Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
sejak ada anak kecik ni jujurnya memang jarang sangat kemas rumah. jarang tu maksudnya dalam masa sehari tak la setiap masa nak kemas rumah sesaja. kemas rumah kemas mainan bebudak lepas diorang dah tido. iaitu malam hariiiiii. lepas je dorang tido cepat cepat kemas simpan mainan dorang. susun balik ke tempat asal. legaaaaa tengok rumah kemas takde mainan sepah sepah. kalau tidak tu semua tempat ada mainan dorang. siap atas tilam pun ada. tak ke sakit hati bila elok nak baring tapi terbaring atas lori sampah. atas lori simen. brrrrrrrr
rumah sewa kami hall kecik. jadi memang takde niat nak beli perabut like sofa atau meja makan. sebab nanti makan space takde ruang anak anak nak main basikal ke main kereta motor ke. kesian dekat dorang. nak bagi main dekat parking kereta. sape pulak nak tunggu tengok dorang main dekat luar nun. walaupun masih dalam kawasan berpagar tapi hati ummi tetap takmo lepaskan dorang main dekat luar. bahaya sekarang ni.
orang kata kalau rumah bersepah dengan mainan anak. anak punggah mainan. punggah baju tu maknanya otak anak tengah berkembang. ye memang berkembang pun. sekali dengan mak nya pun kembang sekali hahahaha. tapi yang heran kadang tuang je mainan dari dalam bakul tapi bukan semua mainan tu main punnnn. ada la dua tiga bijik je yang mainnya. yang selebihnya saja buat semak atas lantai. bila Tanya kenapa sepahkan mainan? kenapa tak ambik je yang akhi nak main tu? jawabnya. biarlah ummi. nanti senang akhi nak ambik bila nak main yang itu pulak. grrrrrrrrr
budak kecik ni sorang lagi lah. bukan mainan je dia punggah. baju kotor dalam bakul. baju dorang dalam almari. stokin ummi. stokin depa dalam bakul tu pun dia Tarik bawak keluar. lagi geram dengan budak kecik ni haaa. Nampak je kecik gitu. grrrrrr
jadi kesimpulannya bila tak nak diri sendiri stress sampai sakit kepala. bila nak bagi otak anak BERKEMBANG. biar je mainan dorang bersepah. nanti diorang dah tido kita kemas balik. bila ada tetamu nak datang kita sorok dulu mainan. takde la kena chop pemalas kemas rumah kuikuikui. anak gembira ibu bahagia gituuuuu. terpaling bahagia bila terpijak mainan dorang. nak pulak mainan macam lego, tangga lori bomba, tong lori sampah. paling best bila terpijak lepas tu krakkkkkk bunyi pecah. terus ummi humban masuk tong sampah. settle miahahahahahaha