Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

18 April 2016

Kung Fu Panda The Movie : MBO Cinemas

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Dalam misi dan visi menghabiskan voucher MBO Cinemas sebelum tamat tempohnya 31 march 2016 aritu. ada balance lagi dua keeping voucher MBO lepas tengok Boboiboy dengan beli Botol air Kungfu Panda aritu. Jumaat pepagi pergi tengok dulu movie apa yang ada dekat MBO Alor Setar. niat sebenarnya nak tengok Zootapia tu. tapi Zootapia takde pulak dekat Alor Setar. ada 5 movie je masa hari kejadian.

Batman vs Superman suami pangkah awal-awal taknak tengok. kata kawannya sejam awal cerita amatlah membosankan hurmmm. Tanya Fateh Uwais nak tengok Boboiboy lagi ke? tengok Kungfu Panda? dia pilih Kungfu Panda. ok lah kita tengok Kungfu Panda. bukan tanak tengok Po tu. tapi suami buat spoiled awal-awal lagi dia pegi donlod movie tu. siap dah tengok dekat rumah lagi. tapi mujur la masa tu dia sorang je yang layan. saya sibuk buat kerja dekat dapur walau sambil2 tu intai jugak movie tu dekat laptop dia. bila tengok dekat wayang takde la bosan sangat sebab 95% movie tu tak tengok lagi herherher.




pilih waktu petang. start pukul 3.10pm. ambik combo jimat. dan buat dua transaksi. kami ambik dua set combo jimat. dalam combo jimat tu ada satu tiket dewasa + satu air + satu kotak popcorn dengan harga RM17.92 termasuk GST. satu voucher MBO bernilai RM16 makanya cuma bayar RM1.90 jer lagi untuk sekali transaksi. masa hari kejadian cuma bawak keluar Rm4 jela untuk dua tiket dewasa, dua air dan dua pop corn. jimat!!!!! kalau tau masa tengok Boboiboy aritu buat dah cara gini!!! takpe la. Dia nak bagi kami spend time tengok movie dua kali lah tu hewhewhew

So far jalan cerita Kungfu Panda memang best. tak bosan. tak annoying dan memang best lah!!! sama macam BoboiBoy aritu. jalan cerita pun mudah nak paham. bebudak tengok pun tak berapa nak bosan. dan yang penting ada plot yang disampaikan pada pengunjung. itu yang penting sekali ye. cumanya bila part Mak Po(kungfu panda) tinggalkan anak dia dalam kotak sayur yang melalui sungai masa kampong dorang kena serang tu. teringat cerita Nabi Musa a.s dalam kotak melalui sungai sebelum Asiah isteri Firaun jumpa tu :)

Fateh Uwais sebelum tengok wayang dah tido dalam dua jam lebih. memang saje suruh tido. budak tu kalau waktu tido dia tak tido. tak cukup tido nanti mula aktif serupa apa je. jadinya dari ummi abi nak kena pening kepala dengan hyper aktif sebab tak tido dia tu. baiklah paksa je suruh pejam mata. nak pulak memang dia dah letih. senang kerja. bagi bantal, bukak kipas kuat-kuat. toleh lagi sekali tengok dah sampai ke bulan budak tu hihihihi.

Kungfu Panda kami masa baby2 ;)


dalam wayang pun dia takde buat hal nak berjalan serata alam ke ape ke. cumanya bila dah sejam lebih movie mula dia berpaut dekat kerusi depan. mujur kerusi tu takde orang duduk. cuma tu jela cara dia tunjuk tanda dah letih duduk setempat. suruh abi pujuk2 alhamdulilah boleh makan pujuk hihihi. balik rumah dia pulak jadi Po, guna kuasa 'chi' hewhewhew

"ummi tengok tu rimau pukul kungfu panda adik(botol air dia)"

:p

Terima kasih MBO Cinemas bagi empat keeping voucher percuma aritu. dan terima kasih jugak Projek Blogger Utara sudi jemput saya join venture review MBO Cinemas yang lepas ;)

9 comments:

OKje said...

Untunglah org dapat tiket freeee....mak jugak yg kena bayo hihi...
Alah....cite cite gitu okje mmg kylurang minatlah Kiera nasiblah anak anak pun tak kisah nak tgk.

Kak Vit said...

kungfu panda memang movie yang banyak pelajaran dan pengisian :))

babYpose said...

Bagus ada voucher, comelnya dia ingat barang kesayangannya..tengok tu ummi :)

Jepun Mari said...

best kan cerita kung fu panda, tak kering gusi tengok movie ni. sampi anak sy nak repeat lg nak tgok cte ni. xkuasa nak layan
hahhaa

Unknown said...

Wahhhhhh, macam best jerk ! =D

cik Anggur said...

ank dh besar dh blh ajk teman tgk wayang...bestnya

Nina Mads said...

tak sempat tengok pun.. huwaaa
donwload jelah nanti. teringat botol panda

Aryan azra said...

memang jimat sangat tu ha...rezekikan.

Mummydearie said...

Untunglah bayar RM4 aje satu keluarga pergi tengok wayang. Oh, anak Kiera dah masuk panggung ya. Anak akak yang kecil tu sampai la ni belum pernah lagi masuk panggung dengan emakbapaknya. Dengan cousins adalah dalam dua kali ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...