Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

20 January 2018

Tasneem Naturel Balm | Kesukaan Fateh Furqan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera




Hai korang, selalu bagi anak pakai minyak apa letak kat perut? selalunya saya pakai satu jenis minyak bayi ni tapi sekarang bertambah lagi kawan baik ummi untuk anak anak. siap colourfull dan bebas paraben lagi haaaa. kecik comel lotey je dia. senang nak simpan. kecik tapi isi dia penuh bekas tauuuuu




pernah dengar Tasneem Naturel Balm? haaaa dia la tu kawan baik saya sekarang ni hihihi. anak anak pun kemain suka sebab dia tak panas, dan tak melekit2 walaupun dorang berpeluh lepas main. yang paling dorang suka sebab colourfull tula. ehh bukan balm dia colourfull tapi kotak tu haaa. Uwais siap tau lagi colour apa untuk apa. kalau mandi untuk malam dia akan mintak warna purple. kalau masa tu tetiba batuk selsema dia akan mintak warna merah. cuma katanya jangan campur warna. nanti jadi panas hahahaha. memacam hal!!! 




yang paling penting Tasneem Naturel Balm ni ada KKM dan selamat digunakan. yela nama lagi nak sapu dekat kulit anak yang lembut tu kan. mesti kita nak guna yang ada KKM, banyak sangat kes penipuan sekarang ni. tapi kalau Tasneem Naturel Balm korang jangan risau, insyaAllah selamat. Tiada paraben, SLS dan bahan pewarna. Bahan dalam balm pun daripada bahan semulajadi dan kombinasi minyak pati (essential oil) yang bermutu tinggi. dibuat dikilang OEM bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice) dan mendapat pensijilan KKM. 

apa yang colourfull saya duk sembang dari tadi tu? special nya Tasneem Naturel Balm dorang sediakan empat jenis balm dengan empat warna yang berbeza untuk setiap kegunaan yang berbeza









CF-RUB kotak warna merah. haaa ni yang saya kata kalau Uwais batuk selsema dia mintak balm merah tadi. CF-RUB (coughflu time balm) dirumus khas membantu parents yang berhadapan dengan masalah anak demam, batuk dan selsema. bahan-bahan yang ada dalam CF-RUB ni euclyptus oil, cypress, tea tree dan lemon. yang mana membantu melegakan pernafasan, mengurangkan batuk dan mencairkan kahak serta mengurangkan suhu panas anak anak. cara gunanya senang sangat. just sapu balm dekat tapak kaki, dada, tekak dan tulang belakang diorang.





Kalau anak anak sakit perut atau kembung mahupun sembelit boleh sapukan Tummy Time ataupun F-Rub. Kotak warna kuning. Selamat dan boleh gantikan minyak telon. caranya senang je, sapu Tasneem Naturel Balm jenis Tummy Time dekat perut dan tapak kaki anak anak. insyaAllah boleh buang angin berlebihan, kembung atau sembelit anak anak. selain tu Tummy Time mampu membantu menyelesaikan masalah penghadaman perut anak anak sebab ada Fennel, Ginger, Lemongrass dan Anise dalam Tasneem Naturel Balm jenis Tummy Time ni.





Yang warna purple untuk tido malam saya kata tadi tu pulak nama dia Sleep Time. kotak warna ungu. kadang kadang ada antara anak kita yang aktif sangat waktu malam, susah nak tido. diorang taktau mak pak dorang kat ofis dah jadi adik beradik panda kehkehkeh. korang boleh try sapu Sleep Time setiap kali sebelum tido. Pati tumbuh-tumbuhan seperti Cedarwood, Vetiver, roman chamomile dan ylang ylang yang membantu anak anak kita mendapat tidur yang lebih berkualiti.





dan lagi satu jenis Calm Time. diadun khas menggunakan minyak pati tulen seperti lavender, bergamot, frankinsense dan mejoran, balm ni membantu anak anak kita menjadi lebih tenang dan ceria. biasanya saya lebih suka guna yang ini lepas mandi waktu pagi dan tengahari. cara nak gunakannya cuma sapu Tasneem Naturel Balm dekat tapak kaki, nadi, belakang telinga dan tulang belakang anak anak. 



Kat atas ni senarai harga terkini Tasneem Naturel Balm dan kalau korang berminat nak cuba boleh ke Facebook dorang di Tasneem Naturel Hq atau instagram diorang dekat tasneemnaturel. klik je link yang saya share tu tau. nak jadi agen pun boleh 

ehhh korang jangan salah anggap pulak tau, Tasneem Naturel Balm ni bukan je boleh pakai kan dekat anak anak tapi boleh pakai untuk seisi keluarga. mak ayah tok nenek makndak makteh kakak abang semua pun boleh jangan risau. dari baby newborn sampai dewasa boleh gunakannya. saya pun selalunya sebelum pakaikan anak anak apa-apa barang yang baru memang saya akan guna dan pakai dulu. dah yakin berkesan share dengan kawan kawan ummi pulak. moga sama sama kita dapat manfaatnya ;)

4 comments:

mas saari said...

Best balm ni, suka sapu kat anak². Kita pun suka pakai kalau sakit perut atau sakit kepala.

Kin Naz said...

Anak kinah bila nampak je balm ni dia nak sapu sendiri. Suka betul dia. Selalu pakaikan dia calm time dengan sleep time. Memang best

Ainyy Zain said...

moga serasi untuk anak2. ainy pun tengah pakai balm ni dan suka pula yang sleep time tu sebab senang nak tidur malam. best. salam kenal ya.

Maria Firdz said...

Comel sgt Balm ni...

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...