Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

06 August 2018

Mee Tarik Warisan Asli | Aman Central

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

sebelum ni kalau ke Aman Central Alor Setar biasanya kami memang memilih restaurant Mee Tarik sebab anak anak suka makan mee, ada pilihan untuk mee yang tak pedas, ada jugak nasi dan kawasan yang senang nak kawal dorang berdua ni haaaa. pernah jugak la ajak suami ke sushi king, teringin nak makan tapi sakit hati sebab dorang ni perut melayu, langsung tak nak sentuh sushi tu. bagi makan set nasi dengan ayam pun diorang refuse. dah satu pasal balik nak kena cari nasi untuk dorang pulak. grrrr betoi

tapi last time datang makan dekat Mee Tarik Aman Central kecewa betul rasanya. dah la datang dengan family saya. kuah mee tak sedap, mee nya pun kurus dan tak kenyal. tak sama macam selalu datang. rasanya sebab chef nya dah bertukar. kita kan boleh tengok chef tarik mee dalam bilik kaca tu. jadi perasan lah chef nya bertukar orang. 

yang bawah ni semua hidangan yang biasa kami makan kalau datang ke sini. jadi bila datang dengan family pun kami order hidangan yang sama kecuali tambahan baru. daging cucuk ni haaa. tak ingat nama betul dia dalam menu.


sebelum ni memang teringin dah nak order makan tapi bila jeling meja sebelah tengok portion dia banyak takut tak terhabis makan dua orang dengan suami. jadinya bila dengan family hari tu order la nak try makan sebab dah lama teringin. first and last la kot order. tak dapat nak rasa kesedapan daging nya. yang dapat rasa cuma rasa pedas melampau yang tatau nak gambarkan macam mana. lepas makan daging ni makan pulak mee kuah nya lagi la rasa tak sedap mulut. kalau kurang sikit pedas mungkin ok kot. walaupun asian tapi bukan semua customer makan pedas melampau. 


Mee Tarik Lamb. tarikan utama dekat kesemua cawangan Mee Tarik Warisan Asli rasanya ni. yang boleh nak makan pun mee yang ini jela. rasa cukup dan sedap nak dimakan.


Chicken Mee Soup. yang biasanya kami order untuk anak bujang dua orang ni haaa. tak pedas dan diorang boleh makan. budak dua orang ni lagi la langsung tak makan pedas. kalau rasa pedas sikit terus refuse dan tak nak makan lagi dah. Mee Soup ni hari tu pun tak sesedap macam biasa. jenuh nak habiskan semua makan. kalau tak makan nanti membazir, bukannya murah hukhukhuk


dan yang terakhir Fried Mee Tarik with Fungus tak silap. kalau tak silap lah. Mee Tarik goreng bersama cendawan hitam. saya suka cendawan tu sebab tu order hihihi. Mee goreng ni pun ok lah kalau nak makan. sebab sebelum ni tak pernah order Mee goreng ni jadi tak tahu lah rasa sebelum ni macam mana kan. 

dah lama dah tak masuk makan mee tarik lepas kejadian makan dengan family dekat atas ni haaa. rasa macam takut nak masuk makan, takut tak sedap lagi. nanti rasa macam rugi je bayar mahal-mahal. huhuhu. harapnya sekarang diorang dah improve la menu masakan diorang balik. buat sedap macam dulu semula. kalau ada orang lain nak belanja makan mungkin la kot boleh nak cuba balik, tapi kalau nak keluar duit poket sendiri mungkin tidak la kot. fobia tak habis lagi. tapi tak semua cawangan Mee Tarik akan rasa yang sama. mungkin tempat korang yang lain rasanya lebih sedap kan. sebab lain-lain dapur dan lain-lain chef walaupun pakai resepi yang sama. tapi macam orang kata la. air tangan lain lain kan. 

No comments:

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...