Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

23 March 2015

Makanan Yang Masih Pantang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
rinduuuu

sementara ingat ni kita pulun la cerita pasal pantang mantang ye kihkihkih. biasa dengar tak yang lepas habis pantang 44 hari pun ada jenis makanan yang tetap kita masih kena pantang. macam contoh laksa lah yang paling banyak orang sebut kan. antara sebab? risau angin yang datang dari dalam makanan memudaratkan diri ibu yang baru lepas pantang dan bersalin. yela bukan senang dan bukan cepat ibu lepas bersalin ni nak recover balik, kena pelan-pelan lah kan.

ehh dah kenapa ummi uwais ni sibuk dengan pantang dia? mama selalu pesan kat saya, kita ni bukan nak pakai badan sehari dua je tapi seumur hidup. kita ni bukan nak berlaki setahun dua je tapi sampai syurga kalau dengan izin Allah. dan senior opismate selalu pesan. kita ni kalau tak pantang bukan kita nampak esok atau bulan depan tapi bila kita dah 30** nanti. dorang pesan sebab dorang dah rasa sakitnya. dan saya sendiri pun dah rasa sakitnya bila terlanggar pantang dulu huuu. 

masa saya pantang cuaca panas. tak cukup kipas siling. tambah lagi kipas berdiri tu haaa. dah tu malam pulak lari pegi duduk bilik ekon mama papa cumanya angin ekon tak tala ke saya dengan uwais, kitorang pilih untuk tido bawah asalkan dapat sipi-sipi sejuknya ekon tu. tapi saya tatau masa tu, yang rupanya sejuknya tu semua makan diri saya balik. bila uwais dah setahun saya pun dah mula kerja, asal dekat opis je mula la sakit itu ini. sengal-sengal belakang badan, pinggang dengan kaki bila kena ekon. ekon dekat opis kan kuat. badan tatahan. kalau dulu sebelum bersalin elok je badan tahan lasak dengan cuaca sejuk ni. sekarang ermmm padan muka sendiri =.="

Laksa

saya pantang setahun lebih. sebab utama, bunga kantan tu yang bagi angin. maknanya asam pedas ke nasi kerabu ke kena lah pantang jugak sebab ada bunga kantan dalam tu. lagi satu orang kata sebab laksa tu sendiri kena masak dua kali. itu yang tak boleh makan. orang tua-tua lah yang kata ni. benda kalau masak dua kali atau perangat (dipanaskan balik) tak boleh makan. 

Mee

konon ingat mee boleh lah makan dah. saya try masa uwais 4 bulan lebih ke 6 bulan lebih ntah tak ingat. elok je makan mee. malam tu terus sakit-sakit badan sakit urat. padahal rasa sikittttt je pun.

Kangkung dan Kacang Panjang

oder nasi goreng kampung yang terlupa dalam tu mestilah ada dua sayur utama tu kan. tak tunggu lama. elok je beberapa jam terus demam urat. yang ini memang pantang yang paling utama kena saya ingat kemudian hari. paling berbisa untuk seorang ummi uwais huuu

Tembikai Susu

saya tatau yang tembikai susu lagi berbisa dari tembikai merah. opismate tegur masa nampak saya makan buah ni. dia kata tembikai susu ni bisa. tapi dah termakan kan. sengih jela. esoknya tu dah mula sakit urat dekat belakang. besoknya mengadu dekat dia. dia kata "semalam makan ape?" nguuuu tatahan jugak rupanya ye.

merasa jugak istilah 'gemuk' satu masa dulu tu huuuu

seingat saya empat ni jela yang paling saya tatahan. yang lain alhamdulilah bila cuba takde mudarat pada diri. sebab tu selalu saya pesan kawan-kawan dengan adik-adik. kita kena try sikit dulu, baru kita tau apa yang kita tatahan. sebab darah dalam badan kita tak sama. ada orang yang boleh ini, ada yang tak boleh itu. try dan error lah ye :)

tapi semua yang diatas saya makan sekarang ni. haaaa tak lama pun kan kena pantang. pejam celik pejam celik dahhhhh boleh pulun makan balik kihkihkih :p tapi macam entry lepas. cara pantang ni tak sama. ikutlah pada kemampuan dan amalan masing-masing ye tak ;)

18 comments:

neesa_jun said...

Waa...sy xpantang da..adeh..takut plak ada effect blakang hari..msa balik kedah,baby br 8bln..selamba ja mkn laksa.ipar ada tnya xpantang ka.huhuhu...nk mkn laksa piau kedah pnya psl..

QasehnyaRania said...

kiraaaaa..
hampir nak up dah entri tajuk yg sama.
baru nak tnya pendapat.hahaha
sudahnya masuk dalam draft.
penyakit M melanda.taip taip. pastu simpan dalam draft adoi..

ciksu masih pantang ais, laksa, mee kuning, buah n sayur sejuk ..

QasehnyaRania said...

oh ya.
smlam pergi care4 skali nmpak tembikai merah.ya Allah.pejam celik je tgk.skrg kn musim panas.

mk ciksu n mak mertua kata dh blh mkn mee kuning tp ciksu x mo sbb tahu badan ni mcm mna. sbb dh pernah kena dlu masa lps berurut sblm pegnant yg ciksu tau kes jtuh moto tu.

kangkung, pucuk paku perghhh lg x berani.

juicy X said...

WAAAAAAAAA BESAQ JUGAK PERUT AMPA WUUUU


MAK KAMI MMG TEGAS BAB PANTANG NI HUHU.UTK KEBAIKAN MASA HADAPAN :)

Nieyl said...

Singgah tengah hari...
kakak ipar nieyl dia kate pantang 100 hari..

cik Anggur said...

time skrg la kena jaga bebetul...mcm akk nie kalo tgk nya mmg tak de pantang lgsg semua akk mkn CUMA bukan semua main bedal...mcm kacang pnjg kacag tanah semu atu kalo time rasa ckit tu pn dh rasa semacam je bdn mmg pantang terus la tak mkn....klo yg boleh mkn mmg akk mkn tp makan brpada2

Z@i Z@mR33 said...

bgusnya...

akak smua jenis mknn x pantang kecuali ikan terubuk sbb org tua2 kata bahaya utk org czer.
akak start x pntang ms 2 bln.sepupu kwen wt kerabu pucuk paku.mak mertua suruh rs ckit tp akak balun blmbak2...Alhamdulillah xda sakit demam...fuhhhhhh...lega

aizamia3 said...

Dalam pantang memang jaga baik.. sebab badan nak guna sepanjang hayat.. tapi akak ada sakit pinggang disebabkan aktif bersukan zaman sekolah dulu.. kesannya nampak ketara lepas bersalinkan dak Nuha..

eima said...

TU LA IKUT BDN JUGAK .... TP DAH ALANG2 PANTANG ..PANTANG BETUI2

hainom OKje said...

Yang laksa tu mmg ramai org kata kena pantang. Ingatkan laksa dia tu Kiera..... rupanya bunga kantan tu yeh, batu tau hihi.....
Yg lain okje tak ingat tp mee tu pernah makan dlm hari ..teringin punya pasal.

alya said...

kato org tua2 berpantang bukan utk hari ni tapi utk masa akan datang nanti umur 40 baru ada terasa kesannya..

afzalsukasuki said...

orang tua2 kata air tebu pun tak boleh sebab tajam dan air kelapa boleh buat urat kembang.

Hmm tak tau la sebab afzal pon sibuk berpantang sekarang ni pasal kaki

CikSiti said...

comeinyer mummy..
kiraaa saya baru tau ampang jajar kat mana ha ha..tapi xpernah sampai lagi.saya ni buta jalan sikit huhu

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam kira,
sob3
terasa iols part uols kata umor 30++ tu :P
akak ni dedolu pantang nengok mesti kena makan
tu yang sekarang ni badan sensitp he3
redha jer la

ummi aqilah (LM) said...

Bab tembikai susu apa smua tu akk blh je. Tp dlm pantang mmg mak tak bg akk mkn nasi sejuk( nasik semalam walau dh buat nasi goreng ke apa) . Bila baca psl laksa tu logik gak.

Tp tu lah.. Ikut atas badan. Ada yg tahan ada yg x tahan

ummi aqilah (LM) said...

Eh.. Dlm pantang akk x ngap pun tembikai susu. Huwaaa( maksud akk abis 44 hari tu klu mkn ok je kot bdn akk takat yg lepas2.. Yg ke lima ni tak tau la).

Kangkung tu sejuk mmg akk x berani sgt.

aryan azra said...

memang masa dlm pantang tu ada makanan yg akak rasa juga untuk tahu kita sesuai tak,ada yg kata ayam depa tak makan sebab gatai,tp akak boleh je makan...

lepas pantang memang laksa akak tak makan juga,ada yg kata tak bole tp akak pun taktau kenapa sekarang baru tau,ada yg kata boleh je makan tapi akak tak berani juga

Pinkdaisy (Cik Lyn) said...

sebenarnya kita ni sebok berpantang bagai... 44 hari,60 hari, 100 hari lagi hebat. tp kita sepatutnya berpantang dan mengambil menu sihat ni sepanjang masa. apa yg kita mkn menentukan tahap kesihatan pd 20 tahun akn datang. kalau time ank dara pun gile dok mkn ais,mkn sejuk2, time period balun nenas,tebu,tembikai, then time bersalin nk beria ria pantang...sama je belum tua pun dh sakit2 badan kak oii.. moral of the story, sentiasa amalkan makan dan cara hidup sihat sepanjang masa..

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...