Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

09 December 2015

Teluk Senangin Perak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


percutian singkat, percutian yang tetiba. mama kata mama teringin nak holiday anak beranak kami. teringin nak tido tepi pantai. dan benyah ajak kami semua ke Teluk Senangin. boleh dia mancing. maka percutian kali ni complete la keluarga kami, dengan adik beradik kami yang berlima ni. selalunya ada je yang nak tinggal tak nak ikut. bila boleh mancing mau la dorang mengikut. 

disebabkan saya punya cuti tahunan dah licin. takde stok. makanya mereka semua terpaksa beralah ambik cuti tahunan hari jumaat. mujur pun pergi jumaat sabtu. jumaat sabtu je yang chalet kosong kalau nak pergi sabtu chalet penuh dah pun. takdir memihak kepada kami, alhamdulilah hihihi.




cerita chalet nanti la next entry. nak cerita pasal pantai teluk senangin. kami sampai sana dalam 1.45 petang. angin pantai memang sejukkkkkkkk je haaa. duduk bawah pokok takde la rasa terik matahari tu. tapi bila anak teruna sorang tu tergedik-gedik nak main air pantai pukul 4 petang tu memang berpinar jugak bijik mata nak menahan tajam cahaya matahari tu. 



orang sibuk nak makan, dia sibuk nak pegi main pasir sampai panjat2 pagar chalet tu nak keluar jugak2 grrrrr anak sape ntah ni!!!!! sebab tak larat nak kepong dia memanjat makanya kemenangan berpihak pada dia dan abi terpaksa layan bagi makan sambil dorang berdua(yang kecik tu)main2 pasir pantai buat istana(konon). Abang Danial ok je walau muka ketat jugak tak bagi pergi main pasir time orang nak makan, Fateh Uwais herrrrr. kes duk taram dari sampai awal la tadi tu =..=


habis hati dapat main cedok pasir pantai. Projek Manager mestilah si Fateh Uwais tu =..=  dia yang sibuk ajak abang danial dia keluar pagar chalet grrrrr


kita tukar baju dia sebab takmo baju tu melekat pasir pantai. tapi dia ingat ummi dah bagi lampu hijau bagi main air pantai. melojok-lojok lari pegi pantai sampai nangis2 bila orang tak bagi pergi. dan kerana tak larat nak dengar budak umur 2 tahun 3 bulan yang nyaring suara tu menanges menjerit pukul 4 dah bagi diorang turun

Guard Pantai :p
maka berelip la anak beranak dalam laut teluk senangin tu. tapi yang bestnya chalet kami betoi2 depan laut. keluar chalet terus nampak laut ala2 macam pantai peribadi jadi tak perlu berebut dengan public nak mandi pantai. tak risau jugak lepas anak2 main. yela dekat sana memang port orang mancing kalau tempat public ni risau anak2 tersangkut mata pancing ke ape ke.


Obor-obor terdampar ditengah pasir pantai hihihi. ini pagi hari sabtu. terserempak dengan obor-obor yang terperangkap dekat atas pasir. mesti malam nanti ombak naik sampai atas dan dia tersangkut dekat situ. kata suami malam hari jumaat tu masa dorang nak tarik pukat ketam mujur nampak obor-obor dekat tepi gigi laut tu kalau tidak masak la makkkkk. makanya korang pun kalau ke sini sila berhati-hati dengan haiwan cantik tapi berbisa ini ye. 

dan perasan tak kulit cengkerang yang banyak atas pasir tu? lagi satu kekurangan pantai teluk senangin terlalu banyak serpihan cengkerang siput, dan segala adik beradik dia dekat situ. memang rasa tajam-tajam kaki sebelum dapat pijak dalam air laut. dan kalau nak mandi laut sila la mandi puas-puas waktu pagi sekitar jam 8-11 pagi. waktu tu air jernih dan tak gatal. bila naik tengahari dan petang air mula keruh dan kulit jadi gatal-gatal sikit. kalau pakai baju kaler putih nampak seakan ada tompokan kecik-kecik warna coklat yang tak dapat dipastikan apakah itu. 


selain dari tu pantai teluk senangin memang best. angin pun best. yang tak best lagi satu uncle aiskrim selalu sangat duk berlegar-legar naik motor lalu depan chalet lalu tepi gigi air. mujur la jugak bebudak ni bila dah jumpa air laut tak tergoda sangat dengan aiskrim mihmihmih :p Teluk Senangin memang port yang sesuai untuk memancing sebab tak ramai orang yang tau kawasan tu. masa awal-awal dulu lagi la memang tenangggg je mandi tanpa perlu berebut dengan orang macam dekat Teluk Batik sana. minggu kami pergi dapat la ketam dalam 3 ekor tak silap, ikan apa ntah suami kata aritu sekor. jadi la habuan geli-geli :p yang banyak melekat umang-umang kihkihkih 


yang pasti paling membahagiakan dapat spend time dengan family tersayang. gembirakan hati mama papa yang nak bercuti dengan anak menantu cucu. tengok anak-anak terbahagia. maka kami cukup bahagia dan gembira. walau hanya dua hari semalam disana dan bermalam-malam letih tido awai dekat rumah sewa sendiri. kahkahkah ;)


tak tergoda ke tengok Fateh Uwais cedok pasir laut ni? :p




post signature

21 comments:

aryan azra said...

seronoknya fateh uwais dapat berendam dalam laut tengah panaih lit lit tu noo..acik tengok pun rasa nak terjun laut jugak ni ha

Sunah Sakura said...

Haha..muka uwais gambar reramai tu! Jahat betul abi dia! Best nyaaaa teluk senangin kalo cuti reramai camtu haa..nanti share tau chalet mana yg ok!

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Budak2 KS..
Jumpa air memang melonjak-lonjak lah nak turun mandi..
Jeles jugak tengok Uwais main pasir tu..
Nak pergi laut jugak lah :)

idzwa kamaruddin said...

wahhh best nyer!! meriah~

aizamia3 said...

Kalau dak Nuha tengok mungkin kot tergoda dengan laut tu.. mahu merengek gedik ajak pergi mandi.. dia tak tahu ibunya tak minat mandi laut, kekonon takut hitam.. hahaha..

QasehnyaRania said...

mau tak tergoda nengok org tu cedok pasir. ciksu pon teringin nk bawa rania main pasir.hikhiks.
nice sharing.
leh bg cdangan kat ayh rania. sbb dia suka mancing.
nama je org kuala tp blm pernah ke sini lgi.. sedey, kan ! hahaha..

happy nengok sume org sbb dpt berkpul adik badik kn

eima said...

teluk senangin ... mcm menarik tak penah tau dan sampai lagi pantai kat perak ni kecuali teluk batik ......

LadyBird said...

Bl ke pantai ank2lah teruja nk main pasir.. Tp skrg d sini musim tengkujuh.. Agak bhy tuk bermain d gigi air.. Ombak besar.. Sekali tarik terus tak timbul2.. Huhu

hainom OKje said...

Hari tu gi mana Kiera ? Dah bergader gader jugakkan....Hamboiiii sakanlah ye bulan ni, cuti memanjang hihi...
Ohhh ada obor obor ek pantai ni, seram jugak tu....

Azian Elias said...

salam kenal..


seronoknya bercuti rearmai dgn ahli keluarga..

Mawar Melati said...

Aha..melati pernah ke sana pd tahun sudah. Mandi waktu petang..kat badan melekat lumut berwarna kuning keperangan dan bau air laut pn tk best..semacam je baunyer...not rekomen utk mandi..utk lepak best ler...

Bunda_nora said...

Adik2 Bunda selalu pergi kat sini... tapi Bunda belom pernah sampai lagi...

el said...

teluk senangin kat perak..ater kome org perak gak x tau ada pantai cantik cam ni..kt mana tu ehhhhhhhhhh

Dunia Zumal said...

Zumal belum pernah sampai kat Teluk Senangin nie

iryanty ahamad said...

alolo comel pulak uwais dengan baju mandi npelampung..macam makin naik badannya...jari tu dah ok lom..

Zie Azi said...

tak pernah tengok obor2,oo macam tu rupanya hahah

cikpinz said...

Bawak anak sedara bercuti kat sini best gak..

Siti Yang Menaip said...

bestnyaa cuti ramai2.. kalo dia sunyi sket dari Teluk Batik okay gak.. tak ramai orang.. Teluk Batik tu sesak sket kan..

Shahida Dzulkafli said...

Teluk senangin memang banyak serpihan cengkerang.. Kena hati-hati.. Kalau anak sha, lama baru dia berani dekat dengan air laut..satu lagi, part obor2 tu pun memang kena jaga2.. Kalau kena, Pergh!!! xtau nak cakap..

zai zamree said...

amboi aih...tgh pns nk mndi laut...merelip la uwais nmpk gayanya

Amanina Mads said...

seronoknya tgk semua family berkumpul.. uwais sonok cedok pasir tu. hehe

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...