Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
29 Oktober lepas berkesempatan ke review Escape WaterPlay dekat Teluk Bahang Pulau Pinang. terima kasih team Projek Blogger Utara Media yang sudi menjemput kami sekeluarga ke sana. dan semestinya sebesar terima kasih pada team Escape sendiri yang memberi peluang pada kami semua. seronok. sangat seronok. bukan kami je anak anak pun seronok sama sampai demam lah balik tu. nak bagitau punya seronok berendam hahahahaha
Actually Escape WaterPlay satu tarikan terbaru di Pulau Pinang. belum bukak untuk public lagi. masih ada ruang yang perlu mereka selesaikan sebelum bersedia untuk dibuka secara rasmi. ruang permainan air dalam tu semua dah complete cuma kena tunggu rasmi je. saya rasa dalam awal tahun depan insyaAllah dah boleh rasmi dan bukak dah tu. Escape WaterPlay betul betul berdepan dengan Escape Penang. ye syarikat yang sama. boss yang sama. team yang sama. keseronokan yang berbeza.
Gambar google. gambar dari sudut atas. saya tak mampu la nak ambik gambar macam ni. takde kamera yang boleh terbang terbang :p gelongsor air yang panjang, berliku liku dan tinggi. letih hoi panjat sampai atas tu. panjat sambil kendong pelampung bentuk 8. bentuk 8 lah sebab naik dengan Blogger Kak Eyda. tak berani nak naik sensorang hahahahaha
Mula nak duduk bahagian depan, tapi bila sampai atas hati kecut. terus mintak Kak Eyda yang duduk depan. mujur lah pun. dalam gelongsor tu kemain Ummi Double F.U menjerit jerit. Kak Eyda jugak yang steady maintain rileks. adoiiiii buat malu je hahahahaha. kitorang ambik gelongsor bertutup penuh. tak berani nak naik yang takde bumbung riso tercampak ke bawah hahahahaha. suami naik yang takde penutup tu. naik sorang. cuak jugak katanya tambah bila sampai satu part pelampung dia berpusing. udah jadi reverse ke bawah. bukan ngadap ke bawah. lagi la seriau hahahahaha. haaa nampak pelampung 8 warna oren tu? kena ambik bawak naik sesiap ke atas kalau nak naik gelongsor ni.
Tube Racer @ Rainbow Slide. permainan pertama yang saya dan Kak Eyda cuba hari tu. yang baju hitam itu saya. dari jauh bersemangat je siap ambik tube macam takde perasaan je panjat naik tower. dah sampai atas adik guard bagi tau suruh baring. haaaaaa????? kena baring? sambil baring menerap turun bawah? terus rasa macam nak turun bawah balik hahahaha. tapi penat dah panjat tangga lagi pun kalau tak buat macam rugi je masuk kalau setakat nak celup celup kaki dalam air (konon) hahahaha.
Tq Blogger Cik Pinz. Owner gambar. haaaa korang kena menerap atas ni la. atas rail silver tu. menerap tau bukan baring terlentang macam biasa nak main gelongsor dekat taman tu. memang rules kena menerap kalau tak bahaya sebab sampai satu satu bahagian badan akan melambung melambung. masa dorang nak pelepas turun tu macam macam ayat macam macam surah lah yang keluar. siap mengucap cukup hahaha. kalau yang gelongsor bahagian tepi lagi la seriau. takut terpelanting ke bawah terus. tapi korang tak payah la risau. dekat sini semua selamat. cuma hati kita jela yang jahat suka fikir bukan bukan hahahaha
Tinggi slide ni. serius sangat tinggi. nampak benda biru depan safety guard baju kuning tu. korang kena angkut bawak naik benda tu kalau slide turun. Alhamdulilah selamat turun. safety guard kata kalau lagi berat badan kita lagi laju turun dan lagi jauh korang akan mendarat. kalau kurang berat lambat sikit turunnya. nanti saya masukkan video dalam entry lain insyaAllah
kalau perasan ada lagi dua slide tepi Rainbow Slide ni. slide warna hijau yang berbentuk tube dan slide pink. yang itu lagi seriau kot sebab kena naik sorang diri. slide pink turun menggelongsor macam biasa. kalau Tube hijau tu kena masuk dalam ruang dia dan nanti korang akan dilepaskan turun macam dalam cerita ejen ali. terusssssss jatuh turun bawah. yang itu lagi takut kot hahahahaha. dua tu memang saya tak naik. belum kental sampai tahap tu lagi kohkohkoh
(credit : Penang Travel Tips)
Yang ini pun hati tak kental lagi nak naik. Banana Flip. masuk dalam kiub kat atas tu dan dorang pelepas korang turun. turun tu jatuh ke bawah dan terus menggelongsor. sama macam yang Tiub Hijau atas tu. tak panjang pun slide dia tapi sebab macam mengerikan bila time lepas dan time nak terlompat masuk pool. itu yang takpe lah. hati belum keras lagi kerkerker
Yang ini pulak tak ingat nama dia. terjun macam selalu penerjun negara buat dalam sukan antarabangsa. lompat turun dari atas landasan yang disediakan dan terjun masuk pool. berbeza ketinggian disetiap landasan. setiap pagi dan petang akan ada pertunjukan khas dari penerjun terlatih. jadi tunggu dan tengok dengan mata sendiri. ada jugak satu pertunjukan khas penerjun api. haaa yang itu special tau.
macam biasa takkan semua cerita nak letak satu entry kan. nanti saya update apa yang anak anak boleh buat dekat sana dan permainan baru di Escape Penang. insyaAllah :)
update : Takziah pada blogger PinkyMomma yang kehilangan suami tercinta pada kemalangan kebakaran di kilang simen tempoh hari. moga Allah beri kekuatan semangat yang maha hebat pada beliau sekeluarga dan tempatkan roh suami nya bersama para solehin amin amin
Lagi Yang Menarik Di Escape WaterPlay Penang
3 comments:
Terima kasih Kira join kami.
best and takot 😂
best and takot ��
Post a Comment