Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

29 September 2014

Tara Nak Biasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

dah decide dengan suami. mulai weekend yang baruuuuuu je lepas kemarin. saya dan anak hanya akan balik ke penang 2 minggu sekali. suami jugak akan bergilir balik ke sini, bila hari kami tak balik ke sana. banyakkkkkk modal boleh jimat kalau kami buat konsep begitu. walaupun masa bersama terkurang sikit sobsssss. nak pulak gaji bulan ni kena potong RM6++ dari koperasi. diorang nak potong duit orang lain pinjam, tapi terpotong duit saya grrrrrr betoi. dah kalau bayar balik secepat mungkin takpe la jugak, ini dah seminggu pun duit tak boleh nak dapat lagi.  

minggu lepas kami tak balik, sepatutnya suami cuti kerja hari sabtu, tapi disebabkan ada stock take, makanya lambat lah sikit boleh balik ke sini nya. petang khamis tu nampak anak steady lagi. tapi bila menjelang ke maghrib dia dah mula gelisah. mungkin dia dah terbiasa hari khamis balik ke sana jumpa main dengan abi. sibuk pegang handphone saya, tunjuk-tunjuk dekat kita, bila dengar je suara abi keluar terus cium-cium telefon. Allah T_T malamnya dia tak berapa nak lena tido, merengek mengingau hurmmmm.

Jumaat, pun macam tak berapa nak boleh main sorang diri. mesti nak mengekor ummi, selalu cuma mengekor tapi masih boleh main sendiri tapi kali ni banyak merengek, merap. nak kata tak sihat takde pun. malamnya abi sampai rumah sekali dengan mama papa dan acu. family saya datang ke sini, saja melawat anak dan cucu. sejak kami pindah duduk sendiri belum berkesempatan mama papa nak datang tido sini lagi.



abi sampai dia tido lagi. tersedar tengok abi dengan opah terus menangis merengek. tapi sekejap jela. lepas je tu sampai tak boleh nak berenggang dengan abi la. tido pun dekat tengah, ok la ummi kasi can malam ni. tapi sekejap je nanti ummi angkat letak tempat awak balik ek :p

sabtu pagi abi kerja, tapi takde la dia merengek merap lagi. sebab ada opah atuk dengan acu. boleh ajak main, ajak bersembang. macam-macam kelaku yang dia tunjuk, mana la orang tak geram rasa nak lempang aje kahkahkah >.<

petang abi sampai rumah, nampak aje abi terus bagi tangan suruh dukung. abi letak bawah menangis menjerit macam ape je lagi, ummi nak ambik pun ditolaknya tangan. sampai hati betoi!!! abi bawak keluar main dekat taman, ambik hati dulu, baruuuuuu la dia boleh lepas abi pergi solat. amboiiii akallllll kemain!!!!!

dan pagi ni abi opah atuk acu balik. bangun pagi awalnya elok dengan senyum tunjuk gigi. lepas menyusu agaknya dia baru terasa takde orang mai terpa macam dua hari lepas, terus merengek merap dengan ummi =.= takpe la anak, tara nak biasa kan diri. insyaAllah lepas ni ummi yakin awak mesti akan terbiasa. tak lama je lagi. lagi 5 bulan 11 hari. moga Allah permudah amin amin  

25 September 2014

Pandai Main Sendiri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

disebabkan buat masa sekarang Fateh Uwais tu anak tunggal dan dah biasa main sorang diri, bila ummi atau abi tak sihat, dia tak merap sangat. boleh main sorang-sorang. tapi kadang main sorang dia tu kena tengok jugak. dah makin lasak, kerja nak latih skill memanjat aje!!!


weekend lepas saya tak berapa sihat, duduk rumah mentua, suami kerja. bawak anak naik atas, kalau dekat bawah jenuh pulak nak kejar dia panjat tangga. bawak naik bilik kat atas tutup pintu dah selamat dia dari tangga. itu difikiran saya la. difikiran si Fateh Uwais tu lain. memula dia jatuhkan luggage yang besarrrr tu. dia naik atas luggage, berdiri dan melompat-lompat atas luggage =.= mentang la dah boleh reti melompattttttt. bila ummi tak larat nak tahan jantung takut dia terjatuh, ummi letak luggage atas katil. tak boleh panjat berdiri dah.

kalau sebelum ni dia agak payah nak lepas panjat katil, weekend lepas lain pulak ceritanya. dia nampak ada beg kura-kura dia tu, baringkan. try pijak bahagian belakang beg, tak stabil, goyang-goyang. terbalikkan lagi sekali dah try pijak bahagian cengkerang yang keras. berjayaaa!!!! dan akhirnya saya berjaya naik atas katil setelah memijak beg kekura =.=


yang merisaukan bila dah naik atas katil, dia akan panjat meja, juga melalui rak buku yang ada kat tepi katil. meja tu tinggi cukup risau kalau dia jatuh. selalunya memang kami tangkap dia cepat-cepat bila dah mula kaki nak panjat meja. tatau nak kemas bilik tu macam mana lagi. pusing ikut sini, dia panjat ikut situ. pusing ikut sini, dia naik ikut sana pulak. ummi dah mati akal. kalau dekat rumah sewa memang rumah, bilik kosong. takde tempat yang dia boleh asah skill dia. sebab tu bila balik kampung habis semua tempat dia jelajah =.=

selalu doa moga Allah lindung anak kami. hanya dengan kuasa Allah je boleh melindungi Fateh Uwais. ummi abi cuma mampu berusaha sehabis baik, sehabis daya melindungi dan menjaga amanah yang seorang. selebihnya tawakal dan berserah je pada Allah SWT.  

22 September 2014

Aktiviti Wajib!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

phewwwww lama gila tak masuk menjengah sini. terasa kebas jari jemari nak mula berceloteh hewhewhew :p anak, makin hari makin banyak sel-sel otak berhubung sampai kadang sel otak ummi pulak rasa berselirat :x takpe la asalkan anak terussss membesar dengan sihat cerdas bijak pandai, dah cukup buat ummi abi bersyukur punya Fateh Uwais dalam hidup.


dah buat kata sepakat dengan suami. insyaAllah setiap hari ahad sekiranya ummi tak cuti, tiap petang lepas ambik ummi balik kerja terus terjah Taman Jubli. abi nak pecah peluh, pecah lemak opssss :p abi nak jogging, ummi teman sambil tolak anak dengan basikal, sambil suap anak makan. ummi tak jogging? ummi dah kurusssssss hihihihi. insyaAllah lepas ada sport shoes ummi pun nak menyusul sama, walaupun keding tapi terasa badan berat. haaa la dah lama tak berjogging. selalu jogging kejar anak merata je. mana sama kan. 

abi dah janji, ummi jogging, abi jogging sambil tolak basikal anak macam selalu. ok baiklahhhhh. anak tu pulak bila abi jogging tolak basikal, dia menyandar macam boss besar. mata pusing merata tengok orang keliling. siap tegur angkat tangan lagi, tak ke kalau ada makhluk comel macam kat atas ni tegur terasa macam "ehhhh!!! dia tegur kita la" =.= peramah sangat pulak dahhhhh


sambil tunggu abi round pusing taman, ummi duduk bagi anak makan. tapi tak jauh pun dari orang ramai, kalau nampak ada orang mencurigakan di mata ummi, cepat-cepat tolak basikal anak ke tempat ramai orang, lepas tu lambai abi suruh datang dekat. abi pun tak lari jauh la, tapinya budak kecik tu pantang nampak abi terus tergedik-gedik mintak suruh layan kan dia. 

paling syok main gelongsor la, kalau dalam gelung tu lagiiii dia suka. siap memek muka gementar pun keluar sekali. hai la anak, pandai betul awak main. ummi abi pun jadi terhibur tengok keletah awak. haaa la dah kalau anak muka surammm je masa main, kita nak bawak ke taman pun jadi malas. 


insyaAllah lepas ni bila abi dah pindah duduk sini, aktiviti ni akan cuba dibuat 3 kali seminggu. untuk kesihatan dan masa berkualiti keluarga sendiri jugak kan. ummi abi cuba sediakan yang terbaik untuk awak, moga Allah permudahkan jalan kita. amin amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...