersama cendawan hitam. saya suka cendawan tu sebab tu order hihihi. Mee goreng ni pun ok lah kalau nak makan. sebab sebelum ni tak pernah order Mee goreng ni jadi tak tahu lah rasa sebelum ni macam mana kan. 

dah lama dah tak masuk makan mee tarik lepas kejadian makan dengan family dekat atas ni haaa. rasa macam takut nak masuk makan, takut tak sedap lagi. nanti rasa macam rugi je bayar mahal-mahal. huhuhu. harapnya sekarang diorang dah improve la menu masakan diorang balik. buat sedap macam dulu semula. kalau ada orang lain nak belanja makan mungkin la kot boleh nak cuba balik, tapi kalau nak keluar duit poket sendiri mungkin tidak la kot. fobia tak habis lagi. tapi tak semua cawangan Mee Tarik akan rasa yang sama. mungkin tempat korang yang lain rasanya lebih sedap kan. sebab lain-lain dapur dan lain-lain chef walaupun pakai resepi yang sama. tapi macam orang kata la. air tangan lain lain kan. 

05 August 2018

Resepi | Kerabu Kerang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Kerabu kerang ni buat masa mama papa dengan along datang rumah kitorang dulu. dekat kuala kedah ni boleh dikatakan senang jugak la nak dapat kerang segar. cuma besar atau kecik je sizenya. first time sebenarnya buat kerabu kerang tu pun dapat resepi dari ahli group MAHN. memang serius sedappppp sangat. sekali hadap je dah habis hihihi

Resepi Asal: MAHN Group

  • Kerang rebus dahulu dan buang cengkerang nya sebelah macam gambar kat atas tu haaaa
  • tomato*
  • bawang holland*
  • daun ketumbar*
  • cili padi*

potong dadu semua bahan bertanda *

  • tumbuk bawang putih dan cabai besar merah dan hijau
campur semua bahan diatas. gaulkan bersama sos ikan, perahan limau nipis, gula dan garam. gaul sebati kesemuanya dan boleh lah dihidang.



kalau makan kerabu kerang macam tu je pun sedap yakmat. yang penting kerangnya elok dan takde bersampur busuk. ;) 



14 June 2018

Birthday Gift | Printcious


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Hai korang. Selalu tak macam blur nak bagi hadiah apa kat orang tersayang atau kawan-kawan? Saya lah tu yang salah sorangnya. Selalu blur nak bagi hadiah apa. Dah tu nak keluar rumah pergi cari pun macam tak berapa nak sempat je tambah dah ada dua orang bala tentera ni lagiiiiii la. Kita cari barang kita, depa cari barang depa. Last sekali bebai balik tangan kosong macam tu jeeeee.

Tapi sekarang saya dah jumpa satu web best untuk cari hadiah. Siap boleh DIY lagi haaa. Special lah sebab korang boleh DIY untuk orang tersayang. Limited edition tau. Mesti senyum lebar sampai telinga orang yang terima hadiah tu nanti. 

Meh saya nak share birthday gift idea yang special untuk best friend birthday gifts korang tu. Kali ni ingat nak birthday gift dengan kawan dunia akhirat saya. Sape lagi kalau bukan Abi Double F.U, suami tercinta lah hihihihi.
 
Tengok macam ramai je yang DIY design sendiri dekat web Printcious. Nak try jugak la. Macam best je boleh letak gambar sendiri kan. Kali ni ingat nak bagi Canvas sebagai birthday gift suami. Jom nak share macam mana cara nak design sendiri birthday gift ni. Tak susah pun. Senang sangat



i. first off all mesti la kena masuk ke web Printcious dulu kan. tekan je link web yang saya dah share kat perkataan Printcious ni. 

ii. pilih dari tab content korang nak design apa. macam saya nak design Birthday Gift jadi saya pilih menu Gifts dan pilih Birthday. 


iii. pilih untuk siapa birthday gift yang korang nak design tu. saya pilih For Him


iv. haaa kat sini yang best. korang boleh pilih nak design birthday gift jenis apa. ada mug, cushion, canvas, puzzle, mouse pad. tshit pun ada uolssss. yang bestnya boleh design sendiri. saya pilih Canvas


v. dah pilih canvas korang pilih pulak jenis canvas yang macam mana korang nak design nanti ni. sempena pindah masuk rumah baru ni. boleh la gantung canvas nanti dekat dinding atau letak atas rak meja suami. baru la matanya tak pandang ke sisi indah insan lain kannn. kihkihkih


vi. saya pilih pilihan yang pertama. simple but niceeeee. ok dah boleh mula design dekat sini. korang boleh klik menu Start Designing tu.



vii. okey kat sini korang boleh design. senang je sebab Printcious dah sediakan siap-siap tools untuk memudahkan korang design nanti. cuma pilih dan masukkan je


viii, pilih gambar yang korang nak masukkan.dan upload macam step yang saya share kat atas tu. dan klik menu Insert


ix. dah insert gambar. korang boleh design pulak nak tulis apa atas Canvas nanti. kalau dah siap klik menu Done



x. kat sini korang boleh dah Add to chart untuk proses pembelian atau kalau rasa macam kurang cantik design yang dah buat tadi. boleh design semula dengan klik menu Edit My Design Again



xi. teruskan pembelian korang dengan memilih mana-mana internet banking korang dan tunggu sehingga ref number diberikan untuk pembelian tersebut


mudah je kan? kalau sebelum ni kita cuma pilih dan beli birthday gift dari hadiah yang memang kilang supplier kat kedai. tapi dekat Printcious korang siap boleh design sendiri hadiah ikut pilihan korang untuk yang tersayang. harga pun berpatutan dan sekarang Printcious tengah buat sale tau. macam Canvas yang saya nak beli ni. harga asal RM67.20 tapi ada less 30% tinggal RM47.00 je. ada dua size untuk design. yang lagi besar harganya cuma RM99 selepas less. hurmmm ada yang tukar size kejap lagi ni karang hahahahaha

“If you are looking for best mug printing supplier , don’t forget to contact them.
Or if you have any upcoming birthday party and would like to impress your guest, birthday photobooth is your best entertainment.”

03 June 2018

Maslow Motivation Theory | Ummi Level Ke Berapa?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


semalam belajar pasal Maslow Motivation Theory ni haaaa. rasa macam best pulak nak share dengan korang ekekeke. mohon bertabah selama dua tahun separuh ini. ummi akan seronok share pasal belajar sambil sambil share pasal dua mami monster tu :p tu pun post entry kalau line internet kuat. streamyx tak masuk lagi lepas pindah rumah hari tu. bertabah lah engkau. dah la assignment banyak nak kena pakai internet ni haaaa.

ok berbalik pada tajuk asal. piramid tu apa yang akan kita achieve satu masa nanti. mengikut kata lecturer setiap level tu pun ikut peringkat umur kita jugak. dan bagi saya sendiri saya dah lepas level physiological needs, Belongingness and love needs dan safety needs. dan sekarang sedang mencapat level Esteem needs. mudah2an Allah permudahkan perjalanan kisah hidup seorang ummi double F.U aminnnn.

untuk peringkat bawah physiological needs dah dapat sejak mula lahir kat dunia ni dulu. alhamdulilah mama papa jaga elok. bagi makan pakai sampai lah sekarang dah pandai cari semua tu sendiri dan dapat dengan sempurnya.

safety needs pun alhamdulilah dah dapat. ada rumah, ada kereta motor sendiri. rasa selamat tapi mudah2an negara kita selamat lah sampai bebila tanpa ada peperangan atau apa2 yang memudaratkan. aminnn

Belongingness and love needs pun alhamdulilah dah dapat. ada keluarga yang harmoni bahagia. ada suami, anak-anak, kawan-kawan. alhamdulilah rasa sempurna. yela kalau duduk sorang-sorang dalam dunia tak ber relationship dengan sesiapa pun tak jadi apa. takde mau nya. sedangkan orang gila pun perlu berkomunikasi dengan orang lain untuk dia mengganggu :p hahahaha

Esteem needs sedang menuju untuk mencapainya. jauh lagi perjalanan hidup ni. tapi alhamdulilah semuanya sempurna. semuanya Allah atur elok dan indah. ala ujian tu memang la ada. tapi bila dah makin lama makin tinggi tahap ujian tu. sampai satu tahap rasa macam dah mangli dengan ujian. "ada la tu yang Dia sedia. dah Dia yang bagi ujian takkan lah Dia tak bagi jalan keluar" gituuuuuu

09 May 2018

Selamat Mengundi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

09/05/2018
14:46
Ipoh

Di sini, hari ini untuk melunaskan tanggungjawab sebagai rakyat malaysia yang masih memiliki rasa sayang dan cinta pada negara tanah tumpah nya darahku. alhamdulilah selesai dah pun proses undi calon. kalau Fateh Uwais dia kata pilih sapa nak jadi ketua. hihihi betul la tu. sibuk mulut dia tanya kenapa banyak sangat bendera ni ummi. bendera malaysia ke. maka dengan ligat otak ummi pun kena fikir jawapan yang sesuai. kalau nak bagi jawapan merapu tu memang dah lama duk ada dalam kepala hahahaha.

maka ummi jawab la. ini bukan bendera malaysia. ini bendera untuk pilihan raya ke? "hari raya ke ummi?" hurmm tunggu la kejap anak oiiiii. jangan la cepat sangat. ummi jawab bukan pilihanraya ini untuk kita pilih siapa nak jadi ketua negera kita. sebab tu lah banyak bendera. nanti ummi abi pun kena undi jugak siapa yang nak jadi ketua negara. dia pun ohhhhhh

paham la kot apa yang ummi cakap tu. takpe la nanti awak dah besar sikit awak akan lebih faham. jadi kawan-kawan dah selesai mengundi? saya hari ni Allah mudahkan urusan. lane saya kontot je. ada la dalam sepuluh kali turn nak kena tunggu sebelum boleh undi tu. kalau tengok lane lain tudiaaaa rasa nak muntah tengok orang beratur. mama pun tarik diri sekejap sebab lane dia penuh orang. kejap lagi petang sikit baru nak pi balik. haaa la orang dah berumur mana la larat nak berdiri lama. MIL pun suami kata macam tu. petang sikit baru nak keluar mengundi balik. tempat undi kami berbeza. saya di Perak dan suami di Penang. maka berpecah la kami. tapi anak-anak ummi pulun sorang. kohkohkoh 

12 April 2018

Cabaran Sebagai Ibu dan Pelajar Sepenuh Masa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

lamaaaaa betoi duduk dalam gua (menyepi) bila rasa nak keluar jengui muka dah internet slow pulak. bila internet ok, dah assignment pulak beratur nak kena buat. maka krik krik krik jela duduk dalam gua. kawan kawan blog pun entah ingat kat kita ke lagi ke tak pun taktau wuwuwuwuwu

Cabaran Sebagai Ibu dan Pelajar Sepenuh Masa?

memang mencabar, mencabar dari segala bentuk. tapi dah kita yang nak maka hadap jela jangan sekali kali nak merungut ye Syakira. muehehehehehe. apa yang cabaran nya? yela anak anak macam terabai sikit tambah bila dateline nak hantar assignment tu dah sampai. dia punya busy tu mengalahkan apa je lagi.

kerja rumah tetap kena buat, tanggungjawab sebagai suri rumah dihati tiga orang hero. tanggungjawab sebagai pelajar pun kena tunai jugak. maka marilah kita sama sama berkorban wahai suami. suami take over 60% hal rumah dan anak anak. selebihnya tu saya buat bila ada masa. kain baju menimbun pun perkara biasa hahahaha.

tengah menaip entry ni pun mulut budak kecik ni "dahh la ummi, dah la" 

haihhhhhhhhhh


31 January 2018

Us Pizza Malaysia Bukit Mertajam | Review

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Sabtu lepas, 27 Januari 2018 saya sempat singgah makan di Us Pizza Malaysia Bukit Mertajam Pulau Pinang. Baru je bukak sekitar disember tahun lepas. berkonsepkan western food. tapi more to pizza. cuma apa yang bestnya dekat Us Pizza ni topping dia. special topping dan korang boleh pilih nak topping apa, crust pizza pun boleh pilih jugak. apa yang membezakan Us Pizza dan pizza tempatan lain, doh dan isi dalam pizza tu sendiri. doh Us Pizza memang lembutttt sangat even pizza yang kitorang tapau bawak balik makan dah 11 malam still lembut lagi dan tak liat. isi dia jangan cakap lah, memang penuh. oh ye kalau korang kurang masa nak ke kedai korang boleh juga order online. kot nak buat suprise untuk birthday atau event apa-apa ke kan. haaa lagi satu yang penting ianya halal ye. 








haaaaa banyak ke tidak pilihan dia??? banyak kannn siap ada pizza telo masin, pizza durian pizza cheese boat pun ada. kerlas kau. ehh bukan nama je yang hebat tau. rasa dia pun hebat jugak




Yang ini nama dia Italian Aloha Chicken. macam yang korang boleh nampak dalam gambar isi ayam penuh atas pizza. sedapnyaaaa terliur pulak tengok gambar pizza sendiri. lapaq huwaaaaaa




Yang warna macam shinning ni antaranya yang terbaru di Us Pizza Malaysia BM. saya rasa sempena Chinese New Year yang tak lama lagi ni. Salted Egg Pizza. atauuu Pizza telur masin. terkejut? ye saya pun terkejut masa staff bagitau pizza telo masin. tapi serius takde langsung rasa telo masin rasa sedapp dan unik je. serius yang ini memang sedap sangat. suami tanya memang ada daun kari ke atas pizza ni? haaaa ni lagi satu keunikan Us Pizza. dorang bawak citarasa rakyat malaysia ke dalam pizza buatan dorang. Unikkan? bukan je unik malah sedap!!!!






Atas ni dua tarikan terbaru di Us Pizza Malaysia BM. Pretzza dan juga Pizzburger yang dihidangkan bersama Puttanesca Sauce. yang ini pun sedapnyaaaaa tatau nak gambarkan. tambah bila makan bersama Puttanesca Sauce. memang gandingan yang sesuai sangat. nak lagi best? korang akan dapat Pizza Cutter percuma dengan setiap pembelian dari PizzArt Menu. Pretzza dan Pizzburger antara yang ada dalam PizzArt Menu. memang comel tau pizza cutter dia. warna pun cantik sangat.




Kenapa nama Pretzza? disebabkan gabungan doh pretzel dan juga doh pizza tu sendiri. tengok dia punya bentuk pun macam pretzel kan. isi dalam Pretzza ni pulak isi ikan salmon!!! memang sedap yakmat. rasa yang sempurna dan memang sedap lah. takde melainkan tak sedap hahaha. kalau tak sedap takkan kita share ye dok? hihihi




The Pizzburger. kalau korang perasan burger ni yang special dorang buat sendiri dan isi burger dibalut terus dalam doh roti. seketul tergolek golek hihihi. isi dia tebal sangat. ada lapisan ayam salai dan juga cheese yang banyak. apa yang best lagi patty pizzburger tak muak dan ada kenyal kenyal macam mana ntah nak describe tapi memang sedap sangat lah. paling tak boleh move on dengan Pizzburger ni lah. my favourite hihihi







Hari ahad hari tu juga ada Eating Challenge, korang bayang lah dah makan pizza tu sekali pretzza lepas tu dorang kata kena lawan makan Pizzburger pulak dalam masa 3 minit. hoiiiii sengkak. hahahaha. saya menang jugak. menang nombor dua dari belakang hahahaha. pemenang pertama Thinesh. well done Thinesh, congratulations. jenuh suruh dia makan pelan pelan tapi dia cuma gelak gelak je hihihi


Dari sebijik burger mampu makan 1/4 je kot hahahaha. tapi ok la dapat jugak hadiah saguhati hahahaha. balance Pizzburger yang tinggal dorang timbang dan pemenang ditentukan berdasarkan berat Pizzburger yang tinggal



Untuk pengetahuan korang, Us Pizza menggunakan bahan primary untuk doh pizza dorang. antaranya ada barangan dari Anchor. rata kalau bakers ni mesti tau kelebihan menggunakan Anchor Butter dalam pembuatan kek dan doh roti atau pizza. memang kejadiannya lembut, sedap dan menaikkan aroma yang harummmmm sangat. no wonder lah kesemua pizza yang dihasilkan Us Pizza sedap dan lembut.




Thank you so much Us Pizza Malaysia Bukit Mertajam dan Anchor untuk kenangan dan rasa yang sedap dan memuaskan perut kami hari ahad lepas. Hopefully your business will go ahead and success 

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...