Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Hello geng. Sihat tak hari ni?
Jadi, merujuk kepada tajuk di atas, hari ni saya nak share sedikit
info mengenai pengangkutan dan kemudahan yang ada kat Malaysia ni. Since musim
cuti banyak, promo flight pun kerap muncul, mesti banyak kaki jalan yang dah
start book flight kan? Ada yang international, ada yang domestic. Tak kira la
mana-mana pun, mesti yang menjadi satu kerisauan macam mana nak ke airport. Nak
bawa kereta sendiri, kena fikir nak parking mana. Berapa pula charge parking
kat KLIA tu? Nak naik grab, boleh tahan juga mahal dia. Limited space pula bagi
yang nak ke airport lebih daripada 4 orang. Tak aapa. Jangan risau. Tak perlu
pening-pening untuk fikir pasal parking kereta semua. Saya cadangkan, ambil
sahaja KLIA Transit.
KLIA Transit ni merupakan satu pengangkutan awam yang disediakan
khas untuk mereka yang nak ke airport (KLIA/KLIA2). Train KLIA Transit ni akan
berhenti di beberapa station yang bermula dari KL Sentral > Bandar Tasik
Selatan > Putrajaya & Cyberjaya > Salak Tinggi > KLIA > KLIA2
Arrival. Boleh la pilih nak naik dari station mana. Ikut pengalaman saya,
saya pernah naik dari Putrajaya & Cyberjaya. Sangat mudah. Pembelian tiket
pula boleh dibeli dikaunter yang disediakan di setiap station. Tetapi untuk
mengelakkan kesesakan dan ingin tambang lebih murah, saya lebih suka melakukan
pembelian secara online di KLIA Transit Booking yang
disediakan oleh Traveloka ni. Salah satu kelebihannya ialah tak perlu beratur
panjang, ada promotion dan tiada hidden charge. Sistem bookingnya pun simple
dan tak memeningkan kepala. Sampai sahaja di station, terus boleh scan barcode
yang dapat dari pembelian, dan boleh tunggu train sampai. Simple macam beli
tiket wayang gitu.
Bagi train schedule pula boleh la check kat gambar yang saya
sediakan di bawah
So tak perlu la nak risau berkejar-kejar flight yea! Harga pun
berpatutan mengikut station yang disediakan. Korang pun tak perlu risau nak
tunggu lama sebab train ni akan sampai dalam masa setiap 15 minit je during
peak-hours.
Selain daripada tu, andai kata korang malas nak tunggu train atau
pergi ke station, jangan fikir panjang, korang boleh order online airport
taxi untuk terus hantar korang ke pintu gerbang airport tu. Yang ni
pun sama juga, dari Traveloka. Zaman dah maju, dah canggih, semua benda senang
je. Ni kira macam korang order Mcd Delivery la. Order online, terus sampai
depan pintu rumah. So yang ni, korang boleh book airport taxi dari website
Traveloka ni, isi butiran yang diperlukan, boleh terus bayar. Simple. Sampai
masa yang korang dah set tu, sampai la taxi tu depan pintu rumah korang. Untuk
tujuan pick-up, jangan risau sangat, sebab nanti yang nak datang pick-up tu
akan contact korang melalui phone/whatsapp. So deal je la dengan driver taxi
tu. Tak perlu bayar apa-apa charge tambahan dah masa dia pick-up tu. Sebab
semua dah setel masa korang booking online tadi. Korang cuma naik, terus sampai
ke destinasi yang ingin dituju.
Korang akan lalui proses yang sama juga kalau dari airport nak
balik rumah. Set masa, driver tu akan tunggu ikut deal yang dah dibuat. Yang
bestnya kalau flight delay pun, korang tak perlu risau sebab dia boleh tunggu
sampai flight korang landing. Jangan la dah sampai, korang layan maggi cup kat
kedai dalam tu pulak. Kejam oi. Sistem airport taxi ni juga available 24 hours.
Ikut la korang nak balik 3 pagi ke. 4 pagi ke. Tak ada hal. Yang penting
booking siap-siap. Bila dah book, senang nak plan perjalanan korang tu. Dari
segi keselamatan pun tak perlu risau sebab system dah ada record siapa driver
yang akan pick-up korang dari airport. Tak perlu la korang nak kena pening
layan driver taxi yang ramai-ramai tanya nak taxi atau tak masa keluar dari
airport tu. So apa tunggu lagi? Boleh la start survey tarikh cuti korang
tu.
Selamat bercuti semua!!
2 comments:
Senang bila dah ada macam2 kemudahan kat KLIA ni..
nak bercuti takdelah pening2.. hihi..
pernah naik KLIA transit ni..
I enjoy what you guys tend to be up too. Thhis sorft of clever work and
coverage! Keep up the suerb works guys I've included you uys to
my personal blogroll.
Post a Comment