Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Dah lama nak buat entry ni tapi asyik tertangguh je. macam busy je tapi tak busy tara mana pun. pffftttttt. dapat voucher Zalora RM50. jadi la cukup untuk hunting sepasang kasut baru. beli kasut yang atas tu. berkenan tengok. memang target nak beli kasut baru sebab kasut yang sedia ada ni dah mula makan diri. lama dah pun sejak mengandungkan Fateh Uwais lagi haaaa. saya memang jenis macam ni. kalau kasut akan pakai yang satu tu je sampai la dah tak muat atau makan diri sendiri. ada pilihan kasut lain pun tetap kasut yang satu itu jadi keutamaan. sebab tu Fateh Uwais pun perangai gitu. kalau beli selipar tiga empat pasang. sepasang tu jugak yang dia ulang pakai sampai tak boleh pakai dah. yang balance lagi dua pasang buat penuh duduk dalam kereta brrrrrrr. sekarang dah tau perangai anak macam gitu memang sepasang tu je ummi beli, dah tak muat baru tukar beli baru. jimat.
alkisahnya kasut yang beli dekat Zalora ketat. salah tengok size. alaaaaa sedih dah. baru ingat cewi nak pakai pergi kerja hahahaha. proses delivery agak cepat la jugak. delivery masa beli pun cepat. masa return tukar pun cepat. alhamdulilah Allah permudahkan. masa dapat kotak kasut Nampak dah ada borang return. siap bertulis alamat ke tempat yang sepatutnya nak dihantar. bagus. tak payah susah susah cari dan tulis dah. cuma kena isi form nak tukar kasut size apa dan atas reason apa nak exchange & return tu.
dah selesai isi borang. masukkan balik kasut dan kotak dalam plastic delivery yang diorang hantar. seal elok elok. dan terus ke pejabat pos yang berdekatan. sebelum pos Tanya kerani dulu boleh tak nak pos barang return ke Zalora? nanti kerani tu akan proseskan untuk korang. yang penting ia nya percuma. tak perlu bayar kos postage tak kisah untuk return ke diorang ataupun diorang ganti kan yang baru untuk kita. kedua2nya tiada kos postage. tapi korang ke return balik dalam masa 30 hari tau. ohh ye masa dapat kasut tu awal awal sila gunting plastic elok elok. sebab plastic tu ada dua bahagian gam. satu lagi simpan untuk korang return balik in case tak muat atau barang rosak.
macam saya hari tu saya buat dua kaedah. isi borang manual dan jugak online. kalau takde kertas macam saya dekat atas tu pun takpe jangan risau. cuma perlu login semula di web zalora. klik my account dan cari menu "Exchange & Return" nanti dia akan keluar pop up macam dekat atas tu. cara pertukaran barang zalora. ikut step by step ye
select item yang korang nak tukar tu. pilih lah samada korang nak tukar barang atau nak return balik barang tu. kalau kasut korang nak tukar size. pilih la size yang baru. save and continue
isi alamat dan details yang dorang mintak. klik Submit returns
last sekali dia akan keluar arahan ini balik. boleh dah bungkus barang korang kemas kemas dan hantar ke pejabat pos semula. ingat ye korang ada masa tiga hari je untuk pulangkan semula ke pejabat pos yang berdekatan. tiga hari selepas submit online di web Zalora
mudah je. semudah ABC. dan yang penting. ye ianya PERCUMA dan diyakini selamat. saya dah pun dapat kasut ganti yang baru. tapi tula spesies tak boleh beli kasut atau baju online. size ok. muat pakai. tapi tetap tak selesa. rasa sakit dekat belakang kaki bila pakai kasut tu. jadinya pakai la semula kasut yang dari pregnant Fateh Uwais tu.
ini la kasut yang saya setia hampir empat tahun tu. nak kena ke Al Ikhsan jugak la ni cari kasut baru sobssss. alah membeli menang memakai kata orang. walau kasut tu dulu beli harga ratus ratus tapi empat tahun dah pakai. puas hati. sebelum kasut pink ni. ada satu lagi kasut spesies ini jugak. warna hijau putih. yang itu pun dah makan diri baru tukar ke warna merah jambu ni haaa. dah terbekenan dan rasa selesa sangat pakai flat puma ni haaa. tak licin dan sesuai pakai dengan semua jenis baju. skirt dan seluar pun sesuai digayakan. heran apa kalau baju warna hijau kasut pink pun. aku pakai jugak hahahaha
19 comments:
I have bad experience during returning
Mudah je rupanya..
Tq for sharing..
tak pernah lagi tukar barang kat zalora ni
bestnya..akak tahun lepas dapat juga voucher dari zalora ni, punya la tak reti nak guna hahaha
thanks tips ni, boleh jadi rujukan
voucher zalora dah expired :'( huwaaa, x sempat nak guna
rajin akak shopping kat zalora.. e'in tak penah pun.. hihi
Saya belum pernah a beli apa2 online sebab credit card adik tinggal zero rm.
Wahhhhh untunglah dapat baucer RM50 from zalora hehehe.
Btw saya singgah sini dan follow ya kak, salam perkenalan :)
Jemput melawat blog saya jika berkelapangan.
Owh best jugak boleh tukar2 barang ni :) tqq atas perkongsian
Akak selalu beli barang tapi tak pernah return. Pernah juga tau beli dua pasang kasut lepas tu baru sedar diri tersalah saiz. Lebih besar daripada biasa. Tetap juga tak pulangkan sebab malas. Siap pergi beli in-soles lagi supaya dapat muat pakai kasut tu. Tapi bila pakai tetap juga longgar. Makanya duduk dalam bonet kereta sampai terlupa. Tau-tau aje dah merekah sebab lama beli tapi tak pakai! Buang duit di situ...
Akak pun sama. Suka beli barang lepas tu simpan, guna yang satu tu aje. Yang jadi favorite sepanjang zaman. Bila dah rosak, barulah terkial-kial beli kasut baru padahal kasut ada aje nak jadi pengganti. Dasar gatal tangan suka shopping.
xpernah dok retun lagi la...
ala kak ekin pun ada gak shopping kasut zalora aritu nak tukar saiz xde saiz la pulak.. xjadi return balik.. sob ada jah kasut tu
tak pernah beli kasut zalora sbb takut jd mcm ni. nasib dpt tukar. hehehe
suka beli dan test jalan2 dlm kedai. hee
Klau nak cancel request utk return mcm mna eh? Tk jadi return barang balik..
Good info.. thanx for the sharing..
Assalammualaikum untuk return barang pergi ke pos laju or sf express...
Assalammualaikum untuk return barang pergi ke pos laju or sf express...
kak ,kan kita dpt borang oren tu dalm parcel . dapat 4 kertas kan ? so nak tampal ke 4 kertas tu skali dkt parcel?
Post a Comment