Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

10 April 2014

Fitnah Dajjal

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 10 ayat pertama surah Al Kahfi

baru je lepas hayati video fitnah dajjal. Allahuakbar bergenang mata nie. hati sangat takut bila memikirkan segala riwayat hadis sahih. lebih takut bila amalan yang tak seberapa dalam diri ;((( boleh search kat youtube cari video dakwah fitnah dajjal. saya tak boleh nak masukkan dalam entry nie. tengok ikut pesbuk je pun. antara point yang Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan sampaikan.

  •  fitnah yang paling ditakuti Nabi Muhammad SAW adalah fitnah dajjal. sampaikan Nabi SAW kata kalau dajjal keluar masa zaman baginda. baginda sendiri yang akan memerangi dajjal. kalau dajjal keluar masa baginda dah wafat bergantunglah hanya pada Allah SWT.
  • dajjal = makhluk yang ditangguhkan ajal = makhluk yang dipanjangkan usia
  • hadis riwayat imam tabrani mengatakan. sebelum mengaku sebagai tuhan rupa bentuk dajjal sama macam kita manusia biasa tapi selepas mengaku tuhan rupanya akan berubah. mata sebelah kiri buta yang semacam ada biji kismis dalam matanya. mata sebelah kanan pulak tersembul. tanda tue akan keluar lepas dia mengaku sebagai tuhan dan selepas menjadi ketua negara.
  • ulamak yaman kata ada 8 orang mimpi dajjal dah keluar. wallahualam
  • sebelum dajjal keluar dunia mengalami kemarau selama 3 tahun. tahun pertama hujan hanya turun selama 240 hari, tahun ke-2 120, dan tahun ke-3 langsung tiada hujan yang turun
  • Nabi Muhammad SAW pesan pada orang lelaki supaya ikat isteri dan anak-anak dirumah masa dajjal keluar sebab takut terpengaruh dengan tawaran dajjal. dajjal bawak turun syurga takut terpengaruh dan berbondong-bondong masuk syurga dajjal
  • riwayat sebut negeri pertama yang dajjal keluar di negeri Yam dan Iraq. dan akan ke tempat lain menaiki jet pejuang. melaikan Mekah dan Madinah yang terdapat malaikat menjaganya.
  • negeri yang mengaku dia tuhan akan dapat segala macam keistimewaan manakala negeri yang bantah akan dihapuskan. negeri Tatti yang menolak dia sebagai tuhan jadi seperti padang jarak padang terkukur lepas dajjal pulang. Allahuakbar
  • Nabi Muhammad SAW pesan belajar hidup seperti orang dulu kala, belajar hidup susah. kerana zaman itu nanti ujian seperti ini yang akan dihadapi
  • dajjal akan monopoli semua makanan. orang islam yang lapar hanya akan bertahlil, bertasbih, bertahmid, beristighfar untuk sentiasa bersabar menahan rasa lapar yang maha dasyat. mana yang mampu bersabar, Alhamdulilah. mana yang tidak pasti mengikut dajjal.
  • amalkan membaca surah Kahfi, insyaAllah Allah akan pelihara dari fitnah dajjal.
  • hanya 40 hari dajjal keluar, selepas itu Nabi Isa AS akan keluar membunuh dajjal.
  • penentang dajjal akan bersama Nabi Isa menentangnya, manakala yang bersama dajjal akan menentang Nabi Isa dan pengikutnya. peperangan akan terjadi sehinggalah kiamat. wallahualam.
 Allahuakbar takutnya dengar. berdoa sangat moga kita semua bersama Nabi Isa AS menentang nanti sekiranya masih bernafas. moga kita semua dijauhkan dari fitnah dajjal. amin amin. sama-samalah meningkatkan amalan diri masing-masing.

 10 ayat terakhir surah Al Kahfi

16 comments:

MR & MRS MAKMUM said...

semoga Allah pelihara ~

Kakzakie said...

Sungguh N3 ini sebaiknya diulang-ulang buat semua kita menghayatinya. Sungguh kalau diperhati bagaikan sudah terlalu hampir utk Dajjal itu keluar. Namun telah dikatakan mereka yg taat perintah Allah tidak akan mati sebelum Dajjal keluar. Mohon kalau boleh biarlah kakak mati dulu sebelum Dajjal keluar. Ngeri dan menakutkan.

Allahurobbi...

Fiza Rahman said...

Tgk gak video pasal dajjal. Meremang bulu roma. Jom hafal surah al-kahfi nih ☺

Kesuma Angsana said...

in shaa allah akan diamalkan. tq berkongsi sama yer

Kesuma Angsana said...

in shaa allah akan diamalkan. tq berkongsi sama yer

Z@i Z@mR33 said...

Allah...takutnya....

:: idzwa :: said...

takut pulak..

aTieYusof Family said...

Salam Kira.. ada tgk juga video ttg Dajjal tu..mmg menakutkan.. tambahan plak kita di akhir zaman ni mcm dah pelbagai fitnah yg timbul. InsyaAllah sentiasa amalkan surah Al-Kahfi..sma2 lah kita ye sis..

aTieYusof Family said...

Dok cuti ye Ummi Fateh? Happy weekend! :)

QasehnyaRania said...

tima kasih berkongsi
huhu.

ewanthology said...

kena amalkan ayat surah alkahfi tu

Niena Muhammad said...

yaAllah..moga kita semua terselamat dari fitnah dajhal

aku HaniAsyira said...

allahuakbar.. takut je rasa kak.. hmm..

Mummy LiYzA ^^, said...

aminn~setiap kali jumaat mesti amalkan 10 ayat awal ngn 10 ayat akhir surah Al-Kahfi..

zane said...

Hanya 40 hari? Kena ingat hari2 Dajjal tidak sama dengan kita.
Tanya kami; “Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi?”, jawab Rasullullah:

“Selama empat puluh (40) hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”.Tanya kami; “Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?”, jawab Rasullullah; “Tidak” tetapi hitunglah bagaimana pantasnya.

(HR Muslim)
Kesimpulan hadis ialah Dajjal hidup dalam 4 peringat, iaitu:
1 hari = Setahun
1 hari = Sebulan
1 hari = Seminggu
37 hari = Seperti hari kita

Anonymous said...

Peperangan bukan sampai hari kiamat... Selepas Umat islam memperolehi kemenangan..dunia di perintah oleh nabi isa dan al-mahdi ( gelaran diberi oleh rasulullah, nama betul muhammad bin abdullah) SELAMA 40 TAHUN. Dunia aman malah orang kafir pun suka dengan pemerintahan islam..

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...