Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

03 June 2018

Maslow Motivation Theory | Ummi Level Ke Berapa?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


semalam belajar pasal Maslow Motivation Theory ni haaaa. rasa macam best pulak nak share dengan korang ekekeke. mohon bertabah selama dua tahun separuh ini. ummi akan seronok share pasal belajar sambil sambil share pasal dua mami monster tu :p tu pun post entry kalau line internet kuat. streamyx tak masuk lagi lepas pindah rumah hari tu. bertabah lah engkau. dah la assignment banyak nak kena pakai internet ni haaaa.

ok berbalik pada tajuk asal. piramid tu apa yang akan kita achieve satu masa nanti. mengikut kata lecturer setiap level tu pun ikut peringkat umur kita jugak. dan bagi saya sendiri saya dah lepas level physiological needs, Belongingness and love needs dan safety needs. dan sekarang sedang mencapat level Esteem needs. mudah2an Allah permudahkan perjalanan kisah hidup seorang ummi double F.U aminnnn.

untuk peringkat bawah physiological needs dah dapat sejak mula lahir kat dunia ni dulu. alhamdulilah mama papa jaga elok. bagi makan pakai sampai lah sekarang dah pandai cari semua tu sendiri dan dapat dengan sempurnya.

safety needs pun alhamdulilah dah dapat. ada rumah, ada kereta motor sendiri. rasa selamat tapi mudah2an negara kita selamat lah sampai bebila tanpa ada peperangan atau apa2 yang memudaratkan. aminnn

Belongingness and love needs pun alhamdulilah dah dapat. ada keluarga yang harmoni bahagia. ada suami, anak-anak, kawan-kawan. alhamdulilah rasa sempurna. yela kalau duduk sorang-sorang dalam dunia tak ber relationship dengan sesiapa pun tak jadi apa. takde mau nya. sedangkan orang gila pun perlu berkomunikasi dengan orang lain untuk dia mengganggu :p hahahaha

Esteem needs sedang menuju untuk mencapainya. jauh lagi perjalanan hidup ni. tapi alhamdulilah semuanya sempurna. semuanya Allah atur elok dan indah. ala ujian tu memang la ada. tapi bila dah makin lama makin tinggi tahap ujian tu. sampai satu tahap rasa macam dah mangli dengan ujian. "ada la tu yang Dia sedia. dah Dia yang bagi ujian takkan lah Dia tak bagi jalan keluar" gituuuuuu

No comments:

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...