Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label keputihan semasa hamil bahaya ke?. Show all posts
Showing posts with label keputihan semasa hamil bahaya ke?. Show all posts

14 January 2016

Keputihan Semasa Hamil Bahaya Ke?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

AMARAN : INI ENTRY TROWBACK :p

Kisah Khalifah II : Keputihan Semasa Hamil 

28 September 2015

Alhamdulilah dah 7 minggu 4 hari pun budak kecik sorang kat dalam tu. alhamdulilah tak banyak ragam. sikit-sikit tu biasa la kan. nikmat untuk ummi barangkali :D

tapi ada satu masalah lain. KEPUTIHAN. mostly yang namanya perempuan tau kot keputihan tu ape. dan disebabkan tatahan dan takut ada effect pada baby (pernah baca keputihan masa pregnant ni agak merbahaya) makanya ahad 27 sept lepas kami singgah ke Klinik Marina. klinik fevret ummi abi hihihi. sebab DR Marina dokte bidang O&G jadi lebih baik berjumpa dokte yang memang bidangnya. lagi satu pasal DR Marina akan cerita details pasal prob kita. solutions selain ubat-ubat yang dibekalkan. sape2 yang duduk belah seberang jaya penang sana nun, kalau nak cari dokte perempuan islam sila lah ke klinik dia. poliklinik dr marina. serius tak rasa ralat :)

ikut penerangan yang saya dapat dari Dr Marina hari tu. keputihan masa hamil normal sebab perubahan hormon pada kulit ibu mengandung tapi tak boleh dibiarkan. jap lagi kita cerita lebih lagi. dan keputihan ada beberapa level dia. putih susu(paras bawah), kuning(sederhana tapi dah kena pantau), hijau(bahaya)

Jika keputihan tidak dipantau atau dirawati :

Trimester pertama - mungkin boleh mengakibatkan keguguran sekiranya keputihan turun sekali bersama selaput kantung bayi

Trimester Kedua - kelahiran baby pramatang

Trimester Ketiga - Bayi tersedut atau termakan keputihan ibu nya dan boleh mengakibatkan bayi itu lemas. 

huuuuu berisiko tinggi rupanya. tambah lagi kalau keputihan yang banyak tu. jadi mana-mana ibu hamil yang mengalami masalah serupa sila lah rujuk pada dokte yang bertauliah atau refer pada klinik kesihatan anda. saya aritu belum buat buku pink lagi untuk adik uwais jadi takde la nak refer pada KK ;) ohh ye kerap tukar seluar dalam dan pakai lah seluar dalam yang bersifat kapas. 

13 Disember 2015

masa ni buat buku pink dekat Klinik Kesihatan Kuala Kedah. refer pada dokte pasal keputihan dan dah diambil sampel pun. ada dua jenis punca keputihan kata dokte tu. satu kulat(bakteria) lagi satu ape benda ntah lupa. tapi yang lagi satu tu normal untuk ibu hamil. dapat la satu ubat ni yang memang berkesan sangat. jadi sila jangan malu untuk mengaku masalah kesihatan diri ketika pemeriksaan kesihatan lanjutan tu ye. 


post signature
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...