Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

17 December 2012

Dapat Hadiah Lagi Yeayyyy!!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


bila opismate tau saya ada kawan nak ajak berulang dari Alor Setar ke Penang ada yang cakap pandai saya cari kawan nak ajak berulang. satu kereta tiga orang kira cukup bersyukur la untuk berkongsi minyak dan tol tiap kali berulang. Alhamdulilah Allah permudahkan.

ramai kawan-kawan, sedara mara yang tumpang simpati saya kena PJJ dengan suami. terima kasih, saya hargai sangat :) dan selebihnya saya bersyukur disebalik Allah uji saya dengan suami yang berjauhan Allah datangkan kebahagiaan dan kemudahan untuk saya. buktinya.

Allah hadirkan saya dua orang kawan untuk diajak berkongsi kos perjalanan. kawan yang saya tak mencari pun sebenarnya. kawan yang memang dah dua tahun lebih kami duduk serumah. suwit kan Allah tue dia tetapkan jodoh saya dengan suami yang asal dan tinggal di penang dan jugak kawan yang kampungnya di penang. aduhaiiii suwitnya Allah ;)

pernah jugak saya terlintas. letihnya kena PJJ nie. letih badan dan letih nak keluar duit tapi cepat-cepat muhasabah diri. duduk diam-diam dan tengok keliling, segala keindahan yang dah dia bagi. cepat-cepat bersyukur sebelum segala nikmat tue ditarik balik. sekurangnya Dia dah bagi saya kemudahan yang lain disebalik ujian yang Dia berikan. 

sentiasa kena ingat. sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan ;)

#semua nikmat adalah hadiah dari Allah, itulah hadiah yang saya dapat tue ;) 

04 December 2012

Pinjamkan Kekuatan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


itu quote yang saya dapat pagi nie. tapi itu jugak apa yang saya pelajari dari insiden yang berlaku atas diri saya sepanjang diduga dengan ujian beberapa waktu sebelum nie. dalam entry yang ini pernah ceritakan apa yang pernah terjadi pada diri saya.

sebagai contoh yang boleh saya kongsikan kat sini. apa yang pernah jadi kat saya dulu. kereta rosak. Pakcik Imam jauh, papa jugak sedara lelaki semua jauh takde sape yang boleh mintak bantu. kalau saya terus berharap pada mereka semua untuk setelkan masalah saya. cuba bayangkan berapa banyak masalah lain yang akan timbul. jadi jalan yang paling cepat dan mudah adalah dengan berharap pada Allah. Dia perancang terhebat, Dia yang memegang segala kunci, Dia yang Maha Perkasa. dengan kekuasaanNya jugak diberikan kekuatan untuk saya, kekuatan dari jiran tetangga yang sudi menghulurkan bantuan. nampak tak macam mana suwitnya Allah dengan kita. 

lagi satu contoh. awak sedih sebab kehilangan ibunda yang menjadi tulang belakang pada setiap perjalanan awak. memang tipu la kalau saya kata tak sedih andai perkara itu terjadi pada diri saya sendiri. kerana mama salah satu kekuatan saya. tapi harus jugak diingat barang yang dipinjam harus dipulangkan kembali pada yang hak. bila ibunda dah tiada separuh kekuatan dah hilang. semangat hidup jugak makin berkurang pada siapa lagi yang mampu awak berharap melainkan pada Dia Yang Maha Esa. hanya Dia yang mampu memberi awak kekuatan dan semangat.

tapi harus jugak diingat jangan waktu sedih pilu dan kecewa je berharap kat Dia, ingat kat Dia. bila dah senang terus terlupa atau buat-buat lupa. selalu lah ingat. jika awak jaga hubungan dengan Dia insyaAllah Dia akan jaga awak. tapi andai awak selalu lupa kat Dia agaknya macam mana Dia nak ingat awak? itu pun bersyukurlah Dia uji awak dengan berbagai dugaan kalau tidak agaknya sampai bila awak terus terlupa nak bermeeting dengan dia?

#Ingatan untuk saya sendiri dan jugak awak semua :) 

oh ye tahniah untuk adik saya, Noraim yang dah grad satu haribulan hari tue. akak mendoakan moga lepas nie akan menyusul kejayaan dunia dan akhirat untuk awak adik. walau akak tak dapat ke sana tapi tengok adik akak dengan baju konvo pun akak dah cukup hepy. lagi hepy bila boleh tengok adik berdua boleh tangkap gambar sesama buat akak jeles :p

23 September 2012

Baran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ye hari nie hari ahad dimana permulaan minggu saya bekerja dan hari dimana akan blur nak update pasal pe. @.@ plus dashboard baru buat rasa macam nak tendang je dia dengan view baru yang depa bagi. nasib belog pun free.

ada la beberapa sahabat dan adik-adik yang mintak pendapat pasal Istikharah. sebenarnya saya ada bebel pasal nie kat entry Satu Perjalanan #14 versi Istikahrah Cinta. petunjuk yang hadir tue adakah betul petunjuk atau sebaliknya wallahualam payah saya nak menjawab tapi sekiranya awak dah beristikharah dengan tenang ikhlas dan bersungguh insyaAllah Allah tak menghampakan permintaan hambaNya. cuma kalau Dia lambat menjawab bermakna Dia mahu "bercinta" dengan awak lebih lagi la tue. jadi mohon awak semua jangan putus asa ye. saya sentiasa mendoakan untuk awak semua :)

tadi ternampak la tweet sorang adik tue pasal baran. ala malas pulak nak cari print screen kan. teringat saya satu masa dulu sangat takut nak kawen sebab takut bersuamikan lelaki yang sangat panas baran. yang selalu kakinya dimukaku. sebab masa dulu ada satu telemovie suaminya selalu kakikan isteri dia kalau hajat dia tak ditunaikan. sumpah saya sangat takut. kalau dengar geng lelaki gaduh suara tinggi tinggi pun saya dah kecut kalau berdepan dengan seorang suami yang panas baran ntah macam mana pulak jadinya. mintak dijauhkan lah saya dari termasuk dalam situasi macam nie. Amin

dulu ex saya seorang yang panas baran. kalau gaduh-gaduh tue celah gigi jela. kalau tak handphone cium jalan tar memang tak sah. selalu kalau baran dia datang time drive dia akan drive macam drifter tue. maaflah erk saya tak berjanji untuk semati dengan awak kat jalan raya. sampai trafic light saya bukak seat belt, bukak kunci dan saya nak keluar. kang tak pepasal mati kat tengah jalan pulak. dah tue tau pulak dia nak bawak slow motion. =.='

apa yang boleh saya katakan bila berdepan dengan mereka yang jenis panas baran nie. kita senyap time dorang tengah baran tue. jangan layan apa yang depa kata sebab kang ada pulak yang lebam kena tumbuk ke ape ke. dan jangan la api simbah dengan api kang kebakaran pulak, dedua hangus dalam tue sudahnya masuk metro muka depan. bila dah reda baru bincang bebaik apa yang tak kena. kena belajar bersabar yang amat sangat. sebab saya tak mampu sabar sangat la yang jadi ex tue hihihihi :p 

Alhamdulilah jodoh saya bukan dengan dia, dah kawen pun dia bulan 3 ritu. walau kekadang gerun tengok Pakcik Imam marah tapi marahnya masih berbatas. dan biasanya memang saya diam je kalau ada sesape yang marah saya, sediakan telinga untuk dibebel @.@ bila dah reda baru la gitau yang saya tak puas hati kena marah tue. macam ritu bila kena marah dengan boss, sejam dua lepas tue saya pulak masuk bilik dia gitau cerita sebenar then Alhamdulilah terbukti salah bukan dari pihak saya. eh nanti la cerita pasal tue erk. pape pun kalau nak marah cuba diam sekejap, istighfar bebanyak sebab syaitan memang suka time awak marah. terkinja kinja dia bila dah berjaya hasut awak. tapi menangis la dia bila awak berjaya jadi anak Adam umat Muhammad yang tinggi sabarnya. indahnya pekertinya ;) wallahualam

30 August 2012

La Tahzan! Kerana dulu

Assalamualaikum dan salam sejahtera



dulu pun macam nie jugak walau situasi dan jalan ceritanya tak sama,
dulu pun hati dan kepala saya serabut jugak walau bukan hal yang sama,
dulu pun saya tertekan macam nie jugak walau bukan masalah yang sama,
sekarang Allah berikan ujian yang lebih hebat lagi sebab DIA tau dulu Alhamdulilah saya mampu hadapinya dan bersandar padaNya, 
dulu dan sekarang saya tau saya layak diuji sebab saya hanyalah hambaNya kerana itu DIA bisa menguji walau bila atau dengan apa juga cara sekalipun.

dan kerana ujian kecil dari DIA yang dulu mampu bagi saya semangat dan kekuatan untuk menghadapi ujian yang lebih hebat buat masa sekarang. dan saya tau bila diuji akan datang walau seberat mana saya mampu hadapinya juga kerana pengalaman diuji sekarang. hebatnya Allah mengasuh hati dan diri saya. hebatnya Allah mendidik saya untuk meletakkan DIA sebagai yang utama untuk mengadu nasib. besarnya kuasa Allah yang sentiasa jentik saya bilamana saya terkadang lupa akan DIA. Allah Maha Kuasa. Allah Maha Besar. tiada Tuhan yang layak disembah melaikan Allah. Allahuakbar ampuni segala dosa dan khilaf saya Ya Allah. sesungguhnya saya insan hina yang banyak dosa dan selalu lupa.

Nur Syakira sayang sesungguhnya disebalik kesulitan ada kesenangan. disebalik keperitan ada kebahagiaan dan disebalik pahit yang ditelan ada penawar yang menyembuhkan kelukaan.  bila mana awak berdoa Allah cepat makbulkan permintaan awak beerti DIA sayangkan awak, bila mana awak berdoa lagi DIA lambat makbulkan permintaan awak beerti DIA sedang menguji awak bila mana awak masih berdoa dan DIA tidak makbulkan doa awak bermakna DIA punya perancangan yang lebih hebat buat awak. Allah Maha Mengetahui sedangkan awak tidak. dan sebaik sebaik perancangan adalah dari DIA. bangun dan perhatikan keliling awak kerana disitu banyak kebahagiaan yang DIA berikan bukan. La Tahzan Sayang!!!

16 July 2012

Rancangan Dia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

teringat saya satu masa dulu ada sorang sahabat berskype dengan saya. berkongsi cerita kegusaran hati dia sebelum dia bernikah dengan suaminya sekarang, dia punya sahabat rapat, sangat akrab tapi tidak sampai melampaui garis sempadan antara seorang lelaki dan perempuan yang ajnabi. mungkin kerana dulu pernah ada cerita cinta antara mereka yang membuatkan mereka akrab hingga saat nie. 

pernah dia kata, dia tatau macam mana nanti hubungan dia dengan sahabat lelaki tue sebab diorang berkerja ditempat yang sama, dilevel yang sama, juga department yang sama. katanya nanti selepas dia mendirikan rumah tangga dia takut kekok nak berdepan dengan si sahabat. saya diam sekejap sebab tak faham, ohh baru lah saya ingat mereka punya kisah cinta satu masa dulu. biarpun dalam hati sudah tidak punya rasa cinta dan kasih tapi mungkin timbul perasaan kekok andai dirinya dah bersuami. 

mungkin pada sesiapa yang tak berada ditempat dia akan cakap "dah ada suami buat cara ada suami, tak perlu fikir pasal sahabat tue lagi" dan betul lah sebab tue islam letakkan garis sempadan antara lelaki dan perempuan ajnabi takut timbul fitnah kemudian hari. tapi sahabat saya takut silaturahim antara dia dan sahabatnya terputus. ada budi yang dia terhutang pada sahabatnya.  dan kerana dia sayangkan persahabatan yang terjalin antara mereka berdua.

sebenarnya saya sendiri tatau nak bagi penyelesaian pada sahabat saya. cuma apa yang saya pesan kat dia. berdoa agar hati sentiasa tetap, terus berdoa agar hati tak terpujuk dengan syaitan yang menyesatkan. dan jangan lupa sentiasa muhasabah diri. mohonlah pada Allah yang terbaik. 

dua bulan lepas sahabat saya menikah, sahabat lelaki nya berhenti kerja, meneruskan delegasi perniagaan ayahandanya. sebaik-baik perancangan kita hebat lagi perancangan Allah kan.. Alhamdulilah Allah memudahkan urusan mereka. saya tumpang bahagia.

 

15 July 2012

Jangan Like Gambar dia!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

bekpes saya rini disajikan dengan tuit kat atas tue.. gelak sekejap. opss yang nie bukan ori from Fadil tapi ada sorang hamba Allah yang tuit hampir serupa dengan makna diatas.. tuit asal seseorang tue nak kata kalau yang dah ada boypren DILARANG like gambar gegirl lain.. errkkkk macam tue pulak ke? =.=' ada jugak manusia yang berfikiran tak matang macam nie, geleng kepala kejap saya..

awak, jangan la nak kontrol kekasih awak teruk macam tue sangat. kalau rasa dah tak boleh tahan cemburu tue. awak simpan kekasih awak tue dalam lemari dan lock pakai padlock tue. pakai padlock yang besar gagah tue. opss jangan lupa simpankan sekali segala gadget dia kang ada pulak yang online dalam lemari :p


umpama layang-layang. biarkan dia lepas tinggi melayang tapi dalam masa yang sama kawal tali yang dipegang.. kalau rasa dia terlalu tinggi tarik perlahan-lahan supaya dia tak jauh melayang sampai terputus talinya. jangan jugak terus disentap dia turun takut nanti jatuh ke bawah sampai koyak kulitnya. tapi andai layang-layang terputus talinya jugak jangan terus memaki dia, sebaliknya muhasabah diri kerana diri sendiri jugak tak lari dari buat silap kan..dan yang penting bersangka baik pada-Nya ...

peringatan untuk saya sendiri dan jugak awak semua ;)  

06 July 2012

Bila lah pulak turn saya? hurm

Assalamualaikum dan salam sejahtera

heiii awak kenapa sedih sangat nie? awak sedih sebab kawan-kawan yang sebaya awak dah kahwin dan ada jugak yang dah ada anak kan? dah!! jangan nak monyok sedih lagi. setiap hambaNya dah ditetapkan jodohnya, kalau tidak didunia diakhirat pasti ada jodoh untuk awak. itu janjiNya.

jangan la sedih sangat cuba awak muhasabah diri. bila awak lambat kawen, awak punya masa yang sangat banyak nak diluangkan dengan keluarga tersayang. memanglah banyak pahala yang kita dapat kumpul bila dah ada suami/isteri. tapi awak jugak kena ingat, besar ganjaran yang Allah sediakan untuk anak yang berbakti pada kedua ibu ayah. 

bila awak lambat kawen awak punya lebih masa nak bercinta dengan Dia yang mencipta. siapa lagi kalau bukan Yang Maha Esa kat atas. bukanlah sampai saya menidakkan perasaan indah antara suami isteri. tapi kan awak, bila awak bercinta dengan Allah percayalah yang awak akan rasa dicintai dan disayangi oleh segala penduduk bumi dan langit. dapat mencintaiNya sepenuh hati satu perasaan yang sangat indah awak, tak semua orang boleh dapat tapi tak mustahil untuk digapai...

lagi satu awak, awak punya masa yang banyak untuk persiapkan diri awak sebelum menjadi isteri yang solehah atau suami yang soleh. mungkin ada lagi kekurangan dalam diri awak yang perlu awak tampung,, haaaa ambik la masa nie perbaiki kekurangan diri sekurangnya nanti bila awak dah berkawen zauj/zaujah awak mesti bersyukur dan bangga punya kekasih hati yang hebat macam awak..

banyak lagi sebab yang indah awak akan jumpa bila kawen lambat nie. cumanya awak sendiri kena ajar diri awak berfikir positif. kalau bukan awak yang cuba kawal fikiran awak siapa lagi kan? Allah aturkan segala perkara bersebab, sebabnya Dia tahu apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu. jangan sedih ye awak dan jangan berfikiran negatif. berfikiran negatif cuma racun yang sikit-sikit memakan diri awak :)




La Tahzan : Lambat Kawen  

21 June 2012

Satu Perjalanan #11 versi Dugaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

saya selalu dengar orang kata jangan bertunang lama-lama dugaan tue banyak. Ya! saya akui banyak dugaannya. biasanya dugaan antara dua bakal pengantin tue la kan.Alhamdulilah selama 6 bulan bape hari saya dan Pakcik Imam lalui perjalanan sebagai tunangan orang kami berdua tak diuji dengan perasaan prasangka yang boleh gugat hubungan kami. Alhamdulilah saya bersyukur sangat moga prasangka dan perasaan buruk tak berlingkar antara diri kami berdua. Amin.

Dugaan sama erti dengan ujian. ujian yang Allah turunkan untuk menguatkan hati dan diri awak semua dan saya sendiri. Dugaan yang sebenarnya makin mendekatkan diri kita dengan Sang Pencipta. Doa, berdoa dengan sungguh moga hati awak dan dia kuat hadapi dugaan yang datang tue.

kadang dugaan datang sebelum awak bertunang, kadang dugaan datang dalam perjalanan awak menjadi tunangan tue. macam saya dan Pakcik Imam, dugaan datang sebelum kami bertunang. bagi saya dugaan yang sangat mencabar diri saya.. Alhamdulilah dengan izin Allah akhirnya lagi 4 bulan insyaAllah kami bakal meneruskan perjalanan seterusnya. 

jangan ingat kami berdua tak diduga, banyak dugaan nya. terlalu banyak sampai saya tak terkata. cuma bila saya muhasabah balik tiap dugaan yang Allah turunkan untuk kuatkan hati saya dan dia. buat kami lebih matang selesaikan masalah dalam alam pertunangan seterusnya. jadinya bila ada dugaan waktu sekarang saya muhasabah, pelajaran untuk kami lebih matang bila dah melangkah ke alam perkahwinan nanti, insyaAllah. 

apa yang saya buat tiap kali saya kecil hati dengan dia. saya diamkan diri dulu, bayangkanlah kalau hati tengah panas, mesti jadi gaduh time tue lagi la syaitan menyucuk suruh kita buat benda bukan-bukan. api lawan nya air bukan angin. bila diri dah sejuk baru saya bagitau dia apa yang saya rasa. kalau salah,dia mengaku dan cuba cari jalan keluar yang baik. selesaikan cara orang matang. kawal baran dan emosi awak tue.

jauhkan sifak syak wasangka dan cemburu tak kena tempat. kalau ternampak sesuatu yang tak berkenan dimata cuba tanya dia elok-elok. selidik betul-betul. ingat jangan sesekali menghukum tanpa mengadili. kadang ramai informer yang datang bagitau kita macam-macam. kalau sesuatu tue tak elok didengar jangan cepat sangat melatah.

banyak sebenarnya yang saya nak tulis. tapi satu je. awak tahu siapa diri awak, awak lebih mengenali dia berbanding saya dan kami yang lain. bila dugaan datang kawal emosi, tenangkan diri, muhasabah kembali, cari jalan penyelesaian cara orang MATANG berfikir. 

semoga saya dan awak semua tak terjerumus dengan mainan syaitan yang menyesatkan hati. dugaan patutnya mendekatkan awak dengan pencipta bukan makin menjauhinya :) 

10 June 2012

Aib kamu, saya simpan

Assalamualaikum dan salam sejahtera


wahhh lama gila tak update entry. minggu nie sakan berjalan padahal mama dah pesan ritu minggu nie jangan kemana-mana!!! tapi bila saya memujuk buat ayat manja sikit mesti mama lepaskan jugak anak dia nie merayau.. hihihi.. kisah gunung jerai dan kembo dari johor nanti la saya ceritakan ;)

selalu je saya pesan kat diri sendiri dan sahabat yang rapat dengan saya. bila kita dah punya bakal suami/isteri jangan sesekali terlepas aib/kelaku dia yang buruk pada sesape pun terutamanye kat parents and family kita. walau buruk dan terok mana pun dia cukuplah hanya Allah, awak dan dia je yang tau.

kenapa? kalau terlepas aib dia saya yakin peratus keyakinan dan keselesaan parents dan family awak pada dia mesti menurun. tak banyak sikit. dan kesian pada dia mesti nanti dia pun malu nak berdepan dengan keluarga awak.  lagi pun awak sayangkan dia, saya pasti setiap kekurangan dari dia awak boleh terima dengan hati yang terbuka tapi awak tak boleh pastikan yang keluarga awak akan terima sama macam awak. jadinya nak elakkan jadi macam tue, awak simpan kemas-kemas segala aib dia ye?

saya pernah jumpa situasi dimana dengan lantang dia bercerita perihal kekurangan bakal suami ditelinga parents dan family. saya yang hanya mendengar dari jauh seboleh mungkin elakkan telinga saya dari berasap sama.

lagi satu. bukan ke sepatutnya kita berusaha menutup aib orang lain tak kisah la siapa pun sebab sekali kita bukak aib dan malukan dia, Allah pasti bukak aib kita walau dalam rumah kita sendiri.

terimalah pasangan seadanya, kekurangan nya diredhai, kelebihannya disyukuri. bukan ke Adam dan Hawa dijadikan untuk melengkapi bukan fighting sape yang lebih tinggi dari segala hal. sama-sama kita muhasabah diri ye.. ;)   

01 June 2012

Motivasi diri

Assalamualaikum dan salam sejahtera


kadang bila kita jadi kekuatan pada orang lain sedikit sebanyak kita sedang menggandakan usaha untuk diri kita sendiri menjadi lebih kuat. bermotivasi hasil dari kita memberi motivasi pada mereka yang lain. insyaAllah ;)

31 May 2012

Sungguh saya tak kuat

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

saya tak kuat tapi kena jadi kuat demi nak tengok senyuman dan kebahagiaan dibibir dan wajah mama papa saya. pernah satu saat saya lelah berulang ziarah adik saya kat PLKN Balik Pulau saya gagahkan jugak panjat segala bukit tue dengan Nurul Iman saya demi tak nak mama papa saya susah hati fikirkan adik saya kelaparan dan susah kat sana. sungguh saya tak kuat tapi bila dengar suara layu dan berharap mama papa saya jadi kuat.

saya tak kuat menerima cacian, hinaan, makian dan tohmahan mereka dulu, sungguh sampai satu tahap saya rasa nak balas apa yang mereka buat. tapi saya kena kuat sabarkan hati. api lawannya bukan minyak. saya nak buktikan pada mereka, tiap apa yang mereka kata tak jadi kudis pada saya. akhirnya mereka sendiri sakit hati. Allah tue kan Maha Kuasa (teringat kt suara Pakcik Imam, ehh tetiba) :p

saya tak kuat berdepan dengan darah daging sendiri yang lantang menyindir kami sekeluarga. saya tak kuat tengok mama saya menangis. saya nak bangun marahkan mereka. tapi saya kena kuat bersabar, mereka darah daging saya dan saya lebih cintakan redha Allah berbanding kepuasan hati sendiri. saya buat seperti tak ada apa-apa walau hati saya menangis. saya jadi kuat depan mama dan adik badik saya sebab saya tak nak mereka terus hanyut mendengar bisikan syaitan. Allah murka pada mereka yang memutuskan persaudaraan. saya tak nak Allah murka pada kesayangan saya.

saya tak kuat untuk bangun memaut along benyah kakak dan adik saya bila mereka berdepan masalah. tapi saya tau saya kena kuat demi mereka. mereka kesayangan saya. jika saya turut sama hanyut dengan keperitan mereka siapa pulak nak bantu mereka untuk bangun? saya tak harapkan sesiapa hanya pada Allah dan diri saya sendiri. biarlah saya jatuh tersungkur dibelakang asalkan saya tahu mereka dah mampu bangun berlari sambil tersenyum.

sungguh saya tak kuat. tapi saya tau saya ada Allah yang memijamkan kekuatannya untuk saya. saya tau Dia ada. kerana itu saya kuat. Allah tak pernah zalim pada hambaNya cuma kita je selalu lupa kat Dia =.=' 
awak kalau awak rasa awak tak kuat, awak bergantung la pada Dia kat atas. mohon Dia pinjamkan untuk awak insyaAllah nanti mesti awak rasa awak lebih kuat dari mereka yang pecah rekod tarik lori tue, percayalah awak. tapi kan awak jangan pulak nanti bila awak dan berjaya bangun awak lupa pada Dia. nanti Dia tarik nikmat baru padan muka awak..hihihi.. 

apa yang ada pada saya pinjaman dari Dia, saya bersyukur bukan niat saya dan membangga diri cuma saya mendoakan kekuatan yang ada pada saya dapat mengalir pada awak jugak, Amin ;)


30 May 2012

Murabbi Cinta #8 : Pilihan Keluarga

Assalamualaikum dan salam sejahtera


kadang bila pilihan sendiri tak diretui parents sakit kepala jugak kan? lepas tue parents mintak kita terima pilihan diorang.. adoiii pening, nak bangkang kang jadi anak derhaka, x pasal je tergelincir dari syurga sebab melawan kata parents..

ehhh kejap awak, jangan la serabut lagi.. Islam memang menyuruh kita taat pada perintah kedua ibu bapa. wajib lagi tue hukumnya selagi tak bertentangan dengan syarak. tapi islam jugak bagi hak pada bakal mempelai pilih pasangan hidup mereka sendiri. ingat! islam tak memberatkan umatNya.tenang lah dulu. kalau awak dah ada calon sendiri cuba bandingkan calon parents dan calon awak mana yang lebih baik. 

siapa keturunannya, yang mana lebih menjurus pada agama. paras rupanya yang menjadi sejuk mata awak memandang, tak sejuk mata orang lain pun xpe asalkan dimata Allah dan awak dialah yang paling cantik dan sempurna. hartanya pulak kemana perginya, zakat ditunai atau tidak, yang kurang dibantu atau tak. dan paling utama agamanya, bukan ustaz ustazah xpe asalkan solat 5 waktu tak tinggal, hubungan dengan Allah dipelihara, hubungan dengan ibu bapa dijaga, ingat awak, kalau hubungan dengan Allah dia jaga insyaAllah yang lain-lain pun akan dia jaga dengan baik. kat situlah indahnya orang yang beragama.

jadi janganlah terus nak melenting dan muka cekodok basi kalau parents suruh pilih calon pilihan diorang. bila awak dah buat perbandingan ikut 4 ciri yang islam tetapkan awak jangan lupa mintak bantuan dari Allah. janganlah pulak belakangkan Dia.. pilihan Dia adalah pilihan yang paling tepat dan terbaik untuk awak... ;) 

27 May 2012

Murabbi Cinta #8 : Rahsia Hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera

selalunya kan kalau saya terserempak dengan mereka-mereka yang rajin meluahkan rasa hati *yang belum bernikah* kat pesbuk, kalau saya dah agak meluat tue saya remove jer *kejam kan* hihihi... yela saya nak elakkan mulut dari termengata, saya kan manusia biasa yang tetap ada perasaan meluat semua tue..huhu..

awak semua.. saya tau awak semua tengah bahagia. saya faham macam mana gembiranya bila diri disayangi dan dikasihi. betul saya faham tak tipu. tapi kan awak saya nak nasihat sikit boleh tak? harap awak tak marah saya ye.. 

sebelum awak menjadi yang halal untuk dia tak perlu la publish semua kasih sayang awak dengan dia tue kat pesbuk. apa kata itu semua menjadi rahsia antara awak dengan dia jer. atau apa kata awak buat satu buku rahsia hati awak dan dia, nanti bila dah kahwin awak boleh duduk deting dengan dia sambil baca buku tue balik.. haaa kan sweet tue. kalau awak post kat pesbuk nanti susah awak nak scroll cari semua tue balik.. hihi..

sebab kan awak saya suruh rahsiakan tue, jodoh kan rahsia Allah. sedangkan Allah pun rahsiakan dari kita ini kita pulak nak pergi bocorkan kat semua orang. kenapa kena rahsiakan? yela mana tau nanti jodoh untuk awak lebih baik dari dia, kan jenuh awak nak scroll padam satu satu post tue, sebab time tue mesti awak nak delete segala bukti antara awak dan dia kan.. kalau awak buat buku tue, awak cuma perlu bakar je sampai jadi debu dah terhapus bahan bukti kenangan tue kan. 

lagi pun kan awak simpan rahsia hati antara awak dan dia sangat manis untuk dikenang lepas nikah nanti. mesti pasangan awak rasa sangat istimewa sebab hanya dia dan Allah je yang boleh tau rahsia hati awak tue. cinta lepas halal memang sangat manis awak, lebih manis dari madu, jom awak kita sama-sama rahsia kan rasa hati kita ;)



**terima kasih Pakcik Imam sebab sama-sama ingatkan saya untuk rahsiakan hal kita sebelum masanya :)  

19 May 2012

Mereka berforum dalam ruangan komen

Assalamualaikum dan salam sejahtera


hamboi kemain sampai diorang buat forum dekat entry saya pasal cemburu tue. hihihi.. terima kasih la sayang sayang saya pasal sudi baca dan sedikit sebanyak buat sesi usrah dekat situ. saya hargai dan terharu sangat ;)

apa yang diorang komen tue? erm rasa macam terfikir nak panjangkan dekat entry yang nie. Kakak berlari dalam tido pun ada buat entry pasal komen dia tue. baca kat sini.


itu komen dari Ruzz.. betul la tue buat pe nk penat fikir itu ini, penat jeles sana sini. baik kita duduk diam-diam muhasabah diri apa yang kurang didepan Allah, insyaAllah bila kita jadi terbaik untuk Dia, Dia akan beri ganti yang terbaik dan sama padan untuk kita dalam segala hal.. insyaAllah yakin padaNya ;)


pencinta sakura nie la pemula sesi forum dalam komen saya tue.. marah dia!!! hihihi xde la memain jer.. saya setuju apa yang kak sunah kata tue. kita kena bebaskan dia, dia pun ada life dia sendiri macam kita jugak. setuju tak kalau saya kata yang kalau kita terlalu mengongkong nanti akhirnya sampai satu masa dia akan memberontak. nak faham lebih mudah. main layang-layang biarkan dia terbang bebas tapi dalam masa yang sama kita pegang tali dia. kalau dia dah terlampau terbang tinggi kita tarik pelan-pelan tali tue kawal keadaan ;)


dia kata Pakcik Imam saya macam pompuan? hahahahahaha... memacam la kakak sakura nie ada jer menda dia nak buat saya gelak. sebab tue saya sayang dia ;)


jangan la pelik.. diorang nie memang kenal dengan Pakcik Imam tue. kan saya ada kata "ada jugak dari sahabat dia tue yang dah rapat dengan saya" mereka nie lah antara yang saya maksudkan. cool ye Iffah? kalau ada kelam kelibut tue selalunya kami sorok bawah pasu jer tak bagi orang nampak. tak kan menda kecik pun nak heboh satu FB.. kalau ada rasa something cepat-cepat muhasabah diri tengok kat mana ada silap. sebab kita kan manusia tak lari dari buat salah cuma yang jadi salah kuasa dua kalau kita ulang kesalahan yang sama ;)

  
pinjam la Kak Shida.. kalau nak buli dia pun saya benarkan.. hihihihi :p
bukanlah saya nak kata saya bagus, saya banyak sangat kekurangan cuma sama-sama la kita perbaiki apa yang kurang, perelokkan apa yang suram.
cemburu tue berpadalah, jangan nak cemburu tak bertempat penat orang nak melayan ;)

27 April 2012

Semua pun mampu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

selingan : sejauh mana kesabaran, ketabahan dan keikhlasan seorang isteri bila tau suami dia sgt mengambil berat perihal perempuan lain? berkongsi kasih dan masa bersama perempuan lain hingga masa dia bersama keluarga sendiri terbatas. tak kira la siapa perempuan tue dalam hidup suami dia? saya terfikir bagi pihak Emelda dalam cerita Cinta Buat Emelda....

saya hanya memerhati dari jauh. mengikuti la jugak perkembangan dia walau saya tak pernah kenal siapa dia. dia sahabat rapat seseorang yang rapat dengan saya. dia baru putus cinta, saya tau sakit dan perit dikecewakan. saya faham, saya sendiri pernah alami walau semua orang kata setiap orang tak sama sakitnya, saya akuinya.

mungkin kerana pengalaman mengajar saya menjadi seorang yang kurang punya perasaan. ataupun lebih tepat. saya tak ada perasaan. ramai orang cakap saya macam tue, mungkin betul apa yang mereka kata. saya dikecewakan oleh seseorang dulu, lebih sakit bila hubungan telah diikat ke satu lagi level. banyak hati yang perlu dijaga, banyak kata yang perlu didengar, banyak luka yang terhiris dirasa. tapi saya bersyukur kerana kesakitan dulu membuatkan saya lebih menghargai setiap yang hadir selepasnya. kalau la saya terlalu mengikut parah dihati? Alhamdulilah Allah masih sayangkan saya. Dia pelihara hati, akal dan iman saya, Alhamdulilah.

lepas kisah pertama. saya juga kecewa dengan kisah kedua. lebih sakit bila diri dilempar dengan berbagai kata-kata. lebih perit bila hari-hari kena bersua muka kerana mencari rezeki dibawah satu bumbung yang sama. lebih terluka bila semua kesalahan diletakkan dibahu saya seorang. selesai ke semua masalah tue kalau saya lari dari semua tue? Alhamdulilah Allah hadirkan kasih sayang yang melimpah ruah saat tue, keluarga yang sentiasa ada dibelakang saya, sahabat handai, teman ofis, Kirin Selama Perak yang selalu marah bila saya menangis, Pakcik Imam yang tak penat memberi nasihat. kerana kasih sayang Allah dan mereka semua saya tak hanyut ditelan ombak kesedihan.

saya cukup tak suka tengok mereka sedih meratap pilu bila ditinggalkan kekasih. hilang arah bila dikecewakan. diri diabaikan bila hati dihiris luka. Ya Allah tolong la jangan macam tue. kenapa nak biarkan mereka gembira dengan kesedihan kita? tak terasa diperbodohkan diri sendiri ke? bila awak makin sedih dia lebih gembira sbb berjaya sakitkan hati awak. seseorang pernah kata pada saya "awak memang tak ada perasaan kan? awak kejam. saya tengok tak ada effect kat awak pun bila kita putus. awak boleh gelak senyum sepanjang hari sedangkan saya sedih rindukan hubungan kita dulu(walaupun dia yang nak tinggalkan saya)" dan saya rasakan kemenangan bila dia kata macam tue dekat saya. sesungguhnya saya dah berjaya buktikan walau ditinggalkan dia saya masih boleh gembira menikmati hati-hari saya. walau dalam hati hanya Allah yang tahu, tapi biarlah kesakitan dan kesedihan tue saya sorokkan jauh didasar hati.

kalau lah saya boleh katakan semua nie pada dia yang sedang kecewa tue. hargai diri awak sendiri. bangunlah kerana Allah masih menyayangi awak kerana itu Dia menguji awak, bersyukurlah bila diuji, banyak tersirat yang awak akan nampak nanti. awak terlalu istimewa untuk disakiti oleh dia, jadi jangan biarkan dia tertawa dengan setiap inci kesedihan awak. tunjukkan ketabahan dan kekuatan hati dan fikiran awak pada semua orang biarpun luka awak terlalu dalam. jangan izinkan dia berbangga dengan kesedihan awak. kalau lah saya boleh katakan pada dia...

saya bukanlah sempurna, tapi saya sedang berusaha mencari kesempurnaan tue..



 

24 April 2012

Dulu dan sekarang

Assalamualaikum dan salam sejahtera



semalam dikejutkan dengan sesuatu oleh kak Adish Shida.. haaa tue kat atas tue.. saya pun tertanya-tanya la kakak sorang nie stalker sape? bila saya teka dia stalker diri sendiri katanya tak.. ok penat la nak teka katanya dia nak bagi hint. 

 

 
bersungguh Kak Sunah google nak tau sapa dia.. saya pulak tak terfikir nak menggoogle =.=' sekali tengok.. laaaaaaa Kak Shida stalker saya ke? kenapa saya langsung tak ingat apa yang saya pernah tulis T_T

bila bukak balik entry tue.. omaiii besarnya font tulisan, tak payah tunggu readers lain saya pun terkejut dan gelak sendiri.. hihihi
kelakar kalau tgk entry lama-lama dulu. dengan segala font yg macam-macam jenis, colourfull, font beso gedabak, nampak sangat tak matangnya =.=" walaupun sekarang xda la matang sangat..hihihi

tapi tue la hakikatnya, semua pun ada masa lalu. kematangan sekarang buat kita kadang-kadang menyesal dengan kesilapan lepas. tapi kalau kita tak ambik pengajaran dari kesalahan yang lepas tue bermakna kita seorang yang terok la.. sebab? ulang kesalahan yang sama dua kali. jadi jangan bagi peluang pisang berbuah dua kali ;)  

18 April 2012

Jangan permainkannya, Tolong!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

entry yang ringkas dan padat kalau boleh saya nak buat. harapnya tercapai. Amin

I LOVE YOU, SAYA SAYANG PADA AWAK, SAYA DAH JATUH CINTA DENGAN AWAK, SAYA INGIN BERKONGSI SEGALA KESEDIHAN BERSAMA AWAK, bla bla bla...

perkataan yang saya sebutkan tue memang mudah je kan nak dituturkan, tanpa perasaan yang sebenar pun boleh jer kalau nak sebut. kalau betol maksudkan apa yang diungkap tue baguslah, terima kasih kerana benar-benar ikhlas. tapi kalau tak bermaksud mcm tue?

tolong, saya merayu pada semua, tak kira lelaki atau perempuan. tolong jangan permainkan hati dan perasaan orang lain kalau awak tak maksudkannya. jangan terlalu seronok melihat kesedihan kekecewaan orang lain dan tolong jangan pentingkan diri sendiri! ingat, setiap kejahatan dibalas dengan kejahatan, Allah Maha Kuasa, hari nie awak buat kat orang esok lusa Allah akan balas segalanya balik. kalau tidak pada awak, mungkin pada orang lain yang awak sayang. KARMA!!!

tolong jangan terlalu bermulut manis sampai orang lain boleh kena kencing manis. bila luka dah terlalu parah akhirnya terpaksa dipotong atau dibuang bahagian yang terluka tue. jangan seronok melihat orang lain menderita!

pada awak awak semua dan saya juga. tolong jangan mudah terpedaya dengan mereka yang bermulut manis, pandai menabur janji dan pandai mengecawakan hati dan perasaan orang lain. berhati-hatilah.kuatkan diri awak.

 

tapi saya juga tahu, masih ramai yang jujur dan berhati suci diluar sana yang tak sanggup melihat kelukaan dan kesedihan orang lain. terima kasih kerana tidak mempermainkan hatinya.  


saya sangat menghargai mereka yang sanggup menjadi kekuatan untuk insan lain. terima kasih!!

*terima kasih awak


-pesanan untuk diri saya juga-

17 April 2012

Wanita kamu sangat berharga!!

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

saya dapat dari FB dan saya kongsikan disini :)



Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa???", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

"CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."

19 March 2012

Simpan dan sorok

Assalamualaikum dan salam sejahtera

teringat usrah bersama teman rumah smlm. perbincangan antara dia dan keluarganya, perihal kekasih hati yang bakal datang merisik. Alhamdulilah, hubungan mereka juga akan menganjak ke satu lagi level. 

antara yang kami bincangkan semalam perihal simpan dan sorok kekurangan pasangan. Islam sendiri menegaskan agar saling menjaga aib pasangan masing-masing. intipatinya agar keharmonian rumah tangga terpelihara.



sebagai contoh hari nie si isteri tidak pandai menggoreng ikan habis pecah perut si ikan terputus 4 kepalanya, tidak pandai menggosok seluar suami yang mahukan site yang tajam seperti hujung pedang, dan pulang ke kampung si suami bercerita pada ibunya. tapi suami lupa menceritakan yang si isteri lembut ketika berbicara, santun tika menyapa. agaknya apa pandangan ibu pada menantunya? ibu mana yang sanggup melihat anak lelakinya pula yg perlu turun ke dapur?

si isteri pula sibuk mengadu pada bondanya perihal gaji suami yang sering dibayar lewat, terpaksa menggunakan gaji bulanannya pula untuk menampung kehidupan tapi dia lupa menceritakan suami yang bijak berbelanja, mengganti wang yang digunakan dengan berlipat kali ganda. bonda mana yang sanggup melihat kesusahan dan kepayahan anak gadis yang dahulu ditatang, semua kehendak dituruti?

itu contoh jela. simpan dan soroklah kekurangan pasangan. kekurangannya diredhai, kelebihannya disyukuri bak kata ustaz Hasrizal.dan saya percaya tiap kekurangan itu akan diperbaiki dari masa ke semasa dan kerana itu bercintalah dengan dirinya, terima si dia seadanya, kerana kamu lebih mengerti siapa dia bilamana kamu membuat keputusan memilihnya.

18 March 2012

Peluang seterusnya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Cik Gksb bertanya pendapat perihal peluang hanya datang sekali? dan ini pandangan dari prespektif saya.

salah.. semua orang buat salah. dan ada yang bila dah bersalah dia mengakui salahnya dan berusaha membetulkannya. kejam bagi kita andai terus menghukum si dia tanpa memberinya peluang. 

perlu di ingat sebelum meletakkan hukuman, letak diri anda ditempat si dia. pasti kecewa andai diri tidak diberi peluang kedua bukan?

tapi bagi saya sendiri, hanya tiga kali peluang diberi. jika kali seterusnya dia masih membuat salah yang sama. itu bermakna dia tak belajar dari kesilapan, dan akan menjadi kesilapan pada diri kita yang terus memberi peluang padanya.

sabagai contoh, kes curang. tak salah memberi peluang kedua kerana dia juga manusia biasa tapi suka saya mengingatkan yang andai si dia memilih hanya kita pasti tiada yang kedua dihatinya.

berilah peluang tapi jangan sampai hilangnya value sesebuah peluang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...