Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

29 December 2023

Shopee Live Membolehkan Penjual Keropok Lekor dari Terengganu Memiliki Rumah Sendiri Keropok Mfaizz Mempopularkan ‘Packing Secara Live’

 Shopee Live Membolehkan Penjual Keropok Lekor dari Terengganu Memiliki Rumah Sendiri 

Keropok Mfaizz Mempopularkan ‘Packing Secara Live’

KUALA LUMPUR, 28 Disember 2023 – Muhammad Faizz bin Pausan Arif dari Terengganu, pemilik dan pengusaha Keropok Mfaizz, adalah salah seorang penjual terbaik Shopee Live luar bandar yang telah memecah rekod dengan lebih RM500,000 keropok lekor terjual dalam masa tiga bulan. Setiap jam 8 pagi di Shopee Live, beliau merupakan penjual yang ditunggu-tunggu penonton untuk mereka menyaksikan Muhammad Faizz membungkus keropok untuk penghantaran segera dalam siri ‘Packing Secara Live’ beliau. 




“Saya amat gembira kerana Shopee Live telah mengubah hidup saya - sebelum ini, saya tinggal bersama ibu saya dan jualan saya terhad dengan pelanggan yang boleh datang ke kedai luar talian saya. Dengan Shopee Live, saya berjaya membina rumah sendiri, memiliki aset sendiri, dan sekarang saya mampu untuk menanggung keluarga saya,” kata Muhammad Faizz yang kini memiliki kilang sendiri dan memproses 1 tan daging ikan setiap hari. Terkini, beliau sedang merancang untuk menambah kapasiti pengeluaran tambahan untuk memenuhi permintaan pelanggan strim langsung.   




Pengajaran terbesar beliau: isi kandungan adalah amat penting. “Berdasarkan pengalaman saya, penonton mudah bosan dengan jenis isi kandungan yang sama, jadi saya selalu mencuba cara baharu untuk meningkatkan keterlibatan mereka. Saya pernah buat isi kandungan secara langsung tentang bagaimana untuk membuat keropok, dan saya menerima sambutan yang sangat memberangsangkan… sebelum jumlah tonton menurun. Kemudian, saya buat promo beli lima bungkusan keropok lekor dan dapatkan sos cili buatan sendiri percuma, tetapi jualan masih kurang memberangsangkan. Apabila saya cuma buat kandungan dengan hanya menunjuk produk yang saya ada, saya kehilangan penonton dan jualan. Setelah saya membuat kandungan ‘Packing secara Live’ saya memecah rekod jualan ketika 11.11 baru-baru ini kerana pelanggan suka melihat produk mereka dibungkus secara langsung dan bersedia untuk dihantar. Saya sentiasa mencari idea baharu untuk membuat isi kandungan baharu.’


Muhammad Faizz menjelaskan beliau lebih menonjol daripada penjual strim langsung yang lain dengan memilih slot 8 pagi di Shopee Live: “Rakyat Malaysia suka makan keropok lekor yang segar, jadi saya tunjuk penonton di waktu pagi bagaimana saya campur 20kg daging ikan selayang tanpa tulang dengan 10kg tepung sagu, kemudian goreng dengan ramuan sedap lain secara langsung sehingga ianya separuh masak, dan kemudian saya pek vakum bungkusan untuk kurier mengambilnya pada waktu tengah hari. Apabila pelanggan menerima bungkusan dalam masa dua hari, mereka boleh menggorengnya sekali lagi untuk makan.” 


Kebanyakan pesaing Muhammad Faizz di Terengganu merupakan penjual keropok luar talian yang terpaksa menunggu sehingga waktu cuti sekolah untuk melihat hasil jualan yang lebih memberangsangkan. Tetapi Muhammad Faizz memilih untuk jual dalam talian dan telah menjual lebih 18,000 pesanan kepada pelanggan seluruh negara, kebanyakannya dari Selangor dan Johor sejak menyertai Shopee Live pada Mac 2023. Yakin dengan platform dalam talian, Muhammad Faizz beraspirasi untuk pergi lebih jauh dan menjadi peniaga keropok dalam talian terbaik di Malaysia. 


“Dengan jumlah trafik yang pesat dan kadar pertukaran aktiviti pembelian yang tinggi, saya boleh jimat kos pemasaran di Shopee Live. Rancangan saya adalah untuk tambah sesi Shopee Live, tambah kapasiti pengeluaran dan mesin jadi saya boleh berstrim langsung dengan lebih lama, dan mengambil hos yang boleh mengganti saya bila perlu.” 






Kejayaan Muhammad Faizz terbukti memberi manfaat kepada komuniti tempatan. Beliau mendapat bekalan daging ikan dari nelayan di Terengganu untuk membuat keropok lekor, keropok ikan putih dan keropok segera. Terkini, beliau telah mengambil 25 pekerja dari komuniti beliau untuk membantu proses pengeluaran dan pembungkusan, dan turut motivasi empat adik-beradiknya (yang juga penjual keropok) untuk meniaga dalam talian. 


10 December 2023

Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi Menawarkan Hadiah dan Ganjaran Eksklusif

 Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi Menawarkan Hadiah dan Ganjaran Eksklusif

Jangan Lepaskan Peluang: Penghantaran Percuma, Tol Percuma,  dan Tawaran Super Seringgit




KUALA LUMPUR, 8 DISEMBER 2023 - Bersiap sedia untuk ‘grand finale’ ekstravaganza membeli-belah tahun ini! Daripada 1 sehingga 15 Disember, Shopee melangsungkan 12.12 Jualan Hari Jadi. Kempen ini menjanjikan promo terhangat, permainan menarik, dan hadiah hebat. Tambahan lagi, nikmati penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum yang sememangnya tidak boleh dilepaskan! 


Penghantaran PERCUMA tanpa perbelanjaan minimum! 

Alami pengalaman membeli-belah tanpa risau di Shopee, platform yang dituju untuk baucar penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum yang boleh ditebus setiap hari pada 12 pagi. Nikmatti penghantaran percuma setiap hari sehingga 15 Disember untuk memaksimakan penjimatan anda. 



Rancangan Permainan Roda Shopee di Shopee Live: Peluang untuk Menang Tol Percuma

Rancangan permainan Roda Shopee di Shopee Live dihoskan oleh Datuk Aznil Hj Nawawi dan membawakan barisan selebriti seperti Faezah Elai, Zara Zya, Zarina Anjoulie, Zoey Rahman, dan ramai lagi. Shopee telah bekerjasama dengan Touch 'n Go untuk menawarkan pejalanan bebas tol selama satu tahun. Untuk menyertai Roda Shopee, pengguna perlu menebus kod unik dari laman utama peraduan dan melengkapkan satu ‘checkout’ strim langsung untuk layak disenaraikan sebagai pengguna bertuah terpilih untuk memutar roda dan berpeluang menang pelbagai hadiah termasuk hadiah utama 1 Tahun Tol Percuma. 


Dapatkan Produk Pada RM1 dengan 12PM Super Seringgit Deals!

Tawaran menakjubkan dan produk berjenama serendah RM1 dengan 12PM Super Seringgit Deals! Inilah peluang anda untuk menikmati pengalaman membeli-belah lain dari yang lain, dengan penjimatan hebat. Jangan ketinggalan, tambahkan ke ‘cart’ sekarang dan ‘check out’ pada 12 tengah hari! 


Baucar Menawan Sepanjang Hari: Diskaun sehingga 50% dan Pulangan Tunai 

Shopee Live pastinya meriah dengan keseronokan sepanjang hari di mana pengguna

boleh menebus baucar diskaun sehingga 50% untuk mereka membeli-belah di Shopee Live. Pengguna terpilih bakal menerima baucar tambahan eksklusif pada sesi 8 malam, dengan Coins Cashback 15% dan Rebate NOW dari penjual Cashback. 

Buru Berlian dan Baucar: Shopee Birthday Quest Dilancarkan! 

Mari benamkan diri anda dengan Shopee Birthday Quest, di mana setiap hari anda boleh buru berlian yang boleh ditukar kepada baucar eksklusif sehingga RM100, menjadikan rutin anda

kepada pengembaraan yang memberikan ganjaran pada 12 Disember. Untuk pembeli yang mahir, jangan ketinggalan bermain Voucher Scrabble semasa rancangan permainan Roda Shopee pada 8 malam di Shopee Live. Kumpulkan kod baucar eksklusif untuk dua rebat dan sertai 12.12 Birthday Voucher Hunt untuk mendedahkan kata kunci tersorok untuk empat baucar waktu terhad. Dengan kedua-dua promosi ini menawarkan pelbagai baucar, anda boleh memaksimumkan penjimatan dan nikmati perbelanjaan hebat pada 12.12! 

Berbelanja Lebih, Berjimat Lebih: Lebih Banyak Baucar ditawarkan pada hari Kemuncak!

Pada hari kemuncak festival pada 12 Disember, Shopee tambah keseronokan terhadap pengalaman membeli-belah anda! Belanja minimum RM250 dan baucar tambahan RM50 menunggu anda untuk digunakan semasa jualan lanjutan istimewa 3 hari dari 13 - 15 Disember. 


Nikmati Keistimewaan Sebagai Ahli: Harga Eksklusif dan Banyak Lagi! 

Dunia dengan keistimewaan eksklusif dan ganjaran hebat menanti anda apabila anda menjadi Ahli Jenama Shopee Mall terhadap kedai rasmi terpilih! Nikmati produk istimewa untuk ahli, harga eksklusif, tebus baucar dan hadiah, dan kumpul ‘points’ dengan setiap pembelian. Sertai sekarang dan tingkatkan pengalaman membeli-belah anda! 


Temui Elegan dengan Shopee Premium!

Pasti terpikat dengan koleksi unggul dan dipilih khusus secara teliti daripada barisan jenama premium daripada barisan jenama terunggul dari Dyson, Habib, Kiehl's, L'Occitane, Laneige, Pandora, Paula's Choice, Philosophy, Ray-Ban, dan banyak lagi. 


Jadi, tandakan kalendar anda dan tetapkan peringatan untuk membeli-belah! 12.12 Jualan Hari Jadi disokong oleh jenama terunggul termasuk 70mai, Abbott, Baseus, DESSINI, Kamatto, POLO HILL, Reckitt, Skechers, SKINTIFIC, SOME BY MI, TTRacing, XES Shoes, dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut, layari https://shopee.com.my/m/12-12 .


*Tertakluk kepada terma dan syarat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...