Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

27 March 2013

Waktu Bila Sepatutnya Bukak Buku Pink?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

mungkin bagi para ibu khususnya yang baru hamil anak pertama tertanya-tanya dan confuse bila sepatutnya nak bukak buku pink atau buku kesihatan ibu mengandung tue. ada sesetengah pendapat yang kata tak payah terlalu awal bukak nanti kena berulang ke klinik banyak kali sangat dan jadi remeh bila nurse pantau setiap kali kita terlewat ke klinik.

macam kemarin masa saya ke klinik, sementara tunggu nurse rekodkan waktu bila saya kena jumpa dokte. ada sorang bakal ibu tue ditegur dokte "kenapa lewat sangat bukak buku? awak tatau awak dah lama hamil?" dan apa yang jadi lepas tue saya tatau sebab urusan saya dah selesai :D macam saya sebelum buat tue. banyak pendapat yang kata tak payah buat buku awal sangat, kenapa nak scan kandungan awal sangat, dan macam-macam lagi sampai suami sendiri pun naik berang. diorang ingatkan kami terlampau teruja sebab nie anak first. saya boleh nampak macam mana suami tahan sabar masa sorang makcik tue cakap macam-macam kat klinik dulu. mujurlah dia bukan jenis yang cepat meletup kat situ, kalau tidak parah!!!

nasihat dan pendapat saya nak bukak buku pink jangan lewat sangat. dalam usia kandungan dua bulan pun dah boleh buat buku. macam saya dulu ingatkan dah 10 minggu nak pegi buat tapi 3 bulan baru dapat buat sebab kekangan masa dan tergedik-gedik nak tunggu hari yang suami cuti baru nak buat, yela anak first mestilah nak suami ada kat sisi teman isteri dia nie :p

kenapa tak boleh lewat sangat bukak buku pink? sebab setiap orang punya sejarah kesihatan yang berbeza. semua orang tak sama kondisi kandungannya. bagi yang takde masalah takpe la kan. tapi kita sendiri tatau dan tak boleh menilai dengan mata kasar macam mana kondisi kesihatan kita. benda dalam perut dan dalam badan nie boleh ke nak tau keadaan dia macam mana kalau bukan pihak klinik senidri yang buat ujian?

macam saya sendiri bila dah bukak buku dan dah dibuat ujian darah baru la tau rupanya saya kekurangan darah. yang kalau tak dipantau akan bahayakan baby dalam kandungan. cuba kalau lagi lambat bukak buku mesti lagi lambat tau dan lagi lambattttt la masalah nie nak settel dan macam mana dengan keadaan anak saya yang kat dalam nie? scan awal kami buat dulu untuk tengok keadaan rahim saya dan dia selamat atau tak duduk kat dalam tue. dan keadaan jantung anak kami. dokte pakar tue sendiri sahkan kena scan awal untuk tau keadaan rahim dan kantung bayi selamat atau tidak untuk bayi. kalau ada masalah boleh la masalah tue diselesaikan seawalnya kan.

apa yang perlu ada bila nak bukak buku pink? ritu sebelum saya buat saya pun ada la google, macam-macam yang dia senarai. tapi masa saya buat. dia cuma suruh kita isi maklumat kat depan buku tue je. tak perlu bagi salinan ic atau salinan sijil nikah pun. cuma kena bawak pen sendiri takut pen yang pihak klinik bagi takde ink pulak hihihihi :p 

kat mana nak bukak buku pink? pergilah klinik kesihatan yang paling dekat dengan rumah awak. macam saya, ambik klinik yang terdekat dengan office sebab senang nak berulang kalau in case ada pape problem. sebenarnya lain negeri lain ragam. pape pun sebelum pegi buat buku call dan tanya pihak klinik terlibat untuk tau boleh atau tak kita bukak buku kat situ. tanya pendapat diorang kat mana sebenarnya yang kita boleh pergi.

macam kes saya. mulanya saya nak bukak buku dekat perak sebab orang kata nak bukak buku kat mana-mana pun boleh cuma nanti bila nak check up setiap bulan kita cuma maklum pada pihak klinik. bila saya call perak diorang tak bagi saya bukak kat sana dengan alasan "buat ape awak bukak buku kat sini, kalau awak nak check up kat kedah, nanti rekod kami kat sini kosong dan kami tetap tak boleh melawat awak sebab awak tinggal dan berkerja di kedah. cumanya bila dah dekat waktu awak nak bersalin dan awak balik ipoh awak boleh check dekat sini" haaa itulah ayat nurse masa saya tanya dulu.

dan kata nurse perak lagi bukak buku kat tempat yang saya nak lakukan check up setiap bulan. saya pun bukak la kat klinik simpang kuala, kedah. bila ke sana awalnya diorang tak bagi saya bukak kat situ sebab alamat saya lebih dekat dengan klinik kuala kedah. tapi saya pujuk jugak nurse tue dengan alasan rumah sewa dan office saya lebih dekat dengan klinik nie walaupun ikut alamat saya dah masuk dalam zon jagaan klinik kuala kedah sebab nanti nurse sana senang nak datang melawat dekat rumah. akhirnya nurse sana pun izinkan dengan syarat saya tetap daftar nama dekat klinik kuala kedah. kesah la kan? janji check up boleh kat sini.

bila saya daftar kat klinik kuala kedah diorang pulak pelik kenapa saya daftar kat situ sedangkan saya cuma ada dirumah sewa waktu malam hari berkerja. tetap jugak diorang tak boleh melawat saya. tapi sebab saya pun buat muka kerang busuk kat situ lepas terangkan apa yang nurse simpang kuala cakap akhirnya nurse kat kuala kedah akur dan cuma daftarkan nama saya kat sana dengan bertanda special case sebab saya cuma daftar je. nasihat saya seeloknya sebelum pegi call dulu supaya nanti takde la kita buang masa nak kesana sini kalau jadi pape hal nya kan. 


Alhamdulilah sedang seronok melalui pengalaman membawa si kecik kat dalam rahim nie :D cumanya kalau awak ada panel dengan mana-mana hospital swasta dan memang dah tau akan bersalin kat sana tak perlu kot bukak buku pink kat klinik kesihatan. prosedur untuk check di hospital swasta saya tatau la pulak sebab tak pernah ada pengalaman hihihi :D

14 comments:

Izwa Kamaruddin said...

layannnn :)

Zai Zamree said...

k.zai pon depa tnya xmo buka kt Byn Lps ka sbb dkt dgn opis....k.zai ckp xpa...sbb mmg dpt cuti utk pre-natal checkup

نورعيم said...

okeyy kita nk bkk buku pink jgk.. muahahah.

Tengkubutang said...

haii..

done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee..

http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

OKje said...

Tak ingat bila pulak OKje bukak Kiera...tapi yg pasti okje gi klinik swasta dulu dah masuk 7 bulan baru daftar kat hospital mana yg kita nak bersalin tu

Ain Norainsyah said...

Huhuhu.. prosedur orang mengandung, satu pun ain tak tau. memang clueless sangat. :D

btw, semoga sihat selalu ye kak. :)

seharum kasturi said...

assalamualaikum ... betul . yg ptg call dulu n tanya . jadi senang nak wat keputusan n settle problem .

ILANI said...

Assalamualaikum.

Salam perkenalan. Menarik info ni.

Saya juga nak share pasal buka buku merah ni. Seeloknya daftar masa kita dah disahkan positif mengandung. Sebab kalau apa2 jadi pada kandungan, at least kita ada rekod. Keguguran ke apa kan?
salam perkenalan.

ilani
Blog : www.cancanmali.blogspot.com
Facebook: https://www.facebook.com/norilani
FB Page : https://www.facebook.com/weallsihat

jemput la jalan2 ke blog saya

Unknown said...

Saya pernah dengar dari kawan yg kandungan kedua kena bawa buku merah kandungan pertama,betul ke?

Unknown said...

Betul ke jika gandungan kedua kena bawa buku gandungan yg pertama bila check up untuk gandungan kedua??

mama wana said...

assalamualaikum, tq atas perkongsian ni. tak pernah buat buku pink kat klinik kesihatan sbb sebelum ni check up kat hospital universiti.

nini said...

Erkkk saya belum bukak sebab rasa awal sangat lagi...hihihi

adam said...

Wife pun baru buat buku merah semalam kat klinik desa. Walaupun luar kawasan klinik desa tetap terima. Atas dasar tumpang check up. Jururawat sana still advice Wife buat buku merah kat KKM yg sepatutnya di lingkungan tempat tinggal. Sebabnya jururawat klinik desa takkan datang melawat apabila bersalin. ‪‪

wanted88 said...

wah terima kasih atas info. jemput ke laman web
Buku Pink

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...