Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

14 December 2022

KDrama Review | Another Miss Oh

 Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera



Title: Another Miss Oh

Cast: Eric Mun as Park Do-kyung, 

Seo Hyun-jin as Oh Hae-young (just/"그냥"),  

Jeon Hye-bin as Oh Hae-young (pretty)

Genre: Romantic Comedy Drama

Released: June 2016


Tengok kdrama ni baru tau rupanya ada sound man dalam setiap drama/filem. Bunyi makanan, bunyi kuda berlari, bunyi angin waima apa bunyi sekalipun kecuali suara semuanya 'dibuat' dari sound man. Ingatkan selama ni ada mic dekat setiap benda2 tu semua nak bagi ada bunyi kihkihkih. 


Seronok cerita ni. Ada dua perempuan dengan dua nama yang sama tapi selalunya yang baik2 akan dapat dekat Hae Young yang cantik la. Yang tak elok yang perit dapat dekat Hae Young yang tak berapa segak tapi sebenarnya cantik je. Disebakan salah faham orang sekeliling yang membuatkan Hae Young yang 'cuma cantik' selalu disalah ertikan.



Satu watak Do Kyung (male lead) yang saya suka. Dia pendiam tapi pendiam dia berisi dan tunjukkan romantic dalam diam. Perempuan yang dia suka je akan rasa dan nampak kasih sayang dia tu. Disebabkan sikap selamba dan buat ikut suka tanpa control 'Just' Hae Young buatkan Do Kyung selesa. 


Banyak salah faham yang berlaku dalam drama ni. Tapi semuanya diselesaikan dengan cara tersendiri. Banyak emosi tapi relax je layan. Another kdrama yang menarik untuk tengok dari awal episod sampai habis. Worth it



Another Miss Oh

05 December 2022

Kdrama Review | Was It Love

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



 Tajuk/Title : Was It Love

Release: 2020

Production companies: JTBC Studios


Main cast: Song Ji-Hyo, So Ho-Jun, Koo Ja-Sung, Song Jong-Ho, Kim Min-Joon, Kim Da-Som


Gentle cakap tengok drama ni sebab Ji Hyo je. Fav Unnie sis dari running man lagi. Running man memang sampai sekarang follow. Reason terkuat adalah kerana Ji Hyo masih ada dalam RM. Tapi biasa drama Ji Hyo ni tak mengecewakan. Ada 4 Male led, actor, guru, producer, ketua gangsters dan sorang Lady led. Watak paling sis suka watak ketua gangsters lah. 😂😂 Antara 4 oppa salah  sorang ni ayah kepada anak Noh Ae Jung(Ji Hyo). Dia tatau pun dia ada anak dengan Ae Jung. Base cerita ni macam mana payahnya seorang director nak naik dari bawah. Nak cast pelakon, cari penulis drama, cari funder.

 

 Dalam pada masa yang sama ibu tunggal nak tanggung nafkah anak dan juga pandangan hina orang sekeliling sebab anak dia takda ayah dan dia takda suami.

 

Ofcoz la kan 4 oppa tu semua jatuh cinta dengan Ae Jung. Semua nak buat yang terbaik dan tolong Ae Jung. Tapi biasa perempuan ada anak ni fokus dia bukan nak cari teman hidup lagi dah. Fokus dan besarkan anak nak bagi anak bahagia je. Tapi takkan tak seronok dikeliling oppa segak2 mai jaga bagi kasih sayang dan perhatian 🤣.  Yang setia dan tak letih memberi cinta dan perhatian . siapa dia? pergi tengok dekat netflix. 🤪 Taklah lama sangat cerita ni. Final episode September 2020.


Was It Love?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...