Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

10 June 2013

7 Bulan Sudah, dan Mereka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

salam 1 syaaban 1434H, sekejap je dah masuk syaaban maknanya lagi sebulan dah nak puasa. semoga saya mampu puasa penuh tahun nie, insyaAllah ummi mampu. dah study apa yang diperlukan oleh seorang ibu mengandung untuk berpuasa dengan bertenaga, insyaAllah ummi boleh dan baby pun boleh ;)


dan bersyukur dah masuk 7 bulan usia rumah tangga saya dan suami. mendoakan moga rumah tangga kami dilimpahkan dengan keberkatan, dimurahkan rezeki, dipermudahkan jalan untuk kami tinggal dan menjalani kehidupan suami isteri serta abi ummi dibawah satu bumbung, dan ikatan antara kami mewangi hingga ke taman-taman syurga, amin. saya cintakan awak suami :D


pagi tadi dengan pagi semalam tersenyum tengok dashboard belog nie. semua angkara kawan-kawan maya yang rajin menjenguk. terima kasih daun keladi pada semua yang selalu kunjung tiba, yang selalu drop komen berjemaah Kay_Are, HaniAsyira, Noraim, Okje dan kengkawan yang selalu ada baca cerita saya yang biasa-biasa aje nie Kak Shida, GKSB, Kak Zai, Kak Sue, Adik Hlovate, Seharum Kasturi, Mama Aryan, Kak Sunah, Kesuma Angsana, Mrs Eady, Mimie Najib, OE, Liza, neesa_jun, Fiza Rahman, Sue Pelik, Jusiza, serta ramai lagi yang mungkin saya terlupa letak, atau yang datang tapi tak tinggal jejak, maafkan saya. perhatian kalian semua saya hargai dengan kasih sayang yang penuh dihati. semoga kalian semua sentiasa dibawah kasih sayang Ilahi hendaknya. Amin

dan tak lupa jugak suami yang selalu stalk belog bini kesayangan dia nie. walaupun kadang timbul tenggelam komen dia tapi saya tau dia baca tiap entry baru saya. mekasih yayang :D

#besok check up, berdebar tunggu result HB darah dan berat besok, mendoakan moga semuanya baik-baik jela. amin

09 June 2013

Kisah Khalifah #Third Trimester

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

hihihihi gelak sekejap baca komen kat entry lepas pasal saya kawal makan time preggy nie. kawal makan tue bukan ape, sebab takmau berulang ke klinik 4 kali dua minggu. paham jela kalau klinik kesihatan nie. berat kurang pun dorang take care, berat terlebih pun dorang take care. disebabkan saya nie bekerja dan malas nak berulang ke klinik je, saya kawal la makan. doktor pun suggest kawal makan, yang penting mesti makan makanan berzat untuk kesihatan baby dan ummi. almaklumla bukan semua orang paham kenapa kita kena selalu berulang ke klinik kan. ok tutup cite tue.

(yang kaler pink tue selalu lambat kira hari dari yang hitam tue grrrrrrrr)

Alhamdulilah syukur sangat Allah izinkan saya melalui saat dan pengalaman hamil sampailah ke trimester yang terakhir nie. syukur sangat. sekejap je masa berlalu kan. dalam tak sedar dah masuk bulan ke 7 hamil. dah 7 bulan si kecik nie duduk bermain kat dalam rahim ummi dia. dan tak sampai 100 hari lagi sebelum melahirkan dia. 

sebak, ye itu yang saya rasa. dalam tak sabar dan rindu nak menatap wajah anak terselit jugak perasaan sebak. pastinya nanti saya akan rindukan saat dia bergolek bermain dalam rahim saya, saat dia merenggang, mengeliat dan mengacau ummi dia time nak tidur. saya akan rindukan saat tue nanti. dan pastinya akan rindukan saat perut yang membuyut macam sekarang nie. hihihi tapi satu je tak rindu. tak rindu nak berulang ke klinik. ngehngehngeh :p 

dan lebih sebak bila nanti saya masuk kerja terpaksa tinggalkan dia kat rumah pengasuh. yela sekarang nie datang ofis dengan dia, ke mana pun bawak dia kat dalam perut. nanti dah kena berjauhan dengan dia. takpe ummi kuatkan hati sekejap je. semua orang pun melalui benda yang sama ;(

ape pun tetap sentiasa berdoa moga lahirlah seorang khalifah yang sempurna cukup sifat dan sihat nanti. moga anak kami menjadi hamba yang taat pada perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. amin. teruja dan takut fikirkan saat melahirkan nanti. bila cakap dengan suami.

"nanti kalau ditakdirkan ummi meninggal masa berjuang lahirkan baby macam mana?" sungguh saya selalu terbayang akan jadi masa tue. terus air mata berjuraian jatuh.

suami pulak terus tolak saya jauh-jauh, marah dan tak suka nak dengar. sya pulak cepat-cepat tarik peluk balik sebelum ada orang naik angin sungguh-sungguh. hihihi ;) apa-apa pun sangat bersyukur dan berterima kasih pada suami yang sabar banyak melayan karenah saya sepanjang hamil nie. ingat mudah ke nak melayan orang mengandung nie, pepaham aje la kan. hihihihi :p

05 June 2013

Kisah Khalifah #Temujanji Pakar Zat Makanan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

semalam pukul 10 pagi ada temujanji dengan pakar zat makanan. sampai lagi 5 minit pukul 10. dah 10.45 baru dapat masuk jumpa, gila lama nak tunggu. rupanya dia panggil masuk sorang-sorang terangkan ape yang patut. mungkin la kan patient lain-lain masalah, penerangan pun lain-lain dan makan masa la jugak. lebih kurang sejam baru selesai sesi deting tue. 

disebabkan saya kekurangan zat besi dalam darah. perbincangan lebih tertumpu pada isu yang tue la. dan antara lainnya sebab saya sebelum pregnant underweight dan dia terkejut dengar saya kawal makan sebab takut berat badan naik mendadak macam bulan-bulan lepas dia pun suggest la bentuk makanan untuk saya. katanya saya perlu makan 6-8 porsi sehari. porsi tue keseimbangan makanan yang diperlukan oleh tubuh badan seseorang.

maklumat bawah nie bersamaan 1 porsi setiap hidangan :-

ayam ~ sebesar 1 kotak mancis / 1/2 paha ayam 
ikan ~ sebelah ikan termenung / isi ikan sebesar 1 kotak mancis
udang ~ 6 ekor udang size biasa / 2 ekor yang bersaiz besar - kalau lobsters tue kira macam mana pulak ek? hihihi :p
daging ~ sebesar 1 kotak mancis
telur ~ sebijik
kerang, lala dan sewaktu dengannya ~ 1 senduk / 1 cawan

dan tambah pegawai tue. makanan berbentuk daging nie lebih banyak protein dan zat besi berbanding sayur-sayuran dan tumbuh-tumbuhan. tapi apa yang penting kalau makan elakkan minum kafein, teh, susu. sebab nanti boleh ganggu penyerapan zat besi dan porsi dalam setiap hidangan tue. seeloknya minum lah jus buah-buahan. dan kalau nak makan buah, lepas je potong buah tue terus makan kalau tidak makin lama tempoh masa buah tue terdedah dengan udara makin banyak la zat dia yang hilang.


dan disebabkan tak nak zat harum manis nie hilang, semalam jugak abis 4 bijik saya makan sambil tengok teduhan kasih tue (ALASAN) hahahahaha. semalam kawan opis ada bagi harum manis 4 bijik, tak boleh tahan la tengok dia. kupas semua sekali, konon rini boleh bawak pegi ofis makan sambil buat kerja tapi semalam jugak selamat masuk perut. dah tue bila kenyang sangat mula la nak buat itu tak larat, nak bangun tak larat. suami kata "amboiiii lepas je PZM tue kata boleh naik berat lagi makan sampai tak ingat dunia" opsssssss hahahahahaha :p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...