Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
start bulan Julai tahun ni kot saya dah mula buatkan bekal untuk suami. kisahnya suami dah bertukar tempat kerja. dan kantin tempat kerja baru ni makanan nya terhad dan menunya tak meriah. jadi kalau lambat keluar rehat tinggal lauk sikit sangat nak makan. nak makan pun jadi takde selera. makanya marilah menggesa diri menjadi isteri yang rajin bangun awal pagi sebelum subuh dan buatkan bekal suami. jenuh hari hari doa moga istiqomah buatkan bekal suami, yela ingat senang ke nak istiqomah bangun pagi pukul 5 lepas tu kalut nak bersiap ke ofis pulak. belum campur lagi nak berdrama dengan dua tentera kecik tu. banyak dugaan sebelum dapat nak start kereta ke ofis pffttt
Resepi Sambal Tumis Sotong
Bahan-Bahan :
Bawang Merah *
Bawang Putih *
Halia *
Bawang holland - hiris
Cili Giling
Air asam jawa
Kicap pekat mudim
Sotong
blend bahan bertanda *
Cara-caranya :
- tumis bahan bertanda * hinga perang kekuningan
- masukkan cili giling dan biar sehingga pecah minyak
- kemudian tuang air asam jawa dan tuang sedikit kicap pekat. saya pakai kicap pekat mudim, dan saya tak tambah garam. biarkan kuah menjadi pekat
- masukkan hirisan bawang holland. perlahankan api dapur dan biar sambal masak diatas api. tips sambal tumis sedap. lagi lama masak lagi sedap sambal tu
- agak sambal dah masak elok. masukkan sotong dan gaul gaul. jangan biarkan sotong lama di atas api. takut sotong jadi liat nanti.
- matikan api dan boleh dihidang
1 comment:
salute kiera.. akak xkeje bangun pkl 6 pun dah kalut... hihihihi
Post a Comment