Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
semalam pukul 10 pagi ada temujanji dengan pakar zat makanan. sampai lagi 5 minit pukul 10. dah 10.45 baru dapat masuk jumpa, gila lama nak tunggu. rupanya dia panggil masuk sorang-sorang terangkan ape yang patut. mungkin la kan patient lain-lain masalah, penerangan pun lain-lain dan makan masa la jugak. lebih kurang sejam baru selesai sesi deting tue.
disebabkan saya kekurangan zat besi dalam darah. perbincangan lebih tertumpu pada isu yang tue la. dan antara lainnya sebab saya sebelum pregnant underweight dan dia terkejut dengar saya kawal makan sebab takut berat badan naik mendadak macam bulan-bulan lepas dia pun suggest la bentuk makanan untuk saya. katanya saya perlu makan 6-8 porsi sehari. porsi tue keseimbangan makanan yang diperlukan oleh tubuh badan seseorang.
maklumat bawah nie bersamaan 1 porsi setiap hidangan :-
ayam ~ sebesar 1 kotak mancis / 1/2 paha ayam
ikan ~ sebelah ikan termenung / isi ikan sebesar 1 kotak mancis
udang ~ 6 ekor udang size biasa / 2 ekor yang bersaiz besar - kalau lobsters tue kira macam mana pulak ek? hihihi :p
daging ~ sebesar 1 kotak mancis
telur ~ sebijik
kerang, lala dan sewaktu dengannya ~ 1 senduk / 1 cawan
dan tambah pegawai tue. makanan berbentuk daging nie lebih banyak protein dan zat besi berbanding sayur-sayuran dan tumbuh-tumbuhan. tapi apa yang penting kalau makan elakkan minum kafein, teh, susu. sebab nanti boleh ganggu penyerapan zat besi dan porsi dalam setiap hidangan tue. seeloknya minum lah jus buah-buahan. dan kalau nak makan buah, lepas je potong buah tue terus makan kalau tidak makin lama tempoh masa buah tue terdedah dengan udara makin banyak la zat dia yang hilang.
dan disebabkan tak nak zat harum manis nie hilang, semalam jugak abis 4 bijik saya makan sambil tengok teduhan kasih tue (ALASAN) hahahahaha. semalam kawan opis ada bagi harum manis 4 bijik, tak boleh tahan la tengok dia. kupas semua sekali, konon rini boleh bawak pegi ofis makan sambil buat kerja tapi semalam jugak selamat masuk perut. dah tue bila kenyang sangat mula la nak buat itu tak larat, nak bangun tak larat. suami kata "amboiiii lepas je PZM tue kata boleh naik berat lagi makan sampai tak ingat dunia" opsssssss hahahahahaha :p
15 comments:
Untung la leh mkn mcm2...huhuhuhu Y_Y
sedaaaaaaap nya nampak pelam tu..jangan makan sampai tercirit dah le ye.hehe
lepas ni ummi tak leh la kontrol mkan sangat ye..sian baby.. =)
tak pernah plak pegi jumpe pakar pemakanan sepanjang mengandung..bertuah kamu!
akak kan kurus je mmg kena kawal jgk eh makan?
igtkn yg obes yg mcm tu kena kawal makan. hee.
hehehe nak kena kawal juga ke !
sama macam rumpai laut tu...kalo makan, tak boleh amek kafein, kopi, air bikarbonat..nanti zat besi terbuang begitu saje..tak dapat nak serap..
Best le dpt peluang makan banyak dan makan apa saja.....apa lagi kiera hehe....
Best le dpt peluang makan banyak dan makan apa saja.....apa lagi kiera hehe....
takut berat badan naik banyak ye... xpe makan je tp jgn berlebih2 pulak,
akak skrg pun ada masalah yg sama dah 27w berat baru 51kg...baby baru 900gm..kena tambah berat lg la ni..
jom kita makan banyak2..hehehe
masa mengandung nih jgn kisah berat badan naik , yg ptg baby sihat . dah byk product kurus kat pasaran kan ...
owh yeke kak? sya pun underweight jugak ni tapi sya tak kawal pemknan pun hihi..
makan mempelam banyak2.. erkk.. ke tandas lah
mintak ckit pelam tu seda pulak nengok nyA
macam sikit sangat je kadar pemakanan tu.. kalau aku memang tak folo r.. =P tambah udang 6 ekor je? standard kalau kecik satu genggam pun belum tentu cukup..
Post a Comment