Tak semua insan sanggup bersusah dengan kita
situasi yang sangat amat mudah dilihat dalam dunia yang makin nipis ultra ungu nya nie...
nak mencari kawan gembira memang senang, ko tak payah panggil pown dia datang dengan sukarela sambil tayang gigi
tapi bila mana kau tersepit dalam kesusahan baru kau tau siapa yang selayaknya dipanggil teman juga siapa yang patut dipanggil kawan....
siapa teman? : insan yang sering bersama kau tak kira time kau susah atau senang.. dia sentiasa ada untuk kau meluahkan segalanya
siapa kawan? : haa!! yang nie spesies akan kuar bila time poket kau tengah berkepok jer lepas tue lesap ntah kemana...
Saat itu baru lah kau akan terfikir kenapalah aku ditakdirkan berkawan dengan si polan si polan nie...
jangan disalahi takdir yang ditentukan buat kau …
takdir yang mengajar kau untuk lebih menghargai kehidupan kau sebenarnya..
selalulah berpandangan positif pada setiap apa yang berlaku..
dan jangan lupa belajar dari kesilapan yang telah kau lakukan..
belajar juga menghargai teman yang telah bersusah payah dengan kau...
aku bersyukur kerna aku salah seorang insan yang bertuah masih punya segelintir yang boleh dipanggil teman...
mereka tak pernah jemu untuk sama-sama menaikkan semangat aku
yang tak pernah jemu memarahi menasihati juga memujuk aku semata-mata mahu membantu menyingkirkan air mata aku
namun jangan lah lupa walau kau tidak punya seorang teman pown yang mahu meminjamkan bahu buatmu menghilangkan keresahan hati...
ALLAH YANG MAHA ESA
pasti sentiasa berada disampingmu....
tapi janganlah bila kau dah kembali happy kau lupa kat DIA pulak....
tue memang saja nak kena sumpah jadi cekodok la jawapnya...
sekian
yang baek itu datang dari ALLAH dan yang buruk itu dari insan yang kerdil lagi hina ini
** aku tak tau dari mane aku dapat picture nie, pada sesiapa yang punya mintak halal dunia akhirat ye.... hehehe