Shopee laksanakan program vaksinasi untuk kakitangan di seluruh syarikat bagi melindungi para pekerja dan pembeli
Usaha diperkukuhkan bagi membantu rakyat Malaysia membeli-belah tanpa rasa bimbang menjelang 9.9 Hari Pembelian Hebat
KUALA LUMPUR, 17 Ogos 2021 - Dalam usaha meningkatkankomitmennya bagi memerangi Covid-19, Shopee hari ini telahmengumumkan penyertaannya dalam program vaksinasi sektorswasta agar kakitangan mereka mendapat vaksin sepenuhnya dan dilindungi daripada virus tersebut.
Shopee memaklumkan bahawa pihaknya telah memberi keutamaankepada petugas barisan hadapan daripada perkhidmatan logistiknya,Shopee Express, dan juga kakitangan yang bekerja di gudangmemandangkan mereka menghadapi risiko tertinggi dan berkemungkinan besar paling banyak berinteraksi dengan para pembeli.
Mengulas mengenai inisiatif ini, Terence Pang, Ketua PegawaiOperasi di Shopee berkata, “Kakitangan kami merupakan tulangbelakang organisasi ini. Keselamatan mereka, berserta keselamatanpara pengguna, adalah keutamaan kami terutamanya apabila wabakini terus memberi kesan kepada kehidupan rakyat Malaysia. Kami berusaha untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan warga kerjakami dengan lebih baik dari segi melawan Covid-19 melalui inisiatifini, dan pada masa yang sama menyumbang kepada matlamatnegara untuk mencapai imuniti kelompok."
Langkah ini juga merupakan sebahagian daripada jaminan Shopee kepada penggunanya dalam memberikan pengalaman membeli-belah atas talian yang lebih baik dan selamat dengankebergantungan terhadap e-dagang yang semakin meningkat. Pang berkongsi, “Usaha ini kini lebih penting dengan musim membeli-belah akhir tahun yang kian menjelang, yang sentiasa menjaditumpuan rakyat dan perniagaan-perniagaan di negara ini. Kami ingin memainkan peranan demi membantu semua orang membeli-belah tanpa rasa bimbang dan membantu perniagaan-perniagaantempatan menjual dengan lebih mudah dan yakin. 9.9 menandakanbermulanya musim membeli-belah dan saya berharap agar denganmenjadikan aktiviti pembelian dan penjualan lebih selamat, kami dapat membawa senyuman kepada lebih ramai rakyat Malaysia.”
Komitmen ini dilaksanakan menjelang 9.9 Hari Pembelian Hebatoleh platform e-dagang tersebut yang merupakan festival pertamadaripada empat festival membeli-belah akhir tahunnya.
9.9 Hari Pembelian Hebat yang akan datang, yang bakalberlangsung dari 20 Ogos hingga hari kemuncak pada 9 September, turut membawakan pelbagai tawaran istimewa kepada semuapenggunanya. Para pembeli boleh menikmati baucar PenghantaranPercuma dan baucar Pulangan Tunai Syling Shopee 99%, di mana kedua-duanya dapat dinikmati tanpa pembelanjaan minimum. Paling menarik sekali, para pengguna juga berpeluang memenangisebuah Mercedes-Benz baharu dengan mengambil bahagian dalampermainan Main & Menang Mercedes-Benz dengan mengumpultiket emas setiap hari.
Memandangkan tarikh 25 Ogos hampir tiba, Shopee juga akanmengadakan Ogos 25 Jualan Hari Gaji yang akan menampilkanRM25 Knockout Deals di mana para pembeli boleh mendapatkanbarangan seperti Samsung Galaxy A12, Estee Lauder Advanced Night Repair, kerusi permainan ergonomik Armaggeddon Shuttle II Premium PU Leather Ultimate Gaming Chair dan banyak lagi pada hanya RM25.
Selain daripada program vaksinasi untuk kakitangannya, Shopee telah berjuang dalam memerangi penularan pandemik ini sejakbermulanya Covid-19.
Shopee telah memperuntukkan 1 juta pek baucar Shopee bernilaiRM40 setiap satu menerusi kempen #ShopeeAjakVaksin untukmemberi ganjaran kepada penerima vaksin Covid-19 di pusatvaksinasi terpilih di seluruh negara, bagi mendorong orang ramaimenepati temu janji vaksinasi mereka. Pada tahun lepas, Shopee bersama dengan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) telahmengumpul kira-kira RM1 juta menerusi sebuah tabung bantuansumbangan orang ramai bagi menyokong petugas barisan hadapankesihatan negara.
Bagi komuniti perniagaan, Pang menyatakan bahawa platform e-dagang tersebut telah memperkenalkan Pakej Bantuan PeniagaShopee bernilai RM15 juta pada bulan April 2020 bagi membantuperniagaan-perniagaan tradisional yang menghadapi masalah alirantunai disebabkan oleh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan. “Berikutan itu, kami memperkenalkan Pakej Pembangunan Marketplace Shopee yang memberi manfaat baucar kedai dan kreditiklan hingga RM1,600 demi membantu penjual Shopee yang sediaada untuk berkembang di platform ini. Kedua-dua inisiatif ini bukansahaja mendorong digitalisasi PMKS tempatan tetapi juga mengurangkan kesan buruk daripada wabak ini terhadap perniagaanmereka."
Beliau menambah, selain itu Shopee juga membantu para penggunadengan menawarkan baucar penghantaran percuma melalui kempen"Stay Home, Stay Safe" untuk memberi rakyat Malaysia akseskepada barang keperluan seperti bahan makanan segar dan beku, bahan memasak, minuman, makanan ringan dan bijirin, susu formula, lampin, produk penjagaan diri, barang keperluan rumah, makanan haiwan peliharaan dan peralatan bagi melakukan kerja darirumah secara atas talian.
Beli-belah tanpa rasa bimbang pada 9.9 Hari Pembelian Hebat ini di https://shopee.com.my/m/99.
Shopee employees showing their vaccination shots on their arms and vaccination appointments on the MySejahtera app
No comments:
Post a Comment