Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Murabbi Cinta. Show all posts
Showing posts with label Murabbi Cinta. Show all posts

21 April 2014

Senang Dalam Susah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

"suami duduk penang? dia berulang hari-hari?"

"takla, tak sanggup saya nak bagi dia berulang hari-hari. dia kerja belah pulau"

"dah tue duduk sini dengan sape?"

"dengan anak"

"anak siapa jaga?"

"baby sitter"

"aduhhh kesiannya. dah ada anak sorang sana, sorang sini. susahnya"

luah mereka bersimpati. saya senyum je. dan saya dah lama redha dengan ujian yang Allah beri. bukan tak berusaha. kami dah berusaha dan sedang lebih gigih berusaha. cuma belum dimakbulkan Allah je lagi, sebab Dia nak bagi yang lebih baik untuk kami ;)

sebenarnya bila saya redha, banyak kesenangan yang Allah beri dalam ujian susah itu. antaranya. Dia 'jaga' Fateh Uwais. Alhamdulilah anak tue baik sangat. takde merap selalu. sangat berdikari. boleh main sorang-sorang. tak meragam tengah-tengah malam. senang sangat menjaganya walau 4 hari tanpa insan bernama suami. Alhamdulilah syukur sangat. 

banyak lagi kesenangan yang Allah kurniakan. suami yang baik. tolak ansur pengasuh dan kawan serumah. dan banyak lagi yang saya dapat rasa bila saya duduk diam, pejam mata, redha dan bersyukur. Alhamdulilah. sebalik ujian kecil nie saya dan suami mampu jadi lebih sabar dan berpaut pada Dia. hikmah terbesar buat kami berdua lepas lahirnya khalifah kecik tue. syukur sangat.

"nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?". pejam mata, redha dan bersyukur :)

21 July 2012

Hadiah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bismillahirahmanirahim.. selamat berpuasa dan selamat pagi semua. semoga ramadhan yang datang membawa seribu satu rahmat pada kita.. dan semoga ramadhan yang mengunjungi membawa impak yang besar pada diri semua. bukan impak negatif sebaliknya impak yang membawa kita menjadi lebih terbaik antara terbaik. 

sempena ramadhan ada sesuatu yang saya nak kongsikan dengan awak semua. Hadiah yang sungguh bernilai bagi diri saya. hadiah yang tak boleh ditukar ganti. hadiah yang membuat saya sebak dan berlinang air mata tiap kali mengingatinya. Hidayah dari Allah, hadiah yang sangat tak terhitung nilainya.

saya akui dulunya saya alpa, leka dengan hiasan dunia yang melalaikan. terlalu leka sehinggalah akhirnya Allah mengetuk pintu hati saya. saya seorang yang degil dan sangat keras hati, mama yang bersama saya selama 24tahun akui takde sape yang mampu tukar hati dan fikiran saya kecuali Dia Yang Kuasa dan diri saya sendiri. oh ye entry nie mungkin panjang sikit, terima kasih kiranya awak semua sudi membaca hingga selesai. bukan niat mendabik dada cuma coretan untuk peringatan saya masa depan dan mungkin pengajaran untuk mereka yang juga dulu seperti saya.  ianya nampak payah tapi tak mustahil kan bila rahmat Allah hadir buat diri.

Dia sering menjawab rasa hati saya melalui pembacaan dan pendengaran lisan saya. tafsiran Al-Quran, tazkirah, slot tanyalah ustazah, entry Pakcik Imam, entry ramai blogger lain, buku islamik, novel dan macam-macam lagi saat hati saya sedang ligat bermain dengan apa yang ada difikiran. hebat kan kuasa Allah, Allah Maha Besar Allah Maha Hebat

TUDUNG
ini langkah awal saya. saya masih memakai tudung yang sama. mujur juga koleksi tudung saya bersaiz M semua, dan kebanyakannya jenis tudung bawal. saya cuma melabuhkan tudung hingga menutup dada. malu sendiri bila tengok gambar dulu, Allah singkatnya tudung saya. =.=

PAKAIAN
Alhamdulilah dari dulu pakaian saya tak ada yang terlalu ketat, cuma kebanyakkannya berlengan pendek. saya cuma perlu pakai inner untuk tutup aurat saya yang terdedah. terasa berdiri bulu roma bila saya belek gambar lama dulu =.=

STOKING LENGAN
awalnya saya pakai inner bila berbaju kurung pahang sahaja, lengannya lebih besar dari kurung biasa. akhirnya bila saya dah terbiasa rasa tak selesa bila inner hilang dari lengan saya.  itu jugak kan aurat yang seharusnya saya jaga. pernah rakan-rakan saya bertanya "sejuk ke", ekon di ofis memang teramat sejuk saya hanya angguk. malas mahu memanjangkan cerita. kisah disebaliknya biarlah saya simpan sendiri.

AURAT DIRUMAH
sebelum ramadhan 1432H yang lalu saya selalu jeles bila tengok mereka yang berstoking kaki. saya pernah cakap kat sahabat yang saya teringin. tapi saya rasa sangat tak sesuai bila saya kalut menjaga aurat kat luar tapi bila dalam rumah aurat saya dengan ipar duai masih belum dijaga. saya jugak masih salam cium tangan ayah sedara yang takde pertalian darah. banyak minggu saya berfirkir, nak mengubah adat yang dah sebati dalam diri umpama menarik kutu babi yang melekat celah kaki.. err err macam hiperbola sangat pulak.. hihi..

sampailah dalam bulan ramadhan tue jugak, lagi beberapa hari sebelum raya. hari jumaat dalam slot tanyalah ustazah. hari tue tajuk dia hidayah dan ada seseorang yang bertanya "macam mana kita nak tau sesuatu yang datang tue hidayah atau bukan" Uztazah Nurhafizah Musa kata, kalau diri terdetik nak buat sesuatu kebaikan, hati gelisah selagi tak dimulakan, itulah yang dipanggil hidayah. rebutlah sebelum terlepas.

Alhamdulilah Allah jawab soklan secara langsung dalam bulan yang mulia. dan saya terus susun kata lanjutkan hasrat hati ke mama. dan Alhadulilah semuanya dipermudahkan olehNya.. 

STOKING KAKI
28sept 2011 besday saya, saya mula menyarungkan stoking kaki. setelah hati sangat gelisah selagi kaki tidak bertutup. Alhamdulilah.. aurat saya semakin hari semakin terjaga. syukur dengan kasih sayangNya saya tak terus hanyut hingga tenggelam. 

hidup saya hampir 50 peratus berubah selepas usia saya 23 tahun. sedihnya umur 23 baru terfikir nak berubah T_T rasa sia-sia masa yang dulu saya laburkan. pape pun saya masih bersyukur dengan rasa yang Dia hadirkan. tersangat bersyukur dengan hadiah yang Dia kirimkan. 

Alhamdulilah ramai yang sudi menghulur tangan membantu saya, mama papa dan keluarga yang banyak membantu dan memahami kehendak hati saya, bersyukur dihadirkan Pakcik Imam yang sentiasa menyokong disaat ramai yang terkejut dengan perubahan saya. vlog dari dia jugak banyak menyumbang langkah saya yang dulunya sumbang. terima kasih awak sudi membantu. dan terima kasih pada semua yang terlibat secara langsung dan dibalik tabir. saya bersyukur dikurniakan awak semua dalam hidup saya.

pasakkan niat berubah kerana cintakanNya, tanamkan niat berubah untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik. biarpun awalnya terasa diri hipokrit, terasa tiada keikhlasan dalam diri. pedulikan semuanya kerana saya yakin ikhlas akan datang sendiri, bila kita dah berusaha memperbaiki diri. CintakanNya, kasih pada Dia insyaAllah dilimpahkan selautan cinta dan kasih sayang untuk diri saya dan awak semua. insyaAllah... moga saya dan awak semua sentiasa istiqamah dalam melakukan kebaikan. Amin2

"Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami, berikanlah kepada kami kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat, peliharalah kami dari siksa dan azab api neraka, Amin Ya Rabbal Alamin"

"tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak diuji"

Maha Suci Allah, terima kasih Allah

   

19 July 2012

Satu Perjalanan #14 versi Istikharah Cinta

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 gambar bukan sekadar hiasan :p

auwwww malu makcik letak gambar tunang makcik kat situ.. hahaha :p ok tak nak mula mengarut. prinsip saya nak dapat yang luar biasa awak kena mula jadi luar biasa. tak la luar biasa buat menda pelik yang bertentangan dengan syariat. lepas je saya dipurpose secara unofficial oleh Pakcik Imam, saya kata pada dia bagi saya masa. saya tak kan buat keputusan selagi keputusan saya tue tak datang dari Yang Maha Esa. Maaf kiranya apa yang bakal awak semua baca semacam saya meninggi diri, bukan bermaksud cuma saya hanya berkongsi pengalaman apa yang dah saya alami.

dulu saya pernah silap. menerima lamaran bekas tunang tanpa memohon petunjuk Allah. bukan kah Dia sebaik-baik tempat memohon petunjuk, Dia Yang Mengetahui apa yang terbaik untuk saya. hanya Dia yang punya jawapan untuk segala soalan. Istikharah kiranya awak berada dipersimpangan jalan, istikharah kiranya awak perlu membuat sesuatu yang bakal mempengaruhi masa depan awak. Istikharah membuktikan awak sebagai hamba yang lemah, hanya padaNya selayaknya awak berpaut.

kerana takmau ulang kesilapan dulu, saya berniat istikharah yang saya buat biarlah lebih dari 45 hari. saya tak kan puas hati selagi tak cukup qota yang saya tetapkan. saya kan cerewet. bagaimana saya tahu dah cukup qota? saya tandakan pada kalendar tiap hari. pernah saya dengar lepas awak beristikharah tak tentu petunjuk yang awak dapat hanya dalam bentuk mimpi. kadang lepas awak istikharah dengan sesungguhnya hati awak lebih tenang buat keputusan. hati awak lebih terarah ke dia. itu pun satu petunjuk. percayalah awak lebih yakin lepas awak istikharah. saya tak mampu nak tulis yakin yang sebagaimana, hanya yang sudah alami akan tahu. dan ingat jawapan istikharah tak tentu datang selepas 3 hari bermunajat.

Istikharah saya disertai solat taubat atau hajat atau keduanya sekali, ayat suci Al-Quran dilagukan semampu saya. kadang satu muka surat, kadang lebih. kan awalnya lagi saya kata kalau nak dapat yang luar biasa saya kena jadi luar biasa. nak dapat yang terbaik saya kena usaha dengan sehabis baik. percaturan memilih dia sebagai suami keputusan terbesar saya dalam hidup kerana itu saya tak mahu membelakangkan Dia lagi.

lepas 5 hari baru saya mendapat petunjuk. dan hari-hari berikutnya bermacam lagi petunjuk yang Dia berikan. subhanallah indahnya saat tue, saya menangis tiap kali petunjuk tue hadir pada saya. saya menangis kerana kasih sayangNya pada saya. benar, tiap langkah saya selepas istikharah saya lebih yakin. tiap masalah dan dugaan yang datang saya berani tempuhi dan lepasi. Alhamdulilah tiap dugaan yang datang pada saya dipermudahkan olehNya.

saya tak mampu nak gambarkan bagaimana indahnya perasaan tue. cuma pesan saya tiap kali punya tanda tanya pada hati, bersoal jawablah dengan Dia Maha Pencipta Maha Mengetahui. Dia sangat sayangkan awak semua, Mohonlah pada Dia. menangislah di depanNya. lepaskan perasaan awak pada Dia. insyaAllah awak akan rasa pelukan kasih sayangNya nanti..

#saya rindukan saya yang dulu, saya yang berada dalam situasi di atas. ampunkan dosa kedua mama papa dan dosa saya Ya Allah T.T

#salah sorang adik blogger KBU eksiden, tolong doakan keselamatan dia.. terima kasih  

12 June 2012

Murabbi Cinta #9 : Saya Ditinggalkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera



tarikh mengikat dua hati lagi sebulan. tiba-tiba dia ubah fikiran kata awak dan dia tak sehaluan. dia kata lagi yang dia rasa dia tersalah buat keputusan. dan katanya yang dia perlukan ruang untuk dia bersendiri. alamak!! mesti awak cemas kan? mesti awak pun rasa tertekan tatau nak buat ape. dalam masa yang sama hati awak sangat sedih dan kecewa dengan keputusan dia. awak pun cuma menangis dan terima je takdir yang ditetapkan untuk awak tanpa bangun berusaha.

KEJAP!!!! betol awak kena redha dengan apa yang ditetapkan untuk awak tapi tak bermakna awak tak boleh berusaha capai apa yang awak hajat selagi apa yang awak impikan sejajar dengan kehendak islam. cumanya bila awak dah berusaha baru awak kena redha dengan apa yang Allah tetapkan. Allah sendiri lebih suka hambaNya yang berusaha, tawakal dan doa. bukan hanya berdoa dan tawakal tanpa berusaha.

awak tenang lah dulu, awak kena tanya diri awak dulu betul tak pilihan awak tue. kaji baik buruk kalau awak terus dan tinggalkan pilihan awak tue. Istikharah, mohon petunjuk dari Dia samada pilihan awak tepat atau tidak. hanya Dia yang punya jawapan terbaik walau awak servey 1000 pendapat dari orang lain sekalipun.

kalau awak dah dapat jawapan dari Dia, lepas awak istikharah dan hati awak tenang dengan pilihan tue. itu bermakna itulah pilihan Allah untuk awak. dia masih dengan keputusan dia mahu menjauh diri? sedangkan awak dah dapat jawapan dari Allah..

awak berikan dia ruang untuk dia cari apa yang hati dia mahu. dalam masa yang sama awak muhasabah diri kekurangan awak di pandangan dia. mungkin ada salah awak yang buat dia kecik hati. beri dia ruang tanpa ada gangguan dari awak. tapi saya nak suggest dalam masa awak memberi ruang awak tetap tunjukkan yang awak masih ambil berat pada dia. contohnya awak mesti tau time dia pergi kerja, time dia lunch, time dia dinner.. lemparkan kata-kata semangat untuk dia berkerja, titipkan kata-kata 'jangan lupa makan' pada dia. ataupun hantarkan kata-kata kekuatan untuk dia teruskan hubungan awak berdua. walau hanya melalui mesej percayalah yang pasti dia membaca. biarlah seolah awak bercakap sorang diri asalkan apa yang awak cuba katakan sampai pada dia.

tunjukkan kekuatan dan keceriaan awak pada dia. sekurangnya nanti dia sedar yang dia tak perlu terlalu terbuai dengan emosi dan ego diri sendiri. walau kadang awak rasa sangat hipokrit. pedulikan, sematkan dalam hati yang awak akan lebih sedih dan kecewa kalau awak menyerah sebelum kalah.

kalau dia masih mahu bersendiri. berikan ruang seluasnya untuk dia bersendiri. sepikan diri awak dari dia buat sementara waktu. awak dah berusaha kan? selebihnya berdoa dan redha dengan jalan yang Allah tetapkan...

tapi percayalah kalau Allah dah pilihkan dia untuk awak. insyaAllah dia akan datang kembali pada awak. masa tue jangan pulak awak nak jual mahal, nak balas apa yang dia buat, nak marah dia. terima dia dengan senyuman manis. lupakan segala kekalutan antara kalian dan berjuanglah meniti cinta dengan jalan Allah :)

-pesanan untuk saya sendiri dan awak semua-  

30 May 2012

Murabbi Cinta #8 : Pilihan Keluarga

Assalamualaikum dan salam sejahtera


kadang bila pilihan sendiri tak diretui parents sakit kepala jugak kan? lepas tue parents mintak kita terima pilihan diorang.. adoiii pening, nak bangkang kang jadi anak derhaka, x pasal je tergelincir dari syurga sebab melawan kata parents..

ehhh kejap awak, jangan la serabut lagi.. Islam memang menyuruh kita taat pada perintah kedua ibu bapa. wajib lagi tue hukumnya selagi tak bertentangan dengan syarak. tapi islam jugak bagi hak pada bakal mempelai pilih pasangan hidup mereka sendiri. ingat! islam tak memberatkan umatNya.tenang lah dulu. kalau awak dah ada calon sendiri cuba bandingkan calon parents dan calon awak mana yang lebih baik. 

siapa keturunannya, yang mana lebih menjurus pada agama. paras rupanya yang menjadi sejuk mata awak memandang, tak sejuk mata orang lain pun xpe asalkan dimata Allah dan awak dialah yang paling cantik dan sempurna. hartanya pulak kemana perginya, zakat ditunai atau tidak, yang kurang dibantu atau tak. dan paling utama agamanya, bukan ustaz ustazah xpe asalkan solat 5 waktu tak tinggal, hubungan dengan Allah dipelihara, hubungan dengan ibu bapa dijaga, ingat awak, kalau hubungan dengan Allah dia jaga insyaAllah yang lain-lain pun akan dia jaga dengan baik. kat situlah indahnya orang yang beragama.

jadi janganlah terus nak melenting dan muka cekodok basi kalau parents suruh pilih calon pilihan diorang. bila awak dah buat perbandingan ikut 4 ciri yang islam tetapkan awak jangan lupa mintak bantuan dari Allah. janganlah pulak belakangkan Dia.. pilihan Dia adalah pilihan yang paling tepat dan terbaik untuk awak... ;) 

27 May 2012

Murabbi Cinta #8 : Rahsia Hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera

selalunya kan kalau saya terserempak dengan mereka-mereka yang rajin meluahkan rasa hati *yang belum bernikah* kat pesbuk, kalau saya dah agak meluat tue saya remove jer *kejam kan* hihihi... yela saya nak elakkan mulut dari termengata, saya kan manusia biasa yang tetap ada perasaan meluat semua tue..huhu..

awak semua.. saya tau awak semua tengah bahagia. saya faham macam mana gembiranya bila diri disayangi dan dikasihi. betul saya faham tak tipu. tapi kan awak saya nak nasihat sikit boleh tak? harap awak tak marah saya ye.. 

sebelum awak menjadi yang halal untuk dia tak perlu la publish semua kasih sayang awak dengan dia tue kat pesbuk. apa kata itu semua menjadi rahsia antara awak dengan dia jer. atau apa kata awak buat satu buku rahsia hati awak dan dia, nanti bila dah kahwin awak boleh duduk deting dengan dia sambil baca buku tue balik.. haaa kan sweet tue. kalau awak post kat pesbuk nanti susah awak nak scroll cari semua tue balik.. hihi..

sebab kan awak saya suruh rahsiakan tue, jodoh kan rahsia Allah. sedangkan Allah pun rahsiakan dari kita ini kita pulak nak pergi bocorkan kat semua orang. kenapa kena rahsiakan? yela mana tau nanti jodoh untuk awak lebih baik dari dia, kan jenuh awak nak scroll padam satu satu post tue, sebab time tue mesti awak nak delete segala bukti antara awak dan dia kan.. kalau awak buat buku tue, awak cuma perlu bakar je sampai jadi debu dah terhapus bahan bukti kenangan tue kan. 

lagi pun kan awak simpan rahsia hati antara awak dan dia sangat manis untuk dikenang lepas nikah nanti. mesti pasangan awak rasa sangat istimewa sebab hanya dia dan Allah je yang boleh tau rahsia hati awak tue. cinta lepas halal memang sangat manis awak, lebih manis dari madu, jom awak kita sama-sama rahsia kan rasa hati kita ;)



**terima kasih Pakcik Imam sebab sama-sama ingatkan saya untuk rahsiakan hal kita sebelum masanya :)  

Murabbi Cinta #7 : UAI

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Allahuakbar!! sebak dan terharu hati saya tengok gambar kat atas nie. saya dapat gambar nie dari official pesbuk Ustaz Azhar Idrus. lagi gambar kat sini..

salah seorang pendakwah yang saya hormati. setiap jawapan dia tak meleret dan senang untuk anak muda macam saya dan yang lain faham. cara dia mendekati pun tersangat lah menyentuh hati. kalau dia antara calon pemimpin negara, saya tak segan silu pangkah nama dia. 


kalau ada yang tanya best ke buku dia nie, jawapan saya "beli lah, tak sia-sia pelaburan yang awak laburkan tue" 

*maaf bukan entry politik, cuma saya mengangumi dakwah yang dia sampaikan. semoga tiap jalannya diberkhati Ilahi dan dipermudahkan.. Amin 
 

19 March 2012

Simpan dan sorok

Assalamualaikum dan salam sejahtera

teringat usrah bersama teman rumah smlm. perbincangan antara dia dan keluarganya, perihal kekasih hati yang bakal datang merisik. Alhamdulilah, hubungan mereka juga akan menganjak ke satu lagi level. 

antara yang kami bincangkan semalam perihal simpan dan sorok kekurangan pasangan. Islam sendiri menegaskan agar saling menjaga aib pasangan masing-masing. intipatinya agar keharmonian rumah tangga terpelihara.



sebagai contoh hari nie si isteri tidak pandai menggoreng ikan habis pecah perut si ikan terputus 4 kepalanya, tidak pandai menggosok seluar suami yang mahukan site yang tajam seperti hujung pedang, dan pulang ke kampung si suami bercerita pada ibunya. tapi suami lupa menceritakan yang si isteri lembut ketika berbicara, santun tika menyapa. agaknya apa pandangan ibu pada menantunya? ibu mana yang sanggup melihat anak lelakinya pula yg perlu turun ke dapur?

si isteri pula sibuk mengadu pada bondanya perihal gaji suami yang sering dibayar lewat, terpaksa menggunakan gaji bulanannya pula untuk menampung kehidupan tapi dia lupa menceritakan suami yang bijak berbelanja, mengganti wang yang digunakan dengan berlipat kali ganda. bonda mana yang sanggup melihat kesusahan dan kepayahan anak gadis yang dahulu ditatang, semua kehendak dituruti?

itu contoh jela. simpan dan soroklah kekurangan pasangan. kekurangannya diredhai, kelebihannya disyukuri bak kata ustaz Hasrizal.dan saya percaya tiap kekurangan itu akan diperbaiki dari masa ke semasa dan kerana itu bercintalah dengan dirinya, terima si dia seadanya, kerana kamu lebih mengerti siapa dia bilamana kamu membuat keputusan memilihnya.

16 March 2012

Murabbi Cinta #4

Assalamualaikum dan salam sejahtera

" I  LOVE YOU THE WAY YOU ARE "

24 February 2012

Murabbi Cinta #2

Assalamualaikum dan salam sejahtera

tidak mungkin kita mampu menjadi seperti Rasulullah dan Siti Khadijah, baginda Nabi bersama Siti Aisyah, pencinta senyap Ali dan Fatimah, namun tak mustahil untuk kita mengikut setiap jejak-jejak cinta yang mereka tinggalkan.

20 February 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...