Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

01 August 2013

Kalau Dah Berada Di Atas Jangan Lupa Yang Dibawah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

saja saya nak berkongsi pengajaran yang baru berlaku depan mata semalam masa kat ofis nie haaaa. sekadar renungan dan ingatan untuk kita semua, walau siapa dan besar mana pun pangkat yang kita ada tolong la jangan sombong diri, angkuh dan lupa diri dengan sesiapa je terutama golongan yang bawah dari kita. ceritanya macam nie...

petang semalam ada la sorang pegawai dari satu jabatan nie datang ofis saya untuk ambik kuih raya dan beras pulut sumbangan dari jabatan kami untuk majlis yang jabatan dia tue anjurkan esok. saya tak pasti pangkat dia berapa cuma yang pasti dia bukan dari kumpulan sokongan la. means bukan penjawat awam yang berjawatan 17 dan ke bawah. 



bila dah selesai urusan dorang. pegawai jabatan saya nie panggil la ofis boy kami untuk tolong angkatkan kotak sumbangan tue tadi. bukan banyak pun. ada la dalam sekotak. yang jadi berbulu mata bila pegawai yang tadi tue boleh tunggu dan tengok je budak ofis boy dan akak dari jabatan saya nie angkat kotak tue naik atas troli. sementara nak tunggu ofis boy kami datang angkat tue ada la dalam 5 minit sebelum dia settlekan keja dia sikit. dalam masa tue takde pun si pegawai tue offer diri nak tolong angkat kotak tue sendiri. 

dalam hati istighfar je bebanyak. tapi terdetik jugak. nama je laki, badan beso tapi boleh buat buta perut macam tue. sambil tue gosok-gosok perut berdoa dan ingatkan baby dan saya nanti jangan sombong sangat macam tue. cumanya dalam masa yang sama saya cuba berfikiran positif. mungkin tulang belakang dia rosak dan tak boleh nak angkat benda berat sikit. 

pangkat darjat keturunan dan semua pinjaman kat dunia nie hanya ujian semata untuk kita. pangkat tinggi ujian, yang berpangkat rendah pun diuji jugak. sama-samalah kita muhasabah diri. 

8 comments:

Fiza Rahman said...

Ramai org yg macam ni. Muhasabah diri juga.

MR & MRS MAKMUM said...

ada masa kita d ats
ada masa kita d bwh
kat mana pn tempat kita
setinggi mana pn jawatan & kekuasaan yg kita ada tak kn mungkin dpt menandingi DIA .... muhasah diri moga2 tak lupa bumi yg d pijak nie hnya pinjaman dr DIA..kita hanya menumpang...tak yah lah rasanya dok membanggakan diri sgt kan....

:: Mrs.Eady :: said...

Masalah ego..

hainom OKje said...

Itu kata kita Kiera kata mereka yg berpangkat lain... nak buek camno..... berdoalah utk keturunan kita tak gitu!

Kesuma Angsana said...

ermmm... bersangka baik ajelah ye !

Vee said...

saya dah melihat sendiri depan mata bila org berlagak sbb ada sikit duit dan kerja . tetiba Allah turunkan ujian padanya ... trus terduduk dan sekrg sdg berusaha untuk bangkit ... subhanallah !

mama aryan said...

mmg ada org yg mcm ni, tp kita berfikir positif je la,mgkin betul dia sakit belakang tu..

kay_are said...

biase r tu.. normal r bile dah jadi yang atas,lupe terus dekat yg bawah.. harap2 tak jadi macam tu..

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...