Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Entry yang terakhir journey
bersama Team Projek Blogger Utara di Escape Penang mungkin. MUNGKIN…
miahahahaha :p Terima kasih bebanyak kami ucapkan pada Escape Team untuk hari
sabtu yang lepas. Memang layanan vvip yang kami terima. Terharu, bersyukur dan
rendah diri sangat.
Elok je ahli group kami sampai
terus Ms Winnie jemput kami masuk ke dalam untuk sesi taklimat dan penerangan
serba ringkas mengenai Escape. Dihidangkan dengan sarapan pagi yang cukup untuk
bekal perut kami sebelum mulakan aktiviti dan melasak secukupnya dekat Escape. Karipap
tu sedapppp sangat.
Tengahari pulak rupanya ada
jugak disediakan makan tengahari untuk kami. Ohh ye kalau korang datang dengan
group boleh tanya dengan pihak dorang samada dorang boleh sediakan makanan
sekali atau tidak. Tapi makanan yang pihak Escape sediakan memang superbbbb,
sedap, dan kenyang perut sampai tak larat nak habiskan. Lauk-lauk tu sedapppp
sangat. Sampai sekarang teringat lagi kesedapannya kihkihkih. Bukan nasi je. Buah
dan kek pisang pun ada sekali. Tak payah nak beratur beli makanan dekat food
court dah.
Staff Escape Team sendiri pun
semua ramah-ramah. Takde la nak menyombong ke ape ke. Cumanya dekat sana banyak
menggunakan bahasa inggeris dalam komunikasi. Tapi so far takde masalah pape. Persekitaran
pun bersih tapi biasa lah dah kalau namanya suasana kampung. Najis ayam angsa
tu biasa ada atas tanah. Hati-hati dari terpijak je hihihihi.
Tandas pun bersih sangat. Boleh
mandi sekali dekat dalam tandas diorang. Nak kata berlecak macam tandas awam
dekat pusat peranginan tu memang tak lah. Mungkin setiap masa pekerja dekat
sana bersihkan agaknya demi keselesaan pengunjung. Surau pun ada disediakan
dekat sana. Telekung sejadah pun ada sekali.
Base Camp Reception
Kredit Semua Gambar : Blogger Sha, Blogger Zarul Farhana, Blogger Nina dan Team Projek Blogger Utara (maaf kalau nama tak sebut :p)
Dan sabtu lepas jugak Team
Projek Blogger Utara yang lain bermalam dekat sana. Saya dan suami tak ikut serta, ahad
tu kerja, kalau tidak boleh join sekali haihhh. Sebelum check out hari ahad tu
diorang siap boleh repeat main lagi kooo. Ok terus jeles =..= untuk camping
boleh jugak beli melalui online ticket di laman web diorang sendiri. Tak payah
gaduh bawak khemah bagai. Cuma bawak peralatan yang diorang list kan je. Bilik air
dan makanan untuk BBQ diorang sediakan sekali dekat sana.
Ohh ye kalau korang rasa nak ke
sana jugak. Saya syorkan beli ticket secara online. Contoh macam transaksi atas
saya select tarikh untuk bulan dua tahun depan bagi aktiviti camping dua hari
semalam, termasuk untuk aktiviti lasak sekali. Dapat diskaun 50% dari harga
asal untuk satu ticket dewasa.
Kalau masuk hanya untuk
aktiviti lasak. Kalau bulan November tahun ni pun dapat 50% offer. Kalau bulan
April nanti 25% offer. Memang jimat kan. Jadi rancang tarikh dan masa korang
dengan lebih bijak. Ingat, lagi awal book lagi banyak offer boleh dapat.
Terima kasih sekali lagi Team
Projek Blogger Utara atas jemputan sabtu lepas. Dan terima kasih tak terhingga
Escape Penang sudi menerima kehadiran kami dan layanan vvip untuk kami semua. Semoga
kita dapat teruskan lagi kerjasama untuk masa akan datang J
Next projek yang akan dibangunkan syarikat Sim Leisure @ Syarikat yang bertanggungjawab membangunkan Escape Adventure adalah waterpark dan hotel mereka sendiri. ok tak sabar tunggu hujung tahun. hujung tahun waterpark dijangka siap. boleh mula simpan singgit sehari dari sekarang ekekekeke.
Next projek yang akan dibangunkan syarikat Sim Leisure @ Syarikat yang bertanggungjawab membangunkan Escape Adventure adalah waterpark dan hotel mereka sendiri. ok tak sabar tunggu hujung tahun. hujung tahun waterpark dijangka siap. boleh mula simpan singgit sehari dari sekarang ekekekeke.
Entry Lain Mengenai Escape Penang :-
- Escape Penang : Time To Play
- Escape Penang : Wajib Tau!!! Terutama Untuk Anak Kecil
- Escape Penang : Aktiviti Untuk Anak 0-3 Tahun
Operation Hours
Tuesday – Sunday
9am to 6pm
Ticket counter closes at 4.30pm
Escape Penang
828 Jalan Teluk Bahang
11050 Penang, Malaysia
T : +604 881 1106
F : +604 881 3106
W : escape.my
14 comments:
haaa best nyer aktiviti macam ni tau..dah la back to nature pastu sejuk2 seronok mcm dlm kampung anak pun suka!
Best KS, cantik gambar-gambar, nampak bersih, paling suka gambar camping tu. Pasti enjoy KS di sana.
InshaAllah kalau ada rezeki kita datang lg buat family day blogger kat cni..kami pon tak sabar nak tgk baby kiera nanti..Abg uwais kena jg adik pulak lps ni..xleh notty2 dah..hehehehe
Yang penting tandas and surau tu kan Kak Kira? Ada tempat lawa tp surau dan tandas tak terjaga. Susah nak solat apa semua :/
teddia.. sakan hangpa noh.. hahaha
wahhhhhh itikkkkkk rindu nak tengok itik hhahahhaha... dulu2 masa kecil selalu latengok
thank kira and family sbb sudi join event PBU ni
insyallah nti kita bekerjasama lagi ye
Alamak! Masa pergi Penang hari tu takda pulak terfikir nak ke sini. Tapi akak ni pun bukan adventurous sangat Kira. Nampak ayam, angsa pun takdalah berapa hairan sangat.Anak-anak akak mungkinlah!
siap dah semua ! tunggu hujung tahun or maybe awal tahun naaa...
best kan suasana kat Escape nih kan Kira..
mcm best je. ni ke yg dkt area pisa tu erk ? ke tempat lain..
Aktif ye korang ni....
Mak kurang minat kalau aktiviti luar ni, nak nak lagi tido kat khemah....takutttt hihi....Maafkan ajelah Kiera, maklumlah dah kilauan hihi
rasanya kalo sebelum kawen mmg bolehjd tempat prsinggahan mingguan ...byk aktiviti best.....tp skrg gayat ke perot bahahaha xmmpu nk move on lg aktiviti yg lasak
bestkaannnn kira !! nak main juga hujung tahun ni kalau tak hujan. hehee
nk camping tunggu baby beso dan tak tkut gelap.
Post a Comment