Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

08 December 2016

Redeem Drypers Point

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Hari ni nak share dengan korang benda best. benda best kena share sama2 hihihihi. Redeem Point Drypers. weols boleh dikatakan pengguna tegar la jugak pampers Drypers ni haaaa. walaupun masa viral kes bocor aritu. kitorang laki bini tetap cuba jadi pengguna tegar jugak. sebab kualiti dia elok dan harga ditempat kami masih mampu milik. lagi alasan lain kerana drypers boleh kutip point pampers lain tak sure boleh ke tidak. tapi kalau petpet huggies tesco love takde point. yang itu je yang pernah bagi anak pakai pun. 



 
Unik code @ code redemption drypers

dulu masa Fateh Uwais puas jugak la mencari mana "unik code" ni tersembunyi. ingatkan yang dekat codbare tulis 17 points tu. rupanya bukan. Penat je gunting simpan gunting simpan. padahal lain code yang boleh kutip point nya. ppffffttttt. unik code drypers boleh cari bahagian dalam plastik drypers. kalau baru pertama kali mencari sila habiskan semua pampers dulu atau gunting bahagian atas sahaja dan bawak keluar semua pampers. gunting plastik bagi terbukak besar dan korang akan nampak unik code drypers macam gambar atas saya ambik tu. unik code ni biasanya duduk dekat bahagian sisi plastik drypers. samada kiri atau kanan. dorang suka tukar2. tau unik code ni pun lepas baca dekat blog Kak Zai Zamree. mama Aqil Najmi.


dan bila dah kumpul point Drypers. boleh tukar dengan barang yang drypers senaraikan dalam point shop. ada semua size pampers wee wee dry dan jugak alat mainan pembelajaran lain untuk anak-anak. dua beg kecik drypers dekat atas hasil tukar point. pernah tiga kali je redeem point. tiga tiga pun ambik pampers balik. kitorang laki bini memang jenis ni. point minyak pun redeem minyak jugak hihihihi. rasa macam lebih berbaloi. drypers drynight tu sampel mintak dekat web drypers jugak :)


tengah kumpul point nak redeem barang mainan pulaknya. teringin pulak tengok Vehicles Wooden Puzzle tu. tunggu satu beg drypers habis. redeem code dan boleh redeem point. habislah point ummi takde ribu ribu dah lepas ni ekekekeke. sebab ini lah salah satu nya saya suka pakaikan anak drypers. selain kualiti dorang dah perbaiki boleh redeem point. anak suka ummi gembira hahahahaha :p
 

07 December 2016

Amanjaya Convention Centre Casuarina@Meru, Ipoh, Perak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




Tempat baru yang best dan tengah viral dalam negeri Perak ni haaaa. Amanjaya Convention Centre Casuarina@Meru, Ipoh, Perak. kalau sebelum ni bila nak ke Mydin Meru Ipoh akan lalu ronbot mydin tu mesti tertanya2 projek apa la yang dorang nak buat ni. Nampak macam besar projeknya. Ronbot pun besar. Suami pernah bagitau nampak macam dorang buat pentas dekat situ. Kalau korang dari highway utara boleh nampak Maeps Ipoh dekat sebelah kiri. Haaaa Amanjaya Convention Centre Casuarina@Meru, Ipoh, Perak area situ lah!!! Maju dah tempat tu. Kalau dulu penuh dengan hutan je huuuu



 
Pertengahan bulan November dulu baruuu lah dorang bukak untuk orang ramai. Best tempat dia. macam port lepak untuk pernduduk ipoh dan sekitarnya. Cantikkkk sangat. Sesuai untuk segenap lapisan manusia duduk melepak dekat situ. Ada taman tema air untuk bebudak main. Siap air jatuh-jatuh macam dekat taman tema yang sebenar tu haaaa. Lagi best sebab ia nya percuma!!!!! Playground pun besar, trek jogging pun ada. Silap hari bulan nanti ambang merdeka pun sambut dekat situ jugak. Tengok pada keadaan pentas tu macam bolehhh je. 



Amanjaya Convention Centre Casuarina@Meru, Ipoh ni lebih cantik kalau datang waktu malam. Baru nampak lampu warna warni bertaburan. Wet playground pun bukak time malam dengan warna pelangi yang cantik. Tapi agak tak sesuai sikit lah nak bagi bebudak mandi malam. Takut selsema atau demam pulak nanti nya. Tapi kitorang hari tu sampai sampai je terus Fateh Uwais pergi main air yang jatuh dekat pintu masuk tu. Ummi abi terus terkedu terkelu lidah. Belum sempat bukak mulut nak pesan dia dah main air dulu

 
Lepas tu baru terketar ketar ngadu sejuk sejuk =..= haaa la baru je keluar kereta ber aircond. Baru je sampai ipoh. Dia terus terjah air. Dah alang alang main air ummi abi pun kasi can lah main dekat wet playground. Sekali sekala bagi anak merasa mandi malam. Sebelum sebelum ni tak pernah izinkan pun. Riuh playground tu dengan suara bebudak.



Furqan Uqbah abi dia bagi merasa celup celup kaki rasa air je. itu pun seronok tergedik gedik dah budak tu



Wet playground ni ada waktu je dia bukak air terjun terjun tu. Kalau petang dari pukul 6pm-7pm pukul 7pm dorang berhenti sat untuk rehat dan solat maghrib. Nanti pukul 8pm dorang bukak balik sampai lah pukul 10pm. Air terjun terjun ni ada waktu je yang bukak. Bukan 24hours boleh tengok air tu jatuh. Dan yang lebih bagus nya. Dekat wet playground ni ada security guard. Yang saya perasan dekat 4 orang security guard yang jaga kawasan ni. Kalau ada yang masuk kawasan air berselipar atau berkasut nanti nyaring la wisel dorang bunyi suruh tanggalkan kasut. Bagi saya bagus la tindakan tu.


security guard double F.U tengah perati anak2 dia main hihi




Tapi yang tak bestnya. Bila waktu dorang off air terjun terjun pukul 7pm dan suruh kosongkan wet playground ada pengunjung yang terpinga terpinga dan mempersoal tindakan tu. For me. Korang ni takde adab ke? Tak reti yang waktu senja tu waktu untuk duduk dekat rumah solat maghrib. Kalau mak bapak saya dan orang tua tua dulu waktu senja tu memang tak bagi langsung keluar rumah. Kena duduk diam diam dalam rumah pintu tingkap tutup. Dorang memang takkan bagi bebudak main dalam wet playground tanpa pengawasan security guard. Jadi sila take note waktu operasi dorang.



Bab air dekat wet playground mungkin tak sebersih air dekat taman tema air sana. Nama lagi benda percuma jadi sila mind set sesiap terima seadanya apa yang orang sediakan. Kofkofkof. Lagi satu nak pesan ni. Kalau ke taman tema air atau pantai atau sungai tempat public ni mohon jangan pakai seluar putih bagi orang dewasa. Tak kira lah lelaki atau perempuan. Malu hoiiii tengok seluar dalam korang yang macam-macam kaler tu. Bila terambik gambar korang dah nak kena edit pulak. Nanti semacam bukak aib orang pulak nantinya. Sila jaga adab bila berada di tempat awam. Lain lah kalau korang berendam dalam private pool kan heeeeee ;D



Jadinya kalau korang orang ipoh atau alang alang lalu highway utara sila lajak dan turun exit Jelapang. Pergi waktu malam best!!! Cuma harapan saya sekiranya satu hari nanti ada peniaga yang menjual makanan atau apa jenis perniagaan pun mohon jaga kebersihan. Pengunjung pun sila jaga kebersihan. Macam mana korang nak rumah korang bersih, sila jaga tempat awam pun bersih macam tu. Rajin rajinkan tangan buang sampah dalam tong sampah yang disediakan. Kalau tak jumpa tong sampah sila simpan dalam beg sendiri atau poket sendiri. Nanti dah jumpa tong sampah sila buang dalam tu ;)




05 December 2016

You Need A Holiday Lah! | Contest Traveloka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Rasanya tahun ni belum lagi official bercuti ke mana-mananya. kalau tidak tu setiap tahun ada je bercuti ke mana-mana. yeke takde bercuti? rasa macam ada bulan tiga hari tu cuti cuti Terengganu Kelantan hahahahaha. adehhh urat putus banyak lepas beranak dua anak lelaki hewhewhew :p



paling teringin nak pergi tempat sejuk atau tempat yang boleh jatuhnya bunga sakura. Tokyo. teringin sangat nak sentuh bunga sakura tu. tapi kata kawan yang pernah pergi ke sana. kita dilarang petik bunga sakura. kalau tunggu dia jatuh kutip boleh la kot. entah lah tak berapa pasti pulak. 


Tapi serius memang teringinnnnn sangat sampai pernah la bagitau dekat suami. satu hari selepas Mekah tempat jauh yang pertama sekali nak pergi Jepun. nak sangat tengok Bunga Sakura depan mata. saya sejenis manusia yang tak berapa suka bunga kecuali bunga sakura. bunga yang limited edition musimnya :)



Dah kalau alang-alang dapat pergi Tokyo. teringin jugak nak ke Gunung Fuji. tengok rata-rata gambar dalam blog kawan2 blogger cantiknya gunung tu. saya salah sorang manusia yang suka tengok keindahan alam. bersatu dengan alam. memang terasa damai. jauh dari hiruk pikuk bandar dan stress jammed. 



dah katanya orang perempuan. syurga dunia mereka adalah shopping teringin jugak nak ke Shibuya. shopping barang orang perempuan, cenderamata untuk family untuk kawan2, barang suami barang anak-anak. ehhh banyaknya barang hahahaha. 



Dan kalau #MyTravelokaEscapade bagi peluang saya menang contest teringin  jugak nak bawak anak bujang dua orang tu ke Disneyland Tokyo. syurga dunia dorang lah kan. katanya DisneySea lebih sesuai untuk orang dewasa sebab ada ride. wahhhhh boleh la ummi abi tumpang main sama. hahahahaha. cuma kena sedia duit lebih sikit je kalau #MyTravelokaEscapade bawak kami ke sana. confirm kena paw barang disney dekat Bon Voyage. tapi silap silap ummi yang terlebih excited sebab sana mesti banyak barang pink!!! muahahahaha


kalau #MyTravelokaEscapade pilih kami sebagai pemenang. teringin jugak nak ke Sky Tree. Menara broadcast setinggi 634 m ini dibina dengan teknologi Jepun dan diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai menara tertinggi di dunia. Para jurutera TOKYO SKYTREE bina menara ni supaya mampu tahan gegaran gempa bumi yang lebih kuat dari magnitude 8.0. ohmaiiii terujanya kalau dapat kesana. 

Bila dah sampai ke Tokyo sana. teringin jugak nak mencuba sushi jepun. saya spesies yang tak reti atau tak suka makan sushi. tapi sangat teringin sushi jepun. original jepun. kot kot lah tekak ni boleh telan. Ramen dorang sana pun nampak beza dengan mee kita dekat sini. selalu terliur tengok dalam tv je. mana tau kalau #MyTravelokaEscapade bawak kami ke sana boleh rasa ramen dan segala jenis makanan original jepun. haishhh meleleh ailio bila teringat!!!

kalau ikut wishlist ni banyak lagi nak disenaraikan. moga moga Traveloka pilih kami sebagai pemenang. boleh la kaki ni jejakkan negara Jepun. antara negara yang terpaling nak pergi sekali. korang pun kalau teringin nak menang Percutian dari Traveloka. sila join contest #MyTravelokaEscapade sekarang!!! iye sekarang. setiap minggu 10 orang pemenang akan dipilih. minggu ni 7 Disember 2016 akan diumumkan pemenang. jangan tangguh tangguh. klik sini dan ikut setiap step yang diberikan. good luck korang dan good luck jugak untuk Ummi FatehFurqan ;)

  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...