Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

28 February 2022

Pengalaman EBM dengan 3 anak

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Disebabkan saya seorang ibu bekerja jadi dah terbiasa dengan uruskan EBM anak. Susah ke nak handle EBM? tengok pada kesungguhan sebenarnya. Kalau ada kesungguhan insyaAllah urusan tu kita rasa mudah je. Dan kalau dapat pengasuh yang nak uruskan EBM untuk anak dikira nikmat Allah yang tak boleh didustakan. Alhamdulilah saya dapat pengasuh yang boleh dan mahu uruskan EBM untuk anak anak. Dua anak saya duduk dengan pengasuh. Pengasuh lebih prefer EBM dari FM. Sebab dia sendiri akui bila anak susu EBM ni kurang nak boleh sakit tu. Selalunya sihat banyak dari sakit. Wallahualam, itu kata pengasuh mereka dahulu. Pengasuh Fateh Uwais dan Furqan Uqbah. Yang ketiga, Faiha Ulya bapak dia ngasuh dari keluar perut sampai sekarang dah tiga tahun jadi alhamdulilah takda masalah.


pam berjasa. Dari anak sulung sampai anak ke-3. Pam ke-4 beli lepas bebai 3kali beli pam tapi boleh sebulan sebulan je pakai. Kes bebai terus beli hat ni. Puas hati sampai 3 orang anak still boleh pakai. Cuma tukar aksesori je bukan sebab rosak tapi sebab nak naik berkulat kes susu flow back masuk dalam tiub.


sepanjang pengalaman EBM dengan anak anak ni. Tiga anak, tiga karenah yang berbeza. 


Yang sulung, Fateh Uwais

Hat ni paling mudah nak urus. Dia minum je EBM tu. Tak kisah la macam mana pun. Balik mesti habis semua susu dia. Susu pun ikut time. Badan pun tembun. Cuma rezeki dia ummi tak pandai nak banyakkan susu lagi. Jadi dia terpaksa campur susu masa awal 6 bulan. boleh dikatakan dalam 2 hari tu mesti akan susu FM sekali. Jenis kuat menyusu sama. Lepas 6 bulan baru tak campur FM, yela dah boleh makan pulak.


Nombor dua, Furqan Uqbah

Yang ni pening kepala. Susu banyak, melimpah ruah sampai terpaksa beli freezer sebab tak muat. Freezer pun tak muat sampai kena tanam susu yang stock lama sebab nak masuk stock baru pulak. Tapi..... dia tak berapa mau susu. reject susu EBM, reject jugak susu FM. Pening kepala. 

Rupanya dia tak nak frozen EBM dia cuma nak Chilled EBM. Susu yang hanya disimpan di dalam peti ais tanpa dibekukan. Esok nak minum panaskan dan terus minum. Habis!!! dia minum. Pulakkkk. Bila bagi chilled EBM barulah dia minum sampai habis. Susu yang hantar pengasuh hari2 pun habis. Makanya ke dalam tanah juga lah semua frozen EBM yang ada. Memang waktu tu kais semalam makan hari ni je konsep dia. Takda frozen dah. Freezer ummi pun jadi tempat letak barang basah jela.


Yang ketiga, Faiha Ulya

Yang ni pulak reject botol. Tatau la apa masalah dia. EBM taknak, FM taknak. Dia lebih sanggup tahan perut dari minum susu. Air masak je selalunya dia minum. Minum susu pun bila dah betul2 lapar. Suami yang mengasuh dia, waktu tu saya sambung belajar. Jadi ada masa balik awal, ada masa pukul 8 malam baru nak sampai rumah. Abi memang selalu bebai dengan dia. Dah perut lapar mestilah mengamuk tapi takmau minum susu.


Tapi nak jadi rezeki dia, saya extend satu sem masa lahirkan dia sampai la dia umur 6 bulan lebih. Jadi memang direct FM je. Masa semester 3 jela struggle rasanya, susah hati sebab dia takmau susu. Nak berulang habis kelas balik rumah pun tak boleh. Jauh kot Alor Setar-Merbok tu. 


Pertengahan semester 4 tak boleh masuk U, covid, PKP. Uitm start buat ODL sepanjang sem sampai la habis semester 5. Rezeki anak lagi sekali. Boleh direct FM. Membesarlah dia dengan susu ibu sahaja sampai 2 tahun lebih. 


Susah ke nak handle? Kalau ikut susah tu memang banyak ujian. Masa anak sulung dan kedua waktu tu kerja. Nak pam pun dekat meja sendiri sebab saya takda partner nak boleh ganti selalu. Pam jela di meja sendiri. Nasib kawan2 jenis memahami. Takda officemate jenis menggatal. Semua dah paham. 


Anak ketiga, bawak juga pam ke Uitm. Kalau petang sementara tunggu train, duduk surau KTM pam dulu siap2. Selalunya pam dekat Pusat Islam@Masjid Uitm. Simpan susu dalam peti ais Pusat Islam. Pesan dekat pakcik dan makcik cleaner yang bersihkan PI. Ini susu saya pam, saya tumpang dekat sini sementara habis kelas nanti balik saya ambik balik. Bukan takda adik adik student yang tengok masa pam tu. Tapi nak kisah apa. Beza umur saya dengan dorang 10 tahun. Usia mematangkan kehidupan. Haaa gitewwwwwww hihihihi

25 February 2022

Bangga Kejayaan Asyraf Khalid, Azizan Osman Dijemput Datuk K

 Tahun 2021 telah berlalu, kini tiba 2022. Satu demi satu kejayaan disaksikan kita semua. Malaysia telah ramai usahawan jutawan, termasuk Asyraf Khalid yang merupakan anak kepada Datuk K.


Tapi sayang salah faham, Asyraf Khalid usahawan jutawan bukan kerana Datuk K atau perniagaan Datuk K, tetapi Asyraf dan isterinya Tya telah membina sebuah perniagaan bersama iaitu Mutyara sejak mereka ingin mula berniaga. 


Dalam fasa mencari mentor, akhirnya bertemu dengan Azizan Osman, ketika itu jugalah mereka beroleh ilham untuk menghasilkan produk Mutyara. Sehinggalah ke hari ini, Mutyara berkembang di seluruh Malaysia.

Datuk K Berbangga Dengan Pencapaian Asyraf


Kisah 5 tahun lalu telah berlaku, perniagaan ada turun naiknya. Tetapi Alhamdulillah Asyraf telah dibimbing secara dekat oleh Richworks dalam program Titanium dan secara terus bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman, selaku pengasas RichWorks.


Kini, perniagaan yang dibina telah membuahkan hasil, bukan sahaja perniagaan, malah seluruh kehidupan mereka juga telah berubah. 



Asyraf Khalid yang dahulunya bukanlah seorang yang berjaya dan baik, sering kecewakan bapanya dan sangat nakal. Tetapi ajaran dari mentor usahawan ini tidak terhad kepada bisnes, sikap dan tindakan seseorang dalam kehidupan juga menjadi matlamat utama bimbingan RichWorks ini.


Datuk K telah mendedahkan bahawa Datuk Wira Dr Azizan Osman telah menyebabkan perubahan yang baik ini dalam hidup Asyraf.


Penghargaan Buat Azizan Osman Baru-Baru Ini



Betapa Datuk K melahirkan rasa penghargaan buat Mentor usahawan Asia ini dalam sebuah ucapannya semalam dalam Majlis Hari Lahirnya.  Datuk Wira Dr Azizan Osman turut dijemput ke Majlis Makan Malam ini.  


Perubahan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza ini amat menggembirakan mereka semua. Dari Asyraf sendiri, sebenarnya beliau telah lama ingin buktikan kepada bapanya, Datuk K akan kejayaan beliau. Dengan semangat juang dan ‘Big Why’ beliau iaitu untuk membanggakan bapanya, akhirnya telah tercapai.


"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik.”


"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.”



"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini.”


Kejayaan seseorang pasti akan hadir, yang penting usaha dan tindakan perlu bersungguh-sungguh. Video ucapan Datuk K ini telah ditonton ramai kira-kira 15,000 penonton hanya dalam beberapa jam sahaja setelah dimuat naik.<

>Setelah Datuk K berucap, Asyraf sangat syukur kerana luahan pertama kali Datuk K dihadapan mentornya itu menunjukkan beliau benar-benar kagum dan gembira dengan usahanya. 


Asyraf dan keluarganya melihat mentor usahawan Datuk Wira Dr Azizan Osman dari Richworks International Sdn Bhd ini adalah guru terbaik bagi mereka kerana bimbingannya sangat menyeluruh berkaitan perniagaan, hubungan dengan manusia dan juga dengan Maha Pencipta.


Jasa Menakjubkan Azizan Osman Membantu Para Usahawan 


RichWorks International Sdn Bhd bukan hanya pakar mengajar tentang bisnes kepada para usahawan, tetapi turut adanya program mentoring yang membantu usahawan dapatkan mentor bagi bimbingan secara dekat dengan mereka.


Sebagai contoh, Program Titan RichWorks yang disertai oleh Asyraf Khalid dan isterinya. Telah banyak jasa Datuk Wira Dr Azizan Osman lakukan dalam memberi yang terbaik buat mereka.


Selain pengajaran perniagaan dan bimbingan tunjuk ajar, nilai-nilai baik dan sikap paling penting diterapkan kepada semua anak didik Azizan Osman.



Datuk K berkongsi dalam ucapannya semalam, sekaligus beliau melahirkan perasaan kagum dan cemburu dengan pencapaian Datuk Wira. Jom lihat antara 5 kebaikan yang terkandung dalam ucapan Datuk K terhadap Datuk Wira Dr Azizan Osman dan masyarakat umum.<


https://www.instagram.com/tv/CaTHGtKBqiu/?utm_medium=copy_link




#1 Tidak Lokek Kongsi Ilmu


"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan." - Datuk K


#2 Kebolehan Bina Ramai Jutawan Dunia Akhirat


“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat.”


“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.” - Datuk K


“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” - Datuk K



#3 Be Humble, Rendah Diri


“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” - Datuk K



Alhamdulillah, semoga apa yang diperjuangkan oleh Datuk Wira beroleh kemudahan, dilapangkan dari segala kesulitan dan beroleh keberkatan Allah SWT. 


Jelas di sini, Datuk K meluahkan rasa syukur dan berharap para usahawan juga menghargai ilmu yang dipelajari, teruskan terap sikap yang baik dan rendah diri. Beliau yang berbangga dengan kejayaan Asyraf amat puji akan jasa Datuk Wira Dr Azizan Osman dan Richworks (www.richworks.com


#kejayaanAsyrafKhalid #datukkhalid #keluargactnurhaliza #anakdidikazizanosman #richworkslahirkanjutawan #titanrichworks #mentorusahawan #BitersXRichworks


13 February 2022

Untung ke hire Blogger sebagai influencer?

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Lately ramai yang hire influencers untuk review produk mereka. Kebanyakkannya akan hire instafamous. Tapi tahukah kalian bahawasanya sekiranya kalian hire seorang Blogger sangat menguntungkan...


Kenapa? kerana entry di blog akan terus dipamerkan tanpa di delete. Jarang lah nak jumpa blogger yang delete entry lepas publish ni. Biasanya memang lekat kat situ jela entry nya. Jadi walau dah lepas setahun entry tu masih boleh diakses bila prospek search.


Dannnn Sekiranya kalian pandai cari blogger yang pandai main SEO, Search Engine Optimization. Lagi untung, lagi mencanak views yang korang boleh dapat. 


Minggu lepas saja jela tengok view entry Kiera Sakura. Tak sangka banyak jugak view. Dalam kita duk rasa kita menaip ikut hati, rupanya banyak jugak views nya 


ramai yang cari apa yang boleh dan tak boleh dilakukan sekiranya masuk ke Escape Penang

 

Us Pizza dengan rare flavour. Contoh Pizza Telo Masin hihi

Pengalaman Bersalin di Hospital Raja Permaisuri Bainun atau dulunya dikenali sebagai Hospital Ipoh Perak. 8.66K views







Bengkel Ceramic Tiles Painting Workshop. 533 views. Best pameran ni sebab ada banyak lukisan yang pengajur kumpulkan dari mangsa buli. Jadi kita boleh tengok dalam lukisan tu apa yang mangsa rasa dan lalui.



Paling famous ni. Sampai ke emel, ke facebook dorang cari saya. Cara nak tukar barang dekat web zalora. Orang Brunei, Singapore pun pernah contact. 8.79K views



Pengalaman bagi Fateh Uwais guna Diapex diapers duluuuuu. Ramai jugak orang search dan baca. 9.89K views


Yang ni pun sama. Antara yang paling ramai cari. Pengalaman menggunakan Set bersalin NR. Sampai ke email dan facebook saya dorang cari. Pandai pulak tu cari cara nak komunikasi tu. Hihihi. Actually produk ni bukan paid review. Saya beli, Saya guna, Saya kongsi


Yang sentiasa berada di tangga pertama carian terbanyak. Cerpen. Dulu sebelum Kawen rajin la buat cerpen ni. Macam2. 132K views. Entah apa yang direpekkan pun tatau la hahahahaha


Bukan views yang jadi yang utama untuk saya. Tapi kepuasan menulis dan berkongsi apa yang kita rasa dengan pembaca. Kadang tak terfikir pun ada ke tak yang membaca. Cuma kongsi pendapat, mungkin ada yang melalui pengalaman sama dengan kita. Jadi apa yang kita tahu. Kita kongsi

Semoga bermanfaat pada semua.... dan memberi manfaat pada client yang mana percayakan sebagai medium promo produk mereka.

nak contact saya?? email sahaja di syakira.yaakub@gmail.com


12 February 2022

Peluang Untuk Usahawan Bina Bisnes Berjaya Percuma 2022

 


Ramai usahawan ingin memulakan perniagaan tetapi bimbang tak tahu caranya. Dengan pelbagai Isu perniagaan pada tahun 2022, ada tak pihak yang hulur tangan bantu usahawan? Jawapannya, sudah tentu ada. Peluang untuk usahawan belajar bina bisnes secara Percuma juga sangat banyak. 


Usahawan boleh sertai mana-mana perniagaan yang ditawarkan secara percuma ini tetapi peluang untuk bina bisnes berjaya itu sangat susah dijumpai. Korang kenal Richworks? Jika kenal korang antara yang bertuah kerana RichWorks sering melalui program yang bermanfaat untuk para peniaga. 


Dah banyak kali kita dengar tentang kelas dan seminar yang dianjurkan RichWorks. Antaranya adalah kelas Mentoring Elite X, Spire Dan Titanium. Setiap program tersebut mempunyai syarat-syarat tertentu. 



Sebenarnya program yang Richworks anjurkan tidak hanya tertumpu kepada kelas-kelas berbayar. Program persuma yang diberi sebagai sebuah peluang usahawan untuk Bina bisnes berjaya 2022 juga turut diberikan. 


Program Percuma Richworks


Semasa PKP, Richworks giat menganjurkan kelas percuma secara virtual. Selepas pkp, sehingga sekarang juga sentiasa ada kelas baharu yang percuma.


  1. Live Facebook Berterusan


Live Facebook dilakukan secara Berterusan Di Facebook Richworks. Peluang usahawan untuk mendapatkan ilmu perniagaan sangat Luas bersama Richworks.


  1. Sesi Live Telegram Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman


Terbaharu, Datuk Wira Dr. Azizan Osman Akan mengadakan Program Live Session Telegram bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman.


Di bawah ini gambar poster untuk program terbaru yang dianjurkan oleh RichWorks. 


Apa Yang Akan Dibincangkan Dalam Sesi Telegram?


Datuk Wira Dr Azizan Osman Akan berkongsi tentang perspektif 10 cabaran bisnes selepas pandemik Dan 2022.


Perkongsian ini juga adalah berdasarkan pandangan Datuk Wira berkaitan kenaikan harga barang Dan inflasi Yang berlaku awal tahun ini. 


Kata kata Datuk Wira menerangkan bagaimana situasi para usahawan pada tahun 2022. Pentingnya ilmu supaya usahawan tidak gagal seperti mereka Yang telah mengalaminya sebelum ini.


“Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.


Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.


Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.


Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup.


Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.


Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?


Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa.


Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!


Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.


Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.


Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang.


Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.


Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli.


Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'.


Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.


Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat? Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.


Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.


Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.”


Peluang Bersama Datuk Wira Azizan Osman Dalam Live Session

Datuk Wira Azizan Osman yang bergerak seiring dengan RichWorks ini mempunyai banyak misi dan visi. Paling utama RichWorks ingin menjadi sekan ‘netflix’ dunia pemasaran dan keusahawanan untuk semua yang berminat. 


Nak berjaya, kena ambil tindakan. Tanpa tindakan semuanya harga sia-sia belaka. Sertai Telegram Sesi Live voice chat Program bersama Datuk Wira ini pada Ahad ini, Jam 8 Pagi. 


Klik sini untuk mendaftar:


https://bit.ly/vcdwdao


Program Live Session Datu

https://bit.ly/vcdwdao


k Wira Azizan Osman

09 February 2022

Hilang Ketawa Selepas Berkahwin

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Baru-baru ni terrrrnampak ada komen dekat satu posting fb tu. Ayatnya lebih kurang macam ni...


..sejak kawen saya dah lupa bila last saya gelak,ketawa. Sejak kawen dah takda perasaan seronok macam bujang dulu. Dunia hanya ada suami dan anak2. Suami pun pergi kerja balik kerja. Jarang nak sembang...


Dan yang lebih menyedihkan bukan sorang. Lebih pada 10 orang yang replies komen dekat situ. Pun menceritakan rasa yang sama dengan TT. Terkejut, sebab ingatkan insiden macam ni hanya berlaku dalam Kdrama. Tak bahagia selepas berkahwin walhal sebelum kahwin cinta sayang tak pernah berkurang.


Wahai suami ingatlah yang kalian kahwini itu seorang manusia. Yang punya rasa gembira, sedih, takut, dan bermacam-macam lagi. Adakala suami fikir hanya dengan keluar mencari nafkah sediakan makan, pakai dan tempat tinggal itulah yang sebaiknya untuk seorang isteri dan keluarga. Tapi dia lupa yang dia kahwini itu adalah seorang manusia. Untuk kita rakyat marhaen yang biasa ni. Hidup biasa biasa takpe lagi. Hidup susah dan senang bersama. Asalkan ada waktu dan ketika isteri tahu yang dia berkahwin dengan seorang manusia yang boleh bercakap boleh bergerak. Bukan berkahwin dengan dinding yang hanya boleh dipandang tanpa perasaan. Peluk lah isteri, bersembanglah dengan dia. Luahkan rasa berat tempat kerja pada dia. Beritahulah dia. Supaya dia juga tahu apa yang terjadi pada suaminya. 


Wahai isteri. Sekiranya suami kalian terlalu sibuk mencari rezeki buat keluarga kalian. Kalian cubalah cari alternatif lain supaya perasaan seronok dan gembira dalam diri kalian tak hilang. Cari masa untuk diri sendiri rasa seronok. Tak perlu keluar rumah pun takpa. Ada masa waktu anak-anak tidur, atau waktu kalian free cari aktiviti yang boleh hidupkan perasaan kalian. Bila diri kita sendiri rasa positif dan seronok insyaAllah vibe tu akan ke family kita juga.



Macam saya jogging sambil dengar muzik pakai earphone. Ride sambil pasang muzik kuat dekat earphone. Antara satu cara untuk saya lepaskan tekanan dan rasa yang berat. Nak ketawa pula biasanya saya layan Running Man. Tambah episod lama2 dulu. InsyaAllah korang boleh ketawa. Suami pun tak pernah larang nak layan running man walaupun dekat rumah. Sebab dia tau saya pun perlukan waktu untuk diri sendiri. Alhamdulilah suami bukanlah adik beradik dinding rumah. Boleh melawak, boleh mengusik.


ride pasang music kuat. Kena jenguk2 belakang jugak. Takut orang marah tunggu kita ride lambat sangat. Orang nak lalu ekekekeke


Terus terang, saya salah seorang Running Man fans. Layan episod lama lagi seronok. Lagi keras perut gelak.

Yang paling penting dalam rumahtangga komunikasi. Bercakap, beritahu, tunjukkan. Jangan pendam dan simpan sendiri. Luahkan. Kalau marah bagitau kenapa marah. Kalau merajuk bagitau. Supaya pasangan kita tahu. Kita tidak dianugerahkan dengan anugerah boleh membaca fikiran orang lain. Berkomunikasilah. Komunikasi dua hala.


Apa pun semoga rumah tangga yang kita bina dengan nilai kasih sayang dan cinta berkekalan dengan rasa yang sama hingga ke syurga. Sebab tu selalu kalau saya wish anniversary kawan kawan saya selitkan dengan doa. "Semoga kalian bercinta hingga ke syurga Allah"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...