BERSIAP SEDIA UNTUK RAYA DARI KESELESAAN RUMAH ANDA
KUALA LUMPUR, 12 MEI 2020 – Ingin
dapatkan tawaran Raya terbaik? Raya Bersama Shopee mempunyai segalanya.
Berlangsung dari sekarang hingga 26 Mei 2020, kempen ini menawarkan tawaran
hebat untuk keperluan harian, peralatan rumah, baju Raya dan banyak lagi untuk
persiapan Raya anda. Lebih baik lagi, anda boleh bersiap-sedia untuk Raya dari
keselesaan rumah anda:
●
Dapatkan lebih
melalui wang Ringgit anda dengan pelbagai
barang keperluan harian dari serendah
RM10 dan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM19;
●
Nikmati lebih banyak
penjimatan dengan diskaun hingga 80%, tawaran RM1 untuk produk-produk kegemaran
dan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum yang diturunkan kepada
RM10 dari 12 tengah malam hingga 2 pagi semasa Pesta Jualan Raya pada 14
dan 15 Mei;
●
Rindukan bazar
Ramadan? Layari Selangor E-Bazar Raya untuk dapatkan juadah Raya kegemaran anda
dan lain-lain. Walaupun anda tidak dapat menikmati bau kepak ayam bakar atau
murtabak kambing, e-bazar ini harus dikunjungi.
●
Dapatkan ayam,
daging lembu, sayur-sayuran dan buah-buahan seperti kubis, mangga, tembikai
serta cili, dan makanan laut segar beku seperti Kembong, Tongkol, dan Selar
dari segmen hasil segar dan beku
Shopee tanpa meninggalkan rumah.
●
Skuad Selebriti
Shopee mengalu-alukan ahli terbaharunya, Neelofa! Kunjungi kedai rasmi Naelofar
untuk Koleksi Raya 2020. Dapatkan inspirasi dan ketahui trend terkini untuk
tampil bergaya Raya ini dari Style by Shopee.
●
Kadangkala,
persiapan untuk Raya agak memenatkan. Perlukan satu lokasi utama untuk
mendapatkan segala keperluan Raya? Ciri terbaharu Shopee, Salam by Shopee,
mempunyai koleksi produk terbaharu dari pelbagai kategori seperti peralatan
solat, produk kosmetik mesra wuduk dan fesyen muslimah di Koleksi Terkini;
hidangan Raya lazat serta ramuan masakan di Resipi Raya; jenama dan produk yang
disahkan halal hanya di Pilihan Halal; peringatan masuknya waktu solat melalui
fungsi Azan dan juga baucar hebat di Baucar Terhad yang memberikan tawaran
lebih hebat.
Walaupun tahun ini sambutan Raya agak berlainan, Shopee tetap
membawakan hiburan dan kegembiraan Hari Raya kepada anda untuk dinikmati
bersama seisi keluarga di rumah:
●
Shopee Live: Tontoni kandungan menarik yang direka khas buat pengguna seperti
program makanan, sesi senaman oleh pakar kecergasan, dan ulasan produk serta
kandungan lain yang berkaitan dengan penonton Muslim termasuk kelas membaca
Al-Quran.
●
Shopee
Games: Hafal
pergerakan tarian di Joget Shopee; tangkap kuih-muih di Shopee Tangkap dan
berseronok dengan permainan kegemaran ramai Goyang Shopee, Shopee Throw, Lucky Raya
dan One or Not untuk memenangi syiling Shopee, baucar dan juga televisyen
43 inci.
●
Duit Raya:
Meskipun keadaan kini menyukarkan kita untuk memberikan Duit Raya kepada ahli
keluarga tersayang, Shopee telah mencipta cara yang seronok, selamat dan mudah
untuk pengguna memberikan e-Duit Raya melalui e-dompet ShopeePay.
Walaupun aktiviti kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara atau rakan
kurang digalakkan, berikan kejutan kepada ahli keluarga atau rakan anda dengan
mengirimkan hadiah Raya kepada mereka. Koleksi Tradisi Muhibbah Eid Signature Market mengandungi produk
sihat seperti kurma Mariami dan Healthy
Nut Mix yang sesuai dijadikan
hadiah istimewa; ia boleh didapati dengan harga eksklusif di Shopee dari 14 hingga 18 Mei.
Lindungi diri anda dengan pelan insurans oleh Great Eastern Takaful di
Shopee. HospeeFamily ialah pelan perlindungan 3 bulan yang memberikan
manfaat bagi kemasukan hospital disebabkan oleh penyakit atau kecederaan dan
sejumlah manfaat kematian akibat kemalangan sebagai penumpang di dalam
kenderaan persendirian atau awam. Manfaat yang sama turut diberikan kepada
hingga 2 orang ahli keluarga terdekat.
Kempen Raya Bersama Shopee disokong oleh jenama kegemaran rakyat
Malaysia - Nestle, Nestle Nutrition, P&G, Unilever, Enfagrow, Friso Gold,
Pediasure, Vinda, L’Oreal, Wipro Unza, Mentholatum, Beiersdorf, Elianware, Mr
DIY, Photobook Malaysia, Arctic Hunter, realme, Black Shark, Skechers,
Bagstation, Voir, Carlo Rino dan Lim Tayar.
-TAMAT-
Mengenai Shopee
Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia
Tenggara dan Taiwan. Shopee dilancarkan di 7 pasaran pada tahun 2015 untuk
menghubungkan pengguna, penjual, dan perniagaan di rantau ini.
Shopee menawarkan pengalaman yang mudah,
selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Ia
menawarkan pilihan produk yang luas, disokong oleh pembayaran dan logistik
bersepadu, serta ciri-ciri hiburan popular yang disesuaikan untuk setiap
pasaran. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di
rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan berjaya
dalam e-dagang.
Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited
(NYSE:SE), sebuah syarikat internet pengguna global terkemuka. Selain daripada
Shopee, perniagaan teras Sea termasuk bahagian hiburan digital, Garena, dan
bahagian perkhidmatan kewangan digital, SeaMoney. Misi Sea adalah untuk
menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan
teknologi.