Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Car Seat Bayi. Show all posts
Showing posts with label Car Seat Bayi. Show all posts

18 May 2015

Toddler Car Seat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Carseat untuk toddler perlu ke? jujurnya seorang ummi uwais dah buat salah awal dulu. kalau dulu uwais duduk dalam carseat hanya bila ummi yang drive. bila ummi jadi co-pilot, uwais akan duduk atas riba ummi. tapi yela dulu masa dia baby2 kerja dia tidooooo je dalam kereta. masuk kereta, dapat susu bommmm lena sampai la ke destinasinya. tapi sejak dah besar ni peratus untuk dia tido lena tu sangatlah nipis >.<



dan disebabkan carseat dulu tu tak sesuai untuk dia yang dah besar dan pandai tengok keliling dekat luar makanya memang dia takmau lah duduk dalam carseat tu kalau ummi jadi co-pilot ataupun ummi yang drive. mengamuk meronta menangis macam apa je lagi. sampai ummi trauma tiap kali nak drive balik penang time weekend dulu. 



jenjalan dekat Aeon Big dan ternampak car seat brand Sweet Chery promosi RM126. bulan sebelumnya dekat Aeon jugak RM180. alhamdulilah rezeki nak dapat car seat yang sama dengan harga lebih murah kan. tengok tu budak ciwi dapat car seat baru terus tertido dekat situ. tak payah nak susu dulu pun haaaa tapi sekali tu jela, lepas daripada tu takde pun istilah tertido atas car seat lagi dahhhh =..=


bila ummi suruh duduk belakang mula lah buat diam tak nak cakap, tak nak sembang, kepala lentuk ikut sana ikut sini. memacam lagi haaaa. kalau duduk depan tepi abi dia elokkk je perangai tu. kemain kan nak cantas2 ummi. sekarang alhamdulilah dia dah boleh terima hakikat kena duduk dalam car seat. kalau awal2 dulu memberontak jugak duk sebut "abi sangkut" banyak kali bila pakaikan seat belt tu. kalau ada opah atok lagi perangai mengada tak nak duduk dalam car seat =..=

jadinya perlu ke toodler ni dipakaikan car seat? jawapannya perlu selagi dia tak reti nak imbang badan duduk sendiri, selagi akal dia belum cerdik nak tau hal keselamatan dalam kereta. Fateh Uwais dah pernah jatuh dalam kereta bila abi break kecemasan. terhantuk dahi dekat dashboard, terjatuh ke tempat kaki co pilot. malang tak berbau kan. dari insiden tu terus ummi tekad dan nekad anak kena duduk dalam car seat walau ada orang dewasa yang boleh tolong pegang dia. kesalahan ummi yang dulu tu natijahnya lebam dekat dahi anak seminggu baru surut. maafkan ummi, sepatutnya ummi yang ada akal ni dah kena bertegas dengan anak yang hanya nampak semua perkara adalah permainan. maafkan ummi ;(

cumanya kalau nak beli car sear cari yang sesuai dengan umur anak. sekarang dah banyak car seat yang boleh pakai dari newborn sampai toddler kan? cuma kena pasang alas bawah dia je untuk jadi car seat toddler kan? jangan jadi macam ummi uwais. dah jadi satu hal baru nak menyesal. 

post signature

19 February 2014

Stroller, Car Seat dan Baby Carrier

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ruzz ada tanya ritu pendapat saya pasal stroller dengan car seat bayi nie. disebabkan dah ada pengalaman ape la salahnya saya kongsikan dengan kawan-kawan yang baru mula nak mengintai pasaraya nak servey stroller dengan car seat nie kan. tapi bagi saya baik beli kat kedai barangan bayi. mungkin harganya jauh lagi murah berbanding pasaraya. kalau ada promosi beli je cepat-cepat. jimat yang penting ok!! hihihi


stroller kami memang sebijik macam kat atas tue brand Sweet Cherry. RM399.90 sekupang je lagi nak 400 hinggit. fuhhhh lap peluh menitik. sebab pilih stroller nie handle dia boleh pusing ke depan dan ke belakang. saya pulak jenis yang nak tengok anak, tak suka kalau tak boleh tengok muka dia. mana tau kot dia muak ke atau tak selesa at least kami boleh nampak dengan kadar segera. kang tak pasal pusing stroller tengok anak dah biru. oh maiii. opsss ummi nie memang suka fikir sampai jauh ke depan ngehngehngeh 




alhamdulilah Fateh Uwais pun suka duduk atau tido dalam tue. selesa agaknya. cumanya kami akan lapik bantal kat kepala dia, kalau tak nanti gegar-gegar kepala dia bila kami tolak stroller tue. saya dengan suami aritu pilih stroller yang bakul bawah tue besar. boleh la tumpang letak barang kan. takde la tangan penuh nanti. susah pulak nak tolak stroller. stroller nie boleh baring, sandar dan duduk. dari bayi newborn sampai dia dah besar boleh duduk dalam tue. cuma nak dengan tidak je dia duduk dalam tue bila dah besar dan dah boleh berjalan hihihi.

tapi satu je yang tak bestnya stroller nie bila kami lipat jadi empat segi. tak muat bonet Nurul Iman(viva Elit). kalau boney Myvi atau Saga memang sah-sah muat. jadinya seat belakang tue memang separuh penuh dengan stroller nie je. letak kat bahagian kaki. tegakkan dia. kalau nak beli stroller yang bila lipat jadi melintang pun boleh. senang nak simpan dalam bonet. tak makan ruang banyak dan boleh kendong bila nak kemana-mananya.

car seat Fateh Uwais lebih kurang macam yang kaler coklat tue la bentuknya. car seat kakak dengan abang lang yang bagi. Danial dengan Ika pun dah besar jadi harta turun temurun la pulak. jimat ummi dengan abi. ngehngehngeh :p

                              

kalau nak beli car seat pilih yang ada handle untuk dipegang. senang bila nak bawak kemana. kalau kami makan kat kedai pun. Fateh Uwais akan duduk dalam seat dia sendiri. selamat dan kami pun boleh makan dengan selesa. cumanya seat nie takde mainan. saya dengan abi dia DIY bagi jadi macam fisher price :p mainan yang ada kat playgym dia kami ambik dan gantung kat car seat dia dengan cable tie. jangan la ikat cable tie sampai tak boleh cabut mainan tue. longgarkan sikit dan kita boleh letak mainanan berlainan sepanjang minggu jadi takde la baby bosan tengok mainan yang sama je.  

SCR dan Sweet Cherry tue dari brand yang sama ye ummi!!! dulu ingat lain sebab harga jauh sangat bezanya hahahaha. mula nak ambik SCR sebab roda dia ada tiga. comel sangat!!! tapi bila tengok harga dia sampai RM699 ke RM899 terus cancel. roda empat pun boleh tolak jugak stroller tue!!! ;) tapi bagi mommy yang belum ada car seat boleh kot pertimbangkan stroller macam gambar kat atas tue. 2 in 1 jimat pun jimat. jangan lupa servey harga car seat dulu ye. saya tak beli car seat jadi saya tak pasti berapa nilainya. oh ye aritu promoter stroller tue ada kata kalau car seat jenis saya tunjuk nie. handle seat tue kena beli lain. jadi buatlah pilihan yang bijak ;)


baby carrier nie pun kakak dengan abang lang yang kasi. jimat lagi!! ngehngehgneh untung jadi adik nie :p benda nie sangat diperlukan. kadang kitorang malas nak tolak stroller letak je dalam nie. Fateh Uwais pun selesa. yela kadang dia lebih suka duduk dalam nie dari stroller. kalau dalam nie kami peluk dia. dia dekat dengan kitorang. kalau dalam stroller dia agak jauh. anak manja gitu la :p

eh abi kaki yayang kecik terpeleot tue!!! baby carrier nie saya tak pernah la guna. selalu abi je. sebab tekanan dia lebih dari kendong baby secara manual rasanya. entah, saya pun main teka je. lagipun abi bukan bagi kalau saya offer nak bawak anak dengan baby carrier tue. sebenarnya baby carrier nie banyak fungsi macam gambar saya sharekan kat bawah nie. 


tapi sekarang nie jarang abi nak bagi anaknya tengok depan. asyik kena cuit dengan orang ramai yang lalu. si Fateh Uwais tue pulak gelisah kalau tak boleh tengok keliling hihihihi. sebelum pilih nak beli sesuatu produk servey dulu. jangan segan bertanya cara guna dia macam mana dan apa saja yang mommy nak tau. macam saya. dekat sejam duduk bahagian stroller tue, tanya macam-macam kat promoter yang ada. sampai la saya puas hati baru ambik dan bayar. bukan saya je, suami pun tanya macam-macam yang dia nak tau hihihi. ada je yang murah tapi saya dan suami lebih suka pilih yang berkualiti dan tahan lama. nanti boleh pakai sampai ke adik-adik Fateh Uwais kan ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...