Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

17 October 2016

Review | Set Bersalin Nona Roguy

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

AMARAN : INI ENTRY JUJUR IKHLAS. BUKAN IKLAN BERBAYAR
 
Mengandung kedua ni tekad nak amalkan jamu bersalin dengan sistematik dan berdisiplin. Masa anak sulung dulu beli set bersalin Afiat. Kes terpengaruh kakak2 dulu pakai set bersalin tu hewhewhew. Tapi sayangnya tak semua item dalam set bersalin Afiat tu yang saya pakai. Buang macam tu je. Terasa sangat membazir walaupun satu set tu murah berbanding Nona Roguy. Set bersalin Afiat tahun 2013 saya beli dengan harga RM99. Jujur nya rasa membazir sangat beli set bersalin tu aritu huhuhu.


Bila anak kedua dah pasang niat nak gunakan set bersalin Nona Roguy. Walau hakikatnya tau satu set tu mahal huhuhu. Mahal la bagi rakyat marhaen macam kami ni. Survey harga kebanyakannya RM3++ kumpul duit pelan2 lah cenggini hihihi. Ada satu hari ternampak iklan dekat FB. RM250 satu set. Ohoiiii murah banyak lah tu. Teruslah beli. Beli pun masa hujung April. Cukup2 risau kot terbersalin awal masa tu sebab takde set bersalin lagi hewhewhew.

So far pakai set bersalin Nona Roguy alhamdulilah puas hati sangat. Buat sementara waktu ni semua item dalam tu saya guna. Minyak berbanika dan Air uncang herbanika tu paling best. Minyak dah habis guna masa dalam pantang. Krim barut ada sikit lagi. Pakai jimat2 hahahaha. Minyak herbanika boleh sapu dekat luka eposotomi dan titis atas pad. Memang bau minyak herba yang sedapppp je. Luka pun cepat sembuh. Darah nifas pun cepat kering tak macam pantang sulung dulu. Saya pantang dalam bulan ramadhan tapi disebabkan darah nifas kering awal dan badan pun rasa sihat, tak ganggu kilang susu(bf anak) makanya ambik keputusan untuk berpuasa sama walaupun masih dalam pantang ;)


Phytonatal tu pun besttttt sangat. Sampai sekarang amalkan lagi makan Phytonatal dan air herbanika tu haaa. Badan rasa ringan sikit tak letih yang terlampau ketara. Masa pantang sulung dulu memang rasa letih badan tak larat sangat. Asal menyusu baby je mesti saya pun tertido. Tapi pantang anak kedua ni badan cergas. Tak cepat letih makanya takde la episode tertido selalu tu. Sesekali ada la hahahaha


Yang paling best memang hari2 membuang je. Takde la kena sembelit ke ape ke. Tapi!! Makan Phytonatal kena banyak minum air. Bukan air masak tu (dalam pantang kata orang tak elok minum air masak banyak, dah habis pantang boleh). Tapi air herbanika tu haaa. Minum air herba tu berbotol2 pun takpe hihihi. Masa dalam pantang memang berpeluh sakan. Saje buat eksperimen aritu. Kalau makan Phytonatal dan air herba memang peluh lencun keluar. Peluh yang buat badan rasa sihat. Tapi bila tak ambik dedua tu. Peluh keluar tak banyak. Berbeza sangat. Sape yang pernah amalkan mesti tau perbezaan yang saya tengah pulun cerita ni ekekekeke. Yang paling best time merebus air herba tu bau harummm je satu rumah. Mama keluar bilik tanya “kamu masak ape ni?” hihihihi. Dalam bentuk uncang teh tu. Cuma tambahkan air satu liter dan rebus la sampai air tukar kaler keruh. Boleh je tambah madu sikit kalau rasa payau. Tak tambah pun takpe. Minum suam memang syahdu sangat. Tapi bila dah masuk kerja saya simpan dalam botol biasa je. Dah sejuk. Layan jela minumnya. Termos tertinggal dekat kampung aritu sobsss. Haaaa lagi satu. Uncang herbanika ni boleh recycle sampai la air dia tak tukar kaler keruh dah. habis penggunaan lah maksudnya tu. sekarang bila dah masuk kerja. still amalkan lagi. rendam je uncang dalam air panas. habis air herba sulam pulak dengan air kosong. kalau nak ulang minum air herba just rendam balik je uncang tadi dalam air panas. 

Herbanika lulur guna masa sebelum nak mandi. Sental segala kekotoran daki yang melekat dekat badan. Bau dia pun besttttt tapinya ada la tinggal kesan kuning2 dekat lantai bilik air. Uwais takmo mandi dah dalam bilik air depan bila nampak kesan kuning2 dengan kesan uncang cuci yang saya dah guna tu. Dia ingat entah ape2 nya gamaknya kehkehkeh. Kesan yang saya nampak memang tanggal la daki yang ada terutama celah2 tu haaa. Pakai jimat2 jugak yang ni hahaha. Elok habis pantang. Habis lah sebotol Herbanika Lulur. Ada lagi satu. Pakai lulur ni pun peluh sihat keluar. Bila tak pakai peluh yang keluar tak rasa sama macam peluh pakai lulur.

Last sekali uncang cuci herbanika. Uncang ni tambah dengan garam dalam air suam. Buat mandi dan buat cuci luka. Salah satu sebab luka cepat sembuh pun bila basuh dengan air uncang ni haaaa. Badan memang rasa segar. Tak payah la mama dan suami susah payah nak kutip segala daun dekat pokok lagi. Rendam je. Senang. Kadang bila dorang sibuk pun saya boleh je buat sendiri. Sampai habis pantang ada lagi uncang ni. Sebab dia boleh recycle sampai lah uncang tu kering takde isi dah(sebab rendam picit2 dalam air suam)

 So far memang berpuas hati sangat2 pakai set bersalin Nona Roguy. Kalaupun item dalam tu tak habis guna dalam pantang. Boleh je sambung pakai lepas habis pantang. Khasiat dia berpanjangan. Dan yang sebenarnya memang kena maintain kan khasiat tu sampai bebila selagi mampu nak beli hahahahaha :p

Tangkap gambar VCO dengan Shaklee sekali konon nak review lah sekali. Bila tengok dah panjang gini. Lenkali pulak lah review hewhewhew

5 comments:

Izwa Kamaruddin said...

nahhh gigihhhhhhhh cerita satu satu..phiewww kita tak pakai pun mana2 produk sebab tak sempat pun ye..ade pun beli loose.

Pha Is said...

nice share.

Murni Alysa said...

wah info yg sgt berguna..ehem ehem

cik Anggur said...

teringin nk try akar tu

Nina Mads said...

mahal sikit pon ok kira janji bagus hehehe. ada good feedback ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...