Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label KBU. Show all posts
Showing posts with label KBU. Show all posts

15 July 2014

Iftar Kami Blogger Utagha (KBU)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

kelebek folder gambar dengan blogger dalam external. huwaaaa rindunya dengan kemeriahan KBU dulu-dulu. kalau dulu paling kurang dalam dua bulan mesti ada aktiviti gather2 tapi sekarang sejak memasing dah punya komitmen. susah sangat nak lepak sesama lagi. tak payah orang lain. diri sendiri pun punya kekangan yang menghalang ;( Allah pertemukan kami suami isteri dalam KBU jugak. jadi jangan la pelik kalau nampak muka suami dalam ni hihihi


Iftar pertama kami sejak KBU beroperasi. tahun 2011. meriah masa tu. kami anjurkan Program Majlis Kembara Ramadhan bersama MAYC Kampung Padang Melangit Perlis. sampai ke Perlis kau berbuka puasanya hihihi. tapi meriah. sebab kami berkongsi rezeki yang ada dengan penduduk kampung yang kurang kemampuan. sepanjang sebelum majlis berlangsung lagi dah rajin iftar sana sini. meeting untuk majlis yang bakal berlangsung.

seronok tengok wajah gembira penduduk kampung sana. lebih seronok dari kita dapat bonus majikan bagi tu. bila lah boleh nak ada program macam ni lagi wuuuu. blogger yang dari Penang, Kedah semua pakat turun ke Perlis untuk menjayakan. oh ye masa ni kami suami isteri belum kawen lagi, baru merancang nak bertunang. hikhikhik :p


Iftar 2012. dekat je. Sungai Petani saja. takde pape event besar macam tahun sebelumnya. tapi tetap ada buat kutipan sekadar membantu ahli KBU yang mengalami bencana alam tak silap. target kami selagi boleh selagi mampu nak tolong orang yang tak berkemampuan. moga Allah berkati amin amin. masa ni kami suami isteri dah jadi tunangan orang masing-masing rasanya. ewahhhh trobek kisah ko sekali pulak ye Kira oiiiii hahahaha :p


Iftar 2013 paling sikit gambarnya . sedih betoiii hahahaha. saya pulak tengah preggy masa tu, perasaan nak keluarkan kamera memang takde sobsss. berbuka di sekitar Alor Setar saja, restoran ape ntah tak ingat dah. lepas solat maghrib kami moreh pulak ke Burger Abang Burn cawangan Alor Setar. amboiii awal moreh ye. ngehngehngeh :p


dan yang terbaru baru je berlangsung ahad lepas. berbuka di Restoran Anjung Kuala, Kuala Kedah. makin sikit pulak tahun ni tapi takpe la asalkan ada dari takde langsung ye dak. asalkan jangan KBU lenyap ditelan masa gitu aje. *kelip-kelip mata* bezanya dari tahun-tahun sebelum ni. dari yang bujang dah berdua, kami pulak dah bertiga moga yang single tahun ni tahun akan datang berdua pulak amin amin. tahun depan kami bertiga lagi? wallahualam semua tu kuasa Allah kalau Dia nak bagi walau kami belum bersedia tetap kami terima dengan hati terbuka :)

terima kasih pada semua yang ada dalam KBU. walau jarak dan masa memisahkan kita, kalian semua tetap dihati dan ingatan sampai bila-bila. ukhwah kita takde sape boleh pertikaian selagi Allah memberi redha. semoga kalian berjaya dunia dan akhirat. with love, Bendahari KBU yang cengei :p

27 March 2014

Semoga Beroleh Kebahagiaan Sahabat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

arini 27 March 2014, Selamat Hari Lahir Sahabat Tersayang, Mummy GK. semoga setiap helaan nafas mendapat keberkatan Ilahi, dikurniakan kesihatan baik berpanjangan, dimurahkan rezeki dapat tukar balik ke perlis, dipermudahkan segala urusan dan berbahagia bersama keluarga tersayang sampai taman-taman syurgaNya.


mesti hari nie hari lebih special dari besday yang lepas kan? sebab sekarang ampa dah ada seorang suami yang sentiasa ada kat sisi tak kira masa. jujurnya kami seronok sangat tengok kebahagiaan ampa sekarang. dan kami tau kebahagiaan tue akan berpanjangan sampai syurga nanti, insyaAllah. jom kita sama-sama jadi bidadari terbaik kat dunia untuk suami, supaya nanti masa kat syurga kita boleh jadi ketua bidadari untuk suami masing-masing. jom jom ;)

Fateh Uwais ngorat abah azrul dia

haaaa lagi satu kan. kalau ada sesape yang gataiiii mulut tanya kat ampa yang baru sebulan dua kawen nie pasal anak, ampa tunjuk je gambo anak ampa kat atas nie kat depa. ampa kata je "haaaa ini la anak cheq, keluar masa bulan 9 aritu" tengok apa depa nak kata hihihihi. tapi dah memang pun budak kecik tue anak ampa jugak kan ;) kan Mummy Gk dengan Abah Azrul. terus naik pangkat jadi abah Azrul lepas jabat tangan tok kadi. hihihihi.

kami pun tak berapa nak ingat sejak bila kita rapat. tapi kami nak ampa tau yang sesungguhnya bersahabat dengan ampa adalah kenangan terindah dalam hidup kami. moga2 kita tak berkelai teruk-teruk, dan bersahabat sampai syurga nanti. kami nak ampa tau jugak yang kami, Nadzri dengan Fateh Uwais yang kacak tue (puji anak sendiri) sayanggggggg ampa dunia akhirat. ampa jangan lupa tue tau.

Muka gatai abah azrul layan dia, cuba kalau tak layan mau bebai hahahaha

ok sebelum kami meneruskan entry dengan kadar sebak. sebelum banjir kat blog nie haaa. baik la kami mengundurkan diri dulu. semoga ampa beronok-ronok honeymoon kat sabah. kalau pi ladang lembu tue nanti jangan lupa pakai baju tebal. kat sana sejuk. kami aritu kat sana la naik demam, sobsssss. ok MummyGk. akhir kata i love youuuuuuu emmuahhhhhh ;)

31 July 2013

Iftar Bersama Kami Blogger Utagha (KBU)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulilah sabtu lepas berkesempatan ikut serta majlis iftar bersama Kami Blogger Utagha (KBU), bertempat di restoran tepi sungai, alor setar kedah. sebenarnya dah lama KBU tak anjurkan gath. mungkin atas faktor admin yang sorang travel ganu-sitiawan-kl, sorang lagi kat KL yang tengah bizi uruskan persiapan walimah, sorang kat kedah yang tengah rancak membaking, sorang yang dimurahkan rezeki bukak kedai taun nie, dan sorang lagi yang tengah memboyot membawak perot. nak mencari masa yang sesuai tue memang payah, memasing ada komitmen sendiri. takpe la kan. tak dapat selalu macam sebelum nie at least dalam setahun tue ada sekali kira ok la tue :P

saya dengan suami sementara ada masa terluang dan takde terikat dengan aktiviti family untuk tarikh tue, ambik la peluang turun alor setar beriftar dengan diorang. bila free je boleh la lelaju join, tapi kalau dah terhalang dengan aktiviti keluarga tak dapat la nak membantu.


antara yang hadir, saya dengan suami belum sampai lagi waktu nie. bukan terlewat dari penang tapi sebab singgah tesco beli barang dulu. hihihi. ampunnnnn :p 


sebelum iftar kak shida ada bagitau nak bawak kek karamel pelangi. nasib Oshin tak makan kek, dapat la merasa saya. kalau tidak sungguh saya pegi potong orang lain punya sorang sikit kek tue. depa dah bahagi awal-awal sebelum kami datang. sampai hati tau tak taruh kat kita sikit!!! :p Kak Shida memang dah biasa ambik tempahan kek, banyak jenis lagi kek dia. kalau nak oder sila pm di sini.


bila tengok gambar nie mesti tergelak. agaknya memasing dah MATANG kot kan. posing gambar pun tegak semacam je. macam nyanyi nasyid kata kak shida. kalau tidak gath sebelum-sebelum nie gambar macam-macam pesen ada. 


ramai yang nak balik awal lepas je solat maghrib dan sesi bergambar tue. saya dengan suami memang nak stay kat alor setar memandangkan ahad besoknya hari saya berkerja. pelan awal kami suami isteri memang nak makan kat beger bakar abg burn cawangan alor setar. elok Solihin pun join iftar terus tanya dia kat mana lokasi yang sebenarnya. dia pun nak lepak makan situ katanya. terus la kami pun decide nak melepak sekali. 

mulanya kak shida takmau join tapi lepas kena cucuk-cucuk akhirnya dia pun tersangkut. yang bestnya kawasan beger bakar tue black out =.= tapi masih lagi beroperasi dengan lilin yang menerangi. tapi cuma dapat oder beger bakar biasa dan meatball jela. takpe la janji dapat makan meatball memang tingin dah lama huuu. oh ye air yang boleh dipesan cuma 3 jenis sebab gelap diorang tak nampak nak bancuh air lain. ok la tue dari air kosong je ye tak? :p

walaupun bergelap tapi rasanya itu antara kenangan terindah kami semua yang hadir malam tue. paling tak boleh lupa bila kertas lapik meatball terbakar disambar api lilin. jenuh keras perot gelak kat situ. insyaAllah ada masa, ada rezeki lagi kita akan berjumpa lagi. insyaAllah :)

terima kasih pada semua yang sudi hadir. 

Tempahan Tshirt KBU dan Sticker Kereta / motor

Assalamualaikum semua

saya nak bukak tempahan sticker kereta dan shirt KBU (Kami Blogger Utagha)..
bagi sesiapa yang berminat nak beli shirt dan sticker KBU boleh bank in kat akaun saya dan isi form bawah nie,  lepas tue klik SUBMIT..
semua kotak tue wajib isi jangan skip2 ok... -mood cengei mai dah- hihihi. kualiti tak perlu disangkal lagi, sebab tahun lepas saya buat kat kedai yang sama dan memang berpuas hati insyaAllah.


Harga Baju lengan pendek :: RM28

Harga baju lengan panjang :: RM30

Kos Penghantaran bg yg nak saya pos :: RM6 ; kalau dua helai dan ke atas nilai kos penghantaran akan bertambah

untuk ukuran Tshirt Muslimah :: penambahan RM1 untuk seinci (terpulang nak tambah berapa inci pun) 

Material :: cotton

Warna :: Merah

url Link PENAMBAHAN RM2 :: kaler putih (link perempuan akan diletakkan dibahagian depan baju, link lelaki akan diletakkan dibelkang baju)

kolar :: roundneck 

SIZE XXL  ke atas :: penambahan RM3


 design yang serupa seperti di atas. cuma baju bertukar kaler MERAH dan logo berubah kaler HITAM. untuk baju perempuan logo akan dibawak ke bawah baju sedikit (takde la komplen logo tertutup dengan tudung kannnnnn :p )


PERHATIAN!!!! sila ukur size di badan sendiri, jangan malas!! sebab ukuran baju kat kedai nie tak sama dengan baju yang standard beli kat kedai-kedai biasa tue. baju ritu ada yang kata bila pakai besar sebab size dia tak sama dengan size biasa.

akaun maybank : Nur Syakira binti Yaakub
158172923744

akaun Cimb : Nur Syakira Binti Yaakub
08240004875529

dah bank in, mesej atau pm saya inform tarikh, masa dan nilai korang bank in tue ataupun copy paste je detail nya.. sebarang pertanyaan blh pm saya kat sini..

tarikh akhir tempahan dan bayaran pada 30 SEPTEMBER 2013

tinggalkan kosong kotak address bagi yang nak ambik baju by hand.. untuk yang nak ambik by hand boleh ambik di Pekan Rabu Alor Setar atau di tesco extra Seberang Jaya.

**TERBARU
tempahan sticker KBU untuk kereta dan motor





 sekeping :: RM3

bagi sesiapa yang berminat nak dapatkan sticker nie isi dalam form bawah, untuk yang oder baju boleh isi form tempahan baju KBU di bahagian Quantity dengan perkataan seperti contoh di bawah nie 


Quantity : 1 beserta sticker kereta

atau 

Quantity : 1 beserta sticker motor

atau

Quantity : 1 beserta sticker kereta dan motor (*untuk yang nak beli dedua sekali)

tapi kalau yang nak beli sticker sahaja tidak berserta dengan baju boleh pm kat sini

 






Name:




Phone Number




Address




Size

s

M

L

XL

XXL



Facebook Name
(e.x : Syakira Yaakub)




Url Link




Lengan Baju

short sleeve

long sleeve



Quantity















Click here to put a form like this on your site.

27 May 2013

Demam dan Tunang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

weekend lepas memang tak kemana pun. menghabiskan masa kat rumah melayan diri yang demam. petang khamis habis keja gagahkan jugak diri drive balik rumah mentua. memang dari awal pagi kat ofis rasa lemah badan. masuk makanan pape memang lepas tue muntah balik. pagi tue ingatkan baby takmau makan ketiow goreng rupanya memang badan ummi yang terlalu panas sampai tak boleh nak terima apa-apa bentuk makanan sekalipun.

suami paksa makan malam tue pun sebab nak bagi ada tenaga, takmau perut kosong. makan la dua tiga suap lepas tue tolak pinggan. naik bilik konon nak rehat-rehat lagi sekali muntah kat situ. huuuu. tak pernah rasa dugaan demam teruk macam nie. memang nangis je. nangis sebab nak keluarkan rasa sakit dan lemah yang ditanggung. sambil tue berkali-kali ingatkan diri. sabar ummi, ummi kena redha, sakit tue kan penghapus dosa-dosa kecik ;(

syukurlah ada suami kat sisi. dari dia balik keja menghadap muka bini dia nie, sekejap-sekejap lap tangan kaki badan, sampai paksa dia tido baru la berhenti mengelap. memang dia pun cukup risau sebab badan saya terlampau panas sampai berbahang. takut nak ke klinik sebab risau kena tahan wad. saya tau demam saya tinggi dan takde air dalam badan. tak nak tidur wad nanti takut tak mampu nak jaga diri sendiri. huuuu. sampai jumaat petang demam surut sikit-sikit. syukurlah dedua kami cuti boleh rehat kat rumah. 


tengahari sabtu kami suami isteri memenuhi jemputan majlis tunang seorang sahabat. Mak KBU, Cik GKSB. sebenarnya masa demam tue cukup risau kalau tak mampu nak datang majlis dia. saya memegang amanah Kak Sue yang kirimkan coklat untuk dibuat hantaran tunang GK. dengan saya punya hantaran lagi. sangat susah hati. berdoa jela masa tue moga dapat kekuatan nak datang majlis dia.

Alhamdulilah Allah perkenankan, walaupun dah agak lambat masa tue. sampai rumah GK cun-cun sekali dengan rombongan pihak lelaki. terus turun kereta masuk hantar hantaran dulu. syukurlah sempat kalau tidak tatau nak kata cam mana. dan syukur semuanya dah selamat pun. cantik kan orang yang bertunang tue, pelamin dia pun sangat cantik dan lagi satu teruja tengok ummi dia yang cantik dan nampak muda tue(eh sebenarnya memang tatau umur ummi dia bape). auchhhhh semua la cantik :p 

selamat bertunang Cik GKSB dan tunang. semoga dipermudahkan urusan kalian berdua untuk melangkah ke destinasi seterusnya. dugaan dan ujian memang banyak menanti dihadapan. sabar tabah dan cekal hadapinya bersama. jangan dengar hasutan yang bukan-bukan tau ;) terima kasih sudi jemput kami suami isteri.


last but not least. mekasih yayang untuk semuanya. terima kasih susah payah jaga ummi, tahan dengan karenah ummi sepanjang ummi tak sihat. ummi tau semua benda ummi mintak abi buatkan ;( terima kasih sebab bersabar dan bertabah dengan ummi. lebiu dear ;)

#walaupun ummi demam, baby tetap aktif tak duduk diam kat dalam. pesan suruh dia main sendiri, ummi tak larat nak layan =.="

10 September 2012

KBU : Aidilfitri 1433H

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sabtu 25 ogos lepas on the way nak balik LoqStaq dari Ipoh saya pun singgah la join sekali beraya dengan bebudak KBU tue. seminggu tue depa pi beraya saya tak join memandangkan saya anak perantau yang bila balik kampung memang merap dengan mama papa je kihkihkih :p


tadi sementara lepak dalam kereta saya terfikir jalinan ukhwah antara Kami Blogger Utagha. sape sangka dalam awalnya tak kenal sape, lain loghat, berbeza asal usul dan adat. akhirnya berkat kasih sayang yang Allah limpahkan kami semua boleh berkumpul lepak bergurau yang kadang boleh buat sesape sentap kalau tak kena gayanya. tapi sebab pegang tittle "adik badik" perasaan sentap tue agak susah nak wujud kekadang. Alhamdulilah



saya tatau apa jadi sebab masa raya seminggu tak online kat kampung. plan awalnya potluck kat pantai merdeka lastnya tukar open house rumah Finaz. disebabkan Finaz dekat Sungai Petani, petang lepas lepak makan merapu sat sat terus ke Titi Semeling Sungai Petani. tempat tue sangat cantik ok. sangat ramai pengantin berpotosut kat situ petang tue. saya yang bakal pengantin nie pun mula la tergedik gedik rasa nak potosut kat situ jugak kihkihkih :p "nanti hampa potosut kami nak mai sekali" kata bebudak KBU nie... 


kenapa saya sayang KBU sebab dekat situ saya boleh tengok bermacam jenis kaler perangai. yang pembising, pendiam, pengacau, pembuli semua ada lah dan yang penting semuanya peramah penyayang dan pemesra alam ;) serius!! saya sayang adik badik KBU saya.


ekceli kan dah tatau nak isi ape dengan entry nie. sebab dah lama sangat dia terperok dalam draft tue. disebabkan hati masih terkinja nak sharekan gambar2 kat titi semeling yang cantik tue makanya saya gagahkan jugak jari nie menaip entry. huhuhu



last but not least. balik dari keja beraya ke open house Munet. kebetulan Naim pun nak kesana mintak dia tunggu sampai saya datang. almaklumla cheq kan pemalu. hahahaha... ayam masak jawa mak munet sangat sedap. mintak resepi mak dia kata main campak campak je tak reti nak kasi resepi.. huwaaaaa #Nanges

07 August 2012

Iftar SahabatKBU 15 Ramadhan 1433H

Assalamualaikum dan salam sejahtera


last SahabatKBU bergathering bulan puasa tahun lepas.. mak aiii dah setahun kot baru nak lepak gelak sesama balik. lepas perbincangan antara admin dan saya kami pun rancang buat iftar 4hb ogos hari sabtu, tempat Sungai Petani Kedah memandangkan tahun lepas dah buat dekat Perlis. bukan sekadar iftar antara kami tapi turut mengutip sumbangan untuk membantu SahabatKBU lain yang dilanda musibah. insyaAllah kalau tak dapat bantu banyak sikit pun jadi la kan.. bergelak sesama tak kan nak menangis sensorang?


janji dalam pukul 5 macam tue tunggu kat exit sungai petani selatan, mengaku saya antara yang sampai lambat, maafkan saya.. hihihi.. solat asar kat situ dah cukup qota maka bergeraklah kami ke bazar yang 'damai' kenapa damai? sangat sunyi bazar dia walaupun tapak parking dia sangat luassss.. rasanya mulut saya yang bising kat situ sebab duit tuk iftar tak keluar dari bank lagi. mesti depa sume sakit telinga.. kihkihkih :p oh ye terima kasih Piqah bawakkan akak ke giant korek duit ;)


mujur lah saya sempat oder rupanya kedai makan nie sangat laris kena oder tiga hari sebelum, saya oder hari jumaat nasib dia nak ambik tempahan mungkin sebab kami ramai antara faktornya. Restoran ZnA menjadi serbuan. harga makanan dia standard. Nasi Ayam satu set RM6, air buah RM3. ok la makan pun sedap kata mereka. Alhamdulilah... cuma mungkin struktur meja panjang tak sesuai untuk kami yang masing-masing sibuk nak bercakap nie lastnya orang ujung kanan tak dengar apa orang ujung kiri cakap =.='


selesai solat maghrib semua pun pakat serbu dataran menara jam, macam biasa mesti ada bincang round table kan.. tapi sebab yang ada cuma kotak jadi lah round box. pun bolehhh :p antara isu yang hangat diperkatakan malam tue. masuk wall group ping dan blah.. jaga-jaga jangan sampai awak antara calon yang admin kick dari group ;)


kalau kumpul reramai tak bising memang tak sah kan? lagi satu tshirt kami semua yang sama menarik perhatian ramai orang.. walau apa pun saya sangat sayang SahabatKBU saya walaupun mesra tapi batas masih terjaga, Alhamdulilah tahniah wahai sahabat :)


sakit perot dengan perangai diorang nie sorang sorang.. ada je yang nak buat lawak tue. balik sakit tekak sebab gelak je banyak =.=' rasa macam main bunga api nie acara wajib dan wajib disponser oleh Pakcu Sofi dan Syukri Rosle... hihihihi terima kasih pengsponser :D


dan Light-Painting jugak antara yang wajib dari Iftar tahun lepas lagi.. saya tak reti buat huruf macam depa tue. makanya saya tolong berdiri tepi kotak lampu nak tutup cahaya. dan semestinya bukan saya sorang yang berdiri situ depa yang lain pun sama berdiri sebab saya kan COMEL karang sia-sia je berdiri tegak situ tapi tak mendatangkan hasil.. hihi


inilah kami. walau awalnya tak mengenali sesiapa. berbeza latar belakang. berbeza tempat lahir dan loghat masih mampu bersama membina ukhwah. Alhamdulilah syukur dengan izinNya kami mampu membina persahabatan yang terjalin atas tiket dunia maya.. Kami Blogger Utagha sentiasa dihati..


last but not least, nak tengok gambar yang lain sila klik di sini. saya nak ucapkan terima kasih beribu kasih kerana awak semua sama-sama memberi kerjasama yang sangat baik. terima kasih sudi menghadirkan diri. terima kasih turut sama berkongsi kesedihan dengan sahabat yang lain. terima kasih percaya pada saya nak pegang duit awak semua. dan terima kasih untuk segalanya.. moga ukhwah antara kita hingga ke Jannah. Amin. saya sayang awak semua.. 

#kredit semua pentangkap gambar

#panjang kan entry? :p

06 August 2012

SahabatKBU

Assalamualaikum dan salam sejahtera


kalau dulu masa saya memula sampai bumi Kedah Darul Aman. dimana saya tak langsung kenal sesiapa, tak tahu langsung yang saya ada sedara dekat sini, yang tak tahu langsung selok belok dan tempat-tempat disini. saya ada simpan satu doa semoga satu hari nanti Allah berikan saya teman dan sahabat yang boleh saya tumpang mengadu tumpang gembira, yela family saya kan jauh di Perak nun.

pernah saya berimaginasi joging kat taman lepas tue terserempak dengan sorang dua yang boleh dijadikan teman. tapi itu imaginasi saya jela. syukurnya Allah kurniakan saya teman sahabat dan rakan tanpa saya perlu letih berjoging. sahabatKBU antara kurniaan Allah yang tak terhingga pada saya. sahabatKBU saya bukan je yang berasal dari Kedah tapi dari Penang Perak, Perlis dan merata negeri lagi. Allah besarnya kasih sayangMu, saya mintak satu tapi diberikan saya lebih. syukur Alhamdulilah.





inilah sebahagian keluarga KBU saya, sahabatKBU.. tawa riang disini banyak dikongsi dengan mereka. sampai kalau family saya, ofismate, osmate mesti akan tanya saya keluar dengan KBU ke bila nak kemana-mana nya. moga ukhwah yang terjalin antara kami berpanjangan hingga ke jannah hendakNya, syukur Alhamdulilah dengan izin Allah kami berkenal dan berkongsi sedih tawa dan riang. saya sayang semua sahabatKBU saya. 



kredit gambar : Syukri Roslee

#entry iftar sabtu ritu pending sampai saya dapat gambar dari adik saya... ;) 

12 July 2012

Kami Blogger Utagha Di Hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera


saya dah bersama dengan Kami Blogger Utagha sejak 13 Febuary 2011 hari ahad. dah setahun lebih pun saya dengan awak semua.. segala gelak tawa sedih menangis banyak yang dikongsi dengan awak semua. dari gath kecil-kecilan hingga ke sebesar-sebesarnya , dari salam perkenalan hinggalah majlis amal bersama penduduk kampung. hanya satu kata. saya berkenalan dengan awak semua kerana Allah, saya bersahabat dengan awak semua kerana Allah, dan semoga ukhwah yang terbina antara saya dan awak semua berkekalan hingga ke Jannah, Amin


saya dengan rendah diri mohon maaf andai ada tersalah kata, terlebih bicara, terlajak gurau dengan awak semua. saya manusia biasa yang selalu alpa. mohon maaf jugak andai selama saya menguruskan kewangan atau event KBU ada tindakan saya yang melukakan hati awak semua. dan maaf dari saya terkadang jari saya spontan kuteyh awak semua, maaf maaf dan maaf. terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian dari keluarga saya. awak semua sentiasa di hati walau kemana jua saya pergi, walau satu hari nanti mungkin saya tiada di sisi.

credit video : Pakcu Sofi 
credit picture : semua pemilik gambar 
credit song : Najwa Latif - Sahabat
 

08 July 2012

Trima Kasih Kak Shida @KBU

Assalamualaikum dan salam sejahtera

sabtu semalam Kak Shida ajak datang kenduri kesyukuran kat rumah dia. janji dengan Pakcu nak pegi sama-sama.. saya heret osmate sekali sebelum tue dah mintak izin dia nak bawak osmate. sampai tengok dah ada Hadi. ok gadoh tiga empat round dengan hadi dulu, dah lapar jenguk segala makanan yang Kak Shida hidang. ada soto lepas tue tengok ada kacang panjang ada ayam masak merah makan dengan nasi.. orang panggil suruh makan kan? kita makan la banyak mana pun kan? hihihi :p


terima kasih kak shida siap bekalkan lagi sebelum balik. dah sampai rumah kenyang tak payah masak. panaskan lauk dan makan lagi.. ohh sekarang nie pantang lapar. ayat yang selalu Pakcik Imam dengar "saya tak boleh fikir dah nie, saya lapar" hahaha naseb la Pakcik dapat tunang macam nie.. kihkihkih :p




ada Hadi, Pakcu Sofi, Naim, Anith, Aimaa, Wany. mereka yang terpilih nie jela yang dapat dengar pengakuan eksklusif dari mulut saya. muntah nak sebut eksklusif tue... hahaha.. haipp rahsia kita jer tau jangan pecah kat orang lain, pecah kat diorang pun setelah dipaksa #MuntahLagi .. padan muka Pakcu kene kutey buat lagi perangai pegi record!! record tak dapat sakit yg dapat :p

 

yang nie begkel mak Kak Shida. mak dia buat bunga telur dari daun getah.. dia pulak buat decoupage.. saya yang tak kretip nie tolong tengok sambil cakap "Oooo macam tue" jela.. hihi




nie baby jepungg.. sangat geram tengok dia bila dia buat muka geram bila kita geram gomol gomol dia.. haishh Ainur Sorfina nie culik bawak balik baru tau.. hihi.. babai Sorfina Achik Kira balik dulu~~~~

11 June 2012

Jom panjat gunung!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Jumaat lepas setelah DIPAKSA dan DIJEMPUT oleh admin KBU menghadirkan diri ke Gunung Jerai makanya sabtu lepas saya ke sana menemani beliau.. kalau GK baca nie confirm dia muntah pepel... hahahahaha

dalam sejam jugak la tunggu putera dengan bidadari saya turun dari Penang. adik-adik GK dok tanya bila nak naik atas, diorang pulak gesa-gesa saya suh tanya putera puteri tue dah ada kat mana. kesian saya kena tekan. *ayat tak blh blah je kan petang nie?* hahahaha :p

senang kira RM10/person, naik van sampai atas. errr ok tak adalah sampai atas sangat. kitorang kena daki dalam 1 meter jugak kot untuk di pick up oleh van yang kedua sebab ada tanah runtuh. jadi pada sesiapa yang naik gunung jerai buat masa sekarang sila take noted pakai kasut flat kalau tidak siap la. ehhh ada orang terasa erk? hihihihihihi *jahat* :p

  
saya pun tatau amenda yang saya sembangkan dengan Kak Sunah sampai muncung panjang cenggitu =.=' Ehh ramai orang kata muka kami seiras, siap ada tanya adik badik ke lagi tue. paling tak boleh blah diorang kata saya kakak!! grrrrrrrr


cuaca kat atas wahhhhh sangat sejuk. angin dia syahdu jer, siap tak terkira berapa kali saya menguap. orang bizi minggu nie kan, bizi merayau.. kihkihkih chalet dia wahhhhhh sangat cantik. 




bila ntah boleh copy gambar kat adik, kat kamera desler dia banyak la gambar.. wahai kawan-kawan sekalian saya tak reti nak compress gambar dan email pada awak semua sebab tue tak email2 lagi.. huhuhuhu.. nanti la saya pk kan macam mana ye.. maaf tau kesalahan yang tak disengajakan..


port makan-makan kami.. ehhh silap tak snap time kita tengah makan. tak ada sape pun yang ingat sebab masing-masing lapar. nasib la ada jugak bawak makanan sikit-sikit. nak masak lebih tak sempat.. hihihihi

mungkin entry Part II bakal menyusul lepas dapat gambar dari adik saya.. ;)

26 March 2012

Bukit Perak dengan KBU

Assalamualaikum dan salam sejahtera

minggu nie saya tak balik kg, dalam kepala dok fikir nak kemana la weekend nie bosan pulak nak duduk kat rumah tue. rasa macam nak merap dengan Kak Shida, nasib la kakak sorang nie layan karenah adik dia yang teringin nak makan kek karamel nie. tapi plan asal diubah sikit, pagi tue ke bukit perak dulu, mandi air terjun dan bakar-bakar dengan KBU. 


masa dok siang ikan dengan kak shida, saya risau kalau-kalau ikan tue hanyir nanti sebab tak ada air asam, Alhamdulilah walau basuh tanpa air asam, tanpa garam dan kunyit. ikan tue tetap sedap dimakan...


even berlima jer tapi banyak betul rezeki kitorang sampai berlebih.

   
inilah juadah kami, ada ikan bakar, telur dadar, rendang udang, sardin kari, sambal belacan dan ulam.

  
dah makan-makan turun bawah sikit, main-main air.


macam janji awal kak shida yang nak buatkan kek karamel untuk saya, makanya lepas balik dari bukit perak, kitorang singgah mandi kat rumah kak shida dan tolong dia buat kek karamel untuk saya dan jusiza.


ok yang nie bukak kek karamel. yang nie kek pandan request adik-adik kak shida, terlanjur kami ada kat situ, rezeki kami la jugak.. rasanya sangatttttttt sedap!!


inilah kek karamel yang saya mintak tue, request dari saya, haruslah ada warna pink.. hihihi.. sedap sangat, thanks kak shida.. makan sikit-sikit sebab takut cepat habis, tapi dah tinggal sesudu dua je lagi.. uhuhuhuhu

hurm macam kena beli oven kecik je nie, boleh jugak la cuba memasak time weekend kalau tak balik kg, nak tunggu balik kampung alamat sebulan sekali la baru boleh nak mencubanya.. T_T
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...