Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Masih cerita mengenai Terengganu. biasa la gambar dalam kamera banyak sangat nak share!! miahahaha. mohon bertabah. Pagi pertama kami Di Pantai Peranginan Kelulut Marang Terengganu. hari kenduri. makanya pagi-pagi sebelum bersiap ke kenduri marilah kita mengisi perut yang berkeriuk dulu. boleh pulak pukul 3 pagi tengah tido tu terjaga sebab lapar!!! grrrrr sungguh. kalau dekat rumah sendiri lapar boleh la jugak selongkar dapur. ini dekat chalet apa je yang nak diselongkar.
Anakanda sorang tu dah berzikir nak mandi laut nak mandi laut. kan dah janji malam nya suruh dia tido awal. besok pagi2 lepas breakfast nak mandi laut. elok je dia terjaga pukul 6.30am "haaaaa nasib baik adik bangun awai kan abi" sebab nak mandi laut. tapi nya awal sangat ni Fateh Uwais oiiiii luar pun gelap lagi!!! =..=
Niat dihati nak cuba Roti Tempayan. dah datang negeri orang rugi la tak try makanan tempatan dorang kan. tapi Roti Tempayan tutup..... sedihnyaaaa la hai. singgah je warung-warung tepi pantai tu. suami ambik Nasi Dagang. sedapppp tapi biasa la lauk ikan tu ada rasa manis-manis sikit. tapi dah kalau orang tu makan sampai dua bungkus. memang sedap kena tekak dia la tu ye dok. ekekekekeke. harga tak pasti berapa.
Saya yang tatau nak makan ape. akhirnya pilih roti canai telur sajeeeee. merasa la jugak roti canai telur versi Terengganu. nama sama, rupa hampir sama tapi rasa tak semestinya sama jugak kan hihihi. Kuah dia manis manis pedas tapi masih boleh lalu tekak ibu mengandung ni hihihi. satu untuk Fateh Uwais satu untuk ummi. tapinya Fateh Uwais tak suka kuah cicah tu. terus spoil mood dia nak makan roti canai. mujur jugak abi bagi nasi boleh dia makan. so far breakfast kami pagi tu sedapppppp. total makan pagi kami aritu RM9.60 sahaja.
12 comments:
dapat tak Fateh Uwais mandi laut hari tu ?? hehe
betul betul pergi tempat org harus cuba menu negeri memasing.bru best, kan!!
barulah jjcm.. hiks
comeynya tnggan gebu tu
bila dah berjanji sampi ke sudah dia tuntut..hahah alahai uwais manja
kuah manis yang tak tahan bagi org kuat pedas nie..hehehe..
singgah membaca entri sini :)
wahhh sedapnya...harus cuba juga sotong dan keropok celup tepung kalu ke Terengganu :)
nasi dagang memang pebret cik en
murah sangat tu bawah rm10
my favourite gak ni ooohoiii sedapnya
Yelah....dah pergi tempat org haruslah rasa makanan tempatan....kalau tidak, dah jatuh hukum rugi pulak hihi
mana gambar mandi laut tu? hahaha
ala makanan ada manis2 ke. xkena dgn tekak acane
Post a Comment