Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

23 November 2016

Makanan Tambahan Untuk Banyakkan Susu Badan



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Makanan tambahan untuk banyakkan susu badan - berdasarkan pengalaman seciput Ummi FatehFurqan


1. Sayur hijau. Kucai, sawi yang ni dalam pantang boleh mula makan dah. 

 

2. Air masak atau air akar. Ada yang dalam pantang tak boleh minum air masak banyak .takpe boleh ganti dengan air akar. Macam saya. Air akar herbanika Nona Roguy. Sebab iols pemalas. Kalau NR punya rendam je uncang dah boleh minum.




3. Susu farm fresh. Kurma, plain. Iols sejenis manusia yang tak suka makan kurma. Jadinya bila ada dalam susu takde la drama sangat nak habiskan kurma tu hahaha




4. Congo bars. Ini bukan promote bisnes tau. Kalau uols jenis pandai baking pun boleh buat sendiri apa jenis kek sekalipun. Macam iols buat congo bars dalam tu letak coklat coins, badam, dan segala mak nenek kekacang yang suka. Sedap pun sedap hahahaha




5. ESP & Alfalfa by Shaklee. Bukan jugak promote bisnes. (Pssttt iols pun ahli shaklee tau tapi beli untuk diri sendiri jewww :p yang ini masa saya amalkan susu jadi pekat baby cepat kenyang. Tapiiii ada tapinya. Yang saya perasan la orang lain saya tatau. Dulu masa Uwais amalkan esp. Dia kan based soya. Kulit uwais masa lahir tak sensitif tapi bila lama2 sikit jadi sensitif pulak. Kena gigit nyamuk sikit pun boleh jadi melarat2. Pada pandangan saya. Mungkin la tak cakap pun betul 100%. Punca dia sebab saya minum esp dan menyusukan uwais dulu. Mungkin.


Untuk pengetahuan awak semua. Minum soya waktu mengandung tak elok ye. memang kulit baby jadi putih gebu tapi kulit mereka akan jadi sangat sensitif. Bila soal siasat ibu2 memang amalkan soya masa mengandung dulu. Tapi ini pun wallahualam. Cuma berdasarkan apa yang pernah saya tengok dan dengar jela. Nak bagi kulit baby elok sihat bersih amalkn jus delima dan air kelapa atau pun vco (virgin coconut oit). 




6. Coklat bar by The Milk Story. Rasanya coklat memang milk booster Ummi FatehFurqan. hahaha. Tapi coklat ni setakat makan seketoi tak jadi apa la. Habis kuat pun sekotak. Ekekeke




7. Almond london. Semua benda sedap hahaha. Almond london dalam dia ada badam atas pulak tabur lagi badam. Iye badam memang milk booster ramai momies. Tapi ummi is tak reti nak telan cenggitu je. kalau dah jadi biskut atau coklat mampu lah nak telan. nak kena pergi langkawi ni borong coklat almond bebanyak buat stok ekekekeke :p




8. Umma Lacto. Yang ini pun milk booster tapi saya kena amalkan banyak kotak baru nampak hasil yang banyak. Kalau setakat sekotak dua tu nampak la sikit. Tapi dia memang cepat progress. 


Rasanya itu je setakat yang pernah amalkan. Selain urut susu tu. Korang jangan kecam sis kalau apa yang sis senaraikan ni bercanggah dengan korang. Sebab kita ni darah lain2. Sistem badan lain2. Mungkin milk booster kita pun tak sama. Sebab tu kena try and error dan share bersama. Mana tau ada yang kita pernah amalkan tapi kawan2 belum terfikir nak ambik ;)

10 comments:

safurara said...

TQ for tips. boleh cuba nanti. hehe

Jepun Mari said...

biasa zie amik esp, bila amik esp susu jd pekat anak pun cepat kenyang, tak la kejap kang melalak nak susu..hahaha

eima said...

menarik semoga perjalanan menyusu terus bejaya ye ...cabaran yg hebat dan besar ni tau .. bkn mudah nk tempuhi .. good luck

Nina Mads said...

bab minum susu soya masa ngandung tu betol ke kira? sbb dlu mak nina minum susu soya juga, adik ipar rajin bt. dr baby kulit nina bila nyamuk gigit dh merah2 dan xtahan

el said...

mmg ms pantang ritu minum esp
pas abis tu just minum air masak je lah hihi

Mazni Azmi said...

Anak maznee pakai esp dan alfafa juga. Sensitif kulit tu tak ada pula. Walaupun makan masa preggy sampai menyusu. 😂 Siap dah keluar tu salin kulit lagi.

Keluar gelap. Lepas menyusu. Kulitnjadi cerah. Semua orang terkejut

Izwa Kamaruddin said...

Rindunyerr zaman niii :)

Alia Farhan said...

Tekak kami ni mmg ngn ESP alergik btul.
Kalau mnum asyik nk kuar balik ja

OKje said...

Seingat hakak dulu Kiera akak tak de makan makanan tambahan pun, tapi boleh tahanlah susunya. Cuma susu dah kurang bila anak no 3 tu keluar. Tak payah dah pakai pad susu lagi

Anonymous said...

What's up, yeah this post is actually fastidious and I have
learned lot of things from it about blogging. thanks.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...