Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
maaf dah lama tak berkunjung ke blog kalian. saya ummi baru, baru berpengalaman menjaga seorang khalifah banyak yang perlu belajar terutama berkenaan masa. Uwais pulak jenis yang manja dan merap memang susah nak berjauh dengan dia. tengah belajar asuh yang terbaik kalau tidak susah ummi nak kerja nanti huuuu. ini pengalaman saya sebelum dan semasa melahirkan si kecik nie dulu, sungguh tiap detik dan saat tak pernah saya lupa. terus ke pengalaman jela ek, ini pun tengah si kecik tue tido boleh la curi-curi jeling belog ;)
Jumaat :
30 Ogos 2013
Malam
lepas isyak dah mula rasa perut tegang dan mengeras. Tapi lama-lama sekali baru
rasa. Masa tue suami ada kat penang lagi. Ikutkan besok lepas selesai kenduri
sepupu suami baru nak balik ipoh. Tapi saya mesej suami mintak dia balik malam
tue kalau boleh sebab rasa macam masanya dah sampai. Pukul 2 pagi macam tue
suami sampai depan pintu rumah.
Sabtu :
31 Ogos 2013 (due date)
Suami
sampai je masa tue dah mula sakit lebih kerap. Dalam 5-10 minit macam tue. Tapi
sebab boleh tahan lagi dan kesian ke suami dan mama papa postpond dulu nak ajak
ke hospital. Tidur memang tak boleh langsung. Asal baring je lagi tak tahan
sakit baby mengeras dalam perut. Yang mampu duduk bersandar dan on9 (sempat lagi
kan? :p)
Masa
dalam pukul 3 pagi lebih macam tue rasa memang tak boleh tahan dah. GKSB
suggest pegi hospital masa tue jugak sebab ikut pengalaman ummi dia dulu sakit
macam saya rasa tue dah tiba waktu bersalin. Takut kalau lambat nanti baby
lemas dalam perut. Dalam pukul 4 saya kejut suami ajak ke hospital. Mama papa
pun pegi sama.
Nurse buat
CTG untuk tengok pergerakan jantung baby, alhamdulilah normal. Masa tue saya
takde turun darah atau air lagi. Cuma perut rasa sakit mengeras. Dalam buat CTG
sempat mesej-mesej suami bagitau perkembangan semasa saya. Dokte check bukaan
baru 1cm. dokte suruh balik dulu dan kalau ada pape tanda atau contraction yang
kuat terus datang hospital. Saya pun sempat la lagi ajak suami, mama dengan
papa makan roti telur dulu. Suami gelak, gosok-gosok kepala saya je masa saya
mesej boleh balik rehat dulu “yeayyyy boleh makan roti telur dulu” kata saya :p
Masa dah
balik rumah tue ambik kesempatan tido dalam dua tiga jam dulu, yela sepanjang
malam tadi langsung tak boleh nak lena. Dalam pukul 4 petang macam tue dah mula
keluar tanda darah. Macam period hari-hari terakhir. Contraction pun dah kerap
dalam 5 minit sekali macam tue. Suami dah gesa ajak ke hospital. Sebelum ke
hospital sempat mintak maaf dengan mama papa dan adik badik. Masa tue memang
tak boleh tahan sebak dan air mata. Masa peluk abang saya dia kata “kamu mesti
kuat tau” lepas tue dia cium saya. Papa mama pun tiupkan kata-kata semangat. Ayah
dengan mama mentua dah mintak maaf sesiap sebelum saya balik bercuti ritu.
Petang
tue sampai je hospital. Ulang semula proses sama macam pagi tadi. CTG, scan
perut, soal selidik dari dokte, check bukaan serviks baru 2cm. masa kat
hospital memang darah makin banyak turun. Dokte tanya kalau nak balik dulu pun
boleh. Kalau ikut kata nurse labour room tue katanya bila dah datang hospital
dua kali hari yang sama memang kena tahan wad tapi mungkin factor patient ramai
dan wad penuh saya boleh balik dulu. Bila contraction kuat yang sampai saya tak
boleh nak senyum atau cakap dengan sesiapa tue datang baru saya datang hospital
kata dokte yang bertugas masa tue.
Sampai
je kat rumah saya dah tak boleh duduk, berdiri ataupun baring. Cuma berpaut
pada suami. Memang takde satu saat pun yang saya tak berpaut pada dia. Sampai
dalam toilet pun berpaut pada dia sebab rasa macam nak buang air besar yang
yayik keras tue. Mama takut nak bagi saya sorang dalam toilet takut terbersalin
dalam tue. Yang saya ingat masa tue saya Cuma boleh menonggeng je untuk
hilangkan sikit rasa sakit tue. Masa petang tue sempat la suami buatkan air
selusuh untuk saya. ayah sedara saya pun sempat buatkan air selusuh. Minum
dengan sapu jela air selusuh tue untuk tambah semangat dalam diri. mulut memang
tak henti baca ayat kursi dengan ayat Nabi Yunus. Segala apa surah yang
terlintas dalam kepala pun baca je masa tue. Suami tau bila makin kuat tangan
dia saya genggam, dia tau sakit yang rasa pun makin kuat.
Maghrib
tue saya cakap dengan suami nak duduk bawah pancuran air dalam bilik air.
Teringat yang Liza cakap mandi boleh hilangkan sakit tue sikit. Alhamdulilah
memang hilang sikit walaupun bukan semua. Suami jadi pak guard tunggu saya
‘bersiram’ dalam bilik air tue takut jadi pape kat bini dia. Lepas mandi cuba
nak baring sebab rasa penat sangat tahan sakit contraction tue. Lepas je suami
solat cakap kat dia nak pegi hospital. Lepas azan isyak terus suami dengan mama
bawak saya ke hospital. Sampai hospital nurse nak buat CTG lagi sekali tapi
saya kata tak larat nak bangun dah. Turun kereta pun suami tolakkan atas kerusi
roda sebab tak mampu nak berjalan dah. Lepas check bukaan dokte kata masih 2cm.
Allahuakbar!!!
Sebab
high contraction dokte suruh tolak terus ke labour room. tapi Sementara nak
tunggu dokte check segala macam sebelum kena tolak memang rasa teran baby keluar
dah. Dokte kata jangan teran nanti saya lagi susah nak bersalin bila kepala
baby masuk angin. Sampai je kat labour room diorang letak peralatan CTG tue kat
perut untuk pantau pergerakan jantung baby. Contraction rasanya datang dalam 2
minit sekali. Saya dah rimas ada benda CTG tue. Bila perut mengeras memang rasa
lagi sakit sebab gam yang lekatkan benda alah tue pun menegang sama.
Suami
dengan mama mesej memang langsung tak boleh nak balas. Duk menahan sakit je.
Pukul 11pm tak silap nurse datang check baru 5cm. saya rasa masa tue saya dah macam apa
je duk menahan sakit yang amat sangat. Setiap kali dokte berbeza masuk bilik
tue check report saya mesti akan tanya soalan yang sama. Rasa nak marah sebab
saya tengah tahan sakit diorang pulak tanya soalan yang sama. Terfikir masa tue
tak boleh ke refer report dokte sebelum tue je? Mintak ubat tahan sakit diorang
kata tak boleh bagi lagi selagi dokte tak tengok report CTG. Tak pasti pukul
berapa diorang cucuk ubat tahan sakit kat saya, tapi yang pasti ubat tue memang
tak boleh nak tahan diri saya dari rasa sakit contraction tue.
Ahad : 1
September 2013
Dalam 12
tengah malam tue nampak suami masuk bilik saya rasa macam nampak malaikat yang
datang nak selamatkan saya, walaupun dasarnya malaikat memang ada je kat
sekeliling saya. Sungguh masa nampak suami masuk tue rasa separuh semangat
datang balik. Terus dia pegang tangan dan peluk saya. Mintak suami air sebab
tekak rasa kering sangat. Suami tanya nurse dulu, ikutkan kata nurse tak boleh
bagi saya air sebab nanti kalau in case saya tak boleh bersalin normal kena
tunggu 6 jam dulu sebelum operate kalau dalam badan banyak air. Tapi sebab
sifat kemanusiaan, sister tue izinkan suami saya bagi air 10ml sikit-sikit kat
saya. Sebelum tue nurse ajar cara nak hilangkan sikit rasa sakit contraction.
Tarik nafas panjangggg dan lepas perlahan-lahan. Saya teringat cara-cara
bersalin yang saya study sebelum nie. Sambil bernafas tue saya selitkan zikir
Allahhhhhh hu-akh-bar.
Dari
pukul 12 lebih bawak ke 2 pagi tue memang saya mintak suami sapukan air kat
perut saya bila contraction datang. Untuk hilangkan rasa sakit. Tak kisah dah
kalau kena marah sebab benda CTG tue tercabut pun. Sebab sakit sangat. Asalnya
diorang anggarkan saya bersalin dalam 3.30 pagi macam tue. Dan sementara tunggu
dokte bertugas datang. Tapi pukul 2 pagi tue cakap kat suami saya nak teran.
Tak tahan sangat rasa nak teran nie. Suami terus panggil nurse. Nurse check
bukaan dah 9cm. terus diorang sedia peralatan nak bersalin sebab dah tiba
masanya.
2am-5am
(high contraction & masa meneran)
Masa nie
saya dah start meneran. Sambil bernafas cara yang sama dengan nurse ajar.
Sister yang menunggu depan pintu rahim saya bagi kata-kata semangat untuk
teran. Sambil tue suami pun sama bagi kata-kata semangat sambil pegang kuat
tangan saya. Bila nafas tak panjang saya berhenti teran dan anak pun masuk
semula ke dalam. Bila contraction terasa sangat kuat saya terus meneran. Tapi
hampa bila nafas tak panjang dan saya tak pandai nak teran.
Nurse
bagi masa sampai 5.30 am. Kalau saya tak Berjaya teran baby sampai keluar
diorang nak forsep baby saya. Sementara saya teran dan dengar nurse dengan
suami kata kepala baby dah ada kat pintu rahim. Saya pun cuba rasa pintu rahim
saya sendiri. Ye saya dapat rasakan rambut anak saya dari dalam. Terus saya
teran sehabis tenaga. Tapi masih tak Berjaya. Akhirnya dalam pukul 5 macam tue
ketiga-tiga sister nurse tue suruh suami saya keluar, mungkin diorang tengok
bila ada suami saya manja, dan mungkin dengan kesiankan suami saya yang kat
luar saya boleh jadi lebih kuat. Lepas je suami keluar saya teran sehabis
tenaga dan daya. Tepat jam 5.17am alhamdulilah kepala anak saya Berjaya keluar.
Terus dorang panggil suami masuk untuk tengok saat tue. Nurse kata teran lagi
sikit untuk keluarkan bahu baby dan terus diorang tarik anak saya keluar.
Lega
teramat sangat bila dah dengar suara khalifah saya menangis. Masa diorang
angkat dia ke saya nampak tangan dia dah macam nak biru. Mungkin sikit lagi nak
lemas, syukurlah semuanya selamat. Saya sempat cakap kat baby “ummi mintak
maaf, ummi tak pandai teran, baby lambat keluar”. Lepas tue diorang bawak nak
cuci baby dan mula lah proses menjahit luka saya. Sakit menjahit luka tue tak terasa sangat sebab sakit bersalin tue lebih lagi. Lepas selesai je khalifah
saya keluar terus suami cium dahi saya cakap dia sayang dan cintakan saya. Ye
sesungguhnya Kata-kata
tue menambah kekuatan dan semangat saya. Terima kasih suami.
Apa yang saya tak boleh lupa bila saya merayu mintak dokte operate saya sebab tak tahan sakit contraction. Nampak muka suami nak marah. Katanya, “abg tak nak syg sakit lagi lebih, bawah dah sakit takkan atas pun sakit jugak. Nanti abg yang sakit hati bila tengok syg sakit”. Dan ayat yang tak boleh lupa masa saya menjawab kata-kata dia. “syg nie sakit sampai rasa nak mati dah tau tak” huuu garangnya saya masa proses nak bersalin ritu. ampunkan isterimu ini wahai suami.
Lepas je
selesai semua terus mintak maaf sebab tau saya bukan diri saya masa menahan
sakit tue datang. Terus suami tarik peluk saya kekuat, gosok kepala dan cakap
dia cintakan saya. Terima kasih lagi sekali suami sebab menghargai saya. Terima
kasih ada dengan saya saat-saat bersalin. Terima kasih suami. Terima kasih mama
papa keluarga dan sahabat-sahabt yang mendoakan dan menunggu saya sepanjang
proses kelahiran. Dan syukur alhamdulilah semuanya selamat.
nak baca pengalaman seorang lelaki hebat yang menemani isterinya semasa proses kelahiran? baca di sini
18 comments:
tahniah yer.. apapun jaga diri & baby yer !
saat yg xdpt dilupakan seumur hidup kan??
malam ampa bersalin tu kami pon rasa gelisah sama..kejap2 tgk jam...kejap2 tgk jam....
xsngka masa tu ampa tgh melawan sakit nk bersalin....alhamdulillah semua dh selesai
welcome to da world uwais
Tahniah dapat baby ... rindu nak cium bau baby ...
Saya tak tahu knp...air mata saya pelan2 mengalir baca entry neh...susah saya nak ngis sebenarnya...hurmmm...insya Allah tahun depan bulan 5 saya pun akan mengalami benda yang sama...tahniah tau yayankk...
Alhamdulillah...smua selamat...
Naseb k.zai x tntu lg...wuuuuu
nanges akk baca......
hai la anak ...
alhamdulillah semua nya selamat.rasa gerun plak bila baca kisah kiera nie..
kak kiera comel nye Uwais ggggrrr nak pinjam pleaseeee
Seram dengar cerita kak kiera..alhamdulillah semua selamat
Alhamdulillah~
tp kira ttp xnyesal kan sbb xdpt operate..sbb pengalaman bersalin normal sgt puas!hny kita yg rasa je taw betapa bermakna detik2 akhir baby nk kuaq tuh..meneran hingga ke nyawa terakhir..Allahuakbar~
:( ......
Pengalaman yg sgt indah
macam muka Kiera lah..... Baru tau yeh sakit bersal macaman hehe... Nak bersalin lagi tak lepas ni?
Malangnya okje tak pernah rasa sakit teramat bersalin Kiera
mcmna ampa push dr pkl 2-5 pg tu? mksd kami lamanya push...ke push - bhenti - push - bhenti?
sbb kmi bila dh 10cm tu mmg ketaq palaaaaa wuuuuu
Kiera...comelnya baby.
Masa membaca ni, masih dapat ku rasakan betapa sakitnya bersalin itu. Tapi memang betul, bila dah jahit tu tak terasa sakit dah sebab sakit nak mengeluarkan anak tu dah mcm bertarung nyawa.
tahniah dear.. sebak je n3 ni..
salam kenal..
doakan saya ye :-)
N3 x la panjang sgt, tp knp beberapa kali juga mata ni berair. Hehe
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Perkara Yang Perlu Di Jangka Ketika Masuk Bilik Bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti taklah gelabah sangat. :)
Post a Comment